Anda di halaman 1dari 17

PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN 2012

9 10 JULAI 2012
DEWAN AL-FARABI IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KUALA TERENGGANU

INOVASI PENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

KATA ALU-ALUAN PENGARAH


PENGARAH IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya saya dapat menitipkan katakata dalam buku program Pertandingan Inovasi Pendidikan 2012. Pertandingan Inovasi Pendidikan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengiktirafan kepada guru pelatih atau kumpulan guru pelatih yang telah menghasilkan bahan kreatif dan inovatif yang cemerlang bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah mereka akan ditempatkan kelak. Usaha kreatif dan inovatif dibuat dalam pelbagai bentuk aktiviti atau projek meliputi kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan kemajuan murid dan pembinaan alat bantu mengajar. Sekalung syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja, para pensyarah pembimbing dan para peserta pertandingan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas inisiatif dan usaha untuk menganjurkan Pertandingan Inovasi Pendidikan peringkat IPG ini. Saya percaya usaha gigih,kerjasama dan semangat kekitaan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan program yang dirancang. Penerapan budaya inovasi dalam kalangan warga IPG amat penting dalam menghasilkan warga yang berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea akan memberi impak positif kepada IPGM khususnya. Penggunaan konsep atau alat penjanaan idea seperti Big Think Strategy, Blue Ocean Strategy, Kumpulan Kreatif dan Inovatif dan sebagainya akan membantu warga IPG KDRI meningkatkan kemahiran mereka dalam menjana idea-idea baru. Pelaksanaan idea baru dalam IPG mampu meningkatkan tahap kualiti dan keberhasilan yang dihasratkan, IPG KDRI perlu memiliki warga yang kreatif dan inovatif bagi mencapai wawasan IPGM agar menjadi IPG Bertaraf Dunia. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua guru pelatih yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan. Semoga penganjuran ini dapat mempertingkat iltizam dan inspirasi para guru pelatih. Usaha murni ini merupakan wadah utama IPG Kampus Dato Razali Ismail untuk merealisasikan matlamat PIPP membangunkan modal insan. Saya juga berharap pemenang bagi pertandingan yang diadakan akan menjadi wakil IPG ke pertandingan inovasi Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Selamat maju jaya, selamat menambah pengetahuan dan berkongsi hasil inovasi dan kreativiti dengan semangat dan komitmen demi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian, terima kasih. GHULAM SARVER MOBARAK ALI PENGARAH IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

KATA ALU-ALUAN KETUA JABATAN PIPK

KETUA JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Inovasi diertikan sebagai penghasilan idea-idea baru untuk meningkatkan keberkesanan dan kejayaan sesuatu program dan projek ataupun penggunaan sesuatu peralatan dan bahan. Pertandingan Inovasi Pendidikan diharapkan dapat memberi satu impak kepada warga IPG KDRI dalam usaha untuk penghasilan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Hasil usaha kreatif dan inovatif ini dijelmakan melalui pendekatan , kaedah, teknik , bahan dan peralatan baru yang akan digunakan oleh pensyarah dan guru pelatih. Pertandingan inovasi Pendidikan peringkat IPG KDRI 2012 merupakan satu usaha murni untuk mengetengah dan mengiktiraf hasil usaha kreatif dan inovatif guru pelatih yang berusaha ke arah pembentukan modal insan dan melonjak kecemerlangan murid disekolah mereka akan ditempatkan nanti selaras dengan matlamat PIPP. Hasil usaha yang ditampilkan terdiri daripada pelbagai bentuk inovasi meliputi pelbagai mata pelajaran serta peringkat kursus dan program yang ditawarkan di IPG. Adalah diharapkan segala idea dan pembaharuan yang diketengahkan ini dapat dibukukan sebahgai bahan koleksi untuk rujukan dan contoh kepada para bakal guru dan seterusnya dimanfaatkan di sekolah kelak. Semoga idea-idea yang ditampilkan dapat merangsang para pensyarah dan bakal guru untuk terus meningkatkan usaha dan berikhtiar bagi mencari dan mencuba idea-idea baharu yang kraetif dan inovatif ke arah melonjak kecemerlangan institusi pendidikan di persada dunia melalui inovasi dan kreativiti yang menjadi teras pendidikan berkualiti. Akhir kata, saya percaya kejayaan penganjuran Pertandingan Inovasi Pendidikan peringkat IPG KDRI ini adalah simbol kejayaan IPG KDRI membudayakan inovasi dan kreativiti dalam pendidikan itu sendiri. Pendekatan ideal melalui pertandingan inovasi Pendidikan ini diharap menjadi asas kukuh untuk membudayakan inovasi sebagai satu budaya pendidik IPG KDRI serta dapat dipraktik dan diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekian ,terima kasih. DR HJ TENGKU ZAWAWI TENGKU ZAINAL KETUA JABATAN PIPK

PENDAHULUAN
Dunia pendidikan berkembang dengan drastik. Salah satu cara meletakkan IPG seiring dengan perkembangan tersebut ialah menjalankan penyelidikan berinovasi dalam aspek kerja dan bidang pendidikan. Fenomena ini menuntut warga pendidikan, untuk sentiasa meneroka dan menganalisis pandangan penyelidikan yang dilakukan di dalam mahu pun luar negara. Pada masa yang sama, berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan cetusan idea baru bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan. Idea berkenaan boleh diperoleh dari dalam dan luar atau dari penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi untuk diguna pakai mengikut keperluan semasa.

OBJEKTIF

Memupuk sikap positif terhadap budaya inovasi dalam kalangan warga pendidikan. Mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan warga pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan P&P serta pengurusan kerja. Memperkasakan budaya inovasi menerusi pemuafakatan warga pendidikan.

KATEGORI PENSYARAH

OPEN JOURNAL SYSTEM


DR TENGKU ZAWAWI BIN TENGKU ZAINAL MARZUKI BIN NGAH DR IBRAHIM BIN TAIB
JABATAN PIPK

Open Journal System (OJS) adalah satu aplikasi online yang dibangunkan bertujuan untuk menghimpunkan artikel dan kertas-kertas penyelidikan dalam pendidikan. Aplikasi ini turut berfungsi sebagai perpustakaan digital, di mana para pengguna boleh mengakses, mencari dan memuat turun abstrak serta laporan penuh penyelidikan dalam pelbagai bidang. Kemudahan OJS terbuka kepada semua penyelidik dalam kalangan warga pendidikan, khususnya pelajar dan pensyarah Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Sesuai dengan matlamat Blue Ocean Strategy (BOS), aplikasi ini juga dijangka dapat mengatasi masalah ruang dan tempat penyimpanan bahan prosiding dan tesis bercetak yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Open Journal System boleh dilayari pada bila-bila masa dan di mana -mana sahaja melalui alamat http://ojs.cakna.net.

ASAH MINDA
RAHIMAH BT ABD GHANI FATIMAH BT MOHD NORLIZA BT MAT NAPIAH
SEK. KEB. WAKAF MEMPELAM, K.TERENGGANU

Bahan Bantu Mengajar dibina berkonsepkan Bermain Sambil Belajar yang merangkumi tiga jenis alatan iaitu kad pusing, cantum gambar dan susun suku kata. Kemahiran yang dipilih ialah kvkvkv dan peruntukan masa pengajaran ialah 1 jam. Penggunaan bahan ini boleh diubahsuai untuk kemahiran-kemahairan yang lain. Aktiviti pembelajaran berpusatkan murid ini melibatkan kepelbagaian kecerdasan murid seperti kecerdasan linguistic, kinestetik, interpersonal. Terbukti penggunaan BBM ini Berjaya mengurangkan peratusan bilangan murid Linus Tegar di sekolah ini.

MODEL FULERN (FUN IN LEARNING)


IDRUL HISHAM BIN ISMAIL
JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Model FULERN ini sebagai panduan kepada guru atau pensyarah untuk merancang dan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Model ini dibentuk berdasarkan kepada teori-teori pembelajaran yang sedia ada iaitu Model Robert Glazer, Model Pengajaran Taba, Model Pengajaran Sim dan Model Inkuiri. Model-model tersebut menjadi asas kepada pembentukan Model Fulearn supaya keberkesanan penggunaan model ini menjamin kepada terlaksananya pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Selain itu ia dapat memastikan output yang dihasilkan menepati matlamat akhir yang dirancang dan dijangka dapat direalisasikan menerus penggunaan Model Fulern dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

KE TENG TENG PEI KAY BE PE


MANSOR BIN A.RAHMAN MAZNAH BT MADU
JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Selain daripada terapi fizikal, murid yang bermasalah pembelajaran seperti autism sangat sesuai diajar dengan menggunakan permainan ketinting yang dinamakan inovasi KE TENG TENG PEI KAY BE PE. Kaedah inovasi ini amat merangsang minda untuk lebih cepat belajar dan cepat faham. Murid-murid akan terlibat secara aktif semasa permainan dijalankan. Tiga kaedah digunakan melalui tiga tahap kebolehan murid-murid iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Inovasi ini direalisasikan melalui permainan ketinting. Permainan ini amat berkesan kerana boleh meningkatkan motivasi murid yang lemah untuk belajar. Permainan ini juga mampu menunjukkan daya juang dan daya saing murid untuk belajar. Kaedah Inovasi KE TENG TENG PEI KAY BE PE merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada kognitif, psikomotor dan efektif. Kemahiran dan kebolehan murid dapat diukur dari pengumpulan markah yang diberi secara mengikut sIstem TOKEN.

PROJEK MSWdbOne
MOHAMED BIN SULAIMAN@WAHID FATEN NADIAH BT MOHD FAUZI FATIN IZZATI BT HUSSIN PAKRI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

Projek MSWdbOne ialah senaskah manual pengurusan yang dibina adalah satu usaha penambaikan kepada sistem mengurus kerja merekod masalah salah laku pelajar (MSLP). MSLP ialah ketakakuran kepada disiplin dan tatatertib yang berkualiti tinggi mengikut standard dan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 Prosedur Teras 03: Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (PT03). MSWSdbOne dibina kerana nak menangani masalah butiran maklumat pelajar yang kurang lengkap dalam Borang LAM PT03-04a (Laporan Masalah Salah Laku Pelajar) yang diterima daripada pelapor ke Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod (PPR) Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu. Matlamat MSWsdbOne adalah meningkatkan kualiti pengurusan di Unit Penguatkuasaan, Perjanjian dan Rekod (PPR) Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Terdapat tiga (3) objektif MSWdbOne. Pertama memudahkan dapat maklumat butiran pelajar yang diadu bermasalah. Kedua melengkapkan maklumat MSLP dalam Borang LAM PT03-04a SPK MS ISO 9001:2008 dan Ketiga menyingkap masa bagi mengurus kerja merekod butiran MSLP.

KATEGORI PELAJAR

MODUL MINI SERONOKNYA BAHAGIAN B


MUHAMMAD SAFWAN BIN SOBRI MOHD RIDUAN BIN MOHD ANUAR
PISMP SAINS SEM 8

Projek inovasi modul mini Seronoknya Bahagian B merupakan suatu bahan pembelajaran yang merangkumi panduan untuk menjawab soalansoalan sains bahagian B seperti pembolehubah, hipotesis dan kemahirankemahiran proses sains (KPS) yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam modul ini adalah nota ringkas tentang KPS, tips menjawab soalan bahagian B, lirik lagu serta contoh soalan dan jawapan bagi soalan bahagian B. Tambahan pula, modul ini disediakan dengan paparan yang lebih menarik seperti penggunaan dialog (menyampaikan maklumat), kepelbagaian pengurusan grafik (Graphic Organizer) yang menerapkan konsep iThink, gambar rajah serta penggunaan pelbagai warna bagi menarik perhatian dan mengukuhkan kefahaman dan ingatan murid-murid. Di samping itu, modul ini dapat digunakan oleh murid-murid semasa menjawab soalan sains bahagian B yakni sebagai rujukan serta yang paling penting dapat membimbing murid-murid ketika membuat latihan ulangkaji kendiri terutamanya di rumah. Justeru, hal ini dapat menggalakkan murid-murid untuk membuat latihan kendiri di rumah atau di mana-mana sahaja (ketiadaan guru). Tambahan pula, guru-guru tidak lagi perlu memberi penerangan tentang tips menjawab soalan bahagian B berulang- ulang kali di dalam kelas dan hal ini dapat meringankan beban guru dan menjimatkan masa. Peranan guru lebih kepada memantau dan bertanya soalan kepada muridmurid.

DAM HURUF
EMIR DIN B BAHARUDIN MUHAMAD FADHERUHISHAM B. DAUD ASMAA' BT MOHD SOBRI
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Dam huruf ini merupakan gabungan elemen permainan dan pengintegrasian pembelajaran dalam permainan. Bermatlamatkan mengenali huruf konsonan dan vokal dengan lebih baik lagi atau melahirkan murid mahir pra-bacaan, dam huruf ini cuba menampilkan kelainan. Saiz huruf yang besar dan boleh dipijak akan menimbulkan rasa keseronokan dalam diri murid, buktinya, kanak-kanak memang akan teruja dengan bahan yang mempunyai adaptasi saiz , perubahan saiz dam huruf daripada saiz dam ular biasa akan menjadi daya penarik kepada murid. Namun begitu, permainan ini tidak berlalu sekadar permainan biasa, menggunakan dadu gergasi yang telah dibina khas, murid dikehendaki untuk melambung dadu dan setelah mendapat bilangan langkah yang perlu dilalui, murid akan memijak dam huruf sambil menyebut huruf yang dipijak , contohnya : dadu menunjukkan angka 3, murid mengira sampai tiga agar dia tahu destinasinya di mana, setelah itu, murid memijak huruf sambil menyebut huruf yang dipijak, guru dikehendaki membantu murid dalam proses menyebut huruf samada vokal atau konsonan, setelah sampai ke destinasi, guru boleh meletakkan penanda sebagai tanda murid tersebut berhenti di situ. Untuk mengelakkan kekeliruan dan menambah daya penarik, dam huruf ini membezakan cara penzahiran huruf konsonan dan vokal, huruf konsonan berada dalam keadaan biasa, namun, huruf vokal pula dibuat pop-up agar murid dapat membezakan huruf konsonan dan vokal.

MULTIPLY BOARD
MOHAMAD KHAIRI IZZUDDIN BIN KAUZI TUAN ISMAIL BIN TUAN SOH
PISMP MATEMATIK SEM 2
Multiply

board merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk memudahkan murid murid membuat pengiraan mengenai topic darab bagi nombor 6 hingga 10. Ini kerana, murid murid dikenalpasti sukar membuat pengiraan yang melibatkan nombor-nombor yang melebihi daripada nombor 5 dan ke atas. Oleh yang demikian, alat ini dicipta sebagai salah satu medium untuk murid murid membuat pengiraan berdasarkan aktiviti yang dilakukan ke atas multiple board bagi meyelesaikan permasalah darab yang melibatkan nombor 6 hingga 10.

BUKU BESAR BERSAMA PUPPET


ABDUL WAFIY B. HASBULLAH MOHD KHALIL BIN MUHAMAD NOOR MAWARDAH BINTI BASERAH
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Inovasi ini menggabungkan Puppet dan Buku Besar. Hasil Inovasi ini boleh digunakan dalam pengajaran Pengurusan Diri. Buku besar ini dapat mendedahkan kepada murid mengenai cara untuk mengurus diri dalam kehidupan seharian. Buku besar bersama Puppet boleh digunakan oleh murid melalui lakonan di dalam kelas dengan bimbingan guru. Melalui buku besar ini, murid dapat merasa dengan menggunakan deria sentuh untuk memahami cara mengurus diri. Puppet yang digunakan menarik perhatian murid-murid untuk belajar.

PENGAJARAN TAJUK SIRATAN MAKANAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH WEBSTER


NOR HAZWANI BINTI RAZALI
PISMP SAINS SEM 8

Merupakan satu kaedah mengajar yang menggunakan papan WEBSTER untuk mengatasi masalah murid tidak boleh mengira rantmakanan, murid tidak dapat menentukan apakah kesan yang berlaku jika terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di dalam siratan makanan yang diberikan.

BUKU ELEKTRONIK MO
MOHD SALAHUDIN BIN KAMARUZAMAN
PISMP SN SEM 8

Merupakan suatu kaedah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai konsep rantai makanan dan siratanmakanan menggunakan aplikasi Microsoft Office. Buku Elektronik MO ini sebenarnya menekankan konsep Hands On. Di mana murid-murid menggunakan komputer bag ibagi mencari maklumat, melengkapkan tugasan. Selainitu, denganmenggunakan Buku Elektronik MO ini murid-murid juga dapat melakukan aktiviti menyeronokkan seperti menyanyi serta bermain permain aplikasi Microsoft office. Diharapkan dengan penggunaan Buku Elektronik MO ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman murid akan tajuk Rantai makanan dan Siratan Makanan.

COLOURFUL KIT
NOR ATIKAH BINTI ABD HAMID NOR EMILLIA BINTI REDZUAN
PISMP TESL

Colourful Kit ini boleh digunakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris khususnya untuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bahan terpakai iaitu kotak telah digunakan dan diubahsuai menjadi satu inovasi untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan Colourful Kit ini ialah, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar serta ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga dilengkapi dengan rancangan pengajaran yang lengkap mengenai song and poem serta disertakan alat bantu mengajar yang diperlukan pada setiap peringkat. Sebagai contoh, song dan poem yang diubahsuai serta diadaptasi sendiri, puppet straw, Pass it on Game, manila kad. CD serta buku panduan untuk guru menggunakan alatan tersebut.

SPEED PUZZLE CARTOONISIA


NOR ILYANA BINTI MOHAMED NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SANI MOHD SAIFUL IKHWAN BIN SHABUDDIN
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Inovasi dihasilkan khusus bagi subjek Matematik bagi membantu kefahaman murid mengenai operasi matematik melalui permainan. Inovasi ini merupakan projek serampang dua mata kerana ia bukan sahaja boleh digunakan oleh murid program pendidikan inklusif dalam Program Pendidikan Khas Integrasi, malah boleh digunakan juga oleh murid dalam arus perdana. Penggunaan prinsip bermain sambil belajar yang mampu menarik minat murid untuk belajar matematik

KOTAK CERITA INTERAKTIF KOCI


NUR FARHANA BTE CHE AZIH
PISMP SAINS SEM 8

Kotak cerita interaktif merupakan adaptasi daripada buku cerita.KOCI dilengkapkan dengan gambar dan cerita mengenal tajuk perlindungan Haiwan bagi subjek sains tahun 4.KOCI merupakan hasil cantuman kertas keras kitar semula yang dibentuk menjadi kotak cerita interaktif yang dapat digunakan sebagai bahan bantu mengajar semasa P&P. KOCI dihasilkan bagi menangani masalah penguasaan topik perlindungan haiwan bagi enam orang murid tahun 4 Jauhari SK Telok Pasu, K.Trg.

DINAMIK POWER CHAIR


NORAINI BTE HASSAN NORIZZATI BTE MOHD ADENAN WAN NURFADZILAH BTE WAN MOHMAD
PISMP PJ SEM 4

Alat dinamik power chair ini adalah alat yang diubahsuai daripada alat senaman yang mengikut kesesuaian dan tahap keupayaan murid sekolah rendah. alat ini menggunakan bahan mudah didapati,kos rendah,selamat, mudah dibawa dan sebagainya. alat ini bertujuan membina kekuatan otot dan daya tahan otot.. Murid tidak dapat menentukan apakah kesan yang berlaku jika terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan hidupan di dalam siratan makanan yang diberikan

SAY IT RIGHT
WAHIDAH BINTI ABD MANAN
PISMP SAINS SEM 6

Projek inovasi ini diinspirasikan daripada permainan board game yang popular. Ianya bertujuan bagi membantu pelajar peringkat rendah (tahun 1 dan 2) menguasai sebutan dan ejaan bahasa inggeris yang betul. Kaedah penggunaan yang berkonsepkan permainan diharap dapat manarik minat pelajar untuk mempelajari cara sebutan dan pengejaan yang betul. Selain itu, permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan pengawasan guru. Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitan pembelajaran melalui pengalaman kepada pelajar.

LITAR UPIN MENCARI IPIN


MUHAMAD NOR TARMIZI BIN MOHD SARIF JUNITA ANAK PATRICK NURUL IZZA BT MOHAMAD
PISMP PENDIDIKAN KHAS SEM 4

Alat ini diinovasikan untuk aktiviti prabacaan iaitu pergerakan tangan dan mata. Unsur Inovasi yang terdapat kaedah pencahayaan seperti lampu dapat menarik perhatian kanak-kanak. Melalui alat ini murid dapat memperolehi kemahiran menggenggam iaitu pergerakan motor-motor halus lebih terarah dan bersistematik. Oleh yang demekian, pergerakan mata dan tangan murid lebih berfokus dan seterusnya dapat mengenali bentukbentuk huruf dan nombor. Selain itu, alat ini juga menguji pengamatan pendengaran murid melalui bunyian.

VCD INTERAKTIF (SIRI PENDIDIKAN IBADAH)


SITI KHADIJAH BT MAT ESA NORLIZA BT KAMAT MUNA WAHIDA BT MOHD NOOr
PISMP PAI SEM 4

Inovasi berkaitan dengan sukatan Pendidikan Agama Islam Sekolah Rendah. VCD ini berfokus mengenai konsep tayamum dan aplikasinya yang terdapat dalam sukatan Tahun 5. VCD ini juga memuatkan video ringkas mengenai aplikasi tayamum secara terperinci untuk kefahaman murid dengan lebih jelas.

MODUL FUN LEARNING


FATIN YASMIN BT RAMLI NUR SABARIAH BT AHMAD MOHD AMIRUDIN BIN ABD RAHMAN
PISMP SAINS SEM 5

Inovasi ini bertujuan untuk membantu murid memahami konsep tenaga melalui model. Penggunaan model ini membolehkan murid belajar secara active learning.

BUKU CELIK MINDA


NURUL NADIAH BTE ABUY BAKAR SHAZWANI BTE MOHAMAD NOR FADHILAH ATIKAH BTE AHMAD ASLI
PISMP PENGAJIAN MELAYU SEM 4

Aktiviti padankan suku kata menggunakan wayar eletronik. Apabila betul lampu akan menyala.

MAGIC BOX
SOLEHA BTE IBRAHIM SARINA BTE AHMAD
PISMP MATEMATIK SEM 6

Magic Box digunakan untuk membantu pelajar menguasai sifir melalui kaedah meneliti pola.

LATTICE STRIPE
MOHAMAD BASRI BI8N NAZERI SHAFIQ BIN SAHAR
PISMP MATEMATIK SEM 8

Alat ini digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi hasil darab yang melibatkan pendekatan yang komplek.

FLEXI BOX
NIK MUZAFFAR ASYRAFF BIN MUHAMAD NASRULLAH ANAS BIN CHE RAZALI ABDUL BARR BIN ABDUL WAHID
PISMP PJ SEM 4

Alat senaman yang menekankan terhadap kekuatan otot.

TIANG SERBAGUNA
ARMAZURIN BIN AB RAZAK MUHAMAD NAZMI AZRERI BIN MOHAMAD SAIADI AIZZATFITRI BIN OMAR
PISMP PJ SEM 4

Kegunaan untuk Permainan bola jaring dan badminton.

DECIMAL ROLLERS
NURUL KADIHA BTE ABDULLAH
PISMP MATEMATIK SEM 8

Decimals Roller adalah alat yang digunakan untuk pendarabab dan pembahagian dalam gandaan 10. Ini sangat bersesuaian bagi topik nombor perpuluhan

SENARAI JAWATANKUASA PETUGAS PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN 2012


Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : : Dr. Hj. Tengku Zawawi bin Tengku Zainal Dr. Hj. Ibrahim bin Taib Dr. Hjh. Nik Zaharah bt. Nik Yaacob En. Marzuki bin Ngah Pn. Rahah binti Abd. Hadi@Hamid Tn. Hj.Abu Zarin bin Hj. Abu Bakar En. Mohd Kamaruzaman bin Harun En. Amir Hamzah bin Yaakub En. Mohamad Naim bin Mat Salleh En. Marzuki bin Ngah Tn. Hj. Mohd. Anuwi bin Husain En . Mansor bin Abd.Rahman Pn. Suriany bt Mat Noor Pn. Hjh. Maznah bt Madu Pn. Mas Norbany binti Abu Samah : Pn. Sakhiyyah bte. A. Rahim En. Mohd. Asri bin Harun

JK Persiapan tempat : &Peralatan JK Publisiti & Seranta :

JK Pendaftaran Peserta

JK Peserta, Sambutan : & Protokol JK Jamuan :

JK Hadiah, Cenderamata & Sijil JK Brochure & Buku Program

Pn. Fouziah bt Mohd Tn. Hj. Mohd Sharif bin Muda En. Ghani bin Mamat Tn. Hj. Hamdan bin Ab. Manaf En. Marzuki bin Ngah

JK Rakaman, Siaraya : & Dokumentasi JK Majlis Pembukaan : & Penutup

PENGHARGAAN

Pihak penganjur merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Pertandingan Inovasi Pendidikan 2012, khususnya kepada: Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail Timbalan Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail Ketua-ketua Jabatan Ketua-ketua Unit Hakim Pertandingan Para Pensyarah Guru Pelatih Kakitangan Sokongan

Anda mungkin juga menyukai