Anda di halaman 1dari 9

AJ32103 SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA

SELEPAS MERDEKA
SEMESTER 1, SESI 2020/2021

NAMA PENSYARAH: PROF MADYA. A. RAHMAN TANG


ABDULLAH

NAMA TUTOR: SIR ABDUL RAHMAN BIN MAT ALI @ ABANG

TUTORIAL: SELASA (4:00 - 5:00 PETANG)

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO.MATRIK


1 NURFARAIN BINTI ABDUL RAHMAN BA18160969
2 PAULINA BINTI RAUKIN @ROUKIN BA18161022

SOALAN 8:
BERIKAN PENELITIAN TERHADAP INSTITUSI PILIHAN
RAYA SEBAGAI SUATU PROSES DEMOKRASI DALAM
SEJARAH POLITIK MALAYSIA
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang


bercorak Demokrasi Berparlimen. Parlimen merupakan satu perhimpunan
perundingan atau dikenali sebagai Consultative Assembly di mana kuasa
perlembagaan diperlukan atau tidak diperlukan bagi tujuan membuat undang-
undang negara.1 Demokrasi bermaksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang
dipilih dalam pilihan raya2. Melalui demokrasi juga, rakyat telah bersepakat untuk
memilih orang yang boleh dijadikan sebagai seorang pemimpin yang akan
memerintah dan mengatur semua urusan negara.

Melalui proses pilihan raya, sistem transisi kerajaan dilakukan secara aman
sebagai ciri demokrasi di samping ciri-ciri lain seperti kebebasan media, kebebasan
bersuara dan partisipasi masyarakat sivil sebagai syarat demokrasi. 3 Pilihan raya
Malaysia bermula di George Town, Pulau Pinang pada tahun 1951 untuk memilih
perwakilan kerajaan tempatan. Pilihan raya boleh dikaitkan dengan perbuatan
memilih dan ia berbeza dengan perbuatan melantik. 4 Pemilihan umum ke atas
seseorang untuk sesuatu jawatan dan pemilihan ini dibuat menerusi undi sesebuah
kumpulan atau Constituent body. Pilihan raya di Malaysia telah diadakan setiap lima
tahun untuk memilih wakil rakyat di parlimen bagi memerintah negara dan wakil
rakyat di Dewan Undangan Negeri akan menjalankan tanggungjawab untuk
memerintah di kawasan negeri.5 Walau bagaimanapun, pilihan raya umum hanya
boleh diadakan sebelum tempoh lima tahun apabila Yang Di-pertuan Agong
membubarkan parlimen atas cadangan perdana menteri.

Selain itu, rakyat akan diberi hak memilih kerajaan mereka sendiri dan ini
bermakna, kerajaan yang bercorak demokrasi ialah kerajaan yang telah dibentuk
atas persetujuan rakyat bagi menjalankan tugas-tugas serta polisinya untuk

1
D. Robertson, A Dictionary of Modern Politics, London: Europa, 2002, hlm. 78-79.
2
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1995, hlm. 220.
3
Huntington, Samuel, How Countries Democratize, Political Science Quarterly , 1991, Vol.99: pp 45-
46.
4
Abdul Rashid bin Abdul Rahman, Perjalanan Pilihan raya Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Pub. Sdn.
Bhd., 1994, hlm. 50-51.
5
Tun Mohd Salleh Abbas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 56-58.

1
mentadbir negara. Oleh sebab itu, kerajaan demokrasi bergantung kepada pilihan
raya untuk menentukan kuasa pemerintah, maka proses pilihan raya yang dijalankan
harus bersifat adil dan bebas daripada kes penipuan yang boleh menyebabkan rakyat
tidak berpuas hati.6

Bagi mengadakan pilihan raya yang adil, bersih dan bebas, pilihan raya tersebut
hendaklah dilaksanakan oleh satu badan yang jujur dan boleh dipercayai oleh rakyat
iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut Perkara 113 hingga 120 yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, ianya menyentuh dasar SPR di mana
bertujuan untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi melalui
pilihan raya yang adil dan saksama. 7 Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu Pilihan raya
umum dan Pilihan raya kecil. Pilihan raya kecil akan diadakan apabila terdapat
kekosongan dalam mana-mana dewan sama ada Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri. Kekosongan tersebut berlaku disebabkan wakil rakyat mengalami
kematian atau perlucutan jawatan sehingga menyebabkan pilihan raya kecil
diadakan.8 Walau bagaimanapun, ianya tidak menjejaskan kekuatan parti yang
membentuk majoriti di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dalam tempoh
masa dua tahun sebelum kedua-dua dewan dibubarkan.

2.0 Elemen penting dalam Pilihan raya

Pilihan raya di Malaysia secara dasar telah melibatkan beberapa elemen penting
yang perlu bagi menyempurnakan sesuatu proses pilihan raya tersebut. Semua
elemen ini akan dijadikan sebagai panduan bagi menjalankan proses pilihan raya dan
akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Elemen-elemen penting
yang dapat disimpulkan dalam sesebuah pilihan raya adalah bahagian pilihan raya,
pendaftaran pemilih, calon pilihanraya dan proses pilihan raya.

2.1.1 Bahagian Pilihan Raya


6
Mavis Puthucheary Dan Noraini Othman, Elections and Democracy In Malaysia , Bangi Selangor:
University Kebangsaan Malaysia, 2005, hlm. 34.
7
Ibid, hlm. 5-6.
8
Nur Zakiah Mohd Arifin, 2016, Jenis Pilihan raya, Dipetik dari
https://www.scribd.com/doc/315885946/jenis-pilihanraya, pada 11 Disember 2020.

2
Bahagian pilihan raya merupakan salah satu elemen penting dalam proses pilihan
raya yang berkait dengan urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian
pilihan raya yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Suruhanjaya
Pilihan raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang dari 8 tahun. Bagi
memahami bahagian pilihan raya ini, kita perlu memahami setiap komponen yang
terdapat dalam sesebuah bahagian pilihan raya terutamanya lokaliti dan daerah
mengundi. Lokaliti merujuk kepada tempat tinggal sekumpulan penduduk tempatan
yang mempunyai talian sosial yang jelas seperti perkampungan atau taman
perumahan berdasarkan alamat yang terkandung dalam kad pengenalan. 9 Manakala,
daerah mengundi wujud hasil daripada gabungan satu atau lebih lokaliti. Hal ini
bertujuan untuk menentukan pusat-pusat mengundi bagi pemilih yang berada dalam
daerah tersebut. Terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat dan 576 Dewan Undangan
Negeri.10 Oleh sebab itu, seorang calon mesti dipilih untuk mewakili setiap penduduk-
penduduk di sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri.11

2.1.2 Pendaftaran pemilih

Pemilih terdiri daripada rakyat dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem
demokrasi seperti Malaysia. Kelayakan seseorang rakyat untuk mengundi dalam
pilihan raya adalah bergantung yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Di Malaysia, seseorang pemilih layak untuk mendaftar jika dia menjadi warganegara
Malaysia, berumur tidak kurang daripada 21 tahun, seorang penduduk di mana-
mana bahagian pilihan raya di Malaysia dan tidak hilang kelayakan. 12 Walau
bagaimanapun, pemilih juga hilang kelayakan untuk mengundi disebabkan pada
tarikh kelayakan, pemilih ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara.13 Malah, pemilih juga didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan
Pilihan Raya serta memperolehi kerakyatan asing.

9
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm.
37.
10
Muhammad Hanif, 2013, Pilihanraya di Malaysia, Dipetik dari
https://www.slideshare.net/anephaniffmsml/group-4-azim-faris pada 11 November 2020.
11
Muhammad Haniff, 2013, Dipetik dari https://www.slideshare.net/anephaniffmsml/group-4-azim-
faris, pada 13 November 2020.
12
2016, Election Comission of Malaysia, Dipetik dari http://www.spr.gov.my.co, pada 1 Januari 2021.
13
Ibid, hlm. 19.

