Anda di halaman 1dari 4

AJ21903 SEJARAH ASIA TENGGARA PRA KOLONIAL

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN


SEMESTER 1 SESI 2019/2020

PENSYARAH : DR. MAURREN DE SILVA

ULASAN TAJUK PRESESNTATION

“ANALISISKAN KEDATANGAN AWAL KUASA EROPAH KE ASIA


TENGGARA PADA ABAD KE -16 HINGGA ABAD KE- 18 SERTA
INTERAKSI DAN ADAPTASI YANG BERLAKU DENGAN PENDUDUK
TEMPATAN”

NAMA NO. MATRIK

ZAWAWI BIN JUL BA18110329


Kedatangan awal kuasa Eropah ke Asia Tenggara pada abad ke-16 hingga abad
ke-18 telah menyebabkan berlaku interaksi dan adaptasi dengan penduduk
tempatan. Kedatangan kuasa awal Eropah ke Asia Tenggara ini adalah disebabkan
revolusi industri yang berlaku di Eropah hingga menyebabkan mengubah corak
imprealisme Barat. Imprealisme adalah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh
dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk menguasai politik, ekonomi dan
sosial. Dasar Imprealisme Eropah atau Barat ini berlaku kerana, keluasan tanah
jajahan yang dikuasai menjadi simbol kekuatan dikalangan orang Eropah.
Kedatangan kuasa Eropah ini juga adalah disebabkan beberapa faktor imprealisme
dan telah menyebabkan pelbagai interaksi dan adaptasi terhadap penduduk
tempatan.

Sebab kedatangan kuasa Eropah ke Asia Tenggara ini juga adalah disebabkan
perjanjian Tordesillass dan Saragosa dengan pembahagaian wilayah Barat dan Timur
untuk Kuasa Eropah yang terkuat masa itu, iaitu Sepanyol dan Portugis. Perjanjian
ini dibuat untuk membahagikan wilayah kekuasaan dan kesukaran orang Eropah
untuk mendapatkan bahan mentah. Hasil daripada perjanjian ini munculnya konsep
3G (Gospel, Gold and Glory) yang dibawa oleh orang Eropah dalam dasar
Imprealisme. Antara faktor Imprealisme kuasa Eropah ialah, kekayaan bahan mentah
di Asia Tenggara seperti rempah, biji timah, getah, kopi, sawit dan lain-lain lagi.
Pada awalnya, kedatangan kuasa Eropah ke Asia Tenggara adalah untuk mengusasi
perdagangan rempah sahaja. Selain itu, Revolusi industri yang berlaku di Eropah
pada akhir abad ke-18 juga mendorong orang Eropah untuk datang ke Asia
Tenggara untuk mendapatkan bahan mentah. Seterusnya, perkembangan sistem
pengangkutan dan perhubungan iaitu dengan pembukaan terusan Suez pada tahun
1869. Tambahan pula, penciptaan kapal wap yang boleh membawa muatan dengan
banyak dalam satu masa dan cepat. Manakala, penciptaan telegraf juga membantu
orang Eropah untuk berhubungan agar dapat menjalankan perdagangan dengan
mudah juga mendorong kuasa Eropah datang ke Asia Tenggara. Akhir sekali, faktor
imprealisme yang tidak kurang pentingnya ialah persaingan antara kuasa Eropah
untuk meluaskan wilayah jajahannya kerana keluasan wilayah menjadi simbol
kekuatan dikalangan orang Eropah serta beban orang putih yang mentamadunkan
penduduk di Asia Tenggara di samping ingin meluaskan wilayah jajahannya.
Di samping kedatangan kuasa Eropah tersebut, terdapat pelbagai interaksi dan
adaptasi yang berlaku dengan penduduk tempatan. Antara interaksi yang berlaku
dengan penududuk tempatan ialah konsep kolonialisme dan merkantalisme.
kolonialisme dikatakan sebagai satu proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan
petempatan baru melalui kaedah penaklukan dengan tindakan ketenteraan dan
penghijrahan yang melibatkan perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan
yang belum diterokai atau didiami orang lain seperti rakyat British ke Australia dan
Amerika Syarikat. Manakala, merkantalisme bermaksud sesebuah negara yang
menginginkan kemajuan haruslah melakukan kegiatan ekonomi yang berasaskan
kepada aktiviti perdagangan yang mana perdagangan tersebut hendaklah dilakukan
dengan negara-negara yang lain. Selain itu, ialah perjanjian ekonomi terhadap
penduduk tempatan dan hal ini berkaitan dengan interaksi yang berlaku apabila
dasar Belanda dan Sepanyol diperkenalkan terhadap penduduk tempatan. Belanda
memperkenalkan dasar tesebut untuk tujuan menubuhkan sistem monopoli Belanda
terhadap proses jual beli rempah dan bijih timah di seluruh Nusantara. Untuk
memastikan dasar tersebut tercapai, Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC) telah
menguasai kawasan Betawi pada tahun 1619 dan mengawal pelabuhan-pelabuhan
utama di Jawa dan pulau-pulau. Di samping itu, Sepanyol merupakan kuasa pertama
yang menjalankan perluasan kuasa ini di Filipina dengan melaksanakan dasar tutup
pintu.

Tambahan lagi, Kedatangan kuasa Belanda pula ke kawasan Asia Tenggara


adalah untuk mewujudkan satu ibu pejabat “Headquaters” bagi tujuan pentadbiran
dan memonopoli ekonomi di sumatera selain menjadi simbolik kekuatan Belanda di
Asia. Berbeza dengan kuasa Sepanyol di Manila. Hal ini telah menyebabkan pelbagai
adaptasi yang berlaku dengan penduduk tempatan. Antaranya, ialah pendidikan
yang mana tujuan utama sistem pendidikan ini diperkenalkan adalah untuk
menyebarkan agama Kristian, mengembangkan budaya luar serta mengajar bahasa
luar kepada masyarakat tempatan. Seterusnya, ialah adaptasi yang berlaku ialah
keagamaan. orang Eropah yang pertama datang ke timur dan membawa bersama
budaya dan agama yang baru. Mubaligh mereka telah menyebarkan ajaran Kristian
di India, Melaka, kepulauan Maluku, Makau dan Jepun. Seterusnya, ialah adaptasi
melalui sistem tulisan iaitu menggunakan bahasa sanskrit dalam menhasilkan
sesebuah utusan. Akhir sekali, ialah adaptasi teknik pembuatan kapal yang dilakukan
di eropah dapat dilihat berlaku dalam kalangan masyarakat Kerajaan awal Asia.
Kesimpualnnya, kedatangan kuasa awal kuasa Eropah ke Asia Tenggara pada
Abad ke-16 adalah disebabkan oleh revolusi industri yang berlaku pada abad ke-16
sehinnga menyebabkan mengubah corak dasar Imprealisme mereka untuk
mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus. Tambahan lagi, kedatangan
kuasa Eropah ke asia tenggara adalah disbebakan persaingan kuasa-kuasa eropah
untuk menjalankan dasar Imprealisme ke wilayah-wilayah yang kaya dengan hasil
bumi. kedatangan kuasa Eropah ke Asia Tenggara ini telah menimbulkan pelbagai
reaksi masyarkat tempatan dan meninggalkan kesan terhadap penduduk tempatan
sama ada baik ataupun buruk. Misalnya, kedatangan barat telah mengubah sistem
politik di negara di Asia Tenggara. Perubahan tersebut telah mengubah corak
pentadbiran di negara-negara di Asia Tenggara. Perubahan tersebut telah mengubah
corak pentabiran di negara-negara Asia Tenggara mengikut sistem birokrasi Barat.
Tekanan daripada dasar luar imperialisme, kolonialisme dan merkantilisme Barat
telah membawa kepada kemerosotan sistem politik tradisional negara-negara Asia
Tenggara. Sistem pentadbiran Barat diperkenalkan bagi memenuhi tuntutan dan
kehendak Barat untuk memonopoli hasil kekayaan bahan mentah yang terdapat di
Asia Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai