Anda di halaman 1dari 2

KATA KERJA PASIF: A. Lengkapkan ayat-ayat di bawab ini dengan kata-kata kerja pasif yang disediakan.

kesempitan bercukur terhibur berlipat terlanggar kematian terpengaruh terkejut terlibat kesiangan kemasukan bergoreng 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Hatinya terhibur apabila melihat telatah cucunya. Kain untuk pakaian di dalam bakul itu belum berjahit. Pagar rumahnya terlanggar oleh sebuah lori. Raju kesiangan. Dia pergi ke sekolah lewat. Pak Dolah kesempitan dan terpaksa berhutang. Nasi belum bertanak meskipun waktu makan hampir tiba. Mereka terkejut apabila mendenqar berita sedih itu. Rumah Encik Lim kemasukan perompak malam semalam. Kain baju di atas meja itu belum berlipat. PuanLaila mudah terpengaruh oleh kata-kata penjual yang datang ke rumah. Ikan-ikan kembung itu belum bergoreng. Ayah kehujanan ketika pulang dan kebun petang semalam. Beliau tidak terlibat dalam tunjuk perasaan itu. Janggut dan jambang Cikgu Zaid belum bercukur. Ibu beranak tiga itu baru kematian suami.

bertanak kehujanan berjahit

AYAT MAJMUK GABUNGAN: A. Gabungkan tiap-tiap ayat (a) dan (b) di bawah ini dengan menggunakan kata hubung yang sesuai supaya menjadi ayat gabungan yang betul. a) Zarina menyapu sampah. b) Zaleha mengelap tingkap. Zarina menyapu sampah dan Zaleha mengelap tingkap. c) Mak Esah menjual nasi lemak. d) Mak Esah menjual kuih-muih. Mak Esah menjual nasi lemak dan kuih muih. e) Dia hendak pergi ke Johor Bahru dengan bas? f) Dia hendak ke Johor Bahru dengan kereta api? Dia hendak ke Johor Bahru dengan bas atau dengan kereta api? g) Maniam tertendang batu. h) Maniam terjatuh. Maniam tertendang baru lalu terjatuh. i) Saya ingin membeli tilam yang murah. j) Saya ingin membeli tilam yang selesa. Saya ingin membeli tilam yang murah tetapi yang selesa. k) Lukman rajin mengulang kaji pelajaran. l) Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Lukman rajin mengulang kaji pelajaran maka dia lulis dengan cemerlang dalam peperiksaan. m) Abang Din ingin menyertai polis. n) Abang Din menyertai tentera. Abang Din ingin menyertai polis tetapi menyertai tentera. o) Kak Jah bernyanyi-nyanyi. p) Kah Jah membancuh kopi. Kak Jah membancuh kopi sambil bernyanyi-nyanyi.

q) Ibu sakit perut. r) Ibu pergi ke klinik. Ibu sakit perut maka beliau pergi ke klinik. s) Pasu itu jatuh ke lantai. t) Pasu itu bersepai. Pasu itu jatuh ke lantai lalu bersepai. B. Bina ayat gabungan daripada ayat-ayat di bawah ini dengan menggunakan kata hubung berpasangan yang disediakan.

a) Buku ini sesuai untuk orang dewasa. b) Buku ini sesuai untuk kanak-kanak. Buku ini bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa tetapi juga sesuai untuk kanak-kanak. c) Eng Wah tidak mendapat izin daripada bapanya. d) Dia akan menyertai rombongan ke Gunung Ledang. Sungguhpun Eng Wah tidak mendapat izin daripada bapanya, namun dia akan menyertai rombongan ke Gunung Ledang. e) Motosikal tidak dapat dibelinya. f) Basikal tidak dapat dibelinya. Jangankan motosikal, basikal pun tidak dapat dibelinya. g) Azman amat bagus dalam Matematik. h) Azmi amat bagus dalam Matematik. Baik Azman mahupun Azmi amat bagus dalam Matematik. i) Soalan yang mudah tidak dapat dijawabnya. j) Soalan yang susah tidak dapat dijawabnya. Sedangkan soalan yang mudah tidap dapat dijawabnya tambahan pula soalan yang susah. AYAT MAJMUK PANCANGAN: A. Bina ayat pancangan daripada tiap-tiap pasang ayat di bawah ini dengan memancangkan predikat ayat (b) ke dalam ayat (a). a) Anak itu gemar akan coklat. b) Anak itu comel. Anak comel itu gemar akan coklat. c) Orang itu suka berderma. d) Orang itu kaya-raya. Orang yang kaya raya itu suka berderma. e) Jalan itu ditutup kepada semua lalu lintas. f) Jalan itu ke Batu Caves. Jalan ke Batu Caves itu ditutup kepada semua lalu lintas. g) Pemuda itu bekerja di Jabatan Pertanian. h) Pemuda itu sedang makan. Pemuda yang sedang makan itu bekerja di Jabatan Pertanian. i) Tempat itu sering dikunjungi pelancong. j) Tempat itu bersejarah. Tempat yang bersejarah itu sering dikunjungi pelancong. k) Baju itu belum saya pakai lagi. l) Baju itu baru saya beli. Baju yang baru saya beli itu belum saya pakai lagi.

Anda mungkin juga menyukai