3
2.1.3 Kelayakan Calon

Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah berstatus
warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal,
bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan
tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. 14 Warganegara akan
hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika
dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada
RM2,000 dan tanpa pengampunan. 15 Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh
bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka
harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon. Manakala,
seseorang pengundi yang berkelayakan pula boleh mengundi jika namanya
didaftarkan dalam senarai daftar pemilih. Menurut perkara 119 perlembagaan
Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin, tinggal di
mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh
mengundi dalam pilihan raya tersebut. 16 Seseorang pengundi hanya boleh mengundi
dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota
pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di
luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai
pengundi.

2.1.4 Proses Pilihan Raya

Proses pengendalian sistem pilihan raya di Malaysia terdiri daripada pilihan raya
umum dan kecil. Pilihan raya umum dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan
Ahli Dewan Undangan Negeri serentak di seluruh negara. Namun, pilihan raya umum
di Sabah dan Sarawak diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan
apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau dewan
undangan negeri disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.
Selepas kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi
14
Francis Loh Kok Wah & Khoo Boo Teik, Democracy in Malaysia, Discourses and Practice Malaysia,
Curzon Press Richmond, 2002, hlm. 4.
15
Ibid, hlm. 5.
16
Megat Mohd Azman Adzmi, 2011, Elections in Malaysia, Dipetik dari
https://www.scribd.com/presentation/67828230/Elections-in-Malaysia. pada 5 Januari 2021.

4
Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada
pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen dan tempoh berkempen
adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.17

Pembubaran parlimen diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong. Manakala


penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian pula diumumkan oleh
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Seterusnya penamaan calon bagi calon-
calon yang bertanding. Parti-parti yang bertanding juga boleh menyediakan
manifesto dan melancarkan kempen pilihan raya. SPR mengumumkan tempat
pengundian dan tempat pengiraan undi.18 Pengundi akan diberikan kertas undi yang
mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih di tempat pengundian. Semasa
pembuangan undi, pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi
dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Proses pengiraan undi bagi
calon yang bertanding akan dijalankan selepas tamat tempoh pengundian. Selepas
selesai pengiraan, pengumuman keputusan pilihan raya dilakukan oleh pegawai
pilihan raya. Kemudian calon yang menang akan diisytiharkan sebagai ahli Dewan
Undangan Negeri atau ahli Dewan Rakyat.

3.0 Proses Demokrasi Pilihan raya dalam Sejarah Politik Malaysia

Demokrasi berasal daripada perkataan Greek ‘demos’ dan ‘kratos’ yang membawa
maksud pemerintahan rakyat.19 Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan
sistem demokrasi dikenali sebagai negara atau kerajaan yang demokratik. Sebagai
contoh, statistik Pilihan raya 2013 mewakili pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam
menentukan pihak yang bakal memerintah Malaysia. 20 Keputusan bagi semua
kawasan negeri yang bertanding telah menunjukkan sebanyak 222 kerusi sebagai
jumlah bagi keseluruhan yang bertanding. Sebanyak 133 daripada keseluruhan
kerusi telah dimenangi oleh UMNO. Manakala PAS, PKR dan DAP bergabung untuk

17
Azizi Aliaspar, 2015, Institusi Pilihan Raya Sebagai Satu Proses Demokrasi Dalam Sejarah Politik
Malaysia, Dipetik dari https://www.scribd.com/doc/251753117/Institusi-Pilihan-Raya-Sebagai-Satu-
Proses-Demokrasi-Dalam-Sejarah-Politik-Malaysia, pada 6 Januari 2021.
18
Musbri Mohamed, 2008, Malaysia Constitution, Dipetik dari
https://www.scribd.com/doc/6281279/Malaysian-Constitution pada 8 Januari 2021.
19
Mustafa dan Afifi, Politik dan Pemerintahan Negara, Singapore: Thomson Learning, 2006, hlm. 50.
20
Mohd Salleh Abas, Pilihanraya Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm.
65-66.

5
membentuk PR hanya mendapat 89 kerusi daripada 222 kerusi yang
dipertandingkan.21 Keputusan tersebut dibuat oleh rakyat Malaysia dalam
menentukan bentuk dan pihak yang bakal memerintah Malaysia. Justeru itu, pilihan
raya dilaksanakan berfungsi sebagai platform kepada rakyat Malaysia untuk memilih
dan membentuk mekanisme pemerintahan Malaysia. Malah, pilihan raya diadakan
untuk memastikan negara berada dalam pemerintahan demokrasi yang adil dan
telus.

3.0 KESIMPULAN

Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan


demokrasi. Rakyat bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa
dan melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan
bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Kepentingan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan sistem
demokrasi berparlimen sehingga kini. Hal ini kerana rakyat bebas memilih dan
menentukan sendiri pemimpin mereka melalui pilihan raya. Justeru, rakyat boleh
mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi.
Menerusi pilihan raya juga, rakyat dapat memahami proses memilih pemimpin dan
seterusnya proses membentuk kerajaan. Secara tidak langsung, rakyat dapat
menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara. Pilihan raya
juga membantu kepada kelicinan pentadbiran sama ada di peringkat pusat atau
kerajaan negeri. Sistem pilihan raya yang dilaksanakan di Malaysia ini telah memberi
keadilan kepada semua pihak sama ada rakyat mahupun pemimpin.

21
Ibid, hlm. 67.

6
RUJUKAN

BUKU

Abdul Rashid bin Abdul Rahman. 1994. Perjalanan Pilihan raya Malaysia. Kuala
Lumpur: Berita Pub. Sdn. Bhd.

D. Robertson. 2002. A Dictionary of Modern Politics. London: Europa.

Francis Loh Kok Wah & Khoo Boo Teik. 2002. Democracy in Malaysia, Discourses and
Practice Malaysia. Curzon Press Richmond.

Huntington, Samuel. 1991. How Countries Democratize. Political Science Quarterly


Vol.99: pp 88-89.

Mavis Puthucheary Dan Noraini Othman. 2005. Elections and Democracy In


Malaysia. Bangi Selangor: University Kebangsaan Malaysia.

Mohd Salleh Abas. 2006. Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa dan Afifi. 2006. Politik dan Pemerintahan Negara. Singapore: Thomson
Learning.

Tun Mohd Salleh Abbas.1997. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Di Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
INTERNET

2016, Election Comission of Malaysia, Dipetik dari http://www.spr.gov.my.co, pada 1


Januari 2021.

Azizi Aliaspar, 2015, Institusi Pilihan Raya Sebagai Satu Proses Demokrasi Dalam
Sejarah Politik Malaysia, Dipetik dari
https://www.scribd.com/doc/251753117/Institusi-Pilihan-Raya-Sebagai-Satu-Pro
ses-Demokrasi-Dalam-Sejarah-Politik-Malaysia, pada 26 Disember 2020.

Muhammad Hanif. 2013. Pilihanraya di Malaysia. Dipetik dari


https://www.slideshare.net/anephaniffmsml/group-4-azim-faris pada 13
November 2020.

Megat Mohd Azman Adzmi. 2011. Elections in Malaysia. Dipetik dari


https://www.scribd.com/presentation/67828230/Elections-in-Malaysia. pada 5
Januari 2021.

Musbri Mohamed. 2008. Malaysia Constitution. Dipetik dari


https://www.scribd.com/doc/6281279/Malaysian-Constitution pada 8 Januari
2021.

Nur Zakiah Mohd Arifin. 2016. Jenis Pilihan raya, Dipetik dari
https://www.scribd.com/doc/315885946/jenis-pilihanraya, pada 11 Disember
2020.

KAMUS

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai