Anda di halaman 1dari 5

1.

Apabila
Ayat contoh:
a. Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan.
b. Apabila hujan reda,perlawanan itu pundisambung semula.

2. Atau
Ayat contoh:
a. Kamu suka minum teh atau kopi?
b. Gadis itu kehilangan rantai atau cincin?

3. Dan
Ayat contoh:
a. Ali dan Muthu bermain badminton di situ.
b. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.

4. Jikalau/jika/kalau
Ayat contoh:
a. Jikalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentu kamu akan berjaya.
b. Jikalau kamu gagal,cubalah lagi.

5.Kecuali/melainkan
Ayat contoh:
a. Seng Chong suka makan semua jenis buah-buahan teempatan kecuali langsat.
b. Semua orang hendak pergi kecuali Ahmad.

6.Lalu
Ayat contoh:
a. Dia mengambil galah lalu menjolok buah mangga itu.
b. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu memasang lampu.

7.Sebab/kerana
Ayat contoh:
a. Adik saya menangis sebab perutnya lapar.

b. Anjing itu mati sebab dilanggar lori.

8.Sebelum
Ayat contoh:
a. Kerja kamu mestilah siap sebelum pukul 5.00 petang.
b. Sebelum menjawab,dia menjawad soalan-soalan dengan teliti.

9.Tetapi
Ayat contoh:
a. Pokok mangga itu sudah besar tetapi masih belum berbuah.
b. Dia ingin membeli sebuah rumah tetapi tidak mampu.

10.Sambil
Ayat contoh:
a. Abang mendengar muzik sambil menulis surat.
b. Sambil berbual-bual,mereka bergurau senda.

11.Supaya/agar
Ayat contoh:
a. Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid.
b. Dia membubuh baja agar pokok itu cepat membesar.

12.Setelah/selepas
Ayat contoh:
a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan.
b. Dia berasa letih selepas sibuk bekerja sepanjang hari.

13.Sungguhpun/walaupun
Ayat contoh:
a. Sungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan.
b. Dia tidak berputus asa walaupun dia sudah gagal.

14.Sejak/semenjak
Ayat contoh:
a. Sejak bangunan yang baru didirikan,murid di sekolah itu bertambah ramai.
b. Semenjak diberi nasihat,sikapnya telah berubah.
15.Serta
Ayat contoh:
a. Mereka minum teh serta makan nasi lamak.
b. Orang itu tamak serta kedekut.

16.Hingga/sehingga
Ayat contoh:
a. Dia memaluular itu hingga mati
b. Kami akan menunggu di sini sehingga dia datang.

17.Sementara
Ayat contoh:
a. Mereka berbual-bual di situ sementara menunggu hujan reda.
b. Kami menyajikan makanan di atas meja sementara menunggutetamu datang.
18.Manakala
Ayat contoh:
a. Dia rajin manakala adiknya malas.
b. Gajah hidup di darat manakala ikan hidup di dalam air.
19.Tentang
Ayat contoh:
a. Mereka sedang berbincang tentang hal yang amat penting.
b. Beliau akan bercakap tentang kemajuan sekolah ini.

20.Yang
Ayat contoh:
a. Pemuda yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin.
b. Dia mendapat hadiah yang istimewa.
21.Lagi
Ayat contoh:
a. Murid itu bijak lagi rajin.
b. Istana itu besar lagi cantik.
22.Selain
Ayat contoh:
a. Selain menternak ayam,Puan Wong juga menanam sayur-sayuran.
b. Selain menjemput saudara mara, dia juga menjemput semua kawannya.
23.Maka
Ayat contoh:
a. Disebabkan kesombongannya ,maka dia dibenci orang.
b. Dengan keberanian pemuda itu maka budak yang hampir mati lemas itu
diselamatkan.
24.Malah/malahan
Ayat contoh:
a. Selepas makan ubat,pesakit itu tidak sembuh, malah keadaannya bertambah tenat.
b. Dia bukan sahaja bijak, malahan rajin pula.
25.Sedangkan
Ayat contoh:
a. Bagaimana pencuri memasuki rumah, sedangkan pintu rumahnya dikunci.
b. Wai Kong tidak mahu makan ubat,sedangkan dia belum sembuh lagi.
26.Bahawa
Ayat contoh:
a. Budak itu menyatakan bahawa keluarganya miskin.

b. Kami mengetahui bahawa dia berbohong.


27.Bahkan
Ayat contoh:
a. Bukan kami sahaja ,bahkan murid yang terbijak pun tidak dapat menjawab soalan
itu.
b. Datuk saya bukan sahaja tidak tahu menulis,bahkan tidak tahu membaca.

28.Selagi
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak itu dibenarkan masuk sekolah rendah,selagi umurnya belum cukup
enam tahun.
b. Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula selagi bil telefonnya
belum dibayar.

30.Padahal/walhal
Ayat contoh:
a. Mengapa dia hendak membeli pakaian yang mahal-mahal walhal dia bukan orang
kaya.
b. Kami ingat dia lembap walhal dia murid yang amat bijak.

Anda mungkin juga menyukai