Anda di halaman 1dari 4

JAWAPAN PERIBAHASA TAHUN 6

SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN
BIL. MAKSUD
BAHASA

Oleh-oleh atau hadiah yang dibawa


1. Buah tangan pulang dari perjalanan atau ketika
berziarah

2. Titik peluh Hasil usaha sendiri

Ayam Orang yang menjadi harapan dalam


3.
tambatan sesuatu pasukan

Ganding Bekerjasama untuk melakukan sesuatu


4.
bahu kerja

5. Murah hati Orang yang suka menderma

6. Bulat kata Sepakat dalam mengambil keputusan

7. Ambil kira Mempertimbangkan sesuatu

8. Cahaya mata anak

9. Otak cair Orang yang bijak

Pasang
10. Mendengar dengan penuh tumpuan/teliti
telinga

Melakukan sesuatu dengan bersungguh-


11. Bulat hati
sungguh / azam yang kuat

Banting
12. Bekerja keras
tulang

13. Buah mulut Sesuatu yang menjadi perbualan orang

14. Buah fikiran Pendapat atau pandangan

15. Besar hati Berasa bangga atau sangat gembira

16. Curi tulang Malas melakukan sesuatu kerja


PERUMPAMAAN

BIL. PERUMPAMAAN MAKSUD

1. Bagai aur dengan tebing Orang yang hidup bermuafakat

Tidak tahu perkara buruk yang


2. Malang tidak berbau
bakal berlaku

Orang yang sengaja mendiamkan


3. Tikus jatuh ke beras diri setelah mendapat
kemewahan

BIDALAN

BIL. BIDALAN MAKSUD

Seikat bagai sirih,


1. Seia-sekata, sepakat
serumpun bagai serai

Berpantang maut sebelum Tidak akan mati atau meninggal


2.
ajal dunia sebelum ajalnya tiba

Walaupun sesuatu barang itu


Alah membeli menang
3. mahal tetapi kualitinya baik dan
memakai
tahan lama

Walau bagaimanapun kelebihan di


Hujan emas di negeri orang,
4. Negara orang, tetap negeri sendiri
hujan batu di negeri sendiri
lebih baik lagi

Menangung kebaikan dan


keburukan sama rata / tolong-
Bukit sama didaki,
5. menolong apabila membuat
lurah sama dituruni
sesuatu pekerjaan sama ada
susah atau senang
KATA-KATA HIKMAT

BIL. KATA-KATA HIKMAT MAKSUD

Sesuatu kerja yang dilakukan


dengan persetujuan bersama
1. Muafakat membawa berkat
akan menghasilkan sesuatu yang
baik.

Sekiranya kita bersatu dan


berkerjasama maka kita dapat
Bersatu kita teguh, berjaya atau menang. Tetapi
2.
bercerai kita roboh sekiranya kita berselisih dan
bergaduh antara satu sama lain,
maka kita akan kalah

Bahasa sebagai milik mutlak


3. Bahasa jiwa bangsa sesuatu bangsa yang menjadi
identiti kebangsaan

Ilmu itu diperoleh dengan Seseorang memeperoleh ilmu


4. lidah yang gemar bertanya apabila banyak bertanya dan
dan akal yang suka berfikir berfikir

Jika anda mahu membuat


Perjalanan seribu batu sesuatu, anda akan cari jalan.
5. bermula daripada satu Jika anda tidak
langkah mahu membuat sesuatu, anda
akan cari alasan

Sesuatu yang kita ketahui


Ada banyak perkara yang kita
hanyalah setitis air.
6. perlu belajar. Tidak ada sesiapa
Sesuatu yang tidak kita
pun yang tahu segala-galanya
tahui ialah lautan.
PEPATAH

BIL. PEPATAH MAKSUD

Bermuafakat melakukan sesuatu


Berat sama dipikul,
1. pekerjaan sama ada susah atau
ringan sama dijinjing
senang

Biar putih tulang, Lebih baik mati daripada


2.
jangan putih mata menanggung malu

Biar mati anak,


3. Adat resam tidak boleh dilanggar
jangan mati adat

Tak lapuk dek hujan, Sesuatu yang tetap utuh, tidak


4.
tak lekang dek panas berubah-ubah

Kais pagi makan pagi, Pendapatan sekadar cukup untuk


5. kais petang makan belanja sehari, jika tidak bekerja
petang tiadalah wang belanja

Anda mungkin juga menyukai