Anda di halaman 1dari 5

PUTERI BERADU

WATAK: RAJA & PERMAISURI


BABAK 1:

Raja : Lihatlah istana kita ini dinda. Kita sudah ada semuanya. Rakyat jelata hidup aman damai,
harta kekayaan kita pun melimpah ruah.
Permaisuri : Ya, kanda. Dinda bersyukur kanda. Ini semua berkat kanda mentadbir negara
dengan bijaksana.
Raja : Kanda rasa seperti kita masih kekurangan sesuatu tapi apa ya?
Permaisuri : Betul, dinda tahu apa yang kurang. Kita masih belum mempunyai pewaris takhta.
Dinda teringin menimang cahaya mata.
Raja : Tidak mengapalah, dinda. Kita berdoalah kepada Tuhan. Semua yang berlaku ada hikmah
disebaliknya. Rezeki anak dan jodoh tuhan yang tentukan. Sudahlah tu (berjalan keluar pentas
dengan sedih)

WATAK : DAYANG 1 (Kuncup) & DAYANG 2 (Kembang)
BABAK 2:

Dayang 1 : Dayang Kembang! Dayang Kembang! (Lari termengah-mengah)
Dayang 2 : Isyk, apa kecoh-kecoh ni, Dayang Kuncup. Hamba nak cuci kain ni pun tak senang.
Pagi-pagi buta lagi tuan hamba sudah bising.
Dayang 1 : Berita baik ni.
Dayang 2 : Apa yang baiknya Kuncup? Hamba nak tahu juga. Dah lama istana ni tiada berita gembira.
Dayang 1 : Permaisuri dah selamat melahirkan anak! Seorang puteri yang comel. Namanya
Puteri Aurora.
Dayang 2 : Ye ke? Yea! Yea ! Ini berita yang sudah lama ditunggu-tunggu. Jom kita heboh-
heboh kepada rakyat jelata.
Dayang 3 : Yess! (Berlari keluar pentas dengan gembira)



(PERSEMBAHAN TARIAN PERTAMA: (6 ORANG) = MORE THAN I CAN SAY)

WATAK: PERMAISURI , RAJA, PARI BIRU, PARI MERAH , PARI HIJAU & PARI HITAM
BABAK 3:

Permaisuri : Wah, ramai juga rakyat jelata dan pembesar-pembesar yang hadir ke majlis
meraikan kelahiran Puteri Aurora kita kan kanda.
Raja : Betul tu dinda. Kanda telah jemput seluruh rakyat dalam jajahan kita.
Permaisuri : Kanda yakin kita jemput semua? Dinda tak mahu pula ada yang berkecil hati kerana
tidak dijemput ke majlis ini.
Raja : Jangan susah hati. Kanda yakin.

(Pari Biru, Merah dan Hijau terbang masuk dan mengelilingi Puteri Aurora)

Pari Biru : Semoga Puteri Aurora menjadi puteri yang baik hati.
Pari Merah : Patik doakan Puteri Aurora sentiasa ceria dan gembira.
Pari Hijau : Semoga Puteri Aurora membesar dan menjadi puteri yang cantik jelita.

(Pari Hitam masuk ke pentas sambil ketawa mengilai-ngilai)

Pari Hitam : Ha! Ha! Ha! Meriah Nampak, majlis ni? Tuanku memang tidak adil! Kenapa tuanku
tidak menjemput patik ke sini? Hanya patik yang tidak tahu berita gembira ini!
Permaisuri : Kanda, kita tidak jemput pari Hitam ke?
Raja : Alamak, terlupalah pulak! Maklumlah, kanda dah tua.
Pari Hitam : Ah, itu semua alasan. Hamba tidak puas hati!
Permaisuri : Kanda macam mana ni? Perkara seperti nil ah yang dinda tidak ingini. Cuainya kanda!
Raja : Ini semua kesilapan beta. Kita lupakan sajalah perkara ini Pari Hitam.
Pari Hitam : Ha! Ha! Ha! Jangan nak buat lawak. Hamba tidak akan lupakan. Oleh itu, hamba juga
ingin memberikan hadiah kepada Puteri Aurora.
Apabila Puteri Aurora meraikan harijadinya yang ke-18, jarinya akan tercucuk jarum jahitan. Puteri
Aurora akan mati! (Pari Hitam ketawa sambil keluar pentas)
Permaisuri : Tidak!!! (sambil manangis) Kanda, macam mana ni?
Pari Biru : Tidak mengapa, kami akan tolong. Tetapi.
Raja : Tapi apa?
Pari Biru : Kami hanya boleh menukar sedikit sahaja sumpahan itu.
Pari2 : Apabila jari Puteri Aurora tercucuk jarum jahit itu, puteri dan seisi istana akan tertidur
selama 100 tahun.
Raja : Pengawal! Semenjak hari ini, beta perintahkan semua jarum jahit dihapuskan atau buang
saja ke laut.

WATAK : DAYANG KEMBANG & PUTERI AURORA
BABAK 4:

Dayang 2 : Hari ini majlis hari jadi Puteri Aurora yang ke-18. Tentu ayahanda dan bonda tuan
puteri gembira.
Puteri : Benar Kembang. Ini, majlis yang meriah ni bonda lah yang anjurkan. Seronoknya.
Dayang 2 : Mari kita saksikan tari-menari yang diadakan.

Puteri : Marilah.
(Puteri bersedia bersama penari untuk persembahan)

(PERSEMBAHAN TARIAN KE-2: TERMASUK PUTERI = STUPID CUPID)

(Selepas tarian, puteri berjumpa Pari Hitam yang menyamar)
Pari Hitam : Tahniah Puteri Aurora. Hari ini telah genap 18 tahun.
Puteri : Teterima kasih. Siapa tuan hamba? Beta tidak pernah melihat tuan hamba di istana.
Pari Hitam : Patik pernah datang sewaktu majlis kelahiran puteri 18 tahun lalu.
Puteri : Iya?
Pari Hitam : Patik ada hadiah untuk puteri. Ambillah bakul jahit ini.
Puteri : Bakul jahit? Beta tidak pernah melihat benda ini dalam istana. Apa yang berkilat-kilat ini?
Pari Hitam : Itulah jarum jahit pakaian.
Puteri : Jarum? Aduh.. sakitnya tangan beta(puteri pengsan, seluruh tetamu pun pengsan)
(Pari Hitam ketawa dengan kuat dan keluar dari pentas)

WATAK : PENGAWAL & PUTERA
BABAK 5:
Putera : Pengawal, dimanakah tempat ini? Nampaknya seperti istana lama.
Pengawal : Betul Putera, Inilah istana lama yang menjadi lagenda 100 tahun dahulu. Ini
dinamakan Istana Puteri Beradu.
Putera : Apa? Puteri beradu? Mana puterinya?
Pengawal : Di sana tunku.
Putera : Wah cantiknya puteri ini. Namoaknya seperti tidur mati ni. Lama tu. 100 tahun.
Pengawal : Mengikut lagenda yang patik dengar, Puteri dan seisi istana telah di sumpah oleh
ahli sihir jahat.
Putera : Bagaimana untuk menghapuskan sumpahan itu?
Pengawal : Entahlah tuanku. Kalau patik, kita curah sahaja sebaldi air sejuk ke muka puteri,
tuanku.
Putera : Jangan merepeklah. Kalau macam tu dah lama la puteri ni bangun dari tidurnya. Semua
orang tahu carat u.
Pengawal : Habis tu nak buat apa? Eh.tengok tu, ada sehelai kertas.
Putera : Bagi sini, beta baca. Tajuknya: Cara-cara mengejutkan puteri beradu:
1. Ambil jam loceng.
2. Bunyikan di tepi telingan tuan puteri
3. Nescaya puteri yang tidur mati ni bangun.
Pengawal : Wah tuanku, semua orang tahu kalau guna jam loceng mesti terjaga. Apalah bodoh
sangat.
Putera : Kamu ni, pengawal. 100 tahun dulu mana ada jam loceng. Itulah sebab puteri ni kena
tunggu 100 tahun.
Pengawal : Betul juga. Nanti-nanti. Rasanya dalam beg serbaguna patik ada jam loceng. Ha ini
dia. Cepatlah pasangkan tuanku.
(kringg!!!!Tuan Puteri pun terjaga dari tidurnya.)

Puteri : Tuan hamba ke yang menyelamatkan beta dan ahli istana?
Putera : Betul Tuan Puteri. Nama beta Putera Andy Lau.
Puteri : Terima kasih. Nama beta Puteri Aurora. Mari jumpa ayahanda dan bonda patik. Syukurlah
kami semua telah terlepas dari sumpahan.

Anda mungkin juga menyukai