Anda di halaman 1dari 15

MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

MAKSUD IMPERIALISME

Q Maksud imperialisme

1 Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan


menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2 Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruhnya
dengan menyebarkan budaya hidup mereka dalam kalangan rakyat di negara
yang dijajahnya.
3 Selain itu, imperialisme juga bermaksud dasar sesebuah negara menguasai
ekonomi negara yang menjadi tanah jajahan.

LATAR BELAKANG IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA

Q Latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara

1 Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan


wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
2 Imperialisme telah berlaku sejak Empayar yunani dan Empayar Rom lagi.
3 Namun, imperialisme moden bermula pada abad ke-15 apabila kuasa-kuasa
Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
4 Imperialisme Barat di Asia Tenggara berlaku pada abad ke-16 lagi. Kegiatan
ini didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai ekonomi kawasan itu.
5 Belanda menjajah Indonesia, British menguasai Burma (myanmar),
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika
Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai
IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME

Q Faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia Tenggara

1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara disebabkan oleh keistimewaan Asia


Tenggara. Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak
antara China dan India. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat
menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia. Selain itu, Asia Tenggara
juga memiliki tanah yang subur dan kaya dengan bahan mentah.
2 Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan secara
besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan
pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur
terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
3 Imperialisme Barat juga didorong oleh perkembangan sistem perhubungan dan
pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-dua faktor
tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat dan
menjimatkan kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan
menjadi lebih mudah dan berkesan.
4 Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara
menjadi mangsa penjajahan. Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah
jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan. Tanah jajahan
yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan.
5 Slogan Beban Orang Putih digunakan oleh British dan Belanda dalam
menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula menggunakan
slogan Tugas Menyebarkan Tamadun. Mereka hendak mentamadunkan
orang Timur. Mubaligh Kristian pula berhasrat menyebarkan agama Kristian.

KEISTIMEWAAN ASIA TENGGARA MENDORONG IMPERIALISME

Q Keistimewaan Asia Tenggara yang menjadi tarikan kuasa Barat


menjalankan dasar imperialisme di rantau tersebut

1 Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik. Sebagai contohnya, Asia


Tenggara terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa.
Pelabuhan di Asia Tenggara menjadi tempat persinggahan pedagang yang
berulang-alik dari Timur ke Barat. Hal ini menyebabkan kuasa Barat
menjalankan dasar imperialisme mereka kerana hendak menguasai jalan
perdagangan antarabangsa.
2 Asia Tenggara terletak antara China dan India. China dan India mempunyai
penduduk yang ramai. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat
menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia.
3 Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur. Tanah yang subur amat sesuai
digunakan untuk menanam tanaman komersil. Hasil tanaman tersebut dapat
dijadikan bahan mentah untuk kegunaan perindustrian
4 Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Contohnya, bijih dan galian, hasil
hutan, rempah ratus serta hasil pertanian. Sumber tersebut dapat digunakan
untuk keperluan perkilangan di negara mereka.

PERKEMBANGAN DI BARAT MENDORONG IMPERIALISME

Q Perkembangan yang berlaku di Eropah mendorong kuasa imperialisme


kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara

1 Perkembangan yang berlaku di Eropah ialah berlakunya Revolusi Perindustrian.


Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan secara
besar-besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan
pasaran yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur
terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
2 Selain itu, di Barat telah berlaku perkembangan dalam sistem perhubungan dan
pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-dua faktor
tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat dan
menjimatkan kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan
menjadi lebih mudah dan berkesan.
3 Di samping itu, negara-negara Barat bersaing antara satu sama lain untuk
meluaskan tanah jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi
sanjungan. Tanah jajahan yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan.
Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara
menjadi mangsa penjajahan.
4 Seterusnya, pelancaran slogan menyebarkan tamadun dilakukan oleh kuasa-
kuasa Barat. Slogan Beban Orang Putih digunakan oleh British dan Belanda
dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula menggunakan
slogan Tugas Menyebarkan Tamadun. Mereka hendak mentamadunkan
orang Timur.
5 Akhir sekali, misi menyebarkan agama Kristian telah dilakukan oleh kuasa
Barat. Mubaligh Kristian berhasrat menyebarkan agama Kristian.

FAKTOR EKONOMI YANG MENDORONG IMPERIALISME

Q Kepentingan ekonomi mendorong kuasa Barat menjalankan dasar


imperialisme di Asia Tenggara.

1 Kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara


kerana kedudukannya yang strategik. Asia Tenggara yang terletak antara China
dan India memberikan keuntungan dari segi ekonomi. Hal ini menyebabkan
kuasa Barat dapat menguasai laluan perdagangan antarabangsa.
2 Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan
pasaran yang besar di dunia. Kuasa Barat boleh meluaskan pasaran hasil
perkilangan mereka ke China dan India.
3 Selain itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai tanah
yang subur. Mereka dapat mengusahakan pertanian komersil. Hasil pertanian
dagangan itu boleh memberikan kekayaan kepada mereka.
4 Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai
kekayaan bahan mentah. Bahan mentah tersebut dapat dibekalkan secara
berterusan untuk memenuhi keperluan perkilangan di negara mereka.
5 Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana membuka peluang
kepada syarikat perniagaan mereka meluaskan pelaburan. Syarikat tersebut
diberi peluang membuat pelaburan dalam perladangan, perkilangan,
perlombongan dan sebagainya.

SLOGAN MENYEBARKAN TAMADUN ADALAH MUSLIHAT

Q Slogan menyebarkan tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat


hanyalah muslihat mereka untuk menjajah Asia Tenggara
1 Slogan Beban Orang Putih digunakan oleh kuasa British dan Belanda. Kuasa
ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa
bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih
sejahtera. Kuasa Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebarkan
Tamadun. Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang
Timur.
2 Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur. Slogan
tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan
kepentingan mereka.
3 Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa Barat
bersaing sesama mereka. Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah
jajahan yang luas. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan
kekayaan.
4 Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi
perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka menjajah Asia
Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk menjamin bekalan bahan
mentah secara konsisten. Mereka juga menjajah Asia Tenggara supaya dapat
meluaskan pasaran hasil perkilang pasaran ke India dan China.
5 Selain itu, mereka menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk
menguasai ekonomi di negara-negara Asia Tenggara. Dengan menjajah Asia
Tenggara, mereka dapat melantik wakil mereka untuk melabur dalam bidang
perniagaan, perlombongan dan perladangan.
6 Di samping itu, kuasa Barat menggunakan slogan untuk menerapkan budaya
Barat agar menjadi amalan hidup masyarakat Timur. Mubaligh Kristian pula
berhasrat untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

KEJAYAAN THAILAND MENGELAKKAN PENJAJAHAN

Q Kejayaan pemerintah Thailand menghalang penjajahan kuasa Barat ke


atas negaranya

1 Raja-raja Thai berjaya membendung penglibatan kuasa Barat dalam sistem


pemerintahan Thailand. Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah
menjalankan pentadbiran negara berasaskan kepada pentadbiran Barat.
Mereka mengadakan pembaharuan dalam pemerintahan negara Thai dengan
meniru sistem pemerintahan Barat.
2 Raja Mongkut berjaya mengelakkan campur tangan kuasa tertentu di Thailand.
Baginda berbaik-baik dengan semua kuasa Barat. Baginda telah melantik 80
orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan melatih pegawai-
pegawai tempatan. Penasihat Britain dilantik menjadi penasihat dalam bidang
kewangan, pelabuhan dan jabatan polis. Penasihat Amerika dilantik menjadi
penasihat dalam jabatan kastam. Penasihat Perancis dilantik menjadi penasihat
dalam jabatan ketenteraan. Dengan itu, semua kuasa Barat tidak mempunyai
kesempatan untuk menjalankan dasar penjajahan di Thailand.
3 Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britain dilantik untuk
berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pegawai tadbir kerajaan dilantik
berdasarkan peperiksaan. Hal ini dapat melicinkan pentadbiran. Kuasa Barat
tidak berpeluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara Thai.
4 Raja Chulalongkorn telah menukar sistem pemerintahan beraja mutlak kepada
sistem raja berrperlembagaan. Baginda dapat menggagalkan peluang kuasa
Barat menggulingkan raja berkuasa mutlak.
5 Raja Chulalongkorn juga berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam negara.
Baginda telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Hal ini menyebabkan
baginda dapat mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap kerabat diraja yang
menguasai politik negara.
6 Perdana Menteri Thailand, Phibul Songram berjaya menyekat penguasaan
ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Beliau telah meluluskan undang-
undang menyekat penguasaan ekonomi oleh pihak tersebut. Monopoli
perniagaan oleh syarikat Barat dan orang Cina dihapuskan. Beliau telah
menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan.
Hal ini menyebabkan Thailand tidak perlu bergantung kepada syarikat Barat
untuk memajukan negara.

USAHA IMPERIALIS BARAT MENGUKUHKAN PENJAJAHAN

Q Usaha yang dilakukan oleh imperialis Barat untuk meneruskan


dasar penjajahan mereka di Asia Tenggara.

1 Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui pengenalan sistem


birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan dan digantikan penubuhan kerajaan
pusat. Contohnya, Union Indochinoise di IndoChina serta Kerajaan Negeri Selat
dan Negeri Melayu Bersekutu di Tanah Melayu. Gabenor Jeneral telah
mengambil alih kuasa raja untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat.
Dengan perlantikan Gabenor Jeneral, raja bukan sahaja telah kehilangan kuasa,
tetapi pemerintahan tanah jajahan dikuasai oleh penjajah sepenuhnya.
2 Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara
menubuhkan jabatan kerajaan (biro). Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya,
Polis dan sebagainya telah ditubuhkan. Ketua jabatan berbangsa penjajah
dilantik untuk menjalankan pentadbiran jabatan. Hal ini menyebabkan
pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara barat. Oleh itu, segala dasar yang
dilaksanakan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai penjajah.
3 Selain itu, kuasa imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka dengan
menguatkuasakan undang-undang barat. Contohnya, Akta Perkampungan
Burma dan Akta Ulu Burma telah diperkenalkan oleh British di Myanmar.
Pelaksanaan undang-undang tersebut melenyapkan penguasaan pembesar
tradisional tempatan dalam pentadbiran. Di Tanah Melayu pula, British
memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen Tanah Padi.
Undang-undang tersebut menafikan penglibatan orang Melayu dalam pertanian
komersil. Paksaan undang-undang tersebut ke atas pemimpin dan rakyat
tempatan menyebabkan mereka berjaya menguasai pentadbiran dan ekonomi
tanah jajahan.
4 Kuasa imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya dengan cara
mengeksplotasi ekonomi negara tanah jajahannya. Contohnya, Brtish dan
Belanda menguasai bijih timah diTanah Melayu dan Indonesia. Filipina
mengeksploitasi pertanian komersil di Filipina melalui pelaksanaan Sistem Polo.
Belanda pula menindas rakyat Indonesia melalui Sistem Tanaman Paksa. Hal
ini menyebabkan mereka berjaya mengukuhkan ekonomi dengan cara mengaut
sumber kekayaan tanah jajahan.
5 Di samping itu, imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan
cara memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu,
British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular untuk mengasingkan
kaum mengikut etnik masing-masing. Di Indonesia, Belanda mengasingkan
anak golongan priyayi dengan anak orang kebanyakkan. Tindakan yang
diamalkan berjaya memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Oleh itu, tidak
timbul penentangan terhadap mereka.

KESAN IMPERIALISME KE ATAS NEGARA ASIA TENGGARA

Q Kesan imperialisme Barat ke atas negara dan masyarakat Asia Tenggara

1 Penjajahan Barat memberi kesan dalam aspek politik. Negara-negara Asia


Tenggara kecuali Thailand telah menjadi tanah jajahan kuasa Barat.. Tanah
Melayu, Burma, Sarawak dan Sabah menjadi tanah jajahan British. IndoChina
menjadi jajahan Perancis, manakala Filipina dijajah oleh Amerika.
2 Penjajahan menyebabkan sistem birokrasi telah diperkenalkan untuk
menggantikan sistem pemerintahan beraja. Gabenor Jerenal dan Pesuruhjaya
Tinggi dilantik oleh kuasa penjajah menjadi ketua di tanah jajahan. Raja telah
kehilangan kuasa memerintah.
3 Pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dari Barat. Jawatan
pembesar tradisional di peringkat pusat telah dihapuskan. Pentadbiran negara
tanah jajahan dilaksanakan melalui biro. Pegawai-pegawai Barat dilantik
mengetuai biro.
4 Penjajahan menyebabkan kuasa-kuasa Barat memperkenalkan sistem
perundangan Barat . Negara tanah jajahan terpaksa menggunakan undang-
undang negara penjajah. Perundangan peribumi pula diubahsuai agar
menyerupai sistem perundangan Barat.
5 Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk kepentingan ekonomi
negara penjajah. Contohnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan
perlombongan bijih telah dijalankan secara besar-besaran bagi memastikan
bahan tersebut dapat dibekalkan untuk keperluan industri di Britain. Sistem
Tanaman Paksa dan Sistem Polo dilaksanakan di Indonesia dan Filipina.
6 Penjajahan Barat memberi kesan kepada sistem pendidikan.
Contohnya, sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun sistem pendidikan tersebut tidak disebarkan secara
meluas. Ianya terhad di kawasan bandar sahaja. Sistem pendidikan tersebut
bertujuan untuk melatih pentadbir bawahan bagi keperluan pentadbiran British
sahaja. Kepincangan sistem pendidikan inilah yang kemudiannya terpaksa
dibaiki oleh kerajaan peribumi selepas merdeka.
7 Kuasa Barat telah mengimport buruh dari negara lain untuk keperluan ekonomi
dagangan mereka. Dasar ini telah membawa perubahan kepada komposisi etnik
di negara yang dijajah. Penjajah pula tidak berusaha untuk mengharmonikan
hubungan kaum semasa pemerintahan mereka. Pemerintah peribumi selepas
merdeka terpaksa memikul tugas menjalin hubungan baik dalam kalangan
pelbagai kaum.
PENJAJAHAN MEMBAWA KEPADA PENGENALAN BIROKRASI

Q Penjajahan ke atas negara-negara Asia Tenggara telah menyebabkan


pengenalan sistem birokrasi Barat

1 Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat


telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. Sebelum
kedatangan penjajah, negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada beberapa
buah kerajaan berasingan yang diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan
pembesar.
2 Penjajah membawa kepada penubuhan Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah di
tanah jajahan disatukan. Sebagai contohnya, Perancis menyatukan wilayah di
IndoChina dengan menubuhkan Union Indochinoise. Di Tanah Melayu pula,
penjajah British menubuhkan Kerajaan Negeri Selat, Kerajaan Negeri Melayu
Bersekutu. Penubuhan Kerajaan Pusat telah melenyapkan sistem pemerintahan
beraja yang diamalkan di Asia Tenggara sejak sekian lama.
3 Imperialis Barat melantik Gabenor Jeneral dan Pesuruhjaya untuk mengetuai
pemerintahan kerajaan pusat yang telah dibentuk. Gabenor Jeneral dilantik
daripada kalangan bangsa penjajah. Pegawai tersebut menjalankan
pemerintahan mengikut kehendak penjajah. Gabenor Jeneral yang dilantik telah
mengambil alih kuasa raja menjalankan pemerintahan. Hal ini menyebabkan
raja telah hilang kewibawaan dan kuasa pemerintahan.
4 Mereka membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan
pentadbiran tempatan. Penjajah melaksanakan pentadbiran dengan cara
menubuhkan jabatan (biro). Berbagai-bagai jabatan ditubuhkan seperti Jabatan
Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Balai Polis dan sebagainya. Tiap-tiap jabatan
diketuai oleh Ketua Biro yang dilantik daripada pegawai Barat. Perlantikan Ketua
Biro telah menyingkirkan jawatan pembesar tempatan di peringkat pusat dan
daerah.
5 Penjajahan Barat telah menyebabkan undang-undang Barat diperkenalkan.
Undang-undang negara penjajah dikuatkuasakan di negara tanah jajahan.
Undang-undang baru yang akan diperkenalkan, digubal dan diluluskan oleh
Parlimen di negara penjajah. Berbagai undang-undang diperkenalkan. Undang-
undang tersebut menimbulkan pelbagai implikasi terhadap masyarakat
tempatan. Sebagai contohnya, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu
Burma dan Akta Perkampungan Burma. Akta ini telah melenyapkan pentadbiran
tradisional di Burma. Di Tanah Melayu pula, pihak British telah
menguatkuasakan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen Tanah Padi.
Undang-undang tersebut telah menghalang orang Melayu melibatkan diri dalam
penanaman getah.

PENJAJAHAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT NASIONALISME

Q Dasar-dasar penjajahan Barat yang mencetuskan gerakan nasionalisme


di negara-negara Asia Tenggara
1 Kehadiran imperialis Barat di Asia Tenggara adalah untuk kepentingan ekonomi
negara mereka. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan
penindasan.
2 Sistem birokrasi yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan rakyat. Pengenalan sistem birokrasi telah melenyapkan
sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sejak sekian lama. Raja-raja dan
pembesar tempatan telah kehilangan kuasa dan kewibawaan. Tambahan pula,
sistem birokrasi yang diperkenalkan tidak membeikan peluang yang sewajarnya
rakyat tempatan. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat tempatan.
3 Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh penjajah menyebabkan rakyat
tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Sebagai contohnya, sistem ekonomi
dagangan di Tanah Melayu hanya dikuasai oleh syarikat Eropah dan orang
dagang. Rakyat tempatan digalakkan menanam padi dan menjalankan ekonomi
tradisioanl. Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di
Indonesia dan Sistem Polo di Filipina jelas menindas penduduk
peribumi.Kehidupan yang miskin mendorong mereka menuntut pembaikan
terhadap taraf hidup.
4 Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat.
Mereka menganggap bahawa mereka hanya layak bergaul dengan golongan elit
tempatan seperti golongan bangsawan dan pegawai kerajaan yang
berpendidikan Barat.
5 Dasar pendidikan penjajah juga antara faktor yang mencetuskan nasionalisme.
Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
pendidikan. Mereka men gutamakan sekolah yang menggunakan pengantar
bahasa penjajah. Penjajah hanya memberikan pendidikan di peringkat rendah.
Tambahan pula mereka hanya memberi keutamaan kepada golongan elit dan
penduduk bandar sahaja. Sebagai contohnya, di Indonesia, anak
golongan priyayi diberi pendidikan berasingan daripada anak orang
kebanyakan. Di Tanah Melayu pula, lepasa sekolah vernakular sukar mendapat
pekerjaan. Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh
menjadiancaman kepada sekolah Buddha.
6 Sebagai kesimpulannya, semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat
tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme. Faktor tersebut berkait
antara satu sama lain dan mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap
penjajahan kuasa Barat.

PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)

Q Imperialisme bentuk baru (Neokolonialisme) yang berlaku ke atas Negara


Dunia Ketiga pada hari ini

1 Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara
mencampuri urusan politik di negara-negara yang lemah. Sebagai contohnya,
Amerika campur tangan dalam hal ehwal di negara Iraq yang kononnya mahu
mewujudkan kestabilan di negara berkenaan. Setelah Saddam Hussein,
digulingkan, Amerika mendalangi perlantikan pemerintah baru. Hal yang sama
juga berlaku di beberapa buah negara lain. Pemerintah baru yang dilantik itu
mendapat restu negara-negara kuat. Hal ini menyebabkan dasar-dasar politik
negara tersebut ditentukan oleh negara besar. Oleh yang demikian, negara kecil
yang merdeka sebenarnya masih terjajah kerana dasar-dasar negaranya masih
ditentukan oleh negara besar.
2 Kuasa besar dunia menjalankan dasar neokolonialsme melalui penjajahan
ekonomi. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah di Negara Dunia
Ketiga. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk
memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini
membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil. Contohnya, Negara
Maju mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan mentah. Mereka juga
mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Hal
ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada
Negara Maju Harga bahan mentah tersebut tidak stabil. Penguasaan bahan
mentah oleh Negara Maju memberikan kesan buruk kepada Negara
Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran
sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara
tidak dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun
terpaksa bergantung kepada Negara Maju selama-lamanya.
3 Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara
menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia
Tenggara. Contohnya, dalam kehidupan seharian, kehidupan beragama dan
nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama
Kristian, mengamalkan cara hidup Barat dalam amalan hidup seharian. Hal ini
menyebabkan nilai-nilai sosial dan budaya hidup tempatan semakin kurang
diamalkan. Masyarakat lebih cenderung mengamalkan cara hidup Barat.
Sebagai kesimpulannya, penerapan cara hidup Barat merupakan satu bentuk
neokolonialisme. Ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan di
Asia Tenggara kerana keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat semakin
meruncing. Masyarakat hilang jati diri.

KESAN PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)

Q Kesan yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar imperialisme


bentuk baru (neokolonialisme)

1 Imperialisme bentuk baru memberi kesan dalam aspek politik. Dasar-dasar


politik Negara Dunia Ketiga ditentukan oleh negara besar. Hal ini disebabkan
kuasa-kuasa besar dunia campur tangan dalam hal ehwal di Negara
Membangun. Sebagai contohnya, negara-negara kuasa besar menjadikan
keamanan sejagat sebagai alasan untuk mencampuri urusan politik negara-
negara tertentu. Mereka menerapkan ideologi politik yang didokongnya. Mereka
juga memberikan bantuan ketenteraan dan sokongan pentadbiran. Hal ini
menyebabkan negara kecil tersebut terpaksa mengikut telunjuk negara besar.
Pemimpin negara berkenaan menjalankan pentadbiran, menjalinkan dasar luar
dan melaksanakan pembangunan sebagaimana yang dikehendaki oleh
pemimpin negara yang menguasainya. Oleh yang demikian, walaupun secara
zahirnya, negara kecil itu sudah nsekian lama merdeka, namun hakikat
sebenarnya mereka masih terjajah kerana dasar pentadbiran negaranya masih
ditentukan oleh negara besar.
2 Imperialisme bentuk baru menyebabkan ekonomi Negara Dunia Ketiga masih
terjajah. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk
memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa bergantung
kepada Negara Maju. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah
Negara Dunia Ketiga. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan
yang tidak adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan harga terhadap
harga bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah yang tinggi
terhadap pinjaman yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun
terpaksa menjual bahan mentah kepada Negara Maju. Harga bahan mentah
tersebut tidak stabil. Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan
kesan buruk kepada Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat
merancang pengeluaran sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu.
Pembangunan negara tidak dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu,
Negara Membangun terpaksa bergantung kepada Negara Maju buat selama-
lamanya.
3 Penjajahan bentuk baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian
daripada cara hidup masyarakat tempatan. Kuasa-kuasa besar dunia
menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia
Tenggara seperti amalan kehidupan seharian, kehidupan beragama dan nilai-
nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama Kristian
serta mengamalkan cara hidup Barat. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial
tempatan semakin kurang diamalkan. Oleh itu, ia memberikan kesan negatif
kepada masyarakat tempatan. Keruntuhan moral masyarakat semakin
meruncing. Masyarakat tempatan hilang jati diri.

