Anda di halaman 1dari 13

AJ30303 SEJARAH ASIA TENGGARA: KEBANGKITAN ISLAM

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN


SEMESTER 1 2020/2021

TAJUK ARTIKEL:
ANLISIS KRITIKAL PERKEMBANGAN INTELTKTUAL MUSLIM DI MALAYSIA
PASCA KEMERDEKAAN (1960-1990) TERHADAP KEBANGKITAN ISLAM DI
MALAYSIA

NAMA PENULIS:
IBRAHIM MAJDI BIN MOHAMAD KAMIL & MARIAM BINTI ABDUL MAJID

JURNAL:
JURNAL PENGAJIAN ISLAM (2017)

LINK ARTIKEL:
file:///C:/Users/User/Downloads/Documents/10.02.07.pdf

NAMA PENSYARAH:
DR. MOHD SHAUKI MD.RADZI

NAMA NO MATRIK
ZAWAWI BIN JUL BA18110329
Menerusi artikel “Analisis Kritikal Perkembangan Intelektual Muslim di Malaysia Pasa
Merdeka (1960-1990) Terhadap Kebangkitan Islam di Malaysia” yang ditulis oleh
Ibrahim Majdi dan Mariam Abdul Majid membincangkan tentang perkembangan
aliran pemikiran Islam khususnya kepada pemikiran kaum Tua dan Kaum Muda,
yang mana ianya adalah mengenai transisi dan dinamika ideologi-ideologi aliran
pemikiran kumpulan reformis dan konservatif dalam perkembangan kemunculan
gerakan-gerakan Islam yang muncul semasa zaman pasca merdeka. Penulis
menyatakan pendapat William Roff yang membahagikan nasionalisma Melayu
kepada tiga golongan yang berbeza, yang mana golongan ini berbeza mengikut dari
segi persekitaran sosial, orientasi pendidikan, budaya dan gaya politik. Golongan
yang dimaksudkan ialah kumpulan Kaum Muda, Kumpulan Elit Melayu dan Kumpulan
anak tani dan nelayan yang dibincangkan oleh Roff dalam bukunya. Namun, bukan
itu yang menjadi perbincangan utama artikel ini. Artikel ini lebih menumpuhkan
perbincangkan kepada gerakan kebangkitan Islam sebagai satu fenomena sosial dan
perkembangan gerakan Islam di Malaysia pada tahun 1960-an hingga 1990-an.

Kekuatan dalam artikel ini ialah penulis telah menjelaskan tentang gerakan
kebangkitan Islam yang dianggap sebagai satu fenomena sosial. Penulis menyatakan
bahawa sekitar tahun 1970-an sehingga 1980-an berlaku suatu fenomena
kebangkitan Islam bagi negara-negara Islam di Timur Tengah seperti Mesir, Iraq dan
Syria. Begitu juga negara-negara luar dari Timur Tengah seperti Pakistan, Turki, Iran
Indonesia dan Malaysia. Penulis menyatakan pendapat Mashita Sulaiman (2003),
yang menganggap fenomena kebangkitan agama ini adalah satu gelobang
kesedaran bagi membawamasyarakat Islam untuk kembali kepada ajaran agama
dengan mewujudkan satu Islam yang dominan dan mewujudkan kuasa politikyang
dikuasai oleh orang Islam. Gelombang kebangkitan Islam ini juga dikatakan bersifat
holistik iaitu merangkumi setiap aspek kehidupan, yang mana ianya bukan dari sudut
kehidupan beragama sahaja, tetapi juga aspek-aspek lain seperti ekonomi, politik,
pentdbiran, pendidikan serta aspek sosial dan kemasyarakatan. Hal ini sangat jelas
memperlihatkan matlamat kebangkitan Islam yang wujud sekitar tahun 1960-an
sehingga 1990-an. Perkembangan kesedaran Islam ini telah mewujudkan gerakan-
gerakan agama di serata dunia sehingga mempengaruhi gerakan kebangkitan Islam
di Malaysia khususnya sekitar tahun 1970-an sehingga 1980-an. Penulis menjelaskan
bahawa kebangkitan kesederan masyarakat Islam yang berlaku pada tahun tersebut
adalah kesinambungan daripada gerakan reformis yang berlaku sejak akhir abd ke-

1
19 dan awal abad ke-20 lagi yang dipelopori oleh gerakan Kaum Muda. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa gerakan yang mula-mula dibawa oleh Jamaluddin AfGhani,
Syeikh Mohd Abduh dan Rashid Rida tidak pernah terhenti gerakannya kerana terus
didokong oleh tokoh-tokoh reformis yang baharu.

