Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 TAJUK ISI KANDUNGAN MAKSUD PERIBAHASA SIMPULAN BAHASA (A) SIMPULAN BAHASA (B) SIMPULAN BAHASA (C) SIMPULAN BAHASA (D) SIMPULAN BAHASA (E) SIMPULAN BAHASA (G) SIMPULAN BAHASA (H) SIMPULAN BAHASA (I) SIMPULAN BAHASA (J) SIMPULAN BAHASA (K) SIMPULAN BAHASA (L) SIMPULAN BAHASA (M) SIMPULAN BAHASA (N) SIMPULAN BAHASA (O) SIMPULAN BAHASA (P) SIMPULAN BAHASA (R) SIMPULAN BAHASA (S) SIMPULAN BAHASA (T) SIMPULAN BAHASA (U) SIMPULAN BAHASA (Y) MUKA SURAT 1 2 34 57 8 9 10 10 11 12 13 14 15 16 17 17 18 19 20 21 22 22

PERIBAHASA
Page 1

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot. Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing. Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

SIMPULAN BAHASA

Page 2

A
Ada hati

Ada keinginan

Ada jalan

Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu

Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Air muka

Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri

Air seni

Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas

Akar umbi

Akar tunjang Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

Alah bisa tegal biasa

Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya

Alah membeli menang memakai

Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan


Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan

Page 3

Ambil langkah

Mulai hendak berjalan Mulai bertindak

Ambil berat

Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

Anak emas

Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa

Asam garam

Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)

Ayam tambatan

Orang harapan

B
Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Page 4

Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka

Bagai aur dengan tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Bagai ayam disambat helang

Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang

Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke batu

Sangat sedih

Bagai kacang lupakan kulit

Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air

Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Bagai murai dicabut ekor

Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan permata

Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang penuh

Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Baik sangka

Rasa muhibah Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam

Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan

Page 5

Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

Belut kena ranjau

Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib

Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga

Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang

Berat mulut

Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Baik buruk sama-sama dipikul

Berat tulang

Malas

Berbalik hati

Berubah hati

Berdiri sama tegak, duduk sama rendah

Sama taraf atau sejajar antara dua pihak

Beri jalan

Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan

Berkatalah benar walaupun pahit

Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil bertimba

Page 6

Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati

Suka memberi, tidak kedekut Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh

Malas berusaha

Berputih mata

Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai roboh

Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

Bersekutu bertambah mutu

Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah

Bertengkar

Besar hati

Bangga, gembira

Besar pasak daripada tiang

Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan mati adat

Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara

C
Cahaya mata

Page 7

Anak Kekasih, buah hati

Cakap besar

Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan

Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan

Celik computer

Arif atau tahu tentang computer

D
Page 8

Dalam tangan

Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir sama rugi

Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

Darah daging

Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

Darah panas

Pemarah, lekas marah

Darah seni

Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung

Mematuhi peraturan di tempat yang didiami

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan

Durian runtuh

Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Page 9

E
Enggang lalu ranting patah

Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah

G
Genggam bara biar sampai jadi arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Goyang kaki

Bersenang-senang

Gunting makan di hujung

Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Page 10

H
Habis madu sepah dibuang

Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

Hancur hati

Sedih, putus asa

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati

Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah

Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit

Hati kecil

Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak mahu

Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri

Page 11

I
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung

Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

Ibarat melukut di tepi gantang


Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

Ilmu itu pelita hati

Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

Page 12

J
Jantung hati

Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal manikam

Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas pandangan

Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya

Jinak-jinak merpati

Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak

Page 13

K
Kacang hantu

Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli

Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan

Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang

Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Bekerjasama melakukan sesuatu

Kecil hati

Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

Page 14

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja

L
Lain lubuk lain ikannya

Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan

Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak

Lidah tidak bertulang

Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan

Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan

Lintah darat

Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Page 15

M
Makan angin

Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak

Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

Mata hati

Perasaan hati

Mati kutu

Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu

Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

Membanting tulang

Bekerja keras

Membuka pekung di dada

Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki

Baru hendak belajar sesuatu

Menangguk di air keruh

Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Page 16

Mencolok mata

Menyakitkan pandangan

Mencari jalan

Mencari ikhtiar, usaha dan idea

N
Nafas baru

Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

Naik darah

Menjadi marah

Nasi sudah menjadi bubur

Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

O
Orang mengantuk disorongkan bantal

Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

Otak batu

Bodoh

Otak cair

Pandai

Page 17

P
Padang jarak padang tekukur

Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran

Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah simpan

Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan

Perang dingin

Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati

Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur

Pilih kasih

Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam mendatang

Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

Page 18

R
Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang

Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi

Ringan mulut

Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap

Ringan tulang

Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut

Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah

Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Page 19

S
Sambil menyelam minum air

Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut dilakukan

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong

Sediakan payung sebelum hujan

Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

Seperti api dalam sekam

Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masingmasing sahaja

Seperti kera sumbang

Orang yang takut mencampuri orang ramai

Sudah terhantuk baru terngadah

Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan

Page 20

T
Tajam akal

Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah

Tangan kosong

Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia

Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara

Tangkai jering

Kedekut

Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan

Tulang belakang

Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Page 21

U
Ukur baju dibadan sendiri

Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita

Umpama biawak bercabang lidah

Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya

Umpama lebah membuang sengat

Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang

Y
Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran

Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis

Page 22

Anda mungkin juga menyukai