Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaan-
Nya dapat saya laksanakan tugasan bagi subjek Inovasi Digital Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran (PIMK 3152) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya berbesar
hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Muhamad Firdaus Bin Mohamad, selaku
pensyarah bagi subjek Inovasi Digital Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PIMK 3152) ini
kerana telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk membuat tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
berputus asa dalam membantu saya untuk menyempurnakan tugasan ini, terutamanya kepada
pensyarah saya iaitu En. Muhamad Firdaus Bin Mohamad atas budi bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dilakukan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan seperjuangan saya kerana telah menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada saya.

1
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI DIGITAL

Oleh:
Muhamad Zaim Bin Zulfakar

g-p19242407@moe-dl.edu.my
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

1.0. Nama Projek

Aplikasi 'Hayati Rukun Solat'.

2.0. Tujuan Kertas Cadangan

Kertas cadangan ini disediakan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang tatacara
perancangan, persediaan, pelaksanaan, isu yang dihadapi serta segala permasalahan dan
proses yang berkaitan dengan pembelajaran secara digital oleh murid Tahun 4 di sekolah rendah.

3.0. Maklumat Penyedia Kertas Kerja

Nama: Muhamad Zaim Bin Zulfakar


Nombor Kad Pengenalan: 00302-03-0193
Nombor Angka Giliran: 2020242340276
Program: PISMP Ambilan Jun 2020

2
4.0. Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia kini sedang memacu pelbagai alternatif bagi memastikan kualiti
pendidikan terjamin. Hal ini termasuklah pedagogi, strategi serta pendekatan yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Lantaran itu banyak produk inovasi yang telah
dikeluarkan oleh para pendidik dalam meningkatkan mutu pengajaran mereka. Menurut Hashim
(2012), bahawa inovasi bermaksud idea, amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan
kepada seseorang individu atau sistem sosial. Pengajaran dan pembelajaran yang berinovasi
merupakan faktor penting untuk dibudayakan kerana faktor ini merupakan bidang tugas utama
sebagai seorang guru. Justeru, saya akan mencipta inovasi yang memberi penekanan bagi
mempelajari tentang rukun solat dalam bidang ibadah seharian murid tahun empat secara tidak
langsung.

5.0. Matlamat Projek

Aplikasi ini bermatlamat untuk memberi pendedahan secara menyeluruh bagi murid-murid
tahun empat bagi mempelajari tentang rukun solat dalam bidang ibadah.

6.0. Objektif Projek

Antara objektif yang dapat dilihat dalam perancangan pembentukan apliaksi ini ialah murid
dapat mengetahui tentang rukun solat dalam bidang ibadah dengan betul dan tepat. Selain itu,
murid dapat mempelajari cara-cara melakukan ibadah solat dengan benar serta sebutan yang
tepat dalam pembacaan ketika solat.

3
7.0. Faedah Yang Diperoleh

Faedah yang diperoleh ini dapat dibahagikan kepada dua pihak iaitu pihak murid dan juga pihak
guru. Bagi pihak murid, projek ini akan menjadikan PdP lebih menyeronokkan. Selain itu,
aplikasi ini akan mengatasi rasa bosan dalam diri pelajar melalui kuiz interaktif dan permainan
yang menarik. Seterusnya, penggunaan visual dan audio yang jelas dapat mengatasi masalah
murid dalam mengingati dan memahami isi kandungan pelajaran. Bagi pihak guru, aplikasi ini
dapat menjimatkan masa dan tenaga guru dalampenyediaan bahan bantu mengajar (bbm). Guru
juga dapat mengurangkan kos penyediaan bbm kerana bbm dapat dicapai secara atas talian
sahaja.

8.0. Sasaran Pengguna

Kumpulan sasaran inovasi ini ialah dituju kepada murid Tahun 4 di sekolah rendah serta guru
yang mengajar subjek Pendidikan Agama Islam tahun empat tersebut. Inovasi aplikasi ini telah
telah memenuhi keperluan sub-tajuk “Rukun Solat” dalam bidang ibadah. Maka diharapkan
kumpulan sasaran ini dapat mengambil manfaat daripada inovasi yang akan dihasilkan.

9.0. Pelaksanaan Projek

Aplikasi ini mula dijalankan dengan memilih templat atau corak yang sesuai untuk
menggunakan tapak aplikasi Thunkable. Setelah selesai, pembinaan tema serta fon bagi muka
hadapan akan dijalankan. Dalam pada itu, pencipta apliaksi ini akan menyediakan beberapa
halaman yang bersesuaian dengan isi atau kandungan bagi tajuk rukun solat tersebut. Setelah
itu, pencipta akan memuatkan beberapa perincian yang telah diubah suai menggunakan
aplikasi-aplikasi yang lain. Aplikasi yang digunakan adalah seperti berikut : Lottiefiles, Canva,
Youtube dan Wordwall.

Selain itu, video yang bersesuaian akan dimuat naik ke dalam laman aplikasi tersebut
bagi melengkapkan lagi PdP menggunakan bahan secara atas talian. Setelah projek siap
dibina, ia akan diuji dan dinilai oleh murid-murid di sekolah rendah bagi melihat keberkesanan
projek apliaksi ini. Pada peringkat akhir, sekiranya produk ini berjaya, ia akan dipromosikan oleh
pencipta.

4
BULAN / MINGGU KULIAH OGOS SEPTEMBER OKTOBER
PERKARA 3 4 5 6 7 9 10
Mendapat tugasan projek inovasi
Menjana idea dan mula merancang projek
Mula menulis dan menyiapkan kertas
cadangan projek
Menghantar kertas cadangan projek
Melengkapkan projek serta mula membuat
laporan penuh
Menghantar projek inovasi serta laporan
penuh
Membuat pembentangan hasil inovasi

10.0. Perbelanjaan Projek (jika ada)

Anggaran perbelanjaan termasuklah data internet yang akan digunakan sepanjang menyiapkan
produk inovasi digital ini. Selain itu, perbelanjaan untuk kertas dan dakwat pencetak dalam
menghasilkan kertas cadangan penuh dalam bentuk salinan keras. Tidak lupa juga
perbelanjaan minyak motor juga termasuk sekali. Jumlah wang yang dibelanjakan dianggar
sebanyak RM50.00.

11.0. Masalah Masa Yang Dihadapi

Terdapat kekangan masa yang amat serius dalam penyediaan dan pembinaan projek ini. Hal ini
berikutan kerana pencipta perlu membahagikan masa dengan tugasan yang paling besar iaitu
melengkapkan tesis sebagai tugasan mutlak dan juga tugasan penulisan ilmiah berdasarkan
subjek yang lain pada tahun ini. Pelbagai komitmen perlu diberikan perhatian secara
menyeluruh kerana semua tugasan harus disiapkan dalam masa yang singkat. Justeru, pencipta
tidak dapat memberikan komitmen yang lebih serta melakukan pengkajian lebih mendalam bagi
membina suatu inovasi yang terbaik.

5
12.0. Tindakan Selanjutnya

Pencipta akan melakukan pengujian dan penilaian daripada murid-murid di sekolah bagi melihat
sama ada projek inovasi yang dihasilkan dapat digunakan serta benar-benar mempunyai kualiti
atau tidak. Langkah terakhir ialah melaksanakan promosi dan pengiklanan projek inovasi yang
telah siap dibina kepada pihak murid tahun empat serta para guru bagi subjek Pendidikan
Agama Islam tahun empat secara menyeluruh ke setiap lokasi yang berkenaan.

13.0. Proses Reka Bentuk

Proses reka bentuk bagi projek ini menggunakan model ASSURE. ASSURE merupakan model
yang melibatkan enam langkah. Pertama ialah Analyse Learners (Analisis Murid). Dalam hal ini
pencipta inovasi akan melakukan pemerhatian yang mendalam bagi menganalisis masalah yang
dihadapi oleh murid yang disasarkan iaitu murid tahun empat. Kedua ialah, State Objective
(Nyatakan Objektif). Pelopor inovasi akan menyatakan objektif terlebih dahulu sebagai garis
panduan fungsi inovasi yang perlu dihasilkan. Ketiga ialah Select Media and Material (Pemilihan
Media dan Bahan). Pencipta akan memilih media dan bahan yang bersesuaian untuk disematkan
bersama dalam inovasi. Keempat ialah Utilise Media and Material (Penggunaan Media dan
Bahan). Pencipta akan menggunakan media dan bahan yang telah dipilih dalam pengoperasian
projek yang dicipta. Kelima ialah Require Learner Participation (Memerlukan Penglibatan Murid).
Dalam langkah seterusnya, pihak murid akan menggunakan bahan ini dengan bimbingan
daripada pencipta. Yang terakhir ialah Evaluation (Penilaian atau semak semula). Bagi langkah
ini, pencipta akan menilai dan melihat kerelevanan inovasi yang telah dihasilkan. Sekiranya
projek ini berjaya, maka projek ini akan dipromosikan secara menyeluruh.

14.0. Penutup

Rumusannya, aplikasi ini bukan sahaja mampu memenuhi tuntutan tugasan kerja kursus siswa
guru dalam kursus Inovasi Digital. Bahkan ia juga merupakan inovasi yang boleh dipasarkan
untuk kegunaan warga pendidik khususnya guru bagi subjek Pendidikan Agama Islam.
Tambahan pula inovasi rukun solat yang berbentuk digital ini dilihat selari dengan hasrat
pembangunan negara dalam mencapai taraf pendidikan yang maju dari sudut teknologi maklumat
dan bidang ibadah. Justeru diharapkan cadangan idea produk inovasi ini dapat diterima dengan
baik.
6
RUJUKAN

Hashim Yusup. (2012). Penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (Kkpg) 2012 15-17 Oktober

7
8
9
1
0
1
1

Anda mungkin juga menyukai