Anda di halaman 1dari 17

PERTANDINGAN INOVASI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT SQL


ISI KANDUNGAN
2016
Bil Kandungan Muka surat
01. Abstrak 2
02. Penghargaan dan Penyataan 3-4
masalah
03. Pengenalan 5
04. Kebaikan dan Senarai Bahan- 6-8
Bahan yang digunakan
05. Komponen 9-10
06. Keunikan dan Kebaikan Produk 11-12
07. SEKOLAH
Pencarian Paten, Pengaplikasian 13-16
MENENGAH SAINS LAHAD DATU SEKOLAH BERPRESTASI
dan Kos TINGGI
08. Rujukan 17

PEREKA CIPTA:

DEWIE FLOURISH JEFRIN

NUR SYAFIQAH BINTI RUSDIN

SITI AISYAH BINTI MAKLIRI

AIMAN MOHD IKMAL BIN PIRMAN

GURU PEMBIMBING:

ENCIK DARMAWAN ASAAD PALANCHOI

PUAN NOORAZURA ABD RAHMAN

TAJUK:
LAVIONCAR FLIGHT TO YOUR FUTURE
Abstrak

Personaliti amat penting kepada setiap individu. Hal ini kerana, personaliti
melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu dan sememangnya
mencirikan perbezaan seorang manusia kepada manusia yang lain. Secara
umumnya, personaliti diri seseorang itu merupakan perwatakan seseorang.
Personaliti juga merupakan alat komunikasi bagi setiap individu. Hal ini kerana,
personaliti diri membolehkan setiap individu bergaul antara satu sama lain Buktinya,
seseorang itu dapat merasai suka, duka, gembira, membuat pilihan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang mengetahui personaliti diri mereka sendiri.
Hal ini menyebabkan, seseorang individu itu terutamanya pelajar sukar untuk
mengenali diri mereka sendiri untuk menentukan hala tuju dan kerjaya mereka
kelak.Oleh itu, kami telah mereka cipta sebuah model yang diberi nama lavioncar
Flight To Your Future untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Lavioncar dibina
dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti PVC terpakai dan botol
mineral. Selain itu, kami juga menggunakan bahan-bahan lain seperti polycarbonate
dan kertas warna. Dalam inovasi ini, kami mengaplikasikan prinsip mekanikal
dengan menambah beberapa komponen elektronik dalam Lavioncar untuk
membuat kipas pada sayap Lavioncar. Tujuan utama Lavioncar ialah untuk
membantu para pelajar mengenali personaliti mereka dengan cara yang lebih
menarik. Selain itu, Lavioncar juga terbahagi kepada beberapa fungsi. Antaranya,
ialah Lavioncar dapat membantu pelajar merancang masa depan mereka dengan
lebih efektif. Di samping itu, Lavioncar juga boleh bertindak sebagai permainan
interaktif yang diletakkan dalam bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) agar
para pelajar lebih tertarik untuk berkunjung ke UBK. Oleh sebab Lavioncar dibina
daripada bahan terpakai , kami ingin menegaskan bahawa inovasi ini adalah inovasi
yang menggunakan kos rendah dan mesra alam. Kajian seterusnya akan dilakukan
untuk memastikan samaada inovasi ini dapat diperbaik untuk kegunaan UBK dan
Sekolah dalam jangka masa yang panjang.

1
Penghargaan
Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke atas Tuhan Yang Maha Esa kerana
dengan limpah kurnia-Nya,kami telah berjaya menyiapkan kertas kerja yang bertajuk
LAVIONCAR.Kejayaan ini tidak akan kami perolehi tanpa pertolongan mereka yang telah
memberi sepenuh sokongan kepada kami sama ada secara terus ataupun tidak.

Pertama sekali,kami ingin memberikan sepenuh penghargaan kepada Yang


Berusaha, pengetua Sekolah Menengah Sains Lahad Datu,Puan Norsiah Binti Barne,kerana
telah memberikan peluang dan kesempatan ini kepada kami untuk mewakili sekolah ke
peringkat SQL.

Tidak juga dilupakan,guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kumpulan kami
dalam menyalurkan idea-idea yang sangat bernas.Terutama sekali, guru penasihat kami,
Encik Darmawan dan Puan Noorazura.Terima kasih atas dorongan yang telah membantu
kami untuk sampai ke tahap ini.

Akhir sekali,kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang sangat banyak kepada
semua rakan-rakan kami yang telah membantu secara fizikal mahupun mental dalam
menjayakan projek ini.

2
Penyataan Masalah
Perkataan personaliti lahir dari perkataan Inggeris Zaman Pertengahan iaitu personalite dan
perkataan Latin personalis (yang bererti peribadi atau bersifat peribadi serta permilikan
individu) dan persona (yang membawa makna seseorang individu, insan dan manusia).
Personaliti merupakan aspek terpenting dalam menentukan masa hadapan seseorang
individu tersebut. Namun begitu dasawarsa ini, masih ada individu yang seakan-akan
bingung mengenai personaliti diri mereka sendiri. Perkara ini sudah pasti akan
mendatangkan masalah khususnya kepada para pelajar dalam menentukan hala tuju
kehidupan mereka pada masa hadapan kelak. Malahan, ada juga sesetengah pelajar yang
tidak memahami akan kebolehan masing-masing dalam bidang yang mereka ceburi. Hal ini
menyebabkan mereka bingung untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan personaliti
mereka. Tambahan pula, sekiranya perkara ini berlanjutan seseorang pelajar yang
mengalami masalah seperti ini akan mengalami tekanan seterusnya mengganggu emosi dan
pembelajarannya. Oleh itu, dengan wujudnya inovasi ini pelajar bukan sahaja dapat
mengenalpasti personaliti masing-masing malah dapat merangka masa depan mereka
dengan lebih awal. Tambahan pula, melalui inovasi ini lebih banyak pelajar yang tertarik
berkunjung ke Bilik Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) kerana keunikan inovasi ini dari segi
penyampaian maklumat yang menarik dan berbeza daripada maklumat-maklumat yang
disampaikan selama ini melalui papantanda sahaja. Pada masa yang sama, kami juga ingin
membuka minda para pelajar tentang pentingnya inovasi yang berkonsepkan sains dan
teknologi kerana pembinaan model ini melibatkan mekanikal yang mengaplikasikan subjek
Fizik dan Kemahiran Hidup dalam penyampaian maklumat. Inovasi ini bukan sahaja dapat
membantu UBK malah dapat membantu sekolah dari segi pengaplikasian 3R kerana bahan-
bahan yang digunakan merupakan bahan-bahan terpakai dan mesra alam. Oleh itu, kos yang
digunakan juga adalah rendah. Inovasi kami bukan sahaja sesuai untuk diletakkan di UBK
sebagai bahan bantu PRS malah dapat diaplikasikan di mana-mana tempat di sekolah
sebagai bahan bantu belajar yang interaktif. Tambahan pula, maklumat dalam inovasi kami
ini dapat dikemaskini secara berkala. Oleh itu, pelajar yang berkunjung ke UBK tidak akan
merasa bosan melihat maklumat yang sama. Melalui masalah-masalah ini, kami telah
membuat keputusan untuk membantu UBK dan sekolah melalui ciptaan kami yang diberi
nama LAVIONCAR.

3
Pengenalan
Inovasi kami yang diberi nama LAVIONCAR, ialah merupakan sebuah ciptaan yang akan
membantu individu khususnya para pelajar untuk mengenal pasti personaliti diri masing-
masing dan sudah pasti akan membantu para pelajar untuk menentukan karier yang bakal
dipilih pada masa akan datang. Kami memilih bentuk kapal terbang sebagai medium utama
bagi reka bentuk model ini kerana seperti yang kita tahu, kapal terbang berfungsi untuk
membawa para penumpang sampai ke destinasi masing-masing yang ingin ditujui.
Sehubungan dengan itu, situasi ini kami kaitkan dengan hasil inovasi kami, di mana kami
ingin menunjukkan bahawa dengan mengetahui personaliti diri sendiri, seseorang individu
itu akan dapat menentukan kerjaya yang bakal dipilih pada masa akan datang. Inovasi kami
juga diperbuat daripada bahan-bahan terpakai, mudah didapati dan berkos rendah.

4
KEBAIKAN DAN MANFAAT LAVIONCAR
MENGHILANGKAN STRES DI SEKOLAH

Lavioncar merupakan sebuah bahan bantu PRS

yang berupaya menarik minat para pelajar untuk

mencuba permainan ini. Para pelajar yang berasa

mengantuk ketika belajar dan juga stress boleh

merehatkan otak sambil dapat mengaut informasi

mengenai personaliti diri masing-masing.

MEMBERI PENYELESAIAN KEPADA PELAJAR

YANG RUNSING TENTANG PERANCANGAN

MASA DEPAN MEREKA.

Terdapat pelbagai maklumat yang sangat

membantu dalam membuat perancangan

masa depan, bermula daripada mengetahui personaliti

warna kegemaran masing-masing, gaya belajar yang

ditunjukkan para pelajar dan pelbagai lagi info-info

yang berguna. Maka, para pelajar yang masih lagi

samar mengenai hala tuju masa hadapan mereka,

akan dapat mendapat input yang berguna

melalui inovasi kami ini.

5
MENARIK PARA PELAJAR UNTUK

BERKUNJUNG KE BILIK UNIT BIMBINGAN

DAN KAUNSELING

Lavioncar akan ditempatkan di bilik unit

bimbingan dan kaunseling bagi menarik

minat para pelajar untuk kerap berkunjung

bagi mencuba lavioncar ini. seperti yang kita

tahu, ramai pelajar menganggap bahawa ubk

merupakan tempat bagi pelajar yang bermasalah

sahaja. Oleh itu, lavioncar dicipta bagi mengubah

mentaliti pemikiran mereka.

MEMPERSEMBAHKAN MAKLUMAT

DENGAN LEBIH UNIK DAN MENARIK

Maklumat yang diselitkan pada lavioncar

dipersembahkan dalam bentuk yang

sangat menarik dan berwarna-warni.

Hal ini tercetus apakala, pelajar pada masa

kini amat menggemari sesuatu yang luar

daripada kebiasaan. Oleh hal yang demikian,

jika sesuatu inovasi itu dihasilkan dengan uniknya para

pelajar akan lebih bersemangat untuk mencuba produk lavioncar ini.

6
MENGGUNAKAN BARANGAN TERPAKAI

Inovasi yang kami reka ini amat mesra alam

kerana kami banyak menggunakan barangan

terpakai. Contohnya, paip PVC dan botol mineral.

Kedua-dua bahan ini sememangnya sudah pernah digunakan.

Perkara ini semestinya dapat menjimatkan kos serta bertujuan untuk


menyelamatkan alam sekitar yang semakin hari semakin tercemar.

MEMBANTU PARA PELAJAR UNTUK MENETAPKAN

CARA BELAJAR MASING-MASING

Kami juga turut menyertakan beberapa gaya belajar

yang sinonim dengan para pelajar pada era gobalisasi

ini, maka dengan itu, para pelajar dapat mengenali

gaya belajar mereka dengan lebih mendalam lagi dan boleh

mengaplikasikan gaya belajar tersebut dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

DIPERBUAT DARIPADA BAHAN YANG BERKOS RENDAH

Hampir kesemua bahan yang kami gunakan

berkos rendah dan mudah didapati.

Justeru itu, kami tidak perlu mengeluarkan

wang perbelanjaan yang besar bagi

menjayakan inovasi ini.

7
Komponen dan bahan yang digunakan

Motor DC

Motor DC sering digunakan pada peralatan elektrik dan alat


permainan.Dalam inovasi ini motor DC berfungsi sebagai enjin
kipas pada sayap lavioncar. Motor DC menggunakan magnet
untuk menghasilkan pusingan
Prinsip asas magnet ialah kutub yang sama akan menolak dan
kutub yang berlainan akan menarik
Apabila arus elektrik dialirkan melalui lilitan gegelung angker,
kutub kutub magnet kekal bertindak dengan kutub elektromagnet
Proses medan magnet kekal menarik dan menolak elektro magnet pada gegelung angker, ini
akan menghasilkan pusingan.

Polycarbonate

Polycarbonate (PC) adalah kumpulan polimer termoplastik yang


mengandungi kumpulan karbonat dalam struktur kimianya.
Polycarbonate digunakan dalam bidang kejuruteraan yang kuat,
bahan-bahan yang sukar, dan beberapa gred segi optik telus.
Polycarbonate ini digunakan sebagai medium binaan bagi
membuat sayap lavioncar.

Paip PVC (Polyvinyl Chloride)

Paip PVC diperbuat daripada bahan plastik polyvinyl chloride. Dalam


inovasi ini, kami telah menggunakan paip PVC yang terpakai sebagai
rangka utama lavioncar.

LED

Ia adalah sejenis diod. Dikenali sebagai "Light Emiting Diod".


Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat. Digunakan di
dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan, pemain
CD/DVD. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan
positif (anod). Led ini digunakan dalam inovasi ini untuk
membuat lavioncar lebih menarik.

8
Kertas foam

Foam adalah bahan ringan, dan mudah dipotong digunakan


untuk pemasangan cetakan fotografi, sebagai sokongan dalam
reka bentuk 3D, dan dalam lukisan. Ia juga dalam kategori
bahan yang disebut sebagai "Paper-faced foam board". Ia
terdiri daripada tiga lapisan dalaman. Kertas foam ini
digunakan sebagai bahan untuk membuat bilah kipas
lavioncar.

Botol

Botol merupakan plastik yang boleh dikitar semula . Oleh itu,


kami telah menggunakan kaedah reuse dalam amalan 3R
iaitu dengan menggunakan semula botol mineral dan
penutupnya untuk membina lavioncar.

