Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN

JASMANI T6
UNIT 2: MERDEKARAMA
T A J U K : WA R I S A N B E R Z A M A N
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
• 1.5.3 Melakukan pergerakan tarian rakyat atau etnik mengikut muzik yang didengar.

•  2.5.3 Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta konsep pergerakan yang
digunakan dalam tarian rakyat atau etnik.

Aktiviti:

1. Tonton video dan lakukan pergerakan tarian etnik (Tarian Sumazau) seperti di dalam
video.
2. Senaraikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor berdasarkan video Tarian
Sumazau tersebut di ruangan komen.
APA ITU PERGERAKAN LOKOMOTOR?
• Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat.
• Pergerakan yang menyebabkan perubahan tempat.
• Tubuh badan tidak berada di satu tempat.
• Contoh: berjalan, berlari, melonjak, berskip

• Tonton video di bawah untuk melihat pergerakan lokomotor:


https://www.youtube.com/watch?v=ca5LtckNrFA
APA ITU PERGERAKAN BUKAN
LOKOMOTOR?
• Menggerakkan badan tanpa beralih tempat.
• Tubuh badan kekal di tempat yang sama.
• Contoh: membongkok, mengilas, meregang

• Tonton video di bawah untuk melihat pergerakan bukan lokomotor:


https://www.youtube.com/watch?v=SWnakIrABio
Panduan menjawab soalan tugasan:
Senaraikan pergerakan lokomotor & bukan lokomotor berdasarkan video Tarian Sumazau
(langkah asas) yang anda tonton. (tulis di ruangan komen)

Pergerakan lokomotor: maju ke hadapan, _____________, ___________,


_____________

Pergerakan bukan lokomotor: ________________

Anda mungkin juga menyukai