Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN 1

Pandemik COVID-19 membawa banyak perubahan dalam kehidupan termasuklah


dunia pendidikan dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Pelajar-pelajar
dari pelbagai latar belakang kehidupan sama ada yang tinggal di kampung mahupun di
bandar ikut merasai perubahan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
dijalankan secara dalam talian. Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987.
Model ADDIE merupakan model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke
arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.

Pelaksanaan PdP dilaksanakan secara dalam talian merupakan norma baru dalam
pendidikan. Sebagai seorang guru mata pelajaran (TERAS) di sekolah, tunjukkan satu
rancangan pembinaan media pengajaran berdasarkan model ADDIE.

[20 markah]
(Perhatian : Panjang esei tidak lebih daripada 500 perkataan)

Analysis
Dalam fasa analisis ini, ia melibatkan proses penentuan dalam mengenalpasti masalah yang
dihadapi justeru akan diselesaikan dengan berkesan. Setelah masalah berjaya dikenalpasti,
proses analisis akan dilaksanakan dengan mencari antara punca atau faktor berlakunya
masalah tersebut. Oleh itu, analisis akan dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek
seperti analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran dan
mengenalpasti matlamat pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, terdapat beberapa bentuk
soalan yang boleh digunakan semasa proses analisis iaitu murid tahun berapa yang akan
menggunakan media pengajaran yang akan dihasilkan ini? , sejauh manakah tahap
penguasan mereka dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini? dan apakah
bentuk penyampaian pembelajaran yang akan dipilih oleh guru?. Semua
maklumat-maklumat yang diperoleh ini akan digunakan sebagai suatu sumber baharu bagi
melakukan fasa yang seterusnya iaitu fasa reka bentuk.
Design
Fasa reka bentuk ini dilakukan apabila fasa analisis telah siap dilaksanakan bagi
memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dibuat dengan memberi impak yang
positif. Pada fasa reka bentuk ini, ianya menjelaskan pandangan keselurahan bagi rupa
bentuk,struktur, pendekatan teori, jenis media dan juga teknologi yang akan digunakan. Bagi
guru RBT mereka boleh mengaplikasikan model ADDIE ini dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif, penerokaan, praktikal dan juga pembentangan. Selain itu juga, guru rbt
juga boleh menerapkan elemen-elemen animasi, audio serta imej yang dapat menarik minat
murid-murid untuk belajar walaupun secara atas talian. Oleh hal yang demikian, objektif
pembelajaran dapat dicapai dan murid-murid dapat memahami sesi pembelajaran yang
dilaksanakan.

Development
Pada fasa pembangunan ini pula, ianya melibatkan pembinaan sistem sebenar dengan
menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan. Ianya
juga terbina berdasarkan fasa analisis dan reka bentuk. Tujuannya adalah untuk menghasilkan
suatu rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta bahan-bahan kajian. Semasa fasa
ini ingin dijalankan, langkah pengajaran serta media yang ingin digunakan dalam pengajaran
dan bahan bantu mengajar (BBM) yang lain diperlukan dalam penghasilan fasa ini. Melalui
langkah set induksi, pengenalan digunakan untuk memastikan murid-murid memahami dan
mengetahui isi pembelajaran yang akan dijalankan. Sebagai contoh, pengenalan kepada alatan
bengkel dan keselamatan di dalam bengkel. Kesannya, murid-murid akan peka terhadap
pembelajaran yang dijalankan terutamanya di dalam kelas atas talian ini.

Perlaksanaan (Implementation)
Peringkat ini merujuk kepada pembangunan dan reka bentuk bahan-bahan pengajaran
yang telah disediakan dan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid. Bahan pengajaran
akan digunakan dan dilaksanakan dalam keadaan sebenar seperti di kelas dan bengkel untuk
subjek RBT. Bahan pengajaran yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar bagi
mengenal pasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sebagai contoh
sebagai seorang guru, bahan pengajaran yang telah disediakan akan dilaksanakan kepada
rakan atau orang lain untuk mengesan ketidaksesuaian dan kesilapan semasa pengajaran.
Oleh itu, pembaikan dan penambahbaikan akan dilakukan sebelum diserahkan kepada sasaran
sebenar seperti murid-murid di dalam bilik darjah bagi subjek RBT. Jika dalam kelas bagi subjek
rbt, peringkat ini diaplikasikan seperti guru yang telah menyediakan media pengajaran seperti
sebuah video dan beberapa bahan maujud berkaitan dengan asas membina tanggam yang
boleh digunakan dalam pengajaran akan membuat penyemakan dan mencuba dahulu bagi
mengenal pasti kesilapan yang terdapat. Tujuannya adalah bagi mengelakkan murid-murid
salah faham dan mudah untuk memahami isi pengajaran yang ingin disampaikan. Justeru itu,
akan dilaksanakan kepada murid-murid semasa dibengkel kayu.

Penilaian
Penilaian adalah satu tahap di mana bahan yang telah disediakan diproses untuk
mengukur dan mendapatkan maklum balas pengguna modul terhadap keseluruhan rangka
kursus. Ia meliputi keempat-empat tahap dalam model ADDIE iaitu analisis, reka entuk,
pembangunan dan pelaksanaan. Tahap penilaian membabitkan pengukuran keberkesanan
dan kemantapan pengajaran. Istilah penilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan
sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Dengan
kata lain, penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang
disediakan. Penilaian sepatutnya berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka
bentuk pengajaran seperti penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan
penilaian selepas pelaksanaan. Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan semasa
membentuk sesuatu tahap dan antara tahap. Sebagai contohnya, penilaian PdPR boleh
dilaksanakan secara dalam talian menggunakan aplikasi-aplikasi seperti kahoot, quizizz,
wordwall dan sebagainya. Secara ringkasnya, model ADDIE adalah satu bentuk rangka
pengajaran yang baik, di mana ia dapat dikenal pasti permasalahan dan boleh ditambah
baik modul semasa ia direka bentuk dan dibangunkan.

Anda mungkin juga menyukai