Anda di halaman 1dari 35

KULIAH 8:

KEMUNCULAN AWAL BRITISH DI TANAH


MELAYU
• Kuliah ini membincangkan kemunculan awal
British di Tanah Melayu secara tidak langsung
sehingga tahun 1824. Antara aspek yang disentuh
ialah:
1. Kemaraan kuasa British
2. Pembukaan Pulau Pinang
3. Pengasasan dan penguasaan Singapura
4. Pendudukan British di Melaka
5. Pertembungan kuasa British-Belanda
KEMARAAN KUASA BRITISH DI TANAH
MELAYU
• Imperialisme British di Tanah Melayu bermula
dengan bertapaknya British di Pulau Pinang,
Singapura dan Melaka (1786-1824).
• Ketiga-tiga negeri ini digabungkan menjadi negeri2
selat pada tahun 1826 dan dikawal dan ditadbir oleh
SHTI di India.
• Tujuan British: mempertahankan kepentingan British
di Benua India, melindungi jalan perdagangan di
antara India dan China bagi kepentingan Candu dan
Teh.
• Perubahan ekonomi di Britain:
pertanian ekonomi industri

• British bertapak di negeri2 selat dan


mengukuhkan hubungan ekonomi dan politik
dengan negeri2 melayu di Tanah Melayu.
• British mementingkan keunggulan politik dan
ekonomi disebabkan oleh ideologi kapitalisme
penjajah.
• Kerajaan British bukan sahaja dapat merampas
kuasa politik daripada pemerintahan tempatan
tetapi pada akhirnya berjaya menegakkan suatu
rangka politik, pentadbiran dan ekonomi yang
begitu asing bagi pemikiran Melayu.
• Dari segi penzamanan / jangka masa:
Mengapa dari tahun 1786-1824 boleh
dianggap sebagai titik pemisahan dalam
sejarah Malaysia?
(selama 38 tahun)
1. Politik moden yang berteraskan konsep kenegaraan
dan negara bangsa serta sempadan wilayah tetap
langsung tidak wujud.
-bergantung kepada wujudnya raja yang berwibawa
-penduduk boleh pindah dan tidak terbatas
-sejarah orang Melayu dan bukan sejarah politik
Melayu.
-kedatangan British (pengaruhnya di NNS) Tanah
Melayu mulai muncul sebagai politik buat pertama
kali,diasingkan daripada Alam Melayu.
-Konsep negeri Melayu Moden.
2. Banyak perubahan yang berlaku.
-Rantau Melayu berada di ambang kehancuran,
akibat daripada permusuhan Melayu-Bugis, Bugis-
Belanda, kegemilangan Riau-Linggi semakin malap,
empayar Johor-Riau-Linggi dalam keadaan
berpecah.
-negeri2 lain kedah, kelantan dan terengganu
berada di bawah naungan Siam. Perak diancam
oleh Siam, Selangor dikuasai oleh Bugis sentiasa
dicabar oleh Belanda
• Perpecahan politik rantau Melayu dan
kemerosotan ekonomi pelabuhan Melayu
mempercepatkan perkembangan hegemoni
perdagangan British di Asia Tenggara.
• Minat British ditunjukkan oleh SHTI menumpukkan
perhatian dalam perdagangan India dengan China.
• Dari tahun 1763-1783 British menyiasat beberapa
tempat seperti Balambangan, Acheh, serta Kedah
dijadikan pusat pangkalan.
• Apabila tercetusnya revolusi Amerika yang dibantu
oleh Perancis dan Belanda, barulah Britain terdesak
untuk memiliki sebuah perlabuhan di jalan laut ke
China.
• Boleh Mencabar ekonomi Belanda di Alam Melayu.
• Kepentingan perdagangan SHTI dan persaingan
politik dengan Perancis dan Belanda mendorong
British Bertapak di Pulau Pinang (1786) dan
Singapura (1819).-bermulalah penjajahan British di
Tanah Melayu
• Proses penjajahan tidak berpunca daripada suatu
dasar formal SHTI / London, perluasan tanah
jajahan direstui sekiranya bersesuaian dengan
kepentingan perdagangan British.
• 2 orang Pegawai british: Francis Light dan
Stamford Raffles
• Alasan digunakan: pertumbuhan kepentingan
komersial British banyak bergantung pada
pembendungan pengaruh dan monopoli Belanda
di Alam Melayu.
• Mereka dapat meyakin pihak British bahawa
monopoli ekonomi Belanda menjadi halangan
besar terhadap perluasan pengaruh politik dan
ekonomi British di Selat Melaka dan kepulauan
Melayu.
• Pelbagai taktik:
1. Tipu muslihat
2. Paksaan Pulau Pinang dan
Singapura
3. Manipulasi politik

“Perlaksanaan dasar memperluaskan empayar British


menjadi kunci kegemilangan British”
(kata-kata Francis Light dan Stamford Raffles)
PEMBUKAAN PULAU PINANG
TAHUN 1786
• Pembukaan Pulau Pinang mempunyai hubung kait
dengan Perkembangan politik Kedah.
• Francis Light mendakwa Pulau Pinang menjadi
perlabuhan persinggahan yang baik dan dapat
mengimbangi kuasa Belanda.
• Kedudukkan yang strategik laluan pedagang
• Rundingan Light dan Sultan Kedah (Sultan
Muhammad Jiwa):
1. Light mendapat kebenaran dari sultan untuk
menyerahkan Pulau Pinang kepada SHTI.
2. Sultan mendapat perlindungan dari musuh2nya
• Light tiba di kedah dengan rombongan 150 orang
dan 3 buah kapal. Satu perjanjian dibuat tetapi
tidak disebut langsung tentang perlindungan/
gantirugi.
Mengapa soal perlindungan tidak termasuk dalam
perjanjian?
1. Sultan terpengaruh dengan kata2 Light
2. Kekuatan tentera Light
3. Ancaman orang Siam
• Pada 11 ogos 1786-pulau pinang dibuka oleh
Francis Light.
• Pada tahun 1786-1800 berlaku perbalahan di
antara Francis light dan Sultan Kedah (Sultan
Abdullah).
• Tindak Balas Sultan Abdullah:
-hentikan penghantaran makanan ke Pulau Pinang
-tuntutan $30 ribu Sepanyol diketepikan
-meminta Inggeris keluar dari Pulau Pinang
-menyiapkan angkatan perang di Sungai Prai
- Serang Pulau Pinang tahun 1791-gagal
• Tindak balas British 1791:
-Light mengarahkan angkatan laut di bawah
Kapten Andrew Glass menyerang askar2 kedah.
-Kedah kalah dan Sultan membuat perdamaian
-satu perjanjian dibuat pada 1 mei 1791:
1. Sultan dan warisnya berhak menerima bayaran $6
ribu sepanyol
2. British diiktiraf di Pulau Pinang dan bebas
berdagang dengan kedah tanpa sekatan dan cukai
• Penyerahan Pulau Pinang kepada SHTI:
1. Tipu muslihat
2. Paksaan

“Perkembangan politik kedah dan soal


perlindungan menjadi asas penyerahan Pulau
Pinang”
PENGASASAN DAN PENGUASAAN
SINGAPURA 1819
• Pengasasan dan pendudukkan Singapura
berhubung kait dengan Sir Thomas Samfort
Raffles.
• Perang napolean tamat di Eropah tahun 1815.
• Raffles mempunyai sikap anti-Belanda dan
memikirkan kepentingan British di Nusantara.
• Raffles kembali ke Bangkahulu sebagai Leftenan
Gabenor dan berusaha menyekat perkembangan
Belanda di Selatan Sumatera.
• Pada tahun 1818 angkatan Raffles dan Farquhar
sampai di sungai Singapura.
• Mereka berjumpa dengan Temenggung Abdul
Rahman untuk membuat rundingan awal.
• Raffles mengunakan soal rebutan takhta untuk
mengesahkan pertapakan British di Singapura:
-Tengku Hussain VS Tengku Abdul Rahman &Yam
Tuan Muda Raja Jaafar.
• 30 Januari 1819- Temenggung dan Raffles
membuat perjanjian membenarkan SHTI
membina pos perdagangan.
• 6 februari 1819- Tengku Husain, temenggung
Abdul Rahman dan Raffles menandatangani
perjanjian:
1. Tengku Husain diiktiraf sebagai Sultan Hussain
Muhamad Syah, Sultan johor.
2. SHTI dibenarkan membina petempatan di
Singapura.
• Raffles melantik Farquhar sebagai residen dan
menggalakkan kedatangan kapal-kapal dagang
serta pengecualian cukai.
• Pendudukkan ini menimbulkan bantahan Belanda.
–hantar bantahan kepada Gabenor Pulau Pinang.
• Di Culcutta Raffles mendapat sokongan dan
mendapat bantuan ketenteraan.
• Taktik tipu muslihat dan manipulasi politik
dilakukan oleh Raffles.
• Singapura terletak dalam lingkungan pengaruh
Belanda dan dikuasai oleh seorang boneka
Belanda iaitu Tengku Abdul Rahman.
• Akhirnya Singapura diserahkan kepada British.
PENDUDUKAN BRITISH
DI MELAKA
• Pertama kali british menduduki dan memerintah
Melaka apabila tercetusnya Perang Napolean di
Eropah.
• Belanda bersetuju menyerahkan daerahnya
seberang laut untuk ditadbir sementara oleh SHTI.
• Pada disember 1795, panglima Britishpeter Rainier
tiba di Melaka. Beliau mengarahkan pegawai2
British mengambil alih semua tugas pentadbiran.
Pegawai2 belanda termasuk Gabenor Couperus
dihantar ke India.
• Perjanjian Viena tahun 1815 telah menamatkan
perang di Eropah.
• British telah bersetuju untuk menyerahkan kembali
daerah2 Belanda seberang laut yang ditadbirnya.
• Tahun 1818, Residen Farquhar (1803-1818) telah
menyerahkan kuasa kepada Belanda.
• Pentadbiran Belanda di melaka akan berlanjutan
hingga tahun 1825 apabila diserahkan kepada
British untuk kali kedua ekoran perjanjian tahun
1824.
PERTEMBUNGAN KUASA
BRITISH-BELANDA
• Belanda di Melaka dan Betawi serta pengaruhnya
di alam melayu.
• Tujuan yang sama: monopoli ekonomi dan
perdagangan di Asia Tengara.
• Tahun 1815 tamat Perang Napolean
mengukuhkan kedudukkan Belanda.
-British bersetuju menyerahkan wilayah2 Belanda
termasuklah Melaka, Jawa dan Maluku
• Perbalahan berlaku dengan pengambilan
Singapura oleh Raffles (British)- Belanda
menghantar bantahan.
• Belanda mendakwa bahawa singapura sebagai
sebahagian kesultanan Riau-Linggi.
• Penyelasaian pertembungan kuasa British-
Belanda:
Perjanjian Inggeris-Belanda / London 1824
RUMUSAN
SOALAN TOTURIAL 7:
“Perlaksanaan dasar memperluaskan empayar
British menjadi kunci kegemilangan British”
(kata-kata Francis Light dan Stamford Raffles)

Berdasarkan kenyataan ini, sejauhmanakah


kebenaran kata-kata tersebut dalam menjaga
kepentingan perdagangan British dan bincangkan
kemaraan awal British di Pulau Pinang dan
Singapura sehingga tahun 1824.
SEKIAN,TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai