Anda di halaman 1dari 5

1

Pasaran perdagangan rempah merupakan salah satu faktor utama kuasa-kuasa Barat bersaing
dalam perluasan kuasa dan pengaruh mereka di Asia Tenggara. Hal ini demikian jelas kerana
pada ketika itu, rempah ratus dan tekstil menjadi tampuk utama perdagangan oleh kuasa-kuasa
barat. Keperluan dan kemahuan rempah ratus ini meningkat secara mendadak dan membawa
kepada semua kuasa-kuasa besar berebut-rebut ingin memperoleh dan menguasai perdagangan
rempah ini. Namun begitu, persaingan perluasan kuasa dan pengaruh dalam kalangan kuasa
Barat bukanlah semata- mata disebabkan faktor pasaran perdagangan rempah, justeru banyak
lagi faktor-faktor lain.

Antara faktor-faktor lain ialah faktor ekonomi. Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke
19 telah menyebabkan kepesatan sektor perkilangan. Ini menyebabkan peningkatan permintaan
kepada bahan mentah. Produk dan hasil perkilangan telah menyebabkan pasaran yang lebih
besar diperlukan bagi memasarkan barangan tersebut. Jelaslah, Revolusi Perindustrian di
Eropah menjadi faktor kuasa-kuasa barat ini datang ke Asia Tenggara untuk menguasai
ekonomi pada waktu itu. Asia Tenggara dijadikan sebagai pembekal sumber bahan mentah
kepada keperluan ekonomi Eropah dan tempat pasaran kepada hasil-hasil perkilangan mereka.
Asia Tenggara mampu memberikan kekayaan kepada mereka kerana kawasan ini kaya dengan
bahan-bahan mentah seperti bijih timah, getah asli, kayu jati, rempah ratus, teh, gula dan
sebagainya. Sebagai contoh: British berminat dengan Myanmar kerana perdagangan kayu
jatinya. Di Filipina, kemajuan dalam perusahaan mengilang tebu serta terciptanya mesin
memproses tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini
telah secara tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk
mendapatkan tebu.

Seterusnya, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan menambahkan lagi minat


kuasa-kuasa Barat terhadap dasar imperialisme di Asia Tenggara. Perkembangan sistem
perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa wap. Perjalanan laut menjadi lebih cepat,
selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi lebih rendah. Pembukaan
Terusan Suez 1869 telah meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap Asia Tenggara.
Terusan ini memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat dijimatkan.

Akhir sekali, adalah kerana faktor politik di mana kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap
musuh mereka dalam persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat
besar seperti Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. Dasar British
yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain
terlebih dahulu menguasai Tanah melayu tersebut. Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar
telah juga mendorong British menjalankan dasar imperialisme secara agresif
ke atas Myanmar.

Kesimpulannya, persaingan perluasan kuasa dan pengaruh dalam kalangan kuasa Barat
bukanlah hanya disebabkan oleh pasaran perdagangan rempah semata-mata, namaun banyak
lagi faktor lain yang mendorong persaingan perluasan kuasa-kuasa Barat ini seperti faktor
ekonomi, perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan, politik dan banyak lagi.

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Persaingan perluasan kuasa dan pengaruh dalam kalangan kuasa Barat bukan sahaja
disebabkan oleh pasaran perdagangan rempah. Terdapat juga faktor politik, ekonomi dan
sosial.

Politik

Pembentukan negara bangsa di Eropah menyebabkan negara-negara tersebut berlumba-lumba


untuk mendapatkan kawasan jajahan baru bagi menaikkan status negara mereka. Penguasaan
dan pemilikan kawasan tanah jajahan yang luas dan banyak merupakan simbol kekuatan dan
keagungan sesebuah negara. Keadaan ini juga mendorong kuasa barat bersaing sesame sendiri
bagi mendapatkan jajahan baru si asia tenggara.

Ekonomi

Revolusi Perindustrian memerlukan banyak bahan mentah bagi menjana perkembangan


industry perkilangan. Keperluan ini menyaksikan kuasakuasa barat berlumba-lumba untuk
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru, terutamanya di asia tenggara yang sememangnya
mempunyai bahan-bahan mentah yang diperlukan. Penjajahan ke atas imperialisme barat dapat
menjamin bekalan bahan mentah yang berterusan dan tetap bagi sector perkilangan. Antara
bahan mentah yang diperlukan adalah bijih timah bagi menampung perkembangan perusahaan
mengetin yang berkembang pesat di Eropah.bahan mentah seperti getah pula diperlukan
perkembangan industry kereta. Kelapa sawit diperlukan kesan daripada penciptaan penghancur
buah dan minyak masak.

Sosial

Selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh negara barat. Mereka beranggapan adalah menjadi
tanggungjawab sosial mereka untuk mentamadunkan penduduk asia tenggara yang dilihat
masih mundur kerana bergantung kepada kegiatan nerasaskan pertanian mereka. Orang barat
beranggapan kebudayaan dan tamadun mereka lebih tinggi daripada masyarakat asia tenggara
berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang sains dan teknologi.

Kesimpulannyaa, persaingan perluasan kuasa dan pengaruh dalam kalangan kuasa barat bukan
sahaja disebabkan oleh faktor pasaran bahan rempah. Hal ini demikian kerana terdapat faktor-
faktor lain yang memengaruhi perluasan kuasa barat seperti dari segi ekonomi, politik dan
sosial.

Sekian

Imperialisme merupakan istilah umum merujuk kepada penjajahan dan penguasaan terhadap
negara-negara kecil oleh kuasa-kuasa asing bagi kepentingan ekonomi dan politik. Revolusi
Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan
besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-
ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan
Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian.
Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama
seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara kota. Kuasa-kuasa Barat telah datang
ke Asia Tenggara dengan mengamalkan konsep imperialisme untuk kepentingan sendiri. Oleh
itu, kuasa Barat di Asia Tenggara cuba untuk menakluki sektor perdagangan yang dijalankan
di Asia Tenggara dengan mengambil kesempatan terhadap kemajuan tanah jajahan untuk
kepentingan mereka sendiri.

Bekalan rempah ratus terputus di Eropah setelah kerajaan Rumania pada tahun 1453
ditakluki kerajaan Turki Utmaniah yang telah menyebabkan berakhirlah perdagangan antara
Negara Timur dan Barat. Rempah ratus pada ketika itu sangat berharga di Eropah dan
digunakan sebagai tujuan perubatan, pengawet makanan, penambah perasa makanan dan
ramuan bagi memanaskan badan semasa musim sejuk tiba. Hal ini mendorong kepada kuasa-
kuasa Barat seperti Belanda, Sepanyol, Perancis dan British bersaing untuk mencari jalan agar
sampai ke negara Timur yang kaya dengan rempah ratus. Seperti yang diketahui, rempah
merupakan komoditi penting dalam perdagangan di Asia Tenggara pada abad 19. Terdapat
pelbagai jenis rempah yang ditanam seperti lada hitam, cengkih, buah pala dan sebagainya.

Selain itu, Persaingan kuasa barat pada zaman imperialisme lama telah membuatkan kuasa
asing pada abad ke 19 ingin meluaskan lagi kuasa dan tanah jajahan agar apa yang dikehendaki
oleh mereka boleh didapati dengan mudah. Hal ini kerana pada zaman Imperialisme lama,
bahan mentah di monopoli oleh kuasa Belanda yang menjajah kawasan-kawasan yang kaya
dengan bahan mentah. Ini membuatkan pihak Belanda mendapat bahan mentah tersebut dengan
mudah dan murah disebabkan kawasan itu adalah kawasan jajahan mereka. Disebabkan hal
yang sedemikian telah membuatkan kuasa-kuasa barat yang lain mencari jalan atau inisiatif
lain bagi mengatasi masalah ini ekoran Revolusi Perindustrian semakin giat aktif dijalankan.

Bukan itu sahaja, penguasaan jalan perdagangan juga merupakan faktor persaingan kuasa barat
ini berlaku. Sejak abad ke 16 dan 17, negara-negara di Eropah memerlukan rempah ratus jadi
kawasan taklukan Uthmaniyah merupakan kawasan yang dilihat amat strategik oleh negara
lain bagi mendapat bahan mentah dengan murah dan mudah. Sebagai contoh, Negara Rusia
memerlukan bahan mentah namun terpaksa membeli dengan orang tengah dengan harga yang
mahal. Kawasan Uthmaniyah merupakan kawasan yang amat diperlukan oleh Rusia pada
ketika itu. Hal ini kerana laluan tersebut adalah laluan yang strategik untuk berdagang dan
mendapat bahan mentah dengan mudah. Hal ini telah menyebabkan kuasa asing pada abad ke
19 mencari inisiatif bagi menakluk kawasan laluan perdagangan dan kawasan-kawasann yang
kaya dengan bahan mentah yang diingini oleh mereka.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai