Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA HARI INOVASI TAHUN 2013

TARIKH:

TEMPAT:
KOLEJ MARA SEREMBAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN D.K.

ANJURAN:
BIRO AKADEMIK, KERJAYA, DAN MOTIVASI, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2012/13

DENGAN KERJASAMA:
PUSAT GIATMARA SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN D.K.
A-LEVEL STUDENT BODY (ALSB)
INTERNATIONAL BACCALAUREATE STUDENT BODY (IBSB)

1. TUJUAN
1.1. Memohon kelulusan program dan bantuan kewangan, daripada TPHEP bagi
mengadakan Program Minggu Inovasi Tahun 2013.
1.2. Memohon untuk mendapatkan kerjasama dan bantuan barang-barang bagi
mengadakan Program Minggu Inovasi Tahun 2013.

2. PENGENALAN
Inovasi semakin penting dan dititikberatkan didalam abad ke-21 ini. Semakin
ramai bijak pandai telah dilahirkan serta digilap pengetahuannya, namun berapa
ramaikah yang diterima untuk bekerja bagi menyumbang pengetahuan yang
telah mereka pelajari? Kebanyakan majikan semakin mementingkan inovatif dek
kerana semakin banyak idea yang lahir namun kurangnya penambahbaikan.
Idea yang disulami dengan penambahbaikan bukan sahaja akan menzahirkan
sesuatu produk yang berkualiti, malah bakal menjadikan seseorang usahawan
atau pereka cipta itu lebih berdaya saing lantas menaikkan nama syarikat
mereka bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara. Untuk sebuah skop
yang lebih kecil, contohnya di Kolej Mara Seremban, penerapan nilai inovatif
dikalangan pelajar, bukan sahaja bakal melahirkan pelajar jurusan kejuruteraan
yang inovatif, malah bakal melahirkan pelajar-pelajar dari jurusan lain contohnya
Teaching English as Second Language(TESL), Teknologi Bio, Perubatan, dan
juga Perakaunan yang berkebolehan serta inovatif.
Dengan adanya aktiviti seperti ini, diharapkan dapat memenuhi hasrat kolej
seperti didalam learner profilenya yakni mahukan pelajar yang inquirers,
knowledgeable, thinkers, communicators, principled, open-minded, caring, risktakers, balanced dan reflective.

3. OBJEKTIF
3.1. Mewujudkan serta menanam nilai kepimpinan dalam kalangan pelajar
terutamanya ahli-ahli ALSB dan IBSB untuk melaksanakan sesuatu program.
2

3.2. Memberikan ruang dan peluang untuk pelajar mencungkil bakat serta
menjadi pelajar yang inovatif.
3.3. Mendedahkan para peserta dengan teknik bertukang yang berkesan dan
bimbingan dalam bertukang oleh pelajar-pelajar GiatMARA yang terlatih.
3.4. Mengeratkan tautan ukhuwah yang sedia terjalin antara pelajar-pelajar ALevel dan International Baccalaureate.

4. TARIKH

5. TEMPAT
Kolej MARA Seremban, Seremban, Negeri Sembilan D.K.

6. PENYERTAAN
Semua pelajar Kolej Mara Seremban, Seremban, Negeri Sembilan D.K.
7. ANJURAN
Biro Akademik, Kerjaya, dan Motivasi, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/13.
8. JAWATANKUASA PELAKSANA
Sila rujuk Lampiran A.
9. TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk Lampiran B.

10. KEPERLUAN PERALATAN


Sila rujuk Lampiran C.
11. PERBELANJAAN DAN KOS KESELURUHAN
Sila rujuk Lampiran D.
.

12

PENGESAHAN KERTAS KERJA

.
3

Disediakan oleh:
..................................................................
Pengarah
Program Minggu Inovasi Tahun 2013
Tarikh:
Disemak oleh:
Cop Rasmi:
...................................................................
Penasihat
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/13
Tarikh:
Disokong oleh:
Cop Rasmi:
...................................................................
TN. HAJI TAMAM BIN JONIT
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar
Kolej MARA Seremban
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai