Anda di halaman 1dari 3

Hari: Rabu Tarikh: 17/3/2021

Tatabahasa: kata nafi, kata pemeri dan kata penguat (muka surat 32)
5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata
penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan
serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul
mengikut konteks.

KATA NAFI
Kata nafi digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.Terdapat dua bentuk
kata nafi, iaitu:
i-                   Bukan -  menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
ii-                 Tidak  -  menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh ayat : a) Ini bukan baju saya (FRASA NAMA)
                     b) Saya tidak mahu pergi ke rumah itu lagi. ( FRASA KERJA)
Kata pemeri
Dalam bahasa Melayu, ialah dan adalah merupakan kata pemeri

1. Ialah
Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di
hadapan frasa nama.

Contoh :
i. Ayah saya ialah guru (FRASA NAMA)
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu (FRASA
NAMA)

2. Adalah

Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa
adjektif dan frasa sendi nama

Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas
(FRASA ADJEKTIF)
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.
(FRASA SENDI NAMA)
KATA PENGUAT
1.       Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan
berfungsi untuk menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.

2.       Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:

Kata penguat Contoh


Penguat hadapan terlalu, paling, agak
Penguat belakang sekali, benar, nian, betul
Penguat bebas amat, sungguh, sangat
  
3.       Contoh:
a.       Diguna di hadapan kata adajektif.

Kata penguat hadapan Contoh


terlalu Baju di pasar raya
itu terlalu mahal.
paling Sambal tumis itu paling sedap
agak Jalan di kawasan
itu agak bahaya.

b.      Diguna di belakang kata adjektif.

Kata penguat belakang Contoh

sekali Hujah murid itu bernas sekali.


nian Nyaman nian udara di puncak pusat
peranginan tanah tinggi itu.

benar Cantik benar rantai mutiara itu.

betul Besar betul rumah Ah Meng.

C. Diguna secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Kata penguat bebas Contoh


   amat 1.       Kraf tangan itu amat cantik.
2.       Kraf tangan itu cantik amat.
sangat 1.       Beg pakaian yang dibawa oleh
Suria sangat berat.
2.       Beg pakaian yang dibawa oleh Suria
berat sangat.
sungguh 1.       Kereta yang dipandu oleh
Osman sungguh laju.
2.       Kereta yang dipandu oleh Osman
laju sungguh.

Anda mungkin juga menyukai