Anda di halaman 1dari 5

PERIBAHASAPeribahasa Maksud Peribahasa

Ada hati Keinginan


Alah bisa tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa
Alang-alang mandi biar basah Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
Ambil berat Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu
Ambil langkah Mula hendak bertindak
Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga/pasukan/ terletak
Anak buah
di bawah tenggungjawab seseorang
Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh suaminya; orang
Anak emas
yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa.
Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka)
Orang yang telah diketahui kejahatannya ke mana pergi
Bagai anjing buruk kepala
dihinakan orang juga
Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang
Bagai bulan dipagari bintang
cantik.
Bagai bulan empat belas Peri keelokan muka perempuan
Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar
Bagai layang-layang putus tali Sudah putus harapan
Orang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil dapat
Bagai minyak dengan air
dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor Perempuan yang suka bercakap banyak
Bagai pucuk dilancarkan Sangat laju atau luncur perginya
Bagaimana acuan begitulah Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor
kuihnya baka
Baik berjagiung-jagung Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang
sementara menanti padi masak baik pun boleh dipakai dahulu.
Baik membawa resmi padi Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan
daripada membawa resmi lalang diri (tidak sombong)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersakit-sakit
Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang
dahulu, bersenang-senang
kemudian
Berkatakanlah besar walaupun Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin
pahit menyakitkan hati seseorang
Berpeluk tubuh Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak melalukakan apa-
Berpeluk tubuh
apa hanya melihat sahaja.
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau
Bersatu teguh bercerai roboh
kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah.
Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan
Bersekutu bertambah mutu
kecemerlangan
Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri
sendiri.
Besar hati Bangga, gembira, bongkak, sombong
Biar putih tulang jangan putih
Lebih baik mati daripada menanbggung malu
mata
Buah fikiran Pendapat
Buah hati Orang yang dikasihi
Buah mulut Percakapan orang,
Hasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada perjalanan; ole-
Buah tangan
ole
Bulat hati Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
Dalam tangan dalam kekuasaan seseorang
Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas Pemarah, lekas marah
Diam-diam ubu berisi, diam- Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang
diam besi berkarat yang bodoh itu sia-sia sahaja
Hancur hati Sedih; putus asa
Harimau mati meninggalkan
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau
belang, manusia mati
berapa lamapun dia telah mati.
meninggalkan nama
Hendak seribu daya, tak hendak Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan
seribu dalih dan demikian kebalikannya
Dalam kehiduoan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai
Hidup ini satu perlumbaan
cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat
Indah khabar daripada rupa Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan
Jauhari juga yang mengenal Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang
manikam keelokan ilmu
Kaki ayam Tidak berkasut atau berselipar
Kalau hendak melentur buluh Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau
biarlah dari rebungnya sudah besar tidak akan berhasil lagi.
Kalau kail panjang sejengkal, Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu
jangan lautan hendak diduga yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung
Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
manakan dapat sagunya
Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap
Kancil juga lupakan jerat
mengancam
Kata dikota Janji mesti ditunaikan
Kata-kata yang lebih tajam
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
daripada mata pedang
Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu
Kebudayaan sendi perpaduan
bangsa
Kecil jangan disangka anak, Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang
besar jangan disangka bapa tua sahaja
Makan angin Bersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
Manis jangan terus ditelan, Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang
pahit jangan terus dibuang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
Masa itu emas Masa sangat berharga
Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Mencari akal Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama
Muafakat membawa berkat
akan menghasilkan sesuatu yang baik.
Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi.
Otak yang cerdas ada pada Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu
badan yang sihat mengemukakan fikiran yang bernas.
Padang jarak padang terkukur Padang atau tanah luas yaditinggalkan
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat
Putih mata
tunangnya diambil orang)
Putus asa Habis harapan (tiada harapan lagi
Rezeki kalau secupak takkkan
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
jadi segantang
Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya
Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas
Sayang akan tangan-tangankan,
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu
sayangkan isteri tinggal-
akhirnya menjadi sombong
tinggalkan
Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau
Sepakat membawa berkat
mesyuarat akan membawa hasil yang baik
Seperti enai dalam belukar,
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang
melepaskan pucuk masing-
pada pendapat masing-masing sahaja
masing
Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau cekap membuat
Seperti lipas kudung
kerja
Sudah terhantuk baru
Sesudah terkena baru beringat-ingat
terngadah
Tajam akal Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik
Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia orang lain),
Tali barut
barua
Tangan terbuka Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati
Tangan yang menghayun buaian Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu
mampu menggoncangkan dunia menyumbangkan untuk membangunkan negara
Tempat jatuh lagi dikenang Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang
inikan pula tempat bermain inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis.
Terang hati Terang fikiran; mudah mengerti
Tulang empat kerat Anggota badan
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan
Ukur baju di badan sendiri
kebolehan kita
Umpama telur sesangkak, pecah Orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak
satu pecah semuanya berubah setianya.

Sir Henry Consultant


017-323 8108
Cara menulis karangan bergambar
1. Bagi murid-murid darjah 3 & 4, gambar yang diberi adalah gambar empat bersiri.
2. Bagi murid-murid darjah 5 & 6 pula, gambar yang diberi adalah gambar enam bersiri.
3. Di setiap gambar bersiri yang diberi terkandung sebuah cerita. Anda dikehendaki menuliskan suatu cerita yang
menarik berdasarkan gambar bersiri yang diberi itu.

Cuba panduan-panduan berikut untuk memperbaiki karangan anda.

1. Dalam masa 10 minit yang pertama, lihat keseluruhan urutan gambar dan fikirkan cerita yang ada dalam
gambar tersebut.
2. Berikan penjodoh bilangan yang sesuai mengikut gambar yang diberi.
3. Apakah perasaan yang ada dalam cerita gambar-gambar tersebut. Perasaan seperti sedih, gembira, terkejut, hati
berdebar-debar dan lain-lain perasaan.
4. Bolehkah anda selitkan bandingan semacam atau peribahasa dalam karangan anda itu?

5. Ingat, tulis karangan anda dalam sekurang-kurangnya tiga perenggan.


a. Perenggan pertama ± permulaan cerita
b. Perenggan kedua ± isi cerita
c. Perenggan ketiga ± penutup cerita

6. Anda boleh memulakan karangan dalam bentuk dialog untuk menyedapkan lagi permulaan karangan kamu itu.
(Tetapi harus berhati-hati tentang perenggan dan tanda baca jika menggunakan dialog sebagai permulaan
karangan!)
7. Gunakan kosa kata (perkataan-perkataan) yang menarik.
Akhir sekali, banyaklah membaca bahan-bahan bacaan seperti surat khabar, majalah atau buku-buku cerita untuk
meluaskan kosa kata anda. Ini sememangnya membuat anda boleh mengarang dengan lebih baik lagi.

Anda mungkin juga menyukai