9
Keunikan Inovasi
1. Mesra Alam
Inovasi ini menggunakan bahan-bahan terpakai seperti paip PVC yang kami gunakan
sebagai rangka utama dan botol kosong. Melalui inovasi ini amalan 3R dapat dipraktikan
oleh para PRS.

2. Berkos Rendah
Inovasi ini hanya mengeluarkan sedikit kos untuk pembinaan lavioncar.

3. Berguna untuk Kegunaan Sekolah


Dapat digunakan sebagai bahaan bantu pelajar di sekolah kerana bahan bantu PRS ini
sangat interaktif.

4. Interaktif
Mampu menarik perhatian pelajar kerana cara penyampaian maklumatnya adalah unik.

Kebaikan Produk

1. Pengaplikasian yang mudah


Cara pengaplikasian litar yang dipasang mudah difahami oleh pengguna.

10
2. Selamat digunakan
Tidak mengandungi bahan berbahaya yang dapat memudaratkan pengguna.

3. Dapat dikemaskini
Maklumat yang ada dalam Lavioncar dapat dikemaskini.

4. Pengaplikasian 3R
Bahan-bahan tersebut dapat diguna semula dan di kitar semula. Contohnya, paip PVC
boleh digunakan semula dan botol mineral dapat di kitar semula.

5. Bahan mudah didapati


Semua bahan adalah mudah didapati. Contohnya, paip PVC, botol mineral dan
polycarbonate.

PENCARIAN PATEN DAN APLIKASI


Pencarian paten telah kami lakukan untuk mengetahui sama ada inovasi ini telah dicipta atau
dikomersialkan. Berdasarkan penyelidikan dan pencarian yang telah kami lakukan pada agensi paten
di eropah iaitu Espacenet.com dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (IPO), kami mendapati
bahawa belum ada produk inovasi seperti [Lavioncar Flight to Your Future] yang pernah dihasilkan.

Selain itu, pencarian Google menunjukkan bahawa belum ada lagi inovasi seperti ini yang
dapat membantu Unit Bimbingan Kaunseling dan juga pihak sekolah.

HASIL CARIAN MODEL-MODEL KAPAL TERBANG

11
1.

Model kapal terbang yang diperbuat daripada kertas.


Tidak mempunyai litar seperti Lavioncar.

2.

Model Kapal Terbang yang dicipta khusus untuk dijadikan model penerbangan (berbeza
dengan Lavioncar yang bersifat pegun).
Tidak mempunyai maklumat.

3.

12
Fungsi kipas model kapal terbang ini tidak sama dengan fungsi kipas Lavioncar.

Kesimpulannya, tiada inovasi yang sama seperti Lavioncar yang mampu


menyampaikan maklumat menggunakan aplikasi mekanikal. Oleh itu, inovasi ini
boleh dikomersialkan untuk kegunaan sekolah terutama sekali UBK.

Pengapikasian Produk

Suis ditekan untuk menghidupkan


13 litar.
Motor DC hidup dan kipas berputar.

Pelajar akan menentukan tempoh masa yang


diingini untuk menekan suis supaya kipas
tersebut berhenti.

Pelajar perlu melihat bilah kipas yang berhenti


pada penanda apabila kipas tersebut berhenti

Maklumat personaliti dan gaya belajar akan


diambil oleh pelajar berdasarkan bilah kipas
yang berhenti pada penanda.

Pelajar akan mendapat input dan dapat


membaca maklumat pada badan binaan
Lavioncar

Kos

14
Inovasi Lavioncar ini merupakan inovasi yang mengunakan kos yang rendah. Hal ini
kerana, hampir kesemua bahan yang digunakan dalam pembinaan inovasi ini adalah bahan-
bahan terpakai. Walau bagaimanapun, kami telah mengeluarkan perbelanjaan kos yang
minimum untuk beberapa bahan yang kami gunakan sebagai tambahan pada inovasi ini.

Bil. Bahan-bahan Gambar Kos


01. Gam RM2.00

02. A4 Kertas folio - lutsinar RM2.40

03 Pelekat (sticker) RM4.00

RUJUKAN
http://kemahiranhidupshaniza.blogspot.my/2009/05/elektrik-ting-3.html
http://www.freewebs.com/khbdua/elektronik.htm
https://ms.wikipedia.org/wiki/Polikarbonat
https://en.wikipedia.org/wiki/Foamcore
http://bit.ly/fxzulu
https://en.wikipedia.org/wiki/Polycarbonate
http://mohdfariduyob.blogspot.my/

15
16

Anda mungkin juga menyukai