Anda di halaman 1dari 15

http://midieja.blogspot.com/p/pepatah_05.

html

PEPATAH
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan
perkataan berkert-kerat atau berpatah-patah.
Contoh Pepatah dan Maksudnya.
PEPATAH
Ditelan mati emak, diluah mati bapa
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati
ditengah-tengah
Guruh tak berbunyi, malang tak berbau
Harapkan pagar, pagar makan padi
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Biar putih tulang, jangan putih mata
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Genggam bara api, viar sampai jadi abu
Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat
sagunya
Takut kerana salah, berani kerana benar
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi

MAKSUD
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama
penting
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang
menderita
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih
dahulu
Percaya akan orang yang mengkhianati kita
Bekerjasama dan tolong-menolong
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga
Rela
mengorbankan
nyawa
daripada
menanggung malu
Orang
yang
bercita-cita
akan
berusaha
mencapainya
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga
berjaya
Kejayaan tidak akan dating begitu sahaja tanpa
berusaha
Berasa takut kerana melakukan kesalahan,
sebaliknya jika benar, berasa berani
Buang yang jahat, ambil yang baik
Mendapat sesuatu yang diingini

http://www.slideshare.net/AjakKur/pepatah-bahasa-melayu

pepatah ialah sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran.


Selain itu, pepatah juga bersandarkan kepada adat resam orang Melayu. Pepatah
juga sering diungkapkan oleh orang-orang tua sebagai pedoman kepada seluruh
masyarakat khasnya orang-orang melayu.

http://tubelawak.blogspot.com/2011/06/pepatah-melayu-lama-dan-dunia-hariini.html

aku suka pepatah melayu lama.. begitu juga dengan karam singh walia.. dia
juga selalu menggunakan pepatah melayu lama dalam laporan berita yang
dibuatnya.. ada pepatah lama yang evergreen, tapi ada juga pepatah yang
perlu diubahsuai sikit mengikut peredaran zaman.. hahaha.. mungkin ramai
yang masih tidak perasan dan mengabaikan pepatah melayu lama ini.. jadi aku
menulis entri ini dengan harapan agar rakyat malaysia semua tidak
mengabaikan dan melupakan pepatah melayu lama selaras dengan perkembangan
teknologi..

kalau anda perhatikan, di laman sosial seperti facebook sangat jarang orang
menggunakan pepatah melayu lama ketika menulis status.. hahahaha.. yang
diorang tau, update aktiviti terkini seperti "aku baru bangun tidur" atau
"keluar makan jap" atau "sayang my hubby sangat2".. kadang-kadang terasa
annoying gak dengan status atau wallpost macam ni.. cuba bagi status yang
menduga akal sikit, kan best.. boleh gak menjana minda rakan-rakan yang
lain..
jadi aku nak berkongsi sikit situasi-situasi yang sesuai untuk anda kaitkan
pepatah melayu lama dengan dunia hari ini.. pendek kata di dalam dunia
internet ni.. hahaha..
yang lama dikelek, yang baharu didukung
contoh : dengan adanya laman sosial seperti facebook ini, aku boleh memartabatkan kembali
pepatah melayu lama.. yang lama dikelek, yang baharu didukung..
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
contoh : tak payah dok guna email hosting mengarut-ngarut macam doramail, rocketmail semua ni..
tak secure.. pakai ja yahoo atau google.. sebab database diorang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas..
seperti lembu dicucuk hidung
contoh : kesian aku tengok si Shafi'e tu.. aku nak post kat wall dia pun aku risau awek dia marah..
selepas tukar status 'in relationship with Rafe'ah' dia seperti lembu dicucuk hidung..
bara yang digenggam biar sampai jadi arang
contoh : kalau kau nak besarkan ladang farmville kau macam aku, kau kena genggam bara biar
sampai jadi arang.. aku yakin kau akan berjaya..
ok.. itu semua adalah antara pepatah yang boleh diguna pakai lagi.. tapi
ada juga antara pepatah melayu lama yang sudah tidak sesuai untuk digunakan
di masa kini.. kebetulan berlaku kepada aku sendiri.. ahahahaha.. aku malas
nak taip.. jadi anda boleh lihat sendiri dalam gambar di bawah ini.. antara
pepatah melayu lama yang tidak sesuai digunakan dizaman ini ataupun dilaman
sosial.. hehehehe..

http://asfizahmohdamir65.blogspot.com/p/pepatah.html

PEPATAH
1. Pepatah merupakan sejenis peribahasa yang berangkap.
2. Peribahasa ini berisi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup.
3. Lazimnya, pepatah berbentuk susunan berangkap dan
terdapat perulangan kata untuk penegasan atau unsure-unsur
pengajaran yang hendak disampaikan.

4. Pepatah juga dapat memberikan dorongan dan kata-kata


semangat kepada si pengucap atau orang lain yang mendengar
ungkapan pepatah tersebut.
CONTOH PEPATAH
1. ada gula, ada semut
di mana ada rezeki banyak, di situ banyak orang.
2. ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
jika ada wang, sesuatu pekerjaan itu akan mudah selesai.
3. air sama air, sampah ke tepi juga
seseorang yang campur tangan dalam pergaduhan antara adikberadik, akhirnya akan diketepikan apabila adik-beradik itu
berbaik semula.
4. ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
semua perbuatan baik atau jahat pasti ada balasannya.
5. alah bisa tegal biasa
pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika selalu
dilakukan.
6. alah membeli, menang memakai
biar mahal asalkan tahan lama
7. alah sabung menang sorak
walaupun kalah tapi masih berlagak.
8. anak di pangkuan dilepaskan, kera di hutan disusui
mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
9. angguk bukan, geleng ya
di mulut lain, di hati lain.
10. ayam terlepas, tangan bau tahi
ingin mendapatkan untung yang banyak tetapi akhirnya
menanggung kerugian atau malu.
11. bagaimana acuan begitulah kuihnya

perangai anak biasanya menyamai perangai ibu bapanya.


12. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
walaupun ada kelebihan diri tetapi tidak sombong.
13. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
tiap-tiap orang mempunyai pendapat dan kemahuan yang
berlainan
14. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah dating
orang yang arif dan rajin.
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakitsakit dahulu, bersenang-senang kemudian
menikmati kesenangan selepas bersusah payah.
16. berani kerana benar, takut kerana salah
orang yang bersalah tidak akan bersifat berani
17. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
hanya orang yang mengalami penderitaan itu yang tahu
akan
kesusahan sebenar.
18. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bekerjasama
19. bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengardengar
berhati-hati ketika berkata-kata
20. berdiri sma tinggi, duduk sama rendah
setaraf ; sama padan.
21. bukan salah ibu mengandung
mendapat malang disebabkan perbuatan sendiri
22. cepat kaki, ringan tangan
cekap membuat kerja dan suka menolong.
23. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

pertengkaran antara adik-beradik biasanya akan berbaik


semula.
24. buang yang keruh, ambil yang jernih
berdamai dan melupakan perselisihan yang berlaku.
25. cubit paha kanan, paha kiri terasa juga
apabila seseorang yang amat rapat dengan kita teraniaya, kita
turut merasai.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pepatah

Kata

Takrif

Sumbe

pepatah

peribahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya.

Kamus Pela
Edisi Kedua

pepatah dan
petitih

berbagai peribahasa;

Kamus Dew
Edisi Keemp

pepatah adat perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat;

Kamus Dew
Edisi Keemp

pepatah

peribahasa yg berisi nasihat dll; kata-kata orang tua-tua yg terdapat ajaran di dlmnya.

Kamus Pela

pepatah

sj peribahasa yg mengandungi nasihat, ajaran (perkataan) orang tua-tua dll, bidal; ~ adat perkataan
(peribahasa) mengenai adat, kata adat; ~ dan petitih berbagai peribahasa; berpepatah menyebut
(memakai) pepatah: pandai benar kanda ~; pematah.

Kamus Dew
Edisi Keemp

peribahasa

bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

Kamus Pela
Edisi Kedua

petitih

Mn pepatah, peribahasa.

Kamus Dew
Edisi Keemp

pematah

peribahasa; pepatah.

Kamus Dew
Edisi Keemp

pematah

1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk
membuat orang tidak boleh berkata-kata.

Kamus Dew
Edisi Keemp

peribahasa

bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.

http://midieja.blogspot.com/p/bidalan_05.html

Contoh Bidalan dan Maksudnya.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak


Jika ingin hidup mestilah berusaha.mewah,
Alur tempur, jalan berturut

Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim.

Belum duduk, sudah belunjur


Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.

Berbuat di alang, belayar di musim


Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

Biar genting, jangan putus


Biar rugi sedikit daripada rugi banyak.

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas


Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik.

Biar putih tulang, jangan putih mata


Sanggup mati daripada menyerah kalah.

Biar titik, jangan tumpah


Biar rugi sedikit, jangan rugi banyak.

Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


Berbuat baik biar sekadar tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali.

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit


Selalu berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu.

Cicir dipungut, hilang dicari


Jangan melakukan pembaziran.

Daripada cempedak baiklah nangka


Lebih baik ada daripada tiada langsung.

Elok lenggan di tempat data


Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sesuai.

Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula

Sesuatu yang telah dilakukan tidak dapat ditarik semua.

http://asfizahmohdamir65.blogspot.com/p/bidalan.html

BIDALAN
1. Bidalan ialah perkataan-perkataan yang mempunyai
pengertian tertentu di sebalik kata-kata itu yang berkaitan
dengan sikap dan tingkah laku manusia.
2. Bidalan biasanya mengandungi kata-kata nasihat yang dapat
dijadikan pengajaran dan mengandungi unsure perbandingan
dengan benda lain seperti baik membawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang , ada rupa ada harga dan
sebagainya.
3. Kata-kata bidalan juga digunakan sebagai bahan sindiran yang
bertujuan untuk memberi peringatan seperti berdikit-dikit,
lama-lama jadi bukit yang bermaksud berjimat cermat akan
membawa kesenangan kelak.
CONTOH-CONTOH BIDALAN
1. ada pasang surut
keuntungan dan kekuatan seseorang ada masa meningkat atau
menurun.
2. ada rupa ada harga
barang yang cantik, tentu mahal
3. ada udang di sebalik batu
ada motif tersembunyi di sebalik perbuatan
4. air yang tenang, jangan disangka tiada buaya
orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
5. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
merendah diri lebih baik daripada menyombong
6. baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
sementara menunggu yang lebih baik buatlah sesuatu yang
mendatangkan faedah.
7. belakang parang, kalau diasah akan tajam juga

orang yang bodoh atau susah jika berusaha dengan gigih lamakelamaan akan berjaya juga.
8. belum duduk berlunjur dahulu
membuat sesuatu kerja tidak mengikut urutan
9. rambut jangan putus, tepung jangan berselerak
sesuatu kerja yang dilaksanakan perlu dengan berhati-hati agar
selamat
10. berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali
lakukanlah kebaikan secara sederhana tetapi jangan sekali-kali
berbuat jahat
11. berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit
amakan berjimat cermat agar dapat membawa kesenangan
12. biar genting, jangan putus
biar rugi sedikit, jangan rugi banyak
13. biar mati anak, jangan mati adat
anak yang melanggar adat mesti dihukum
14. biar berputih tulang, jangan berputih mata
lebih baik mati daripada menanggung malu
15. berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengardengar
berhati-hati apabila mengeluarkan kata-kata
16. biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati
biar miskin atau hodoh seseorang itu, asalkan mempunyai hati
budi yang baik
17. biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
sesuatu rahsia perlu disimpan dengan baik.
18. biar titik, jangan tumpah
biar rugi sedikit asalkan tidak rugi banyak.
19. bumi mana yang tidak ditimpa hujan

semua orang ada melakukan kesilapan.


20. daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang
tanah
mati lebih baik daripada hidup menanggung malu.
21. daripada segenggam jadi segantang
daripada sedikit lama-lama menjadi banyak
22. habis akal, baru tawakal
setelah berusaha barulah berserah kepada Tuhan.
23. jangan meludah ke langit
jangan melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri.
24. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
berhati-hati selalu agar tidak menyesal.
25. hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga

budi yang baik akan dikenang walaupun seseorang itu telah


meninggal dunia.
26. jangan bercermin di air keruh
pebuatan yang negatif jangan ditiru.
27. sudah terang lagi bersuluh
bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui.
28. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
jika tekun berusaha pasti mendapat kejayan.
29. sediakan payung sebelum hujan
beringat sebelum kena
30. pipit itu pipit juga lawannya
orang kaya dengan orang kaya manakala orang miskin dengan
orang miskin.

http://hafizan-malik.blogspot.com/2013/06/koleksi-bidalan-melayu.html

1.

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah
berusaha]

2.

Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang
yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]

3.

Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah
berasa gembira]

4.

Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang
sesuai]

5.

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu


berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]

6.

Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu


kemudian baru bertindak]

7.

Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja


sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]

8.

Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah


dahulu, yang senang dibuat kemudian]

9.

Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan


kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]

10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]


11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih
bercakap besar]
12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan
berbudi bahasa dan berhati mulia]
13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak
menyesal]
14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat
daripada kalah kepada orang yang lemah]
15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan
sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]
17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak
menjadi korban]
19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat
kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]
20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]

21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
24. Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan
mengingati perkara yang baik sahaja]
25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya
tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan
(menggunakan) sesuatu]
27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup
menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok,
seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan
dikenang walaupun ia telah mati]
31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang
sepatutnya]
32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan
kata-kata orang]
33. Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan
yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang
tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih
hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa
supaya tidak terpedaya dan habis harta]
39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan
santun apabila berada di negara asing]
40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong
apabila mendapat sesuatu kelebihan]
41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]

43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apaapa]
44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu
muslihat musuh]
45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan
dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan
buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau
tidak cukup syarat]
49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan
kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan
diungkit-ungkitkan lagi]
51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa
yang tidak mampu kita lakukan]
54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri
dengan keadaan]
55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan
sebarang kerja yang baik]
56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah
puncanya]
57. Mamah dulu
peraturannya]

baru

telan [Melakukan

sesuatu

pekerjaan

perlulah

mengikut

58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak


[Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di
situ]
59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika
merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak
membuang masa begitu sahaja]
60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]
61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat
cermat]

62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama
menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]
63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita
tidak akan tercapai jika malas berusaha]
64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]
66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan
memberikan hasil yang memuaskan]
68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi
kesusahan]
69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat
sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]
70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga
pendapatan]
71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan
untuk menang]
72. Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita
lakukan]
73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja
itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan
bantuan orang untuk berjaya]
75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu
menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]
76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah
dengan bijaksana dan adil]
77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina
orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu
hendaklah dengan bijaksana]

Maklumat lanjut : http://hafizan-malik.blogspot.com/2013/06/koleksi-bidalanmelayu.html#ixzz308Af6yj2

http://sariaatainah.blogspot.com/p/blog-page_1577.html

Bidalan
Definisi Bidalan
Bidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya
(Kamus Dewan). Bidalan juga merupakan sejenis peribahasa yang memaparkan unsur nasihat,
pedoman, atau pengajaran kepada masyarakat dalam bentuk ungkapan yang ringkas. Bidalan juga
membawa maksud yang tidak sama dengan maksud perkataan yang digunakan. Bidalan mempunyai
maksudnya yang tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak
mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap.
Selepas tamat persekolahan , Yusri membantu ayahnya berkebun sayur sebelum dia memperoleh
jawatan yang dipohonnya. Bagi Yusri, baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
Belum duduk sudah berlunjur.
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.
"Kamu belum mendapat basikal yang dijanjikan oleh ayat kamu sebagai hadiah hari lahir, jadi
janganlah belum duduk sudah berlunjur", kata Ramli kepada kawannya.
Berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar.
Hendaklah berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.
Pak Bakar dan Mak Lijah berbisik-bisik apabila bercerita tentang perilaku anak jirannya kerana
mereka sedar bahawa berkata siang pandang-pandang, berkata malam dengar-dengar.
Daripada cempedak baiklah nangka
Lebih baik ada daripada tiada langsung.
Puan Sim sedang membeli sayur yang sudah hampir layu itu kerana baginya daripada cempedak
baiklah nangka.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan
pekerjaan itu sehingga berjaya.
Penduduk kampung itu mengalami pelbagai kesulitan untuk meneruskan pembinaan jambatan itu
tetapi mereka tidak pernah putus asa kerana bagi mereka genggam bara api biar sampai jadi arang.
Indah khabar dari rupa
Cerita tentang sesuatu perkara biasa yang dilebih-lebihkan dan tidak menyamai keadaan sbenarnya.
Keadaan di negara itu sebenarnya indah khabar dari rupa. Apabila kamu tiba di sana tahulah kamu
keadaan yang sebenarnya.
Sudah terhantuk baru tengadah
Sesudah ditimpa sesuatu masalah baru hendak beringat-ingat.
"Sudah beberapa kali kami nasihati agar berhati-hati melakukan kerja itu. Kini tidaklah perlu kau
sesali apabila sudah terhantuk baru tengadah," katanya kepada pemuda itu.
Ukur baju di badan sendiri
Membuat sesuatu mestilah mengikut kemampuan diri.
"Kami tidak menghalang kamu menyertai maraton itu, tetapi ukur baju di badan sendri", kata beliau.

Anda mungkin juga menyukai