Anda di halaman 1dari 3

KATA HUBUNG

Kata hubung digunakan untuk menghubungkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.

1. Apabila
Ayat contoh:
a. Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan.
b. Apabila hujan reda,perlawanan itu pun disambung semula.

2. Atau
Ayat contoh:
a. Kamu suka minum teh atau kopi?
b. Gadis itu kehilangan rantai atau cincin?

3. Dan
Ayat contoh:
a. Ali dan Muthu bermain badminton di situ.
b. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.

4. Jikalau/jika/kalau
Ayat contoh:
a. Jikalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu kamu akan berjaya.
b. Jikalau kamu gagal,cubalah lagi.

5.Kecuali/melainkan
Ayat contoh:
a. Seng Chong suka makan semua jenis buah-buahan tempatan kecuali langsat.
b. Semua orang hendak pergi kecuali Ahmad.

6.Lalu
Ayat contoh:
a. Dia mengambil galah lalu menjolok buah mangga itu.
b. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu memasang lampu.

7.Sebab/kerana
Ayat contoh:
a. Adik saya menangis sebab perutnya lapar.
b. Anjing itu mati sebab dilanggar lori.

8.Sebelum
Ayat contoh:
a. Kerja kamu mestilah siap sebelum pukul 5.00 petang.
b. Sebelum menjawab,dia menjawad soalan-soalan dengan teliti.

9.Tetapi
Ayat contoh:
a. Pokok mangga itu sudah besar, tetapi masih belum berbuah.
b. Dia ingin membeli sebuah rumah, tetapi tidak mampu.

10.Sambil
Ayat contoh:
a. Abang mendengar muzik sambil menulis surat.
b. Sambil berbual-bual,mereka bergurau senda.

11.Supaya/agar
Ayat contoh:
a. Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid.
b. Dia membubuh baja agar pokok itu cepat membesar.

12.Setelah/selepas
Ayat contoh:
a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan.
b. Dia berasa letih selepas sibuk bekerja sepanjang hari.

13.Sungguhpun/walaupun
Ayat contoh:
a. Sungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan.
b. Dia tidak berputus asa, walaupun dia sudah gagal.

14.Sejak/semenjak
Ayat contoh:
a. Sejak bangunan yang baru didirikan,murid di sekolah itu bertambah ramai.
b. Semenjak diberi nasihat,sikapnya telah berubah.

15.Serta
Ayat contoh:
a. Mereka minum teh serta makan nasi lamak.
b. Orang itu tamak serta kedekut.

16.Hingga/sehingga
Ayat contoh:
a. Dia memalu ular itu hingga mati.
b. Kami akan menunggu di sini sehingga dia datang.

17.Sementara
Ayat contoh:
a. Mereka berbual-bual di situ sementara menunggu hujan reda.
b. Kami menyajikan makanan di atas meja sementara menunggu tetamu
datang.

18.Manakala
Ayat contoh:
a. Dia rajin manakala adiknya malas.
b. Gajah hidup di darat , manakala ikan hidup di dalam air.

19.Tentang
Ayat contoh:
a. Mereka sedang berbincang tentang hal yang amat penting.
b. Beliau akan bercakap tentang kemajuan sekolah ini.

20.Yang
Ayat contoh:
a. Pemuda yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin.
b. Dia mendapat hadiah yang istimewa.

21.Lagi
Ayat contoh:
a. Murid itu bijak lagi rajin.
b. Istana itu besar lagi cantik.

22.Maka
Ayat contoh:
a. Disebabkan kesombongannya ,maka dia dibenci orang.
b. Dengan keberanian pemuda itu, maka budak yang hampir mati lemas itu
diselamatkan.

23.Malah/malahan
Ayat contoh:
a. Selepas makan ubat,pesakit itu tidak sembuh, malah keadaannya bertambah tenat.
b. Dia bukan sahaja bijak, malahan rajin pula.

24.Bahawa
Ayat contoh:
a. Budak itu menyatakan bahawa keluarganya miskin.
b. Kami mengetahui bahawa dia berbohong.

Anda mungkin juga menyukai