Anda di halaman 1dari 3

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa Maksud Simpulan Bahasa


1.   Ada hati Keinginan, kemahuan, hajat
2.   Air muka Wajah
3.   Ambil berat Mengambil tahu sesuatu hal
4.   Angkat kaki Beredar dari sesuatu tempat
5.   Ayam tambatan Orang harapan dalam pasukan
6.   Bekas tangan kraftangan
7.   Berat tulang malas
8.   Beri jalan Memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah
9.   Bermuka-muka Berpura-pura berbuat baik
10. Buah fikiran Pendapat
11. Buka mata Sedar akan hal yang berlaku
12. Bulat hati Keputusan muktamad
13. Buta hati Lambat mempelajari sesuatu
14. Diam ubi Orang yang sentiasa berusaha dalam senyap
15. Harga mati Harga tetap
16. Harga pokok Harga asal
17. Hati batu Degil
18. Hitung buah kerayung Membuat kerja yang tidak berfaedah
19. Isi hati Perasaan seseorang
20. Jauh hati Rasa tersinggung dengan perbuatan orang lain
21. Keramat hidup Orang yang lurus
22. Langkah kanan Bernasib baik
23. Langkah kiri Tidak bernasib baik
24. Lipas kudung Orang yang membuat kerja dengan cepat
25. Mandi peluh Kerja dengan sepenuh tenaga
26. Otak cair Cerdas dan pandai
27. Pasang telinga Dengar dengan teliti
28. Putih mata Kecewa kerana tidak mendapat apa yang diingini
29. Telinga lintah Orang yang baik pendengaran

Perumpamaan
 

Perumpamaan Maksud Perumpamaan


1.   Bagai melukut ditepi gantang Orang yang tidak dipedulikan
2.   Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih
sayang
3.   Bagai mencurah air ke daun keladi Tidak bergua memberi nasihat kepada
orang yang tidak mahu mendengar
4.   Bagai tikus jatuh ke beras Seseorang mendapat kesenangan atau
kemewahan
5.   Seperti anak ayam kehilangan ibu Orang yang hilang tempat bergantungan
6.   Seperti aur dengan tebing Orang yang suka tolong-menolong
7.   Seperti embun di hujung rumput Kesetiaan yang tidak kekal
8.   Seperti hujan jatuh ke pasir Sia-sia berbuat baik kepada orang yang
tidak tahu membalas budi
9.   Seperti ikan pulang ke lubuk Orang merantau balik ke tempat asal
10. Seperti ketam menyuruh anaknya  Menasihati orang berbuat baik tetapi diri
      berjalan betul tidak berbuat demikian
11. Seperti pahat dengan pemukul Orang yang membuat pekerjaan apabila
disuruh
12. Seperti tanduk diberkas Sangat sukar menyatukan orang-orang
yang berlainan pendapat
13. Alang-alang menyeluk pekasam, biar  Membuat sesuatu, biarlah sampai habis
      sampai ke pangkal lengan
14. Belakang parang diasah lagikan tajam Kalau belajar bersungguh-sungguh akan
menjadi pandai
15. Berjagung-jagung dahulu sementara  Membuat kerja sementara sebelum
      menantikan padi masak mendapat pekerjaan tetap
16. Genggam bara api, biar sampai Membuat sesuatu sehingga berjaya
jadi arang
17. Kalau tidak dipecahkan ruyung,  Bersusah-payah mendapat hasil yang baik
      manakan dapat sagunya
18. Lain padang lain belalang Adat resam sesuatu tempat berbeza

Bidalan
- membuat perbandingan, teladan dan pedoman hidup.

Bidalan Maksud Bidalan


1.Alah membeli menang memakai Beli barang bernilai kerana mutunya
tinggi
2.Diam ubi berisi, diam penggali berkarat Orang bijak kalau diam memikirkan
sesuatu tetapi orang bodoh tidak
memikirkan apa-apa.
3. Hati hendak semua jadi Jika ingin melakukan pasti boleh berjaya
4.Hendak seribu daya, tak hendak Jika mahu melakukan kerja pasti akan
seribu dalih berusaha membuatnya tetapi jika tidak
mahu melakukan kerja mesti mempunyai
pelbagai alasan
5.Jauh berjalan banyak pemandangan, Lama hidup meuaskan pengalaman dan
lama  pengetahuan
   hidup banyak dirasa
6.Nak kaya berdikit-dikit Kalau hendak kaya harus berjimat cermat
7.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Melakukan perlahan-lahan, akhirnya
bertambah hasilnya

Pepatah

Pepatah Maksud Pepatah


1.Alah bisa tegal biasa Kalau selalu melakukan pekerjaan akan
menjadi kebiasaan
2.Kata itu kota Janji mesti ditunaikan
3.Ketengah boleh, ke tepi pun boleh Orang yang sesuai di bawa ke mana
sahaja
4.Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa Tuhan berkuasa ke atas segala hamba-
Nya
5.Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi
binasa berfikir sebelum bertindak
6.Hilang bahasa lenyap bangsa Kalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak
akan mengenali bangsanya lagi 

Anda mungkin juga menyukai