CABARAN YANG MENGANCAM KEDAULATAN NEGARA

Q1 Cabaran masa kini yang boleh mengancam kedaulatan negara


Q2 Keadaan yang berlaku pada masa kini yang boleh menggugat kestabilan
dan kedaulatan negara

1 Cabaran utama yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara


ialah usaha membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun
masyarakat yang berlainan kaum berganding bahu di bawah satu sistem politik
yang sama, tetapi kehidupan mereka tetap berasingan. Interaksi dan hubungan
antara kaum agak terbatas. Hal ini boleh mengundang berlaku ketegangan
kaum yang menggugat kestabilan negara. Oleh yang demikian, fenomena
tersebut membuka ruang kepada pihak luar yang berkepentingan berusaha
memecahbelahkan perpaduan dan menguasai politik negara ini.
2 Cabaran berikutnya ialah arus globalisasi yang cuba melenyapkan tamadun
bangsa mengikut kehendak Barat. Serangan siber yang bertali arus amat
berbahaya jika tidak dibanteras. Sebagai contohnya, penjenayah siber bebas
menyebarkan virus, menggodam dan mencuri data untuk tujuan risikan
perniagaan atau kerajaan. Maklumat yang disogokkan itu diterima dan
dipercayai bulat-bulat oleh rakyat kita. Hal ini menyebabkan kestabilan negara
tergugat. Oleh yang demikian, serangan siber perlu dibendung kerana dengan
sedikit kesilapan akan mampu meruntuhkan negara.
3 Cabaran yang seterusnya ialah krisis ekonomi yang boleh menggugat kemajuan
negara. Sebagai contohnya, krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada 1997
hampir menyerupai apa yang dialami pada tahun 1930-an dan 1980-an. Hal
yang sama juga berlaku di negara kita pada hari ini. Krisis tersebut bukan
sekadar melumpuhkan aktiviti perdagangan malah menimbulkan masalah
pengangguran. Hal ini menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap masa depan
ekonomi negara. Aliran kewangan menjadi lembap dengan nilai saham
menjunam teruk, sementara itu nilai matawang ringgit berada pada paras yang
membimbangkan. Oleh itu, jika kita tidak berusaha mengekang ancaman
ekonomi negara maju, kemungkinan ekonomi negara kita dikuasai oleh negara
maju.
4 Perkembangan yang berlaku di negara jiran serantau juga boleh menggugat
kestabilan dan kedaulatan negara. Sebagai contohnya, krisis politik di Myanmar
menimbulkan kebimbangan pemimpin dan rakyat negara ini. Penghapusan etnik
Rohingya oleh Junta Tentera Myanmar bukan lagi masalah dalaman mereka,
tetapi dianggap masalah antarabangsa. Hal ini menyebabkan kuasa-kuasa
besar dunia menggunakan alasan tersebut untuk mencampuri hal ehwal di
Myanmar. Oleh yang demikian, kestabilan rantau ASEAN akan tergugat dan
sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada negara kita.

USAHA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Q Peranan Warganegara Malaysia Dalam Usaha Mengekalkan Kedaulatan


Negara

1 Untuk mengekalkan kedaulatan negara, setiap warganegara perlu berganding


bahu mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Sebagai contohnya, rakyat
mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara. Perlembagaan Malaysia
mestilah dihormati dan dipatuhi. Hal ini menjadikan masyarakat Malaysia
menjadi masyarakat yang mematuhi undang-undang. Pihak kerajaan mestilah
sentiasa memantau dan membendung penyebaran ideologi politik berhaluan
kiri, fahaman agama syiah dan doktrin keganasan militan daesy di negara kita.
2 Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dalam usaha
mengekalkan kedaulatan negara, kita hendaklah mengelakkan ketegangan
kaum yang boleh memecahbelahkan perpaduan. Kita haruslah bertolak ansur
dan mengelakkan perselisihan faham demi untuk kesejahteraan hidup Malaysia.
Sifat toleransi perlu dipupuk untuk mengukuhkan semangat kekitaan. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan
kaum serta mengeratkan silaturahim. Oleh itu, sikap bersatu-padu dapat
mewujudkan keharmonian negara. Perpaduan yang kukuh menjadi benteng
yang dapat menghalang penglibatan kuasa luar.
3 Kita mestilah memajukan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat. Rakyat
Malaysia hendaklah bersifat produktif, rajin dan gigih. Sifat tersebut dapat
meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Kita juga
harus kreatif mengatasi cabaran negara. Misalnya, rakyat Malaysia telah
bersatu-padu dan bergabung tenaga untuk memajukan semula ekonomi
negara apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998. Hal tersebut
menyebabkan kita dapat menjana penyertaan rakyat dalam perniagaan dan
perusahaan. Pendapatan dan taraf hidup rakyat meningkat. Oleh yang
demikian, kehidupan rakyat yang sejahtera menafikan penjajahan ekonomi
kuasa-kuasa besar.
4 Kita juga perlu memupuk jati diri rakyat agar cinta akan negara dan bangsa.
Sikap menghormati raja dan pemimpin negara hendaklah sentiasa dipupuk
dalam kalangan generasi muda. Perjuangan tokoh negara seperti Tunku Abdul
Rahman, Dato Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain mestilah dihargai.
Lambang-lambang negara seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku harus
dihormati dengan penuh cinta. Dengan semangat tersebut, rakyat
Malaysia sedia berkorban untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan
negara.
5 Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama menghadapi apa jua cabaran
dalam negara, Kita hendaklah sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara
untuk menjamin kedaulatan negara.

PERLUNYA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Q Rasionalnya semua pihak di negara kita berusaha mengekalkan


kedaulatan negara

1 Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada kita semua. Melalui
kedaulatan, kita bebas menentukan corak pemerintahan negara mengikut acuan
kita sendiri. Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan sistem demokrasi
dengan konsep Raja Berperlembagaan. Hal ini menyebabkan kita dapat
memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Melalui
amalan demokrasi, semua rakyat berhak memilih dan membentuk kerajaan.
Kerajaan yang dibentuk dapat menjalankan pemerintahan dengan adil dan
cekap. Dasar-dasar negara dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh yang
demikian, negara kita akan mencapai kemajuan yang pesat.
2 Semua pihak harus sedar betapa pentingnya kedaulatan negara. Kedaulatan
bermakna kita bebas menentukan dasar luar negara. Kita bebas menjalin
hubungan dengan negara lain mengikut kepentingan negara kita. Sebagai
contohnya, kita menjalinkan dasar luar dengan semua negara tanpa mengira
ideologi politik. Kita berbaik-baik dengan semua negara sama ada negara blok
kapitalis mahupun blok komunis. Dasar bebas dan berkecuali ini menyebabkan
kuasa-kuasa besar dunia menghormati prinsip dan kedaulatan negara kita. Oleh
itu, negara kita dapat berperanan aktif dalam pertubuhan serantau dan
antarabangsa seperti menganggotai Komanwel, Kongres Islam Sedunia (OIC),
Negara Selatan-Selatan, Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN.
3 Kemerdekaan juga memberi kebebasan kepada kita mengamalkan dasar
ekonomi mengikut keperluan negara. pada zaman awal kemerdekaan, negara
kita terpaksa menjalin hubungan ekonomi dengan Britain. Namun, setelah
kedaulatan negara semakin utuh, kita bebas menjalinkan ekonomi dengan
mana-mana negara yang menguntungkan negara. Sebagai contohnya, kita
melancarkan Dasar Pandang ke Timur untuk membawa aliran modal dari China,
Korea dan Jepun ke negara kita. Hal ini dapat meningkatkan kemajuan
perusahaan dan perdagangan. Dengan itu, peluang pekerjaan bertambah dan
taraf hidup masyarakat meningkat.
4 Kedaulatan memberi hak untuk kita mewujudkan identiti negara. Kita bebas
menggunakan lambang-lambang yang menjadi identiti negara. Sebagai
contohnya, kita bebas merekacipta bendera dan menggubah lagu kebangsaan
negara. Kita juga berhak menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
serta dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Hal yang demikian
menyebabkan perpaduan masyarakat berbilang kaum semakin kukuh.
Masyarakat yang berbagai etnik dapat hidup dengan harmoni. Dengan itu,
usaha pihak luar untuk mengganggu gugat keamanan negara kita tidak berjaya.
CABARAN UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN

Q Mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada menuntut kemerdekaan

1 Kita terpaksa akur bahawa mengekalkan kemerdekaan adalah lebih sukar


daripada menuntut kemerdekaan. Era penjajahan di Tanah Melayu sudah lama
berkubur, namun puing-puing penjajahan budaya dan pemikiran yang
membelenggu masyarakat kelihatan sukar untuk dikikis.
Kita semua mengetahui betapa susahnya pejuang kemerdekaan terdahulu
berusaha membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Segala
pengorbanan yang ditempuhi hendaklah dijadikan inspirasi bagi membina
negara bangsa yang berjaya dan disegani di mata dunia.
2 Kita menghadapi cabaran besar dalam mengisi kemerdekaan apabila nilai jati
diri Melayu secara khususnya tidak lagi mendapat tempat di hati segelintir
masyarakat. Contohnya, pemakaian baju Melayu, bersongkok dan bersamping
mula dilupakan terutama ketika menyambut hari raya. Generasi muda lebih
gemar memperagakan fesyen terkini berbanding baju kurung yang
melambangkan kesopanan. Malah ada yang lebih selesa mengenakan fesyen
pakaian yang menjolok mata dan keterlaluan.
3 Negara juga menghadapi cabaran apabila corak kehidupan yang tidak
berteraskan nilai-nilai ketimuran juga mula dipraktikkan. Sebagai contohnya,
gejala seks bebas, seks songsang, gay dan lesbian menarik perhatian golongan
yang menyimpang daripada ajaran agama. Muda-mudi tanpa segan silu
memuat naik perlakuan jijik mereka di laman sosial sehingga seluruh dunia
menyaksikan betapa kita masih dijajah walaupun setelah sekian lama merdeka.
Justeru, apa erti kemerdekaan jika hakikatnya masyarakat masih terjajah tanpa
disedari.
4 Untuk mengekalkan kemerdekaan, nilai timur yang menjadi teras keharmonian
negara perlu dipertahankan. Oleh itu, sebarang anasir jahat yang cuba
diseludup ke negara ini hendaklah ditentang habis-habisan. Kegiatan
menyelewengkan ajaran agama perlu dibanteras. Usaha pihak tertentu yang
ingin mencetuskan huru-hara hendaklah dihentikan.
5 Untuk mengisi kemerdekaan, semua individu haruslah berjuang meningkatkan
pencapaian diri dalam apa jua bidang. Golongan muda diseru mendalami ilmu
pengetahuan supaya akan lahir lebih ramai cendekiawan Malaysia yang boleh
dibanggakan satu hari nanti.
6 Sebagai kesimpulannya, perpaduan masyarakat merupakan formula terbaik
untuk mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan negara. Masyarakat kita
mestilah hidup bersatu hati. Perpaduan adalah menjadi penghalang
terhadap usaha pihak tertentu yang cuba meniupkan api perkauman dan
perpecahan.

IKTIBAR DAN NILAI MURNI

Q Iktibar yang boleh diambil daripada penjajahan kuasa Barat ke atas


negara-negara Asia Tenggara
1 Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang
memperjuangkan kedaulatan tanah air. Sebagai contohnya, tokoh yang
menghalang penglibatan pihak British seperti Dato Maharaja Lela, Rentap, Mat
Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Kita juga perlu
menghargai tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Dato
Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain. Hal ini menyebabkan kita dapat
menjadikan perjuangan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan negara.
2 Setiap rakyat perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara
daripada ancaman pihak luar. Sebagai contohnya, kita mestilah sanggup
memainkan peranan menghalang penyebaran ideologi yang bercanggah
dengan pendirian politik negara kita. Kita juga perlu membendung penyebaran
doktrin keganasan dan penyebaran ajaran sesat yang semakin menular. Hal ini
menyebabkan kita dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara.
3 Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang
menjadi identiti negara. Sebagai contohnya, nilai murni dan budaya Melayu
mestilah sentiasa dipertahankan kerana ia menjadi teras Kebudayaan
Nasional. Selain itu, amalan hidup dan budaya harmoni kaum-kaum lain boleh
diasimilasikan sebagai cara hidup masyarakat Malaysia. Hal ini menyebabkan
budaya tersebut bukan sahaja dapat terus diwarisi diwarisi oleh generasi akan
datang malah boleh mengharmonikan perpaduan kaum di negara kita.
4 Oleh yang demikian, keselamatan negara kita terus terjamin. Kita dapat
mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara. Dengan
itu, kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.

KESIMPULAN

Q Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan isi


(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Nilai patriotisme yang boleh dihayati
(c) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia unggul di
mata dunia.

1 Pengetahuan
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang faktor-
faktor yang mendorong kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia
Tenggara. Sebagai contohnya, mereka menjajah Asia Tenggara untuk
kepentingan ekonomi serta menyebarkan agama dan kebudayaan mereka. Hal
ini menyebabkan mereka telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial
negara-negara yang dijajahnya. Selain itu, tugasan ini membolehkan kita
mengetahui bahawa imperialisme Barat memberikan implikasi yang buruk
kepada negara tanah jajahan. Sebagai contohnya, dasar-dasar penjajahan
mereka telah menindas penduduk tempatan. Hal ini mencetuskan gerakan
nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan yang menuntut pembaikan
terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa
penjajah.
2 Nilai Patriotisme
Nilai patriotisme yang boleh kita hayati ialah kita mestilah memiliki jati diri yang
tinggi dan tidak mudah menerima pengaruh luar. Sebagai contohnya, kita
mestilah sanggup berkorban dalam mempertahankan tanah air daripada
penjajahan asing. Hal ini menyebabkan kita dapat mengekalkan kedaulatan
dan kemerdekaan tanah air. Kita mestilah mempunyai sikap taat dan setia
kepada negara. Contohnya, kita mestilah sentiasa bersedia untuk
mengekalkan perpaduan kaum. Dengan perpaduan tersebut, kita bukan sahaja
dapat mengekalkan kedaulatan, malah berjaya mengisi kemerdekaan tersebut
dengan kemajuan.
3 Harapan Kepada Bangsa dan Negara
Marilah kita sama-sama meletakkan harapan agar masyarakat berbilang kaum
di negara kita sedia bertoleransi untuk membina perpaduan. Hal ini
menyebabkan negara kita sentiasa aman dan bebas daripada ancaman luar.
Selain itu, kita patut sandarkan harapan agar masyarakat kita memiliki jati diri
yang tinggi. Mereka sentiasa bersedia menangkis pengaruh luar yang
mencemar budaya masyarakat kita. Hal ini menyebabkan identiti negara yang
menjadi kebanggaan kita sentiasa terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai