Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan guru menguasai bidang rekabentuk instruksional

Semasa wabak covid 19 ini bidang pendidikan amat terkesan dengan pandemik ini. Kerana
murid dibimbangi akan ketinggalan dalam pelajaran dan juga isi pelajaran yang akan diajarkan
kepada murid tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Oleh itu, perkara ini menjadi cabaran
kepada guru agar murid dapat terus belajar dan menimba ilmu.

Bagi berhadapan dengan wabak ini penguasaan dalam bidang rekabentuk instruksional
adalah mejadi satu kepentingan dalam membantu guru untuk menyediakan bahan-bahan yang
benar-benar sesuai untuk murid.

Dalam bidang instruksional beberapa model telah diperkenalkan sebagai panduan untuk
menyelesaikan masalah dan juga panduan untuk membina bahan pengajaran yang sesuai
untuk murid semasa wabak covid 19 ini.

Antaranya ialah model addie. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan
rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu
akan menjadi lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa
analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

Model ini amat penting kepada guru. Kepentingan yang pertama ialah guru dapat
menganalisis (Analysis). Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta
mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti.
proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang berkaitan atau
yang menimbulkan masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antara
analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaraan pembelajaran, kenalpasti
matlamat pengajaran.

Kepentingan yang kedua ialah guru dapat merekabentuk (Design) Peringkat ini
dilaksanakan selepas proses analisis keperluan. Ia menjelaskan pandangan keseluruhan
mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi yang akan
digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses Pembentukan objektif yang khusus untuk
pengajaran. Pembinaan item-item untuk ujian . Pemilihan strategi pengajaran. Fasa ini penting
untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara
bagaimana mencapai matlamat pengajaran. Antara elemen di dalam fasa rekabentuk
termasuklah menulis siapa yang hendak disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis
objektif dan item ujian, memilih sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.
Kepentingan yang ketiga ialah guru dapat membangunkan (Development) Peringkat ini
melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan
teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan semasa wabak covid 19 ini. Dibina berdasarkan
fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk menghasilkan rancangan pengajaran
dan bahan pembelajaran yang sesuai semasa pandemik covid 19.

Kepentingan yang keempat ialah guru dapat melaksanakan (Implementation ) Di peringkat ini,
bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan. Projek atau bahan
–bahan pengajaran yang telah disiapkan akan diuji kepada pengguna sebenar atau murid bagi
mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan bahan pengajaran berlaku. Sekiranya
berlaku kesilapan, penambahbaikkan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya
kepada murid untuk digunakan

Kepentingan yang Kelima ialah guru dapat menilai .( Penilaian).Ia terbahagi kepada
dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi
setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif seharusnya dilakukan terhadap semua
peringkat untuk memastikan keberkesanannya. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan
rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi
kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan
dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek
penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

Oleh itu, bidang instruksional amat penting kepada guru kerana bidang ini menyediakan
yang proses jelas serta terperinci untuk menyelesaikan sesuatu perkara khususnya dalam
pendidikan. Kerana ia memberi panduan kepada guru dalam menyediakan bahan-bahan yang
sesuai untuk membantu murid supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran walaupun sedang
berhadapan dengan wabak covid 19.

Anda mungkin juga menyukai