Anda di halaman 1dari 1

PEDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

Posted by cikgu ganu at 5:16 AM Labels: Pengantar Pendidikan


Matlamat pendidikan dan reformasi pendidikan di negara Malaysia dari semasa ke semasa
adalah usaha memperkembang insan seimbang serta membangunkan sumber manusia untuk
kemajuan negara. Hal ini, dicerminkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan
2020. Wawasan 2020 merupakan wawasan yang sangat mencabar bagi rakyat Malaysia
terutamanya golongan pelajar. Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi ekonomi, politik, sosial,
kerohanian, psikologi dan budaya.


Menjelang tahun 2020, Malaysia menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat
Malaysia yang mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi untuk nilai-nilai moral dan etika yang
utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak
ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya
menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan
yang jitu.

Sehubungan itu, perubahan kurikulum sekolah rendah dan menengah hendaklah berlandaskan
dan selaras dengan cita dan tujuan FPK untuk mencapai matlamat dan aspirasi wawasan 2020
iaitu memperkembang insan seimbang dan membangunkan sumber manusia untuk kemajuan
negara yang meliputi perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
bersepadu, perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni yang
diserapkan dalam semua mata pelajaran, perubahan program pendidikan yang berorientasikan
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, sistem pendidikan yang berorientasikan
ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk membangunkan
sumber manusia dengan melatih kemahiran pelajar dalam bidang sains dan teknologi.

Inovasi kurikulum atau reformasi pendidikan dilancarkan atas beberapa faktor yang meliputi hak
rakyat dan pencapaian untuk kemajuan negara. Keperluan masyarakat dan negara, misalnya
melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional untuk perkembangan perindustrian
dan ekonomi negara. Selain itu, perkembangan perindustrian dan teknologi yang mendorong
negara menreformasi kurikulum dengan memberi tumpuan kepada sains dan matematik.
Seterusnya, perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan yang menjadikan pendidikan
di sekolah lebih baik dan sempurna. Justeru itu, konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan
amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan.

Dalam konteks ini, pelbagai usaha telah dilakukan dalam pendidikan bagi kepentingan rakyat
serta pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam setiap aspek. Salah satu
formula Satu Malaysia iaitu nilai aspirasi yang menitikberatkan budaya kecemerlangan dalam
melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab serta keberanian untuk berinovasi dan
meneroka peluang baru selari dengan pendidikan hari ini.

Keadaan ini jelas menunjukkan hubungkait antara matlamat pendidikan negara dengan slogan
Satu Malaysia dalam membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia. Jika pendidikan sahaja
yang diutamakan tetapi pembangunan insan dipandang enteng oleh segolongan masyarakat,
hasrat ini sudah tentu tidak akan terlaksana.

Anda mungkin juga menyukai