Anda di halaman 1dari 11

LAGU SIMPULAN BAHASA

Ambil berat , ambil tahu


Ambil tahu tentang sesuatu

Campur tangan , masuk campur
Masuk campur sesuatu urusan

Hidung tinggi bersikap sombong
Keras hati sangat degil

Ringan mulut suka bercakap
Muka tembok tak tahu malu

Cari jalan cari cara selesaikan masalah
Buah tangan sebagai hadiah
Ada bakat berkebolehan

Ambil hati berasa kecewa
Terhadap kata seseorang

Ada hati ada kemahuan
Murah hati suka beri bantuan

Tanda hati hadiah kenangan
Besar hati berasa bangga terhadap pertolongan



Kasih Seorang Bapa


Cerpen Rezeki di Laut yang saya baca dalam Majalah Dewan Perdana itu
menceritakan kegigihan Pak Seman membesarkan anak-anaknya dengan titik peluhnya
sendiri.Isteri Pak Seman, Mak Maimun meninggal dunia selepas beberapa bulan
melahirkan anak mereka yang kelima.
Pak Seman seorang yang buta huruf.Dia tidak boleh membaca kerana dia tidak
bersekolah.Dia banyak bergantung pada laut untuk mencari rezeki.Meskipun terpaksa
bergelut dengan pukulan ombak dan terik mentari, dia tetap tabah menjalani liku-liku
hidup.Hasil tangkapan yang diperoleh pada setiap hari tidak seberapa.Adakalanya
cuma cukup makan.
Pak Seman berasa susah hati kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya di
rumah tanpa pengawasan orang dewasa.Dalam masa yang sama, dia perlu turun ke
laut untuk mencari sesuap nasi.Mujurlah anaknya yang sulung, iaitu Ainon sudah boleh
diharapkan untuk menjaga adik-adiknya.Jiran Pak Seman, iaitu Puan Zaleha pula
sering menjenguk anak-anaknya semasa ketiadaan Pak Seman.
Pak Seman amat mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya.Hanya dengan
pelajaran,nasib anak-anaknya akan berubah.Dia tidak mahu anak-anaknya mengikut
jejak langkahnya sebagai nealyan kelak.Dia mahu mereka berjaya dalam hidup masing-
masing.
Pak Seman berasa bertuah kerana anak-anaknya faham akan kesusahan yang
dihadapi olehnya.Mereka jarang-jarang meminta sesuatu yang di luar kemampuan Pak
Seman.
Cerpen yang saya baca itu berakhir dengan kejayaan anak-anak Pak Seman
melanjutkan pelajaran ke menara gading.Kejayaan mereka adalah hasil daripada
dorongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Pak Seman.



Simpulan Bahasa



buruk siku

mata duitan

lidah bercabang

kaki ayam

ulat buku


KATA-KATA HIKMAT

1. Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang mempunyai makna yang
dapat memberi pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan kepada kita.
2. Lazimnya, kata-kata hikmat adalah ringkas tetapi mempunyai pengertian
yang mendalam dan dapat dijadikan panduan dalam kehidupan harian.
3. Kata-kata hikmat merupakan sebahagian daripada peribahasa.
4. Kata-kata himkat biasanya mempunyai maksud yang tersirat.
5. Kata-kata hikmat dipetik daripada kitab-kitab suci, kata-kata dan pendapat
tokoh, negarawan, cendekiawan, dan sasterawan yang bijak pandai.
6. Biasanya, kata-kata hikmat digunakan sebagai cogan kata atau kiasan
dalam pertuturan dan penulisan.




CONTOH-CONTOH KATA HIKMAT

1. Bahasa Jiwa Bangsa -
Bahasa merupakan satu identiti atau lambing sesuatu negara

2. Bahasa Menunjukkan Bangsa
Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu diketahui bangsanya

3. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
Kita akan menjadi kuat sekiranya bersatu dan kita akan menjadi lemah jika
kita bercerai- berai.

4. Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa
Sesuatu bangsa itu dianggap sudah tiada sekiranya bahasanya sudah tidak
ditutur lagi

5. Kata Mesti Dikota
Setiap janji hendaklah ditunaikan

6. Ilmu Pelita Hati -
Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada kehidupan
manusia.

7. Masa Itu Emas -
Masa adalah sangat berharga

8. Membaca Jambatan Ilmu -
Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pembacaan

9. Otak Cerdas, Badan Cergas
Kita dapat berfikir dengan baik dan sempurna jika mempunyai kesihatan
yang baik

10. Pandu Cermat Jiwa Selamat
Sekiranya kita memandu dengan berhati-hati, kemungkinan kita ditimpa
kemalangan adalah sedikit.



CONTOH-CONTOH KATA HIKMAT

1. Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia
Wanita yang secara umumnya bersifat malu dan lemah lembut, mampu
menyumbang idea dan tenaga kepada pembangunan negara.

2. Bertangguh Pencuri Masa
Kerja bertangguh tidak membawa manfaat kepada diri sendiri

3. Ilmu Itu Pelita Hati
Ilmu merupakan cahaya yang menerangi hidup seseorang

4. Hidup Ini Adalah Suatu Perlumbaan
Kita terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam kehidupan ini.

5. Kita Harus Memberi Dan Menerima
Kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan Bantu-membantu antara
satu sama lain

6. Kata-kata Lebih Tajam Daripada Mata Pedang
Kata-kata yang pedas dapat menyinggung dan menghiris perasaan seseorang

7. Muafakat Membawa Berkat
Sesuatu perkara yang dilaksanakan atas persetujuan ramai akan membawa
kebaikan







PEPATAH

1. Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
2. Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup.
3. Lazimnya, pepatah berbentuk susunan berangkap dan terdapat perulangan
kata untuk penegasan atau unsure-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
4. Pepatah juga dapat memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada
si pengucap atau orang lain yang mendengar ungkapan pepatah tersebut.



CONTOH PEPATAH

1. ada gula, ada semut
di mana ada rezeki banyak, di situ banyak orang.

2. ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
jika ada wang, sesuatu pekerjaan itu akan mudah selesai.

3. air sama air, sampah ke tepi juga
seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara adik-beradik, akhirnya
akan diketepikan apabila adik-beradik itu berbaik semula.

4. ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
semua perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya.

5. alah bisa tegal biasa
pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.

6. alah membeli, menang memakai
biar mahal asalkan tahan lama

7. alah sabung menang sorak
walaupun kalah tapi masih berlagak.

8. anak di pangkuan dilepaskan, kera di hutan disusui
mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.

9. angguk bukan, geleng ya
di mulut lain, di hati lain.
CONTOH PEPATAH

1. ayam terlepas, tangan bau tahi
ingin mendapatkan untung yang banyak tetapi akhirnya menanggung kerugian
atau malu.

2. bagaimana acuan begitulah kuihnya
perangai anak biasanya menyamai perangai ibu bapanya.

3. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
walaupun ada kelebihan diri tetapi tidak sombong.

4. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
tiap-tiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang berlainan

5. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah dating
orang yang arif dan rajin.

6. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian
menikmati kesenangan selepas bersusah payah.

7. berani kerana benar, takut kerana salah
orang yang bersalah tidak akan bersifat berani

8. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
hanya orang yang mengalami penderitaan itu yang tahu akan
kesusahan sebenar.

CONTOH PEPATAH

1. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bekerjasama

2. bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
berhati-hati ketika berkata-kata

3. berdiri sma tinggi, duduk sama rendah
setaraf ; sama padan.

4. bukan salah ibu mengandung
mendapat malang disebabkan perbuatan sendiri

5. cepat kaki, ringan tangan
cekap membuat kerja dan suka menolong.

6. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
pertengkaran antara adik-beradik biasanya akan berbaik semula.

7. buang yang keruh, ambil yang jernih
berdamai dan melupakan perselisihan yang berlaku.

8. cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
apabila seseorang yang amat rapat dengan kita teraniaya, kita turut merasai.

Anda mungkin juga menyukai