Anda di halaman 1dari 8

UNTUK PELAJAR PANDAI

SOALAN 3 (e) PERIBAHASA

NOTA PERIBAHASA TINGKATAN 4

BIL PERUMPAMAAN MAKNA


1 Bagai angin meniup lembut Suasana nyaman
2 Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa
3 Bagai enau dalam belukar melepaskan Mementingkan diri
pucuk masing-masing
4 Bagai melukut di tepi gantang Tidak dianggap penting
5 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara seseorang dengan penuh
kasih sayang
6 Bagai pauh dilayang Pipi yang gebu/licin
7 Bagai telur di hujung tanduk Keadaan yang amat genting
8 Bak unggas bersiul merdu Bunyi pelbagai serangga
9 Merak bak darah dingin bagai salju Merah seperti darah
10 Seperti abu atas tunggul Kedudukan yang tidak selamat
11 Seperti api dalam sekam Dendam yang telah lama terpendam
12 Seperti bangu di ekor kerbau Tidak mempunyai pendirian sendiri
13 Seperti harimau menyembunyikan Orang yang menyembunyikan
kukunya kelebihannya
14 Seperti kaca terhempas ke batu Kesedihan yang amat sangat
15 Seperti ketam menyuruh anaknya Orang yang menyruh orang lain
berjalan betul melakukan sesuatu perkara dengan
baik padahal dia tidak dapat
melakukannya
16 Seperti lembu dicucuk hidung Orang bodoh dan selalu mengikut
orang lain
17 Umpama api membara ganas Api yang marak menyala

BIL SIMPULAN BAHASA MAKNA


1 Air muka Rupa muka/maruah/harga diri
2 Anak emas Anak kesayangan
3 Asam garam Segala pengalaman
4 Awan larat Ukiran yang berkait-kait;awan yang
ditiup angin
5 Ayam tambatan Orang yang menjadi harapan dalam
satu pasukan kerana kehebatannya.
6 Berat tulang Orang yang malas
7 Berhati waja Pendirian yang teguh
8 Bersengkang mata Berjaga malam
9 Bertali arus Tidak putus-putus,tidak henti-henti
10 Bertikam lidah Berdebat,bertengkar
11 Cakap besar Percakapan untuk menunjuk-
menunjukkan kepandaian atau
kebolehan diri
12 Darah daging Anak kandung
13 Gulung tikar Menutup perniagaan kerana rugi
14 Hati kecil Perasaan dalam batin
15 Ipar duai Saudara suami atau isteri
16 Kaki ayam Tidak memakai kasut
17 Kaum kerabat Saudara mara
18 Khabar angin Perkhabaran yang belum dapat
dipastikan kebenarannya
19 Langkah bendul Gadis yang berkahwin sebelum
kakaknya
20 Lidah pendeta Kata-kata hikmat daripada orang
yang bijaksana dan mempunyai
pengetian yang tinggi untuk dijadikan
panduan hidup
21 Makan gaji Bekerja untuk mendapatkan gaji
22 Murah hati Suka memberi bantuan
23 Pelanduk dua serupa Dua orang yang mempunyai wajah
yang sama dan susuk badan serta
perwatakan yang serupa
24 Rendah hati Tidak sombong
25 Ringan tulang Rajin bekerja
26 Sehelai sepinggang Keadaan yang sangat miskin
27 Tangan kosong Hampa
28 Tangan terbuka Sedia menerima kedatangan
seseorang dengan sukacita
29 Tepian gelanggang Tempat mengadakan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan
30 Terang hati Lekas pandai
31 Tulang belakang Sumber kekuatan

BIL PEPATAH MAKNA


1 Belakang parang kalau diasah lagikan Walau bodoh macam pun kalau diajar
tajam akan pandai juga
2 Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke Menempuh kesulitan dahulu baru
tepian,bersakit-sakit dahulu bersenang- mencapai kesenangan
senang kemudian
3 Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing Sikap bekerjsama dan membuat
sesuatu perkara
4 Dayung sudah di tangan,perahu sudah di Segalanya sudah sedia
air
5 Duduk sama rendah,berdiri sama tinggi Sama taraf atau kedudukan
6 Kalau kail panjang sejengkal lautan yang Jika pengetahuan cetek jangan cuba
dalam diduga jangan hendak melawan orang yang lebih
luas pengetahuannya
7 Malu berkayuh perahu hanyut,malu Kalau malas berusaha pasti akan
bertanya sesat jalan susah
8 Seekor kerbau membawa Hanya kerana seorang yang
lumpur,semuanya terpalit melakukan kesalahan tetapi orang
lain juga turut dituduh melakukannya
9 Sekali air bah, sekali pasir berubah Suasana akan berubah apabila
keadaan berubah
10 Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian Berfikirlah dengan teliti sebelum
tiada gunanya melakukan sesuatu supaya tidak
timbul kesal akibat perbuatan itu
11 Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek Adat atau sesuatu yang tetap dengan
panas keutuhannya
12 Terlajak perahu boleh diundur,terlajak Berhati-hati apabila bercakap kerana
kata buruk padahnya ditakuti menyakiti orang
lain/kesilapan yang sukar dibetulkan
lagi

BIL BIDALAN MAKNA


1 Air yang tenang jangan disangka tiada Orang yang pendiam jangan disangka
buaya bodoh atau penakut
2 Burung terbang dipipiskan lada Belum mendapat sesuatu yang
dihajati tetapi telah berangan-angan
menggunakannya
3 Cepat kaki ringan tangan Rajin membuat kerja
4 Genggam bara api biar sampai jadi arang Melakukan sesuatu kerja yang sukar
hendaklah bersabar sehingga berjaya
5 Indah khabar daripada rupa Cerita atau gambaran lebih hebat dari
keadaan yang sebenar
6 Jauh panggang daripada api Jawapan yang sangat berbeza
7 Jika melentur buluh biarlah dari Melatih hendaklah anak sejak kecil
rebungnya kerana jika sudah besar susah hendak
mendidiknya
8 Patah tumbuh hilang berganti Tiap-tiap yang hilang aka nada
gantinya
9 Rosak badan kerana mulut Tersalah cakap maka diri sendiri yang
mendapat susah
10 Sudah erhantuk baru tengadah Sudah terkena baru hendak beringat

BIL KATA-KATA HIKMAT MAKNA


1 Badan sihat otak cerdas Tubuh badan yang sihat akan
membentuk minda yang cerdas
2 Berkata benarlah walaupun kebenaran Semasa bercakap kita hendaklah
itu menyakitkan menyatakan pendapat secara jujur
walaupun ada pihak yang mungkin
tersinggung dengan pendapat kita
3 Hilang bahasa lenyaplah bangsa Sekiranya bahasa pupus maka
bangsaakan turut terkubur
4 Kata itu kota Kata-kata mestilah ditunaikan
5 Kebersihan dan keceriaan kunci Sekiranya bersih dan indah akan
kecemerlangan menghasilkan kecemerlangan dalam
semua aspek
6 Makan untuk hidup bukan hidup untuk Kita meneruskan kehidupan dengan
makan makanan bukannya hidup hanya
untuk makan
7 Malaysia Boleh Malaysia berupaya melakukan apa-
apa sahaja
8 Mata pena lebih tajam daripada mata Pendapat yang dikemukakan secara
pedang bertulis kadangkala lebih berbisa
9 Membazir itu amalan syaitan Perbuatan berlebih-lebihan dianggap
salah di sisi agama
10 Mencegah lebih baik daripada Menghalang penait lebih baik
mengubati daripada mengubat penyakit
11 Pandu cermat jiwa selamat Memandu dengan berhati-hati akan
mengelakkan kemalangan
12 Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Pemuda pemudi merupakan tonggak
negara negara
13 Tangan yang meghayun buian itu boleh Wanita yang dianggap lemah
menggoncang dunia sebenarnya amat perkasa

NOTA PERIBAHASA TINGKATAN 5

BIL PERUMPAMAAN MAKNA


1 Bagai aur dengan tebing Saling menyokong
2 Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa
3 Seperti abu di atas tunggul Kedudukan yang tidak tetap atau
tidak selamat
4 Seperti baung kena tukul Suara yang merungut kerana tidak
puas hati
5 Seperti dihiris dengan sembilu Terasa pedih sekali
6 Seperti hujan jatuh ke pasir Berbuat baik tidak pada tempatnya
7 Seperti kacang lupakan kulit Tidak mengenang budi atau jasa
8 Seperti menepuk air di dulang Menceritakan keaiban diri atau
keluarga sendiri
9 Seperti meniup api dalam air Pekerjaan yang sangat sukar
10 Umpama bersuluh di tengah hari Perbuatan yang bodoh atau bertanya
tentang sesuatu yang sudah diketahui
11 Umpama si buta baru celik Orang susah baru memperoleh
kesenangan

BIL SIMPULAN BAHASA MAKNA


1 Adu domba Melaga-lagakan seseorang dengan
orang lain
2 Akal budi Fikiran yang sihat
3 Bahasa dalam Bahasa istana
4 Bahasa isyarat Komunikasi menggunakan lambang
5 Buah pena Hasil karya
6 Bulat kata Keazaman yang bersungguh-sungguh
7 Gencatan senjata Memberhentikan peperangan
8 Hak cipta Hak milik karya intelektual
9 Hari lebaran Hary raya
10 Ipar duai Saudara suami isteri
11 Jalan damai Menyelesaikan sesuatu secara
rundingan
12 Lintah darat Peniaga yang mengambil keuntungan
terlalu tinggi
13 Masin lidah Apa yang dkata menjadi kebenaran
14 Memerah otak Befikir dengan serius
15 Mencari jalan Mencari helah
16 Mencolok mata Sesuatu yang tidak elok dipandang
17 Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mata
18 Senyum kambing Senyum mengejek
19 Tabir besi Negara-negara di bawah blok Rusia
20 Zaman bahari Zaman purbakala

BIL PEPATAH MAKNA


1 Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke Menempuh kesulitan dahulu baru
tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang- mencapai kesenangan
senang kemudian
2 Berjalan pelihara kaki,bercakap pelihara Hendaklah selalu beringat-ingat
lidah apabila melakukan sesuatu perkara
3 Bar mati anak jangan mati adat Jika anak sendiri yang melanggar adat
dia mesti dihukum
4 Bukit sama didaki,;urah sama dituruni Perhubungan yang sangat
akrab,susah senang tetapi Bersama
5 Bulat air kerana pembetung,bulat kata Keputusan sebulat suara melalui
kerana muafakat mesyuarat
6 Hati gajah sama dilapah,hati kuman Pembahagian yang sama adil
sama dicecah
7 Hidup kayu berbuah,hidup manusia biar Semasa hidup hendaklah berbuat baik
berjasa pada diri sendiri dan masyarakat
8 Hidup tidak kerana tulah,mati tidak Berusaha dengan daya usaha sendiri
kerana sumpah tanpa mengharapkan bantuan orang
9 Hilang bahasa,lenyaplah bangsa Bahasa akan hilang apabila
bangsanya tidak menggunakan
bahasanya itu
10 Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan Cita-cita tidak akan tercapai jika tidak
dapat sagunya berusaha bersungguh-sungguh
11 Kalau nak tahu jahat seseorang tanya Setiap kebaikan atau keburukan
seterunya,kalau nak tahu baik seseorang seseorang itu dapat diketahui melalui
tanya sahabatnya musuh atau kawannya
12 Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa Manusia hanya boleh berharap, tetapi
Tuhan yang menentukannya
13 Menyambung biar Panjang,menyebar Melakukan sesuatu itu biarlah
biar lebar memberi faedah
14 Sediakan payung sebelum hujan Berjaga-jaga sebelum ditimpa
kesusahan
15 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit Kerja yang dilakukan secara beransur-
ansur akan mencapai kejayaan
16 Siapa menjala siapa terjun,siapa Siapa yang berkehendak dialah yang
berhutang siapa membayar berusaha
17 Yang bulat tidak datang menggolek,yang Seseorang yang akan mendapat
pilih tidak datang melayang keuntungan dengan mudah
18 Yang dikejar tak dapat,yang dikendong Sesuatu yang diusahakan tidak akan
berciciran mendapat hasilnya dan yang ada di
tangan pula hilang
19 Yang kurik itu kendi yang merah itu Yang baik dan indah itu ialah budi
saga,yang baik itu budi yang indah itu dan bahasa bukannya rupa
bahasa

BIL BIDALAN MAKNA


1 Genggam bara api biar sampai jadi arang Mengerjakan sesuatu yang sukar
hendaklah bersabar hingga mencapai
kejayaan
2 Membuat mahu menuras tidak Membuat sesuatu pekerjaan tetapi
malas belajar untuk menambahkan
pengetahuan tentang pekerjaan itu
3 Orang penyegan susah makan Orang yang malas bekerja hidupnya
susah
4 Setitik dijadikan laut sekepal dijadikan Membesar-besarkan perkara yang
gunung kecil
5 Besar pasak dari tiang Perbelanjaan yang lebih besar
daripada pendapatan
6 Rajin bekerja mudah belanja Orang yang rajin hidupnya senang

BIL KATA-KATA HIKMAT MAKNA


1 Bahasa mencerminkan jiwa Kata-kata yang diujarkan sebenarnya
lahir daripada jiwa
2 Bertangguh itu pencuri masa Tidak wajar berlengah-lengah apabila
melakukan sesuatu
3 Berusahalah kamu seolah-olah kamu Bekerja dan beramal secara seimbang
akan hidup seribu tahun
4 Cegah sebelum parah Sebelum berlakunya perkara yang
buruk perlulah ditegah
5 Jauh berjalan,luas pengalaman Semakin jauh kita berjalan
pengetahuan akan turut bertambah
6 Kita mesti menanti waktu,waktu tidak Masa sangat berharga
menanti kita
7 Manusia itu mati tetapi kemanusiaan Kebaikan dan kesejahteraan akan
hidup selama-lama kekal selamanya
8 Muafakat itu berkat Bekerjasama pasti mendatangkan
kebaikan sampai bila-bila
9 Negara bersih rakyat sihat Negara yang tidak kotor
menyebabkan masyarakat hidup
dalam kesejahteraan
10 Rajin dan usaha tangga kejayaan Usaha yang bersungguh-sungguh
akan mendatangkan kejayaan
11 Sembahyanglah kamu sebelum kamu Beribadat kepada Tuhan
disembahyangi
12 Syurga itu di bawah telapak kaki ibu Anak tidak boleh menderhaka kepada
ibu bapa

MEMBERIKAN MAKSUD PERIBAHASA

Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan maksudnya.

Contoh
Peribahasa Bagai gadis jolong menumbuk
Maksud Rajin dan bersungguh-sungguh.

Praktis 1

i Atas pagar
ii Ayam pemikat
iii Berkerat rotan berpatah arang
[ 6 markah]

Praktis 2

i Bahasa jiwa bangsa


ii Bagai dakwat dengan kertas
iii Seperti air dalam kolam
[ 6 markah]

Praktis 3

i Bagai lebah menghimpunkan madu


ii Seperti si buta baru celik
iii Kemenyan sebesar lutut;jika tidak dibakar, tidak akan berbau
[ 6 markah]

Praktis 4

i Besar pasak daripada tiang


ii Cepat kaki ringan tangan
iii Pantang berundur sebelum berjuang
[ 6 markah]
Praktis 5

i Membaca jambatan ilmu


ii Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
iii Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
[ 6 markah]

Praktis 6

i Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung


ii Antan patah lesung hilang
iii Bumi mana tidak ditimpa hujan
[ 6 markah]

Praktis 7

i Anak kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan


ii Tepuk dada tanya selera
iii Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya
[ 6 markah]

Praktis 8

i Untung sabut timbul, untung batu tenggelam


ii Seperti pahat dengan penukul
iii Atas pagar
[ 6 markah]

Praktis 9

i Seperti embun di hujung rumput


ii Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
iii Bagai kera mendapat bunga
[ 6 markah]

Anda mungkin juga menyukai