Anda di halaman 1dari 36

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

1.0 PENGENALAN PERGERAKAN ASAS

Pakar-pakar dalam pendidikan jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.

PEGERAKAN ASAS

LOKOMOTOR

BUKAN LOKOMOTOR

MANIPULATIF

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

i)

PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.

ii)

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak meng ubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan.

iii)

KEMAHIRAN MANIPULATIF Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi saga/kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, batang rotan, tali, dan relang getah (squaid).

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN

i)

Lokomotor

1. Pergerakan ritma sekata/ Asas (sate elemen) a. b. c. d. e. f. g. Berjalan Berlari Melompat Melonjak (hop) Melonjak panjang (leap) Merangkak Mengguling

2. Pergerakan ritma tidak sekata. Kombinasi (2 atau lebih elemen) a. b. c. d. Memanjat Melongsor Skip Galop

e. Polka f. Chasse g. Grapevine h. Do-si-do

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor ii) a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q. Bukan Lokomotor(Kestabilan) Membongkok Meregang mengilas Memusing Mengayun (ke hadapan dan ke belakang) Berbuai-buai (ke kiri dan ke kanan) Rebah Bangkit Menolak Menarik Mengelak Menegak Merengkuk Melentik Melengkung Menyokong Melunjur

iii)

Manipulatif

1. Bersitat rejangan a. b. c. d. e. f. g. Menggolek bola Membaling Menyepak Menendang (seperti bola sepak) Memukul Melantun 'Volley' (tenis/bola tampar)

2. Menerima/ menyerap a. Menangkap/ menyambut b. Monahan (dengan kaki)

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

2.0

MATLAMAT

Mendedah dan melatih kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor di kalangan kanak-kanak. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Memberi galakan kepada kanak-kanak untuk memahami perkaitan antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan seperti ruang, masa, kuasa. Meningkatkan kecergasan fizikal dan kognitif kanak-kanak. Selain itu juga, pergerakan asas ini bertujuan untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas pergerakan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya.

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor 3.0

OBJEKTIF

Menguat dan menyeimbangkan pergerakan otot kanak-kanak. Mengajar murid-murid cara melakukan kemahiran pergerakan asas yang betul. Mendedahkan jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor kepada murid-murid.
Membolehkan murid-murid mengetahui konsep pergerakan asas melalui ujian amali. Murid-murid memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik semasa melakukan pergerakan. Murid dapat melakukan aktiviti kecergasan berkaitan dengan daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan, dan ketangkasan.

Murid dapat melakukan pergerakan asas, gimnastik pendidikan dan pergerakan kreatif dengan betul dan selamat.

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu dilalui oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza untuk setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan lokomotor dan 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini turut melibatkan manipulasi alatan dalam setiapa pergerakan yang ingin dilakukan oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

5.0 SENARAI PERALATAN BERAT DAN ALATAN TANGAN


i) Peralatan Berat

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor ii) Alatan Tangan

Gelung

Bola

Reben

Pundi kacang

Tali

Belatan Kayu

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

6.0 PELAN KEDUDUKAN UJIAN AMALI PERGERAKAN ASAS

10

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

7.0 JENIS PERGERAKAN BESERTA GAMBAR

STESEN 1 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: meregang : gelung :

1. Berdiri tegak sambil memegang gelung 2. Badan dilentikkan ke hadapan,kiri dan kanan 3. Badan ditegakkan semula

11

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 2 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: lompat dan memutar gelung : gelung :

1. Berdiri tegak sambil memegang gelung di sisi 2. Melompat dengan kaki terbuka kehadapan sambil memutar gelung 3. Kemudian, melompat dengan kaki tertutup kehadapan sambil memutar gelung

12

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 3 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Skipping : gelung :

1. Berdiri tegak sambil memegang gelung 2. Kemudian melompat setempat dan skipping gelung 3. Skipping dilakukan berulang kali.

13

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 4 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: lompat silang : gelung :

1. Berdiri tegak pada permulaan dan tolak gelung kehadapan. 2. Melompat silang selari dengan gelung. 3. Bangun semula dan menangkap gelung

14

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 5 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Imbangan layang : Gelung dan peti lombol :

1. Meniarap di atas peti lombol. 2. Tangan memegang gelung dan kaki disangkut di gelung 3. Kepala,dada,paha dan kaki diangkat ke atas

15

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 6 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Lompat kehadapan : Gelung dan tilam :

1. Backspin gelung kehadapan di atas tilam 2. Tunngu gelung berpusing kebelakang dan melompat di atas gelung 3. Jatuhkan badan kehadapan di atas tilam dan bangun semula

16

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 7 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Mengimbang : Gelung :

1. Badan membongkok dan gelung diletakkan dibawah dada. 2. Kaki kanan diangkat dan mengimbang badan 3. Kemudian,kaki kiri pula diangkat sambil mengimbangkan badan.

17

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 8 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: zig zad : Gelung :

1. Tangan memegang gelung 2. Bergerak kehadapan ke kanan dan kiri sambil tangan memutarkan gelung ke kanan dan kiri. 3. Langkah diteruskan sehingga ke panamat

18

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 9 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: memaukkan gelung di bawah kaki : gelung :

1. Berdiri tegak pada permulaan. 2. Kaki kanan diangkat dan gelung dimasukkan di bawah lutut 3. Kemudian kaki kiri pula diangkat dan gelung dimasukkan ke bawah kaki.

19

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 10 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Skipping sebelah kaki : Gelung dan sketal :

1. Berdiri tegak dan kaki kiri diangkat pada tempat permulaan 2. Tangan memegang gelung dan skiping dengan menggunakan sebelah kaki. 3. skipping ke hadapan secara zig zag sehingga ke tempat akhir

20

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 11 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Membuai gelung dan lompat : Gelung :

1. Berdiri tegak dan tangan kanan memegang gelung 2. Membuai gelung dibawah kaki ke kanan dan kiri sambil melompat ke dalam gelung

21

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 12 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Berjalan dan memutar gelung : gelung dan bangku :

1. Berdiri di tempat permulaan 2. Tangan memutar gelung diatas seperti kipas. 3. Kemudian berjalan ke hadapan beberapa langkah sehingga ke hujung bangku sambil memusingkan badan

22

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 13 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: backspin dan angkat kaki sebelah : Gelung :

1. Gelung di lontar ke hadapan dengan membuat backspin 2. Tunggu sehingga gelung patah balik bedekatan kaki 3. Kemudian kemudian sebelah kaki diangkat dan gelung melalui bawah kaki. 4. Tangan menyambut gelung dibelakang.

23

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 14 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Skipping melalui tangga : Gelung dan tangga :

1. Berdiri tegak di permulaan tangan sambil memegang gelung 2. Kemudian lakukan pergerakan skipping ke hadapan sehingga ke tangga akhir 3. Hanya sebelah kaki sahaja yang mencecah tanah

24

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 15 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Mencangkung dan lompat kedalam gelung : gelung :

1. Mencangkung dan meletakkan gelung dihadapan. 2. Kemudian,lompat ke dalam gelung. 3. Sambil mencangkung,keluarkan gelung dari badan dan letak di sebelah kiri dan melompat ke dalam gelung. 4. Perbuatan yang sama dilakukan ke sebelah kanan pula

25

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 16 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Melompat gelung : Gelung :

1. Gelung diputar dengan laju 2. Mengambil lajak dengan pantas. 3. Kemudian, lompat gelung yang sedang berputar.

STESEN 17
26

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: memusing gelung menggunakan kaki. : Gelung :

1. Melontar gelung kehadapan secara backspin. 2. Tunggu sehingga gelung bepatah semula ke sisi badan. 3. Kemudian, memasukkan gelung dengan kaki sambil memusingkan gelung.

STESEN 18 LOKOMOTOR

27

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Grabevine : Gelung :

1. Mula-mula berdiri tegak di permulaan sambil sebelah tangan memegang gelung 2. Pusingkan gelung ditangan sambil membuka kedua-dua belah kaki ke sisi 3. Silangkan kedua belah kaki dan buka semula 4. Rapatkan kedua belah kaki sambil memusingkan gelung hingga ke penamat.

28

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 19 LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: Lompat layang : gelung dan papan anjal :

1. Berdiri tegak sambil memegang gelung 2. Kemudian, lambung gelung ke atas 3. Berberlari ke arah papan anjal dan membuat lompat dan membuat layangan di udara sambil menyambut semula gelung 4. Akhirnya mendarat dengan kedua-dua belah kaki

29

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

STESEN 20 BUKAN LOKOMOTOR

PERGERAKAN ALATAN PROSEDUR PERGERAKAN

: gelek gelung : gelung :

1. Gelung dimasukkan kedalam badan 2. Seterusnya gelung diputarkan dipinggang sambil menggelek. 3. Kemudian, bangun perlahan-lahan menggunakan pelbagai aras sehingga berdiri tegak 4. Riben digerakkan mengikut aras pergerakan

KESIMPULAN

Sebagai yang kita ketahui, tujuan pergerakan asas yang dilakukan ini adalah untuk melahirkan murid yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman asas pergerakan melalui amalan teori dan praktis dalam bidang sukan serta memupuk dan meningkatkan penghayatan nilai sebagai persediaan di bidang kerjaya.

Melalui kerja kursus amali ini saya dapat mengenali pelbagai jenis pergerakan asas yang boleh dilakukan dan di aplikasikan semasa mengajar nanti. Saya juga dapat mencipta pelbagai pergerakan yang menarik yang

mampu member kepuasan pada diri untuk melakukan pergerakan tersebut.

30

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Kesimpulannya, jika pergerakan asas ini dihayati bukan sahaja dikalangan murid-murid bahkan juga dihayati oleh guru yang terlibat, hal ini boleh melahirkan murid yang dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri, mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor, memahami

pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan. Selain itu juga, murid-murid dapat mengetahui konsep pergerakan asas melalui ujian amali serta memperoleh pemahaman tentang fungsi tubuh badan secara saintifik semasa melakukan pergerakan.

Sekian..

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberi ini dalam masa yang ditetapkan. Saya dikehendaki membuat Pergerakan Asas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani . Puan Suriati Bt Md Dam merupakan pensyarah bimbingan saya. Saya dikehendaki mencari nota-nota pergerakan asas, mengambil gambar dan akan menjalani ujian amali Pergerakan Asas nanti. Banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Masalah masa, kurang memahami soalan, internet dan sebagainya terus menghantui saya sejak awal lagi, ditambah pula saya perlu menyiapkan semua tugasan di dalam bulan puasa. Banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Saya terpaksa menangguhkan perancangan membuat kerja kursus ini dengan lebih awal
31

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor kerana ada tugasan-tugasan lain yang perlu dihantar dengan lebih awal. Namun,

sebagai bakal seorang pendidik, saya sentiasa melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menangani segala permasalahan yang tiba. Sebagai langkah awal, saya telah berjumpa pensyarah pembimbing bagi memahami kehendak soalan. Selain itu, saya juga berjumpa dengan pensyarah yang lain untuk meminta tunjuk ajar dan meminjam buku-buku yang berkaitan. Seterusnya, saya mula bergerak untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini seperti mencarinya di perpustakaan institut, internet dan

sebagainya. Disamping itu, saya sentiasa berjumpa dengan Pn Suriati untuk mendapatkan pandangan dan komen terhadap tugasan yang sedang saya hasilkan ini. Tujuannya adalah untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cemerlang. Setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berasa sangat berpuas hati dengan usaha dan penat lelah selama ini kerana telah berjaya menyiapkannya mengikut apa yang dikehendaki oleh pensyarah. Pemerolehan ilmu yang saya dapat melalui kerja kusus ini adalah sangat banyak sehingga saya merasa tidak sia-sia saya menjadi seorang guru. Sebelum ini saya tidak banyak ilmu mengenai pergerakan asas. Malah, saya sengaja tidak ingin ambil tahu mengenainya kerana bagi saya perkara ini adalah tidak penting kepada saya. Namun setelah selesai tugasan ini, saya mendapati bahawa sangat penting kepada saya yang akan menjadi seorang guru suatu hari nanti. Walaubagaimanapun setelah menyiapkan tugasan ini saya mendapati bahawa ada beberapa perkara yang saya tidak tahu mengenai cara untuk membuat beberapa pergerakan asas dengan baik. Tetapi selepas ini saya yakin saya akan dapat membuat aktiviti ini dengan menggunakan cara yang betul dan sesuai dengan situasi dalam kelas mahupun di luar kelas. Selain daripada pemerolehan ilmu yang saya dapat melalui tugasan ini, saya mendapat ilmu yang baru dengan bekerjasama dengan rakan-rakan kelas lain. Mereka juga banyak memberi pandangan dan idea yang bernas kepada saya. Kini saya lebih mengetahui dan memahami erti semangat bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu
32

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor tugasan yang diberi. Tambahan pula, saya pasti dapat banyak ilmu baru daripada mereka. Sebagai bakal guru, saya berasa sangat beruntung kerana diberi peluang belajar PJM 3102 ini kerana pembelajaran saya ia dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan Melalui kerja kursus ini, InsyaAllah saya akan

nanti.

mengaplikasikannya di dalam proses pembelajaran dan pembelajaran saya dan membantu pelajar untuk mempelajari Pendidikan Jasmani agar dapat menjalankan sesuatu aktiviti pergerakan dengan sempurna tanpa masalah yang mendatang secara tiba-tiba. Ini adalah kerana selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, pelajar yang akan saya ajar nanti adalah pewaris bangsa dan negara yang sihat pada masa akan datang. Selain itu, ia bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada pelajar saya sahaja malah kepada ahli keluarga saya juga. Akhir sekali, saya juga bersyukur kerana sedikit sebanyak pemahaman saya mengenai cara merancang aktiviti yang menarik dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertambah dan ianya pasti amat berguna kepada saya dan rakan-rakan suatu hari nanti terutamanya ketika di sekolah kelak. Saya berharap tugasan saya ini adalah benar mengikut piawaian yang ditetapkan dan diterima oleh pensyarah pembimbing serta dijadikan rujukan untuk pelajar-pelajar lain jika diperlukan. Sekian, Terima kasih.

33

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

RUJUKAN
1) BUKU David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Development physical education for children. New Orleans : Human Kinetics

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia Ramakrishnan, P. Y. ( 1998 ), Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd Wee Eng Hoe ( 1994 ), Pengajaran Pendidikan Jasmani. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe ( 2001 ), Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd 2) INTERNET

34

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor http://www.slideshare.net/manjabeta/pergerakan-asas http://www.scribd.com/doc/18535081/Pergerakan-Asas http://zairiintelv10.21classes.com/ http://www.youtube.com/watch?v=Jd40Rtg-yzU http://www.docstoc.com/docs/56669851/pergerakan-asas http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48023 http://akitom.blogspot.com/2008/04/pergerakan-lokomotor.html http://pjk.ipgkti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas%20(Powerpoint).pdf

35

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor

36

Anda mungkin juga menyukai