Penulis juga telah menyatakan pendapat Peter Mandaville yang mengatakan


bahawa gerakan sosial yang ditubuhkan oleh Hassan al-Bana iaitu Ikhwanul Muslimin
pada tahun 1928 telah berkembang ke negara-negara lain termasuk di Malaysia,
yang mana kebanyakan gerakan Islam ini menjadi pembangkang di negara mereka.
Selain itu, artikel ini juga menjelaskan pendapat H. Hadang Kahmad yang
menyatakan gerakan agama ini berlaku akibat timbulnya rasa tidak puas hati kepada
penguasa atau pemimpin negara yang terlalu mengawal kehidupan manusia.
Manakala, menurut Shiozaki Yuki dalam artikel ini, menganggap gerakan Islam ini
adalah satu usaha yang dianjurkan untuk menegakkan Islam ke atas individu dan
juga sebagai norma sosial khususnya kepada masyarakat Muslim moden.
Selanjutnya, penulis juga menyatakan konflik yang berlaku seperti konflik dengan
komunis di Indonesia dan konflik etnik yang berlaku di Malaysia juga menjadi salah
satu dorongan kepada gerakan kebangkitan Islam ini. Artikel ini juga menjelaskan
kemunculan ulama-ulama yang dipengaruhi oleh pemikiran reformis, telah banyk
membantu dalam merancakkan lagi gerakan kebangkitan Islam. Hal in demikian,
para Ulama ini dilihat sebagai pemimpin gerakan Islam dan pentadbiran seperti yang
telah berlaku semasa revolusi Iran. Menurut Kamarudin Salleh (2012) dalam artikel
ini, wujud pelbagai slogan semasa zaman kebangkitan Islam ini berlaku. Misalnya
slogan yang menggunakan terma arab seperti Al-Usulliyah Al-Islamiyyah, Al- Sahwah
Al-Tajdid, Al-Islah dan Al-Bath Al -Islamic. Terdapat juga slogan yang menggunakan
terma Barat seperti Renaissance, Regeneration, Revitalization, Reemergence,
Ressuruction, Revolution, Upsurge, Awakening dan Islamism.

Selanjutnya, Penulis juga menjelaskan gerakan sosial yang dilakukan oleh aliran
tradisional dan reformis ini dalam menentang kuasa-kuasa kolonial adalah untuk
mencapai kemerdekaan dan yang menariknya dalam perjuangan aliran ini, mereka
tidak menolak ilmu sains dan teknologi Barat, tetapi menyeru masyarakat Islam
untuk belajar ilmu barat untuk mengalahkan kuasa barat. Hal ini demikian, kerana
kebanyakan negara majoriti Islam telah dijajah terutamanya setelah tercetus
beberapa siri peperangan termasuklah perang dunia kedua. Sehubungan itu, penulis

2
juga telah menjelaskan tentang kumpulan modenis yang dipimpin oleh Mustafa
Kemal Atarturk, yang mana beliau telah memperkenalkan revolusi sekular dalam
masyarakat Islam untuk menentang kumpulan elit agama yang ditekan oleh
penjajah. Sehubungan itu, penulis menyatakan bahawa gerakan sosial yang diketuai
oleh Mustafa Kemal juga dikenali sebagai ‘Young Turks’. Gerakan sekular ini telah
menjadi salah satu sebab kesedaran kebangkitan masyarakat Islam, yang mana
selama ini jauh dari matlamat agama Islam yang sebenar seperti yang telah
terkandung dalam Al-Quaran dan hadis. Walaubagaimanapun, menurut penulis
gerakan kaum muda Turki ini berbeza dengan gerakan kaum muda di Tanah Melayu.
Hal ini demikian, kaum muda di Turki bersifat lebih moden sekular, tetapi kaum
muda di Tanah Melayu lebih bersifat reformis, yang membawa masyarakat Islam di
Tanah Melayu kembali kepada ajaran al-Quran dan Hadis.

Seterusnya, penulis juga telah menerangkan tentang perkembangan gerakan


Islam di Malaysia pada tahun1960-an sehingga 1990-an. Menurut Amini Amir dalam
artikel ini, menyatakan peserta-peserta gerakan Islam pada tahun 70-an di Malaysia
ini terdiri daripada pelajar Melayu universiti yang kebanyakannya datang darui
keluarga masyarakat tani. Beliau juga menjelaskan bahawa gerakan-gerakan sosial
ini banyak dipengaruh oleh gerakan-gerakan sosial dari luar seperti Ikhwan Muslimin
(Mesir) dan Jammaat Islami (Pakistan). Tambahan lagi, gerakan revival Islam di
Malaysia ini menjadikan idea-idea dan tulisan oleh tokoh-tokoh gerakan revival
sebagai bahan usrah dan tarbiyyah mereka. Walaubagaimanapun, pandangan yang
diberikan oleh Chandra Muzzafar dalam artikel ini mengenai gerakan Islam adalah
berbeza kerana beliau mendakwa gerakan kebangkitan Islam di Malaysia ini
mempunyai tujuan yang tersendiri mengikut kumpulan sosial. Misalnya, Chandra
mendakwa mereka ini menonjolkan diri untuk meningkatkan kedudukan mereka dan
mendapatkan jawatan di Unversiti-universiti. Walaubagaimanapun, Chandra Muzaffar
bersetuju sebab-sebab kesedaran kebangkitan ini berlaku kerana merasakan sistem
sosial barat tidak dapat menyelesaikan masalah, mereka yakin gerakan Islam akan
menjadi peradaban baru, kecewa dengan keadaan ekonomi, politik dan sosial di
Malaysia. Walaupun gerakan sosial di Malaysia bukanlah satu kesinambungan secara
langsung dengan gerakan kaum muda sebelum merdeka, namun intelektual dan
aliran pemikiran mereka mempunyai persamaan kerana jaringan sosial mereka yang
mempunyai persamaan.

3
Selain itu, penulis juga membincangkan beberapa pertubuhan gerakan Islam
yang beraliran reformis seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Jemaah Islah
Malaysia(JIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Islamic
Representative Council(IRC), dan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) .Gerakan seperti
ABIM, JIM, PKPIM, dan IRC merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
gerakan dakwah kepada masyarakat berbeza dengan PAS yang merupakan satu
pertubuhan politik. Menurut penulis, buku dan tulisan hasil karya Dr. Muhammad
Iqbal, Maulana Sayyid Abu Ala Mawdudi, Imam Hasan alBana, Sayyid Qutb, Malik bin
Nabi, Dr. Ali Shariati, Imam Khomeini, dan Said Nursi telah memainkan peranan
yang penting dalam mewujudkan dan mempengaruhi gerakan revival Islam di
Malaysia. Selain itu, pengaruh Ulama dari Indonesia juga berperanan dalam
mempengaruhi revival Islam di Malaysia. Ketika zaman kebangkitan Islam di
Malaysia, aliran tradisional juga tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting
dalam era kebangkitan kesedaran Islam di Malaysia. Perkara ini boleh dilihat melalui
pandangan Che Moraini Hashim dan Hassab Langgulang dalam artikel ini, yang mana
menyatakan gerakan-gerakan agama yang beraliran tradisional seperti Jamaat
Tabligh dan Darul ini juga telah berjaya secara langsung atau tidak langsung
mengukuhkan lagi agama Islam di Malaysia.

Seterusnya, penulis menjelaskan tentang ABIM dengan Persatuan Kebangsaan


Islam Malaysia (PKPIM) kerana kedua-dua kumpulan ini berkait rapat antara satu
sama lain. Hal ini demikian, kerana pertubuhan ABIM adalah lanjutan daripada
perjuangan PKPIM dan kebanyakan pemimpin PKPIM menjadi pemimpin ABIM.
Menurut Mashita Sulaiman, gerakan Islam ABIM mendapat cetusan idea daripada
perjuangan tokoh seperti Al-Mawdudi, Syed Qutb, dan Hassan al-Bana dari tanah
Arab dan tokoh nusantara seperti Muhammad Natsir, dan Dr Imaduddin dari
Indonesia. ABIM merupakan sebuah pertubuhan tarbiyyah dan dakwah serta prihatin
terhadap isu kemasyarakatan seperti kemunduran orang Melayu, kemiskinan dan
keadilan sosial. Menurut penulis, cita-cita ABIM adalah untuk melahirkan masyarakat
Islam yang mengamalkan cara hidup Islam dalam segala aspek kehidupan. Objektif
ABIM adalah untuk menyediakan medan dakwah kepada aktivis Islam khususnya
kepada graduan-graduan Universiti dan memenuhi keperluan kepada belia-belia
Islam di Malaysia. Objektif lain adalah untuk mewujudkan kebangkitan semula Islam
di Malaysia. Antara yang mempengaruhi orang muda pada waktu itu adalah Dr. Nabil
al- Tawil, iaitu seorang anggota Ikhwan Muslimin Syria yang mengajar di Universiti

4
Malaya dan telah menyebarkan ideologi tajdid dan Islam kepada pelajar Melayu
Muslim di Malaysia pada ketika itu. Selain pelajar Universiti tempatan, ABIM juga
dianggotai oleh persatuan pelajar-pelajar di luar Negara seperti Malaysia Islamic
Study Group (MISG), Federation of Student Islamic Societies (FOSIS), Muslim
Students Association (MSA), dan Islamic Society of North America(ISNA) yang
menyertai ABIM untuk meneruskan aktiviti dakwah. Menurut Abdul Razak, belia
Melayu pada waktu itu lebih Islamik. Malah, sebahagian penyokong ABIM menyertai
Kor Agama Angkatan Tentera(KAGAT) dan cuba memasukkan unsur-unsur Islam di
dalam tentera.

Selanjutnya, penulis juga telah menyatakan kepimpinan Anwar yang lebih


bersifat kepada perjuangan nasionalisma melayu tetapi dengan golongan belia yang
ingin kepada cara Islam. Hal ini demikian, kerana mereka menganggap pendekatan
UMNO sebagai sekular tidak islamik. Selepas Siddiq Fadzil menggantikan Anwar,
beliau telah membawa idea baru iaitu konsep du’at la’ quda’ (pendakwah bukan
hakim), Wasatiyyah al-Islam (Islam yang lebih moderate dan liberal menurut