Anda di halaman 1dari 30

Perjanjian Burney antara Raja Siam dgn

Henry Burney
a) British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
b) Sultan Kedah (Sultan Ahmad Tajuddin II) tidak
dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang
Perai, Perak, Selangor dan Burma
c) British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam
dan jajahan takluknya
d) British akan menghantar balik sultan Kedah yang
berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah
hendaklah membayar ufti bunga emas kepadaSiam
Mengapa British menguasai
Singapura?
SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang
strategik
Surat-Surat Kew 1795
Semasa Perang Napoleon 1793-1814, Belanda ditawan
oleh Perancis.
Raja Belanda telah menandatangani surat-surat kew pd
thn 1795 dgn British.
Belanda serahkan tanah jajahannya secara SEMENTARA
kpd British sehingga Perang Napoleon tamat.
Mengapa Singapura dikatakan sesuai
sebagai pangkalan perdagangan?
kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah
Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan
Selat Sunda
Singapura sesuai sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British
untuk menyaingi Belanda (kuasa monopoli Belanda) di Betawi

Kerajaan Johor berkuasa keatas Singapura sebelum kedatangan


Inggeris.

Stamford Raffles diberi tanggungjawab untuk mendapat Singapura


Bagaimanakah Raffles
mendapatkan Singapura?
Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura
dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan
British membina loji di Singapura
Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang
diserang oleh British

Syarat perjanjian :
a) SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
b) SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan
luar negeri
c) SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung
Abdul Rahman
d) SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan
kuasa Barat lain
Perjanjian ini dikatakan tidak sah kerana
tidak mendapat persetujuan Sultan. Apakah
helah yang digunakan oleh Raffles untuk
membolehkan beliau mendapatkan
Singapura?
Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan
semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun
1812
Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa
kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor. Raffles berjaya
memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya
menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal
sebagai Sultan Johor yang baru
pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf
perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan
Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
Tindakan Stamford Raffles membuka
petempatan di Singapura dipertikaikan oleh
Belanda. Belanda mendakwa Singapura
dibawah lingkungan pengaruhnya.Mengapa
Belanda mempertikaikannya?
Alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan
pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan
perdagangan Belanda di Betawi

Bagaimanakah ketegangan antara kuasa British dan


Belanda dapat diselesaikan?

Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-


Belanda 1824 (Persetiaan London)
Syarat- syarat Perjanjian Inggeris- Belanda

1. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura


2. Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
3. British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda
menyerahkan Melaka kepada British
4. British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan:
1. British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa-
kuasa Barat lain
2. Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan
perdagangan di Selat Melaka
3. Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
Mengapakah SHTI menyatukan ketiga tiga
negeri (PulauPinang, Melaka & Singapura)
menjadi Negeri-Negeri Selat?
1. untuk menyeragamkan pentadbiran
2. menjimatkan perbelanjaan

Bagaimanakah Negeri-Negeri Selat ditadbir?


. pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
. Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
. Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di
PulauPinang, Singapura dan Melaka
. semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral
British di India
Pada 1 April 1867 pentadbiran Negeri-
Negeri Selat telah dipindah dari India ke
London.Apakah faktor yang menyebabkan
perpindahan tersebut?
SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan
bebas di Singapura
Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana
kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan
kekacauan
Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang
Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India ini merugikan
pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat
buangan banduan
BAB
2
Dasar campur tangan British
British melibatkan diri secara langsung dlm pentadbiran di negeri-
negeri Melayu selepas tahun 1874.

Mengapakah British melaksanakan dasar campur tangan di


Tanah Melayu?
i. Kekayaan bumi NNM
ii. Revolusi Perindustrian
iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
vi. Desakan Pedagang di NNM
Ketidakstabilan Perak:

Long Jaafar bertanggungjawab membawa masuk buruh Cina pada tahun


1848 untuk melombong bijih timah di Larut,Perak.

Kemasukan buruh Cina mewujudkan dua buah kongsi gelap, iaitu Ghee Hin dan
Hai San.

Perang Larut telah menjejaskan perusahaan bijih timah.


Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis NNS) telah dilantik oleh Ngah
Ibrahim,Menteri Larut untuk menamatkan kekacauan itu

Selain pergaduhan kongsi gelap,faktor lain yang menyebabkan keadaan di negeri


Perak huru-hara ialah perebutan takhta di kalangan kerabat diraja.
Terangkan sistem pewarisan takhta di negeri
Perak?
Mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu
Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal
menjadi sultan

Di Negeri Perak ,Raja Abdullah yang sepatutnya menjadi sultan


setelah kemangkatan Sultan Ali 1871.

Apakah yang dilakukan oleh Raja Abdullah untuk mendapatkan


semula takhta kerajaan Perak?
Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai
sultan. Permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew
Clarke (Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai
Perak
Bagaimana Andrew Clarke menggunakan peluang
ini untuk menguasai negeri Perak?

Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu


dan pemimpin kongsi gelap Cina berunding di
Pulau Pangkor
antara pembesar yang hadir : Raja Abdullah, Ngah
Ibrahim dan Dato Sagor
antara pemimpin kongsi gelap yang hadir : Kapitan Ah
Kwee (Ketua Kumpulan Hai San)
hasil rundingan membawa kepada termeterainya
Perjanjian Pangkor pada 30 Januari 1874
Apakah kandungan Perjanjian
Pangkor 1874?
Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam
semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu
Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji
daripada pungutan hasil mahsul Perak
Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang
Penolong Residen
Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha
mengembalikan keamanan di Perak
Perang Klang, Selangor (Perang Saudara)
Apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh
Raja Abdullah
timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja
Sulaiman)
Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah
di daerah Klang, buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di
lombong-lombong, Klang berkembang maju sebagai pusat
bijih timah
kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya
oleh Raja Mahadi
perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara
Perang Klang
tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang
kegiatan perdagangan Selangor terjejas
Mengapakah Klang menjadi rebutan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi?
Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman) sepatutnya mewarisi takhta. Kekayaan Klang menjadi rebutan
dan perbalahan antara Raja Abdullan dan Raja Mahadi.

Bagi menamatkan Perang Klang,Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin iaitu menantunya
sebagai wakilnya.Mengapa kehadiran Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor?
kerana beliau bukan anak negeri Selangor

Apakah yang dilakukan oleh Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang?
Tengku Kudin meminta bantuan British

Bagaimana British berjaya meletakkan residennya di Selangor?


1873 : sebuah kapal dagang British dirompak di Langat
1874 : rumah api British di Tanjung Rachado telah diserang
Peristiwa ini memberi peluang kpd British utk mendesak Sultan Abdul Samad (berkuasa di daerah
Langat) meletakkan Selangor di bawah naungannya

Residen dan Penolong Residen British yang pertama di Selangor: J.G. Davidson & Frank Swettenham
Sungai Ujong, N9
Mengapakah daerah Sungai Ujong menjadi rebutan di antara DatoKelana Syed
Rahman dan DatoBandar Kulup Tunggal?
Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama ke
pelabuhan Melaka --> Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat
lumayan

Mengapakah DatoKelana meminta bantuan British?


Dato Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato Bandar disokong kuat
penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah Sungai Ujong

Bagaimana British menggunakan peluang ini untuk mengukuhkan kuasa mereka?


Dato Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British
Kesan perjanjian:
Dato Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong tetapi British berkuasa penuh
mengutip cukai di Sungai Linggi; Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong
ialah P.J.Murray
Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh DatoBandar?
Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang
tindakan British mengutip cukai di Linggi

Apakah kesudahan persengketaan DatoKelana dan


DatoBandar?
Dato Bandar dibuang negeri ke Singapura
Dato Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong

Setelah British berjaya mengusai seluruh Negeri Sembilan dengan


cara meletakkan Pegawai Mejistret dan Pemungut Hasil,Tunku
Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) pula yang
dilantik oleh British menjadi Yang Dipertuan Besar dan Martin Lister
sebagai Residen British yang pertama di Negeri Sembilan
Pahang
Mengapakah British ingin menguasai Negeri Pahang walaupun tidak kaya seperti
negeri lain?
Bagi menghalang kuasa Eropah lain bertapak di Negeri-Negeri Melayu

Bagaimanakah Sultan Pahang,Sultan Ahmad cuba mempertahankan kedudukan


Pahang?
Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk
membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British dgn membawa masuk
pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang

Apakah tindakan awal yang dilakukan oleh British untuk meluaskan kuasanya di
Pahang?
tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat
memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi gagal
Walaupun usaha awal gagal,British tidak putus
asa.Apakah usaha seterusnya yang dilakukan oleh British?
tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di
Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British

Apakah peristiwa yang membolehkan British melantik J.P


Rodger sebagai Residen pertama di Pahang?
1888 : seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui
ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad. British
menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima
Residen British atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu
mewujudkan keamanan di Pahang
Sistem Residen mengugat kuasa sultan dan
pembesar

1. Residen menjalankan semua urusan pentadbiran negeri


2. Residen memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara pentadbiran
(kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)
3. Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh pegawai British
iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)
4. Residen menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui bidang kuasa
mereka (perhambaan amalan adapt turun-temurun pembesar Melayu)

Mengapakah dikatakan Sistem Residen mempunyai banyak kelemahan?


Setiap Residen tidak diberikan panduan yg jelas utk menjalankan tugas. Keadaan
ini menyebabkan Residen menjadi terlalu berkuasa & setiap negeri mempunyai
undang-undang yg tersendiri.
Faktor-faktor lain penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen


(ii) Krisis Kewangan Pahang
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar
(iv) Sistem Perhubungan
(v) Faktor Keselamatan
Perjanjian persekutuan
Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah disatukan
pada 1 Julai 1896
pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur
pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada
dua iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri
diketuai oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham
(1896-1900)
Syarat-syarat Perjanjian Persekutuan
12 Jun 1895
1. Raja-Raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi
sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB
2. Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai
Residen Jeneral
3. Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua
perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt
istiadat Melayu
4. Raja-Raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan
bantuan mengikut nasihat kerajaan British
5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri
Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB
Namakan jabatan yang telah ditubuhkan olek Kerajaan Pusat
di Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan
dan Perkhidmatan Awam

Mengapakah British bersetuju menubuhkan Durbar


(Persidangan Raja-Raja Melayu )?
Bagi mengatasi masalah ketidakpuashati sultan-sultan NNMB
terhadap Sistem Residen yg menggugat kuasa mereka.
Durbar bermaksud istana raja. Ia merujuk kpd
perjumpaan/persidangan umum yg diadakan oleh raja negeri
berkenaan utk membincangkan hal ehwal, adat, agama
Islam dan kebajikan org Melayu.

Ahli-ahli Durbar ialah:


Pesuruhjaya Tinggi
Raja-Raja Melayu
Residen Jeneral
4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak


Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur
Durbar kedua: Sultan Perak iaitu Sultan
Idris (1887-1916) mendesak British

Mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral


Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam
perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke
jawatan lebih tinggi
Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa
rasmi
Reaksi British selepas kritikan
Sultan Idris
British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat
Persekutuan 1909
Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua
Setiausaha

British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir


kepada Majlis Mesyuarat Negeri

Anda mungkin juga menyukai