Anda di halaman 1dari 33

SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA

• Ungkapan yang mempunyai makna yang berlainan daripada


makna asal perkataan tersebut.
• Biasanya terdiri daripada dua patah kata.

SIMPULAN BAHASA MAKSUD


Ambil hati Memikat hati
Panjang tangan Suka mencuri
Alas perut Makan sedikit untuk menahan lapar
Kaki bangku Tidak pandai bermain bola
Yatim piatu Anak yang kehilangan ibu dan bapa
Kaki ayam Tidak memakai selipar / kasut
Ringan tulang Rajin bekerja
SOALAN PENGUKUHAN 1

Bina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang diberikan

NO SIMPULAN BAHASA AYAT


1 Telinga lintah
2 Asam garam
3 Harga diri
4 Gulung tikar
5 Batu api
6 Kepala batu
7 Berat tulang
SOALAN PENGUKUHAN 2

Teka simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar


SOALAN PENGUKUHAN 3
SOALAN PENGUKUHAN 4
KATA PENGUAT
K ATA P E N G U AT

• Kata penguat ialah kata yang boleh hadir sebelum atau


selepas kata adjektif
• Kata ini digunakan untuk menguatkan maksud yang
terkandung dalam kata adjektif

JENIS PENGGUNAAN
Kata penguat hadapan Terletak di hadapan kata adjektif
Cth : agak,paling,terlalu
Kata penguat belakang Terletak di belakang kata adjektif
Cth : benar, seklai, nian
Kata penguat bebas Terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata
adjektif
Cth : sungguh, sangat, amat
SOALAN PENGUKUHAN 1

A. Lengkapkan ayat dengan kata penguat yang paling sesuai


1. Pihak polis itu terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk menyelesaikan kes yang ___________ rumit itu.
2. Pandangan yang dikemukan oleh Encik Ismail itu __________ bernas.
3. Najwa memberikan jawapan yang _________tepat bagi soalan tersebut.
4. Berita yang disiarkan itu__________hangat dalam minggu ini.
5. Puan Salamah _______ keliru dengan soalan yang dikemukan oleh peguam itu.
6. Petah ________ murid perempuan itu berbicara sehingga orang ramai terpegun.
7. Aiman tidak dapat menjamah makanan itu kerana _________ panas.
8. Bangunan yang dalam pembinaan itu__________ tinggi dan dijangka siap pada tahun hadapan.
9. Keadaan kelas Enam Zamrud _______ bising apabila tiada guru di dalam kelas.
10. Harga ayam pada musim perayaan _______________ tinggi dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
11. Petani itu berehat sebentar kerana_____________ letih setelah seharian berjemur di tengah panas.
12. Layanan Puan Zainab terhadap pembantu rumahnya_____________ baik.
SOALAN PENGUKUHAN 2

A. Padankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan.

1 Mastura yakin ____________ bahawa anak Pak Mail ditangkap agak


oleh pihak polis tadi.
2 Tanggungjawab guru untuk mendidik murid-murid adalah amat
________ berat.
3 Puan Kasmah____ pendiam berbanding dengan suaminya yang sekali
peramah.
4 Penagih dadah yang berada di dalam pondok buruk itu berlari terlalu
________ pantas apabila dikejar oleh pihak polis.
5 Keadaan di Pasar Pasir Mas ______ bising dengan suara para sangat
peniaga yang memanggil pelanggan singgah di gerai mereka.
KATA GANDA
KATA GANDA

Kata ganda ialah proses pengulangan kata


secara keseluruhan atau pada bahagian-
bahagian yang tertentu.

Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu :


1) Kata ganda seluruh
2) Kata ganda separa
3) Kata ganda berentak/berirama
4) Kata ganda berimbuhan
KATA GANDA

Kata Ganda Seluruh / Penuh


Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar
yang diulang atau digandakan tanpa sebarang prubahan
bentuk

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF


Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik
Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang
Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah
KATA GANDA

Kata Ganda Separa


Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami
pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain
itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi
vokal yang dilambangkan dengan huruf e

KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA


Layang Layang-layang lelayang
kuda Kuda-kuda kekuda
langit Langit-langit lelangit
KATA GANDA

Kata Ganda
Berirama/Berentak
Kata ganda berirama/berentak merupakan proses
menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu
dalam kata dasar tersebut.

JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT


Persamanan bunyi hujung Kuih-muih, lauk - pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja
Persamaan bunyi di pangkal Batu-batuan, bukit-bakau Aktiviti gotong royong akan diadakan esok
Persesuaian bunyi keseluruhan Kusut-masai, simpang-siur Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.
KATA GANDA

Kata Ganda Berimbuhan


Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima
imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran..

IMBUHAN CONTOH KATA GANDA


BERIMBUHAN
Awalan Bermain-main, tergaru-garu
Apitan Bertolak-tolakan, setidak-tidaknya
Sisipan Tulang-temulang, turun-temurun
Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
LATIHAN PENGUKUHAN 1

KATA DASAR KATA GANDA AYAT


1. sama
2. adab
3. negara
4. bantu
5. rakan
6. fikir
7. peringkat
L AT I H A N P E N G U K U H A N 2

1. Penduduk kampung itu menentang ________________ cadangan untuk membuka sebuah kilang
di kampung mereka.
A. bulat-bulat. C. hidup-hidup
B. rapat-rapat. D. dalam-dalam

2. Datuk mengangkat tangannya yang ________ itu untuk mengambil tongkat yang berhampiran
dengan katilnya.
A. tersipu-sipu. C. terketar-ketar
B. teragak-agak. D. terkebil-kebil

3. Puan Laili dan anak perempuannya ____ menjaga Encik Bahar yang sakit di hospital.
A. berliku-liku C. berderai-derai
B. bergilir-gilir. D. berpisah-pisah

4. “Jalan raya ini ________ kerana saban hari dilalui loro\i yang membawa pasir ,” kata salah
seorang penduduk kepada pemberita.
A. haru-biru C. lekak-lekuk
B. bolak-balik. D. lintang-pukang
KATA PENEGAS
K ATA P E N E G A S

1. Kata Penegas ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan atau menegaskan sesuatu
pernyataan.
2. Dua jenis kata penegas :
a. Kata penegas yang menegaskan frasa predikat
Contoh : kah,lah,tah
Contoh ayat : Bilakah ayah akan tinggal Bersama kita di Kuala Lumpur ini.
b. Kata penegas yang menegaskan subjek atau bahagiannya dan predikat atau
bahagiannya.
Contoh : juga,jua,pun,sahaja,hanya,lagi
Contoh ayat : Nabilah hendak menyambung pelajaran di England jua.
LATIHAN PENGUKUHAN 1

Lengkapkan ayat dengan kata penegas yang paling sesuai

1. Puan Zaharah bukan _______ kehilangan suami malah anaknya sekali dalam kemalangan
itu.
2. Perempuan itu ________ yang nyaris dirompak semalam.
3. Bubur jagung itu belum masak ______________ walaupu. Sudah setengah jam di atas api.
4. Selain memiliki kereta Kancil, Pak Daud ________ memiliki kereta Honda Civic.
5. Zamri __________ luka ringan dalam kemalangan itu.
6. Lagu yang dinyanyikan oleh P.Ramlee ________ diminati ramai.
L AT I H A N P E N G U K U H A N 2

1Puan Kartini________ menjemput saya dan Farisha sahaja ke rumahnya.


A. sahaja C. kah
B. hanya D.pun

2. Benar______ anak Mak Wan ditangkap oleh polis?


A. lah C. kah
B. pun D. sahaja

3. Azfar _________ dituduh mencuri walaupun dia tidak melakukannya.


A. pun C. lagi
B. juga D. sahaja

4. Hanya saya _________ yang dibenarkan meminjam buku itu.


A. lah C. pun
B. tah D. sahaja
5. Siapa ______ yang dibawa ke hospital tadi?
A. Kah B. Lagi C. hanya D. Sahaja

6. Mamat mengaku ______ dia yang mengoyakkan buku Sara.


A. memang B. hanya C. kah. D. lagi

7. Pengawal keselamatan itu _________ membenarkan pelawat merakam gambar di Kawasan luar
sahaja.
B. Pun B. lagi. C. hanya. D. memang

8. “Siapa _______ yang menjahit baju kurung itu?” kata Wafiy.


C. Kah. B. hanya. C.memang. D. pun

9. “Apa ______ yang boleh saya tolong puan?,” tanya Amin kepada Puan Yanti.
A.Pun. B.tah C.kah D.hanya

10. “Saya ______ akan mengikut jejak ibu dengan menjadi doctor,” kata Suri kepada kakaknya.
A. Lah B. kah C.juga. D. hanya
KATA ARAH
K ATA A R A H

1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan bagi menunjukkan arah/hala


2. Kata arah biasanya didahului oleh kata sendi nama dan diikuti dengan frasa nama.
3. Contoh : sudut,utara,belakang,hadapan,pangkal, seberang, barat, timur, selatan , atas
4. Contoh ayat : a) Rumah atuk terletak di seberang sungai itu.
b) Anak patung adik berada di bawah katil.
LATIHAN PENGUKUHAN 1

Lengkapkan ayat dengan kataarahyang paling sesuai

1. Ganesh memacak bendera Malaysia di ____________ Gunung Everest.


2. Encik Khalid memancing ikan di __________ sungai semasa kejadian tersebut berlaku.
3. Pemandu Datuk Halim memasukkan kereta ke_______ garaj apabila selesai menghantar
Datuk Halim ke pejabat.
4. Negeri Kelantan terletak di ___________ Semenanjung Malaysia.
5. Puan Haziqah menjumpai sebatang pensel warna di ___________ poket baju anaknya.
6. Kakak tidak mahu menyambung pelajaran di ____________ laut.
7. Mak Jenab membakar sampah –sarap di ___________ rumahnya.
8. Zikri menggigil apabila dijemput ke ______ pentas untuk mendeklamasikan sebuah sajak.
9. Penagih dadah itu berkumpul di _____________ bangunan lama itu untuk mengelakkan
daripada ditangkap polis.
AYAT TUNGGAL DAN AYAT
MAJMUK
AYAT TUNGGAL

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.


2. Juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Subjek Predikat
Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Menteri Besar Johor.
Mohamad
Usman Awang Sasterawan Negara.
Bapa saya Menonton gusti.
Nurul Huda Sangat pandai.
AYAT MAJMUK

1. Ayat majmuk gabungan ayat terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau
beberapa ayat tunggal dengan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu,
maka, sambil dan sebagainya.

Ayat tunggal 1 Ali ke kantin.


Ayat Tunggal 2 Ahmad ke kantin.
Ayat majmuk gabungan Ali dan Ahmad ke kantin.
LATIHAN PENGUKUHAN 1

Bina ayat tunggal.

1. Melarang

2. Menerangkan

3. Dikejar

4. Memusnahkan

5. Menyampaikan
LATIHAN PENGUKUHAN 2

Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk

1. Johana menggoreng ikan sambal sambil memotong sayur.


2. Dia membeli sebuah kereta Proton Persona.
3. Dia membuang baju lusuh itu.
4. Natasya dan Nellisa ialah anak Puan Marina.
5. Jamilah ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Johor Bahru.
6. Berita kemalangan itu menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
7. Sofiah memadamkan lampu lalu tidur.
LATIHAN PENGUKUHAN 3

Bina ayat majmuk dengan menggunakan perkataan yang diberi

1. Ibu memarahi adik. (kerana)


Adik memecahkan pasu bunga.

2. Ayah pergi memancing di sungai itu. (dengan)


Pak lang pergi memancing di sungai itu.

3. Guru besar menasihati murid itu. (supaya)


Murid itu tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
LATIHAN PENGUKUHAN 3

Bina ayat majmuk dengan menggunakan perkataan yang diberi

4. Ahmad sangat pandai dalam mata pelajaran Matematik. (tetapi)


Ahmad malas membuat latihan.

5. Adik mengambil gula-gula (lalu)


Adik memasukkan ke dalam mulutnya.

6. Kamal menunggang motosikal.(yang)


Motosikal itu dibeli oleh ayahnya.

Anda mungkin juga menyukai