Anda di halaman 1dari 4

Pantun Kiasan

Maksud
Rangkap 1
Bahan rosak tidak seharusnya dicampakkan begitu sahaja, sebaliknya
dimanfaatkan secara kreatif
Rangkap 2
Apabila merantau di tempat orang, seseorang itu hendaklah merendah diri
Rangkap 3
Mengharapkan sesuatu perkara yang sangat sukar untuk dicapai
Rangkap 4
Seseorang itu tidak terlalu berharap walaupun tanda-tanda kejayaan sudah ada
selagi tidak beroleh kepastian
Rangkap 5
Jika hal yang besar berjaya ditangani, tentulah hal kecil menjadi lebih mudah
Rangkap 6
Perbuatan suka menghebohkan sesuatu perkara / pencapaian kecil adalah tidak
wajar
Rangkap 7
Usah dihairankan jika seseorang itu tidak lagi bersikap seperti dahulu
Rangkap 8
Sesuatu masalah tidak semestinya berjaya diatasi menerusi idea hebat atau
peralatan canggih
Rangkap 9
Perantau / mereka yang berhijrah akan kembali ke tempat asal masing-masing
Rangkap 10
Kerenah manusia
Rangkap 11
Keinginan tinggi yang sukar tercapai kerana kurang keupayaan diri
Rangkap 12
Jika keupayaan diri terhad, seseorang itu tidak perlu mencuba
Rangkap 13
Jika sesuatu berita itu belum pasti, tidak wajar membuat oersiapan yang
berlebihan
Rangkap 14
paras air yang tinggi tidak menghanyutkan timbunan sampah, apatah lagi kering
kontang. maksudnya, sesuatu masalah yang sudah terlalu rumit untuk
diselesaikan
Rangkap 15
Tidak munasabah memasang impian yang tidak mungkin kesampaian
Rangkap 16
Penyesalan yang sudah tidak berguna lagi

Rangkap 17
Sayang sekali wanita cantik yang tidak berakhlak mulia
Tema:
Sindiran terhadap segelintir masyarakat yang mengamalkan sikap negatif
sehingga boleh menjejaskan kehidupann diri sendiri dan orang lain.
Nilai murni
1. Berjimat cermat-contohnya tidak membazir walaupun barang tersebut
dianggap tidak berguna lagi.
2. Merendah diri-contohnya mengamalkan sikap merendah diri apabila berada
di tempat orang.
3. Rasional-contohnya menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak
melulu.
4. Keberanian-contohnya berani menghadapi sebarang kemungkinan dalam
perjuangan.
5. Kesabaran-contohnya memulihkan perasaan marah dengan sifat sabar.
6. Kerajinan-contohnya sifat rajin dalam diri perlu dipupuk sejak kecil lagi.
7. Kepatuhan-contohnya patuh dengan pandangan orang yang lebih
berpengetahuan.
8. Berbudi-bahasa-contohnya kecantikan tidak memberikan apa-apa jika
memiliki tingkahlaku yang negative.
9. Keinsafan-contohnya insaf dan bertaubat setelah melakukan kesilapan.
Persoalan
10.Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan
masyarakat.
11.Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
12.Sikap segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan
diri.
13.Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti
hasilnya.
14.Sikap sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri
sendiri.
15.Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
16.Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.
17.Sikap malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah
dewasa,begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi
semasa masalah.
18.Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
19.Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

Pengajaran
1. Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.
2. Kita disarankan agar bersikap merendah diri apabila merantau di negeri
orang.
3. Kita hendaklah tidak terlalu mengharapkan perkara yang belum pasti
menjadi milik kita kerana akan menyebabkan kekecewaan.
4. Kita hendaklah tidak menyombong diri supaya tidak dibenci orang.
5. Kita mestilah banyak bersabar untuk melenyapkan kemarahan dalam diri.
6. Jika kita mempunyai pengetahuan yang sedikit, janganlah kita menentang
orang yang lebih banyak pengetahuan.
7. Kita hendaklah sentiasa berbudi-bahasa supaya kita akan dipandang mulia
oleh masyarakat.
8. Kita mestilah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.
Unsur Bunyi
1.Asonansi
-Alas nikah raja Melayu ( perulangan vokal a )
-Sangkut terendak dekat beranda ( perulangan vokal e )
-Limau Bentan di tepi tingkap ( perulangan vokal i )
-Hujan rebut gunung terbakar ( perulangan vokal u )
2.Aliterasi
-Buah bacang masak serangkai ( perulangan konsonan b )
-Hendak pulang ke dalam dunia ( perulangan konsonan d )
-Hajat hati nak peluk gunung ( perulangan konsoonan h )
-Kalau kail panjang sejengkal ( perulangan konsonan k )
3.Rima akhir semuanya abab
Gaya Bahasa
1.Hiperbola
-Hujan rebut gunung terbakar
-Embun setitik padam apinya
2.Inversi
-Ikan busuk jangan dibuang
-Gila apakah ikan di laut
3.Penggunaan unsur alam
-ikan,buah bacang, burung,gelam,kenanga,kumbang,bunga,gunung dan
sebagainya

4.Peribahasa
-Jangan diikut resmi ayam,bertelur sebiji riuh sekampung
-Masakan tempua bersarang rendah
-Kalau kail panjang sejengkal,usah lautan hendak diduga
-Burung terbang dipipiskan lada
-Air dalam kapar tak hanyut,kononlah pula kemarau panjang
5.Personifikasi
-nyawa menangis di pintu kubur
6.Repetisi
-tikar ( rangkap 1, baris 1 )
-burung ( rangkap 2 baris 1,rangkap 5 baris 2,rangkap 13, baris 4 )
-anak ( rangkap 7 baris 1 dan 3,rangkap 8 baris 2 )
-bunga ( rangkap 3,baris 3 dan rangkap 11 baris 1 rangkap 17 baris 3 )
7.Sinkope
-Kilat memancar hujan tak laku
-Orang Papua anyam tak sudah
-Air dalam kapar tak hanyut
8.Similie
-Macam melukut di tepi gantang
-Laksana gadis Menteri Bogor
-Sungguh laksana bunga dedap

Anda mungkin juga menyukai