Anda di halaman 1dari 14

KERTAS KERJA

PC FAIR
EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI
KOLEJ KERIS MAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2013/2014

TARIKH
17 MAC 2014 – 21 MAC 2014
(ISNIN - JUMAAT)

TEMPAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN
EXCO PEMBANGUNAN AKADEMIK DAN INOVASI
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ KERIS MAS
SESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA”


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

KERTAS KERJA
PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS SESI 2013/2014
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan serta bantuan
kewangan untuk mengadakan PC Fair, Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi, Kolej
Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2013/2014.

2.0 PENGENALAN

Program PC Fair merupakan salah satu usaha Eksekutif Pembangunan Akademik dan
Inovasi Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 ke arah pembudayaan keusahawanan dan
melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berfikiran inovatif dan berilmu serta
memberi pendedahan tentang kemajuan bidang teknologi selaras dengan perkembangan
zaman dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini akan bermula pada 17 Mac 2014 hingga 21 Mac 2014. Selain itu, program
ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk
menceburkan diri dalam bidang kepimpinan, di samping memberikan pengetahuan dan
pengalaman untuk menguruskan sesebuah organisasi serta program.

Sehubungan dengan itu, program ini dapat memberikan kemudahan kepada mahasiswa
dan mahasiswi untuk membeli barangan keperluan pelajaran dan lain-lain lagi. Di
samping itu, lokasi program yang terletak strategik di UKM iaitu di Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan memudahkan mereka untuk ke tempat program. Hal ini disebabkan
oleh, banyak bas disediakan di kawasan tersebut. Menyedari hakikat ini, Kolej Keris Mas
mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan sebuah program yang dapat
memberikan kemudahan dan manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi.

Jualan tapak akan dibuka secara umum, namun begitu keutamaan pemilihan penggerai
adalah dalam kalangan pelajar sama ada secara individu/ berpersatuan/ perkongsian atau
apa sahaja berlandaskan projek keusahawanan siswa dan siswi. Pihak penganjur akan
mengehadkan jumlah penggerai mengikut kepada jenis perniagaan mereka untuk
mengelakkan kerugian dalam kalangan penggerai. Antara yang akan dijual dan
dipamerkan adalah barangan IT seperti komputer riba, kamera, barangan aksesori
komputer dan lain-lain. Kesemua penggerai luar diwajibkan melampirkan salinan lesen
perniagaan masing-masing ketika menyerahkan borang penggerai.

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 2


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana program, adalah menjadi tanggungjawab pihak


kami untuk memastikan kelancaran program ini dengan

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya dapat
membentuk mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan, berkeyakinan dan
berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang ditetapkan


dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas pelaksanaan
program.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah

4.1 Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bantu membantu dalam kalangan
siswa dan siswi dalam melahirkan siswa dan siswi yang lebih berbudi bahasa dan
berkarisma.

4.2 Membentuk identiti dalam kalangan penggerai terutama siswa dan siswi menjadi
lebih fleksibel, mempunyai kemahiran memimpin, berketerampilan dan yang paling
penting sekali ialah bekerjasama dalam satu pasukan.

4.3 Menyediakan peluang untuk mempraktikkan ilmu teknologi ICT yang telah dipelajari
secara teori agar dapat melahirkankan para graduan kelas pertama dari UKM.

4.4 Memberi kemudahan kepada penghuni Kolej Keris Mas dan kolej-kolej lain.

4.5 Melahirkan siswa dan siswi yang mempunyai pemikiran yang inovatif, kreatif serta
menuju ke arah matlamat wawasan 2020.

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 3


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan
kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif
yang perlu dicapai

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban (HPP1).
Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada alam
sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti
perpaduan dan kemiskinan.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi (HPP2). Menunjukkan kemahiran


bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara), menyampaikan idea secara lisan
dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan
dan mampu berintekasi menggunakan bahasa antarabangsa.

5.3 Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat


(HPP3). Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran,
meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri dan
mengumpul maklumat secara kendiri.

5.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme (HPP4). Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika
kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan
sikap kesukarelawanan.

5.5 Mencungkil kemahiran pemikiran kiritkal, penyelesaian masalah dan


pendekatan saintifik(HPP5). Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat, mengenal
pasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan
membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

5.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan


(HPP6). Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja
berpasukan untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan
secara proaktif.

5.7 Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan (HPP7). Mencambah


idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan, menetapkan matlamat
masa depan dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan kemampuan untuk,
melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik dan
menyerahkan/menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu lain.

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 4


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

5.8 Melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif (HPP8).
Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif/berinovasi yang menambah
nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

6.0 TEMA

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA”

“Revolusi Belia : Memacu Malaysia Di Persada Dunia” TG2KM kerana untuk


memperkenalkan Kolej Keris Mas di luar daripada kampus Universiti Kebangsaan
Malaysia, kami turut memperkenalkan negara Malaysia itu sendiri di persada dunia selari
dengan tema Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sejajar dengan itu pemilihan tema ini juga dapat memberikan kekuatan dan pengalaman
warga Kolej Keris Mas dan Universiti Kebangsaan dalam merialisasikan visi Universiti
iaitu Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan. Tema ini juga turut menekan
eleman-elemen Gagasan 1 Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri Malaysia
Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak .Maka dengan pemilihan tema ini akan menghidupkan
dan menyemarakkan lagi perkembangan minda mahasiswa kepada negara bagi
meningkatkan sosioekonomi masyarakat serta negara agar dapat melahirkan masyarakat
Malaysia kelas pertama.

7.0 ANJURAN

Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi


Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2013/2014

8.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 17 Mac sehingga 21 Mac 2013


Masa : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Lokasi program akan dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 5


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

10.0 PUBLISITI

 Poster akan di tampal di sekitar kolej dan fakulti.


 Banner akan digantung di dalam kawasan UKM.
 Laman sosial seperti Facebook, Blog dan Twitter.
 Flyers akan diedarkan di setiap kolej dan fakulti.

11.0 CADANGAN PERASMI

Perasmi Pembukaan:

i) Dr. Ruslin Bin Amir


Pengetua, Kolej Keris Mas

ii) Yusof bin Achin


Pengurus, Kolej Keris Mas

12.0 PENGLIBATAN PESERTA PROGRAM

Bilangan Pengunjung : Anggaran melebihi 5000 orang warga UKM


Bilangan Urusetia : 20 orang terdiri daripada Exco Pembangunan Akademik
dan Inovasi
Bilangan Penggerai : __ penggerai

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 PERINCIAN PROGRAM

PC Fair

Aktiviti ini adalah berbentuk perniagaan di mana dalam aktiviti ini akan diadadakan
jualan produk ICT . Syarikat-syarikat dalam bidang ICT akan dijemput untuk
mengadakan jualan dan memasarkan produk – produk mereka. Sejumlah __ buah gerai
akan dibuka di Pusanika bagi memudahkan mahasiswa/i untuk membeli dan melihat
produk – produk tersebut.

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 6


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 RUJUKAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi :

Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi


Bilik Majlis Eksekutif Pelajar,
Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,
Kolej Keris Mas,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Nurulain Fatin Binti Muhammad Radzi, 012-2254725)
Tel : 03 – 89214010
Faks : 03 – 89214009
E – mel : ainfatin_94@yahoo.com

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 7


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

18.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar PC Fair Temasya Gemilang Kolej Keris Mas sesi 2013/2014 ini
mendapat bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, adalah menjadi
harapan agar program ini dapat dijayakan dengan lancar dan mencapai segala objektif
yang telah digariskan. Penganjuran projek sebegini diharap dapat memberi manfaat
kepada semua pihak, tidak kira kepada pihak penganjur, penggerai mahupun mahasiswa/i
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

NURULAIN FATIN BT MUHAMMAD


RADZI AINUR SYAKIRAH BT MUHD HISSAM
Ketua Pengarah PC Fair Ketua Eksekutif
Eksekutif Pembangunan Akademik dan Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi II
Inovasi 1 Majlis Eksekutif Pelajar (MEP),
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas,
Kolej Keris Mas Sesi 2013/2014
Sesi 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Disokong oleh Disahkan oleh,

NUR NARIMAH BT JAMALI DR.RUSLIN BIN AMIR


Felo Penasihat Pengetua
Eksekutif Pembangunan Akademik dan Kolej Keris Mas
Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2013/2014 No. Tel (P) : 0389214009;
Kolej Keris Mas (H/P) : 019 2686865
Universiti Kebangsaan Malaysia

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 8


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI
ENGLISH SPEAKING ZONE
SESI 2013/2014

Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM

Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Ir. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras
Tuan Hj. Musa Zainal Abidin bin Othman
Timbalan Pendaftar JPPel

Penasihat Utama
Dr. Ruslin Bin Amir
Pengetua Kolej Keris Mas

Penasihat
Tuan Haji Ishak Abdul Rahman
Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas

En.Haji Mat Yusof bin Achin


Pengurus Kolej Keris Mas

En. Mahadi bin Long


Penolong Pengurus Kolej Keris Mas, UKM

Siti Narimah bt Jamali


Felo Penasihat Exco Pembangunan Akademik dan Inovasi

Pemantau
Ainur Syakirah Binti Muhd Hissam
Eksekutif Pembangunan Akademik dan Inovasi 2
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Keris Mas
Sesi 2013/2014

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 9


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

Ketua Pengarah I
Nurulain Fatin Binti Muhammad Radzi
Fakulti Sains Dan Teknologi/1
012-2254725
A146086

Timbalan Ketua Pengarah I


Raja Nor Ezzurien Binti Raja Ishak
Fakulti Pengajian Islam/1
017-2594589
A144763

Timbalan Ketua Pengarah II


Maisarah Binti Mohd Shahrain
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/2
0129247481
A139732

Setiausaha
Nur Aidasyakirah Binti Mohd Tahir
Fakulti Sains dan Teknologi/1
012-2980655
A145843

Bendahari
Siti Zakiah Binti Lazat
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
013-4199464
A143152

Eksekutif Program : Raja Nor Ezzurien Binti Raja Ishak


Fakulti Pengajian Islam/1
A144763

Timbalan Eksekutif Program : Fadhilah Binti Mat Rodzi


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
A143116

Eksekutif Jamuan : Siti Nor Fatihah Binti Salbinih @ Salbini


Fakulti Sains dan Teknologi/1
A146122

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 10


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

Eksekutif Publisiti dan Multimedia : Nor Hisyam Bin Mansor


Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat/1
A146871

Eksekutif Teknikal : Rahwani Zailan Binti Puslan


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
A143312

Timbalan Eksekutif Teknikal : Muzdalifah Binti Abdul Manaf


Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1
A143333

Eksekutif Tugas-Tugas Khas : Nurulain Fatin Binti Muhammad Radzi


Fakulti Sains dan Teknologi/1
A146086

Eksekutif Perolehan dan Penajaan : Nur Adlin Munirah Binti Misrol


Fakulti Sains dan Teknologi/1
A146071

Eksekutif Sijil : Tengku Shamira Adila Binti Tengku Rosdi


Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1
A144249

AJK Pelaksana : Che Suhaida Binti Che Rahim


Fakulti Sains dan Teknologi/1
A146050

NorHazirah Binti Harif


Fakulti Sains dan Teknologi/1
A146090

Noor Fatimah Jaini Binti Salihatun


Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1
A143920

Saidatul Eliya Binti Rasman


Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2
A140587

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA” 11


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM
PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS

Isnin, 17 Mac 2014

MASA PROGRAM TEMPAT


9.00 am – 1.00 pm PC Fair FSSK
2.00 pm – 6.00 pm Majlis Perasmian PC Fair FSSK

Perasmi:

1) Dr. Ruslin Bin Amir


Pengetua Kolej Keris Mas

2) En. Haji Mat Yusof bin Achin


Pengurus, Kolej Keris Mas

Selasa, 18 Mac 2014

MASA PROGRAM TEMPAT


9.00 am - 6.00 pm PC Fair FSSK

Rabu, 19 Mac 2014

MASA PROGRAM TEMPAT


9.00 am - 6.00 pm PC Fair FSSK

Khamis, 20 Mac 2014

MASA PROGRAM TEMPAT


9.00 am - 6.00 pm PC Fair FSSK

Jumaat, 21 Mac 2014

MASA PROGRAM TEMPAT


9.00 am - 6.00 pm PC Fair FSSK

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA’’ 12


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

LAMPIRAN C

BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
PERKARA RM
BIL
1. Tabung Pengetua Keris Mas 1 000
2. Sewa Tapak Penggerai (RM300 x 20) 6 000
3. Perolehan dan Penajaan 10 000
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 17 000

Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1. Pentadbiran/Pengurusan
i) Peralatan dan alat tulis 100
ii) Fotokopi 100
iii) Toner (RM150) 150
iv) Kertas A4 ( RM 13 x 6 reams) 78

2. Publisiti
i) Poster A3 200
ii) Banner 1 000
iii) Bunting 1 000
iv) Media cetak dan media massa 1 400
v) Papan pelan pameran 800

3. Cenderamata
i) Cenderamata VIP (RM 200 x 1) 200

4. Utiliti dan Instrumentasi


i) Penyewaan partition 7 000
ii) Jenerator 2 000
iii) Pemasangan elektrik 500
iv) Gimik perasmian dan dekorasi 500
v) Multimedia 400

5. Penyewaan Bangunan FSSK 900

6. Makanan
AJK (Sarapan : RM 5 x 23 orang x 5 hari) 170
(Makan Tengahari : RM 7 x 23 orang x 5 hari) 425

7. Rencam 77

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 17,000

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA’’ 13


PC FAIR
KOLEJ KERIS MAS
17-22 MAC 2014

“REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA’’ 14

Anda mungkin juga menyukai