Anda di halaman 1dari 35

3.

PERLUASAN KUASA
BRITISH DI NNMB
STRATEGI BRITISH MELUASKAN
KUASA DI NEGERI-NEGERI MELAYU

1. Manipulasi
2. Desakan dan Ugutan
3. Mengadakan perjanjian dengan pemerintah
tempatan
STRATEGI MANIPULASI

• Negeri-negeri Melayu kebanyakan berlaku keadaan


tidak stabil

• British memberikan bantuan kepada pihak


berkepentingan
3.2.1

PERAK
MANIPULASI BRITISH DI PERAK

• Berlakunya Perang Larut dan perebutan takhta


Kesultanan Perak
• Gabenor NNS, Andrew Clarke campur tangan
dalam kekacauan Perak dengan alasan
menyelamatkan rakyat Perak daripada keadaan
kucar-kacir
PERANG LARUT
• Tengku Menteri Ngah Ibrahim membawa masuk ramai
pelombong Cina untuk memajukan perlombongan bijih
timah
• Pergaduhan Ghee Hin dan Hai San mempertahankan hak
masing-masing mencetuskan Perang Larut
• Pelabur Eropah dan pedagang NNS meminta British
campur tangan untuk melindungi pelaburan
perlombongan bijih timah mereka
PEREBUTAN TAKHTA KESULTANAN
PERAK
• Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam
pewarisan takhta Kesultanan Perak.
• Bakal raja perlu melalui tiga jawatan, iaitu:
1. Raja Di Hilir
2. Raja Bendahara
3. Raja Muda
Sebelum ditabalkan sebagai Sultan.
SISTEM PENGGILIRAN PEWARISAN
TAKHTA KESULTANAN PERAK
PEREBUTAN TAKHTA KESULTANAN
PERAK
• Mengikut sistem pewarisan, Raja Abdullah sebagai
Raja Muda patut ditabalkan sebagai Sultan
• Namun begitu, Raja Abdullah tidak ditabalkan sebagai
sultan kerana tidak hadir ke upacara pemakaman
Sultan Ali (Kesultanan Johor Riau)
• Sebaliknya, Raja Ismail, Raja Bendahara dilantik
sebagai Sultan serta mendapat sokongan pembesar
termasuk Ngah Ibrahim
PEREBUTAN TAKHTA KESULTANAN
PERAK
• Oleh itu, Raja Abdullah menuntut haknya sebagai
sultan atas sebab masalah kewangan dan desakan
golongan pelabur Eropah dan Cina.
• Raja Abdullah telah mendapat sokongan pembesar di
Hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela.
• Raja Yusuf, Raja Di Hilir menuntut haknya sebagai
Sultan selepas lama diketepikan.
PERJANJIAN PANGKOR 1874
• Andrew Clarke, Gabenor NNS memanggil ketua
kumpulan Ghee Hin dan Hai San untuk menamatkan
perselisihan faham antara mereka
• Pembesar-pembesar Melayu turut dipanggil untuk
menjalankan perundingan.
• Hadir: Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor
• Tidak Hadir: Sultan Ismail dan Raja Yusuf
• Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal HMS
Pluto pada tahun 1874 di Pulau Pangkor
SYARAT PERJANJIAN PANGKOR 1874
1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
2. Raja Ismail dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda.
3. Sultan menerima seorang Residen British. Nasihat mesti
dipatuhi dalam semua urusan kecuali berkaitan agama
Islam dan adat istiadat Melayu.
4. Ngah Ibrahim diakui sebagai Orang Kaya Menteri
Larut dan menerima seorang Penolong Residen.
5. British berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di
Perak.
3.2.2

SELANGOR
MANIPULASI BRITISH DI SELANGOR

• Berlakunya pertelingkahan dalam kalangan


kerabat diraja Selangor

• Tercetusnya Perang Klang yang membolehkan


campur tangan dalam pertelingkahan tersebut
PERANG KLANG
Pihak yang terlibat dalam Perang Klang:

1. Raja Abdullah bin Raja Jaafar (Riau)


2. Raja Mahadi bin Raja Sulaiman (Selangor)
PERANG KLANG

Raja Abdullah bin Raja Jaafar


• Memperoleh hak mentadbir daerah Klang daripada
Sultan Abdul Samad
• Berjaya memajukan daerah Klang sebagai pusat
pengeluaran bijih timah dan membuka lombong Ampang
dan Kuala Lumpur
• Mendapat sokongan Hai San
PERANG KLANG

Raja Mahadi bin Raja Sulaiman


• Pentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja
Abdullah
• Kemajuan perlombongan bijih timah mendorong beliau
menuntut hak ke atas daerah Klang yang pernah
diletakkan di bawah kuasa ayahandanya
• Mendapat sokongan Ghee Hin
MANIPULASI BRITISH DI SELANGOR

• British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu


yang membawa keuntungan

• British memberi bantuan ketenteraan kepada Tunku


Kudin / Tunku Dhiauddin yang merupakan pentadbir
daerah Langat untuk menamatkan Perang Klang
DESAKAN DAN UGUTAN BRITISH DI
SELANGOR
• Selepas Perang Klang berjaya ditamatkan dengan bantuan
ketenteraan British, namun British tidak berjaya
memujuk Sultan Abdul Samad menerima perlindungan
British.

• British mendesak Sultan Selangor menerima


perlindungan British dengan peristiwa yang menggugat
aktiviti perdagangan British.
PERISTIWA DI SELANGOR
Rompakan Kapal Dagang British
• Kapal dagang British dalam pelayaran dari Pulau
Pinang ke Melaka dirompak berdekatan perairan
Kuala Langat, Selangor

Serangan Rumah Api


• Serangan berlaku terhadap rumah api di Tanjung
Rachado
DESAKAN DAN UGUTAN BRITISH DI
SELANGOR

Atas kedua-dua peristiwa, British menggunakan alasan


Sultan gagal mengawal dan mewujudkan
keselamatan perairan Selangor untuk kegiatan
perdagangan
Untuk mendesak Selangor menerima perlindungan
British
SYARAT PERJANJIAN BRITISH-
SELANGOR 1875
1. British membantu Sultan memerintah negeri.

2. British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang


dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk
membantu pentadbiran di Selangor.
3.2.3

NEGERI SEMBILAN
MANIPULASI BRITISH DI
NEGERI SEMBILAN
• Sungai Linggi merupakan laluan utama bagi pelombong-
pelombong membawa keluar bijih timah dan dibawa ke
pelabuhan Melaka.

• Dato’ Kelana, Dato’ Syahbandar dan Dato’ Muda Linggi


bersaing untuk mengawal pungutan cukai di Sungai
Linggi.
MANIPULASI BRITISH DI
NEGERI SEMBILAN
• British menjalankan manipulasi dalam persengketaan
Dato’ Kelana dan Dato’ Syahbandar.

• British memberi bantuan ketenteraan kepada Dato’


Kelana untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar.

• Atas bantuan tersebut, British memperoleh hak memungut


cukai di Sungai Linggi.
SYARAT PERJANJIAN BRITISH-
SUNGAI UJONG 1875

1. Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah


Sungai Ujong.

2. British mempunyai kuasa penuh memungut


cukai di Sungai Linggi.
3.2.4

PAHANG
DESAKAN DAN UGUTAN BRITISH DI
PAHANG
• Di Pahang, tiada kekacauan berlaku dalam kalangan
kumpulan pelombong Cina.
• Sultan Ahmad(Sultan Pahang) amat berhati-hati dalam
rundingan dengan pihak British.
• British mendapatkan bantuan daripada Sultan Abu
Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Pahang menerima
seorang wakil British di Pahang.
PERISTIWA DI PAHANG
Kematian Goh Hui
• Seorang lelaki Cina bernama Goh Hui ditikam di
perkarangan istana.
• British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British dan
meminta Sultan bertanggungjawab atas kematian
rakyat tersebut.
• British memaksa Sultan Pahang menerima
perlindungan British atas alasan Sultan tidak mampu
mewujudkan keadilan dan ketenteraman awam.
SYARAT PERJANJIAN BRITISH-
PAHANG 1887
1. British menempatkan seorang wakil seperti
pegawai konsul di Pahang.

2. British bertanggungjawab menjaga keamanan


Pahang.
SISTEM RESIDEN
Melalui perjanjian antara semua negeri, setiap negeri
menerima seorang Residen di negeri masing-masing.

Residen berperanan untuk:


1. Menasihati Raja-raja Melayu dalam semua hal-
ehwal pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam
dan adat Melayu.
2. Semua nasihat mesti diikuti dan dipatuhi.
SISTEM RESIDEN

J.W.W. BIRCH J.G. DAVIDSON


RESIDEN PERAK RESIDEN SELANGOR
SISTEM RESIDEN

MARTIN LISTER J.P. RODGER


RESIDEN N9 RESIDEN PAHANG
CIRI-CIRI SISTEM RESIDEN
• Kedudukan Sultan dan pembesar negeri dikekalkan.
• Nasihat British mesti diterima dan Sultan tidak lagi boleh
membuat undang-undang.
• Sultan dan pembesar kehilangan kuasa pentabiran dan
pungutan cukai.
• Residen mengambil alih pentadbiran negeri. Pembesar-
pembesar digantikan oleh pegawai-pegawai British.
• Jabatan-jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan
seperti Jabatan Cukai, Jabatan Kehakiman dsb.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai