Anda di halaman 1dari 3

Isnin Tatabahasa (5) 20.6.

22
Tajuk: Kata Pemeri

Nota Ringkas:
 Kata pemeri adalah diikuti oleh frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Contoh:
1. Bunga itu adalah wangi sekali.
2. Hadiah itu adalah untuk ibu.

 Kata pemeri ialah diikuti oleh frasa nama. Contoh:


1. Beliau ialah ketua murid sekolah ini.

Latihan Kata Pemeri


1. Lelaki yang berbaju biru itu ________ abang saya.
2. Buku cerita yang bertajuk “Mata itu” ________ buku
kegemaran saya.
3. Surat yang sampai tadi ________ daripada peguam.
4. Ucapan yang disampaikan oleh guru besar _______
terlalu panjang.
5. Wang derma itu ________ untuk semua anak yatim.
6. Harga baju yang dibeli oleh kakak itu _________ sangat
mahal.
7. Rumah kayu di hujung kampung itu __________ rumah
Pak Abu.
8. Datuk Lee Chong Wei ________ pemain badminton
Negara yang terkenal.
9. Arahan itu __________ daripada guru disiplin.
10. Tujuan pertandingan bercerita itu diadakan ________
untuk mencungkil bakat murid di sekolah itu.
Tajuk: Kata Penguat

Nota Ringkas
 Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata
adjektif. Contoh kata penguat:

Hadapan (9) Belakang (4) Bebas (3)


Berada di hadapan Berada di belakang Boleh berada sama
kata adjektif kata adjektif ada di hadapan atau
di belakang kata
adjektif
 paling  sekali  amat
 terlalu  betul  sangat
 agak  benar  sungguh
 makin  nian
 kurang
 cukup
 lebih
 begitu
 semakin

Latihan Kata Penguat


Pilih jawapan yang betul.
1. Penjual itu (agak / betul) sibuk melayani pelanggannya.
2. Pemandangan di Gunung Kinabalu indah (begitu / nian).
3. Mimi kelihatan cantik (paling / sungguh) setelah memakai
gaun merah itu.
4. Norman dan adiknya berasa (amat / betul) letih setelah
habis berkebun.
5. Puan Malini membeli sepasang rantai emas yang (kurang /
sangat) mahal.
6. Kim Hon berasa (amat / kurang) selesa untuk berada di
padang kerana cuaca panas.
7. Buku cerita yang abang belikan (lebih / terlalu) tebal.
8. Budak lelaki itu baik (begitu / sekali).
9. Kereta api itu (betul / paling) laju di dunia.
10. Anak Kak Siti yang baru lahir itu comel (agak / sekali).
11. Pantai Port Dickson terletak (benar / terlalu) jauh dari
Kuala Lumpur.
12. Gunung Tahan ialah gunung yang tinggi (sekali / sangat) di
Semenanjung Malaysia.
13. Kuih karipap yang dijual oleh Mak Leha itu sedap (begitu /
sungguh) rasanya.
14. Bijak (terlalu / sungguh) Sang Kancil kerana berjaya
menipu Sang Buaya yang garang itu.
15. Rasa kopi yang dibancuh oleh kakak (agak / betul) manis.
16. Haiwan yang (betul / paling) besar di darat ialah gajah.
17. Cerita yang disampaikan oleh datuk semasa kami di
kampung (amat / benar) menarik.
18. Suhu di hotel itu (nian / terlalu) sejuk sehingga saya
menggigil.
19. Aidil antara murid Tahun Tiga Cemerlang yang tinggi
(paling / sekali).
20. Rumah yang (kurang / amat) besar itu luas (paling /
sungguh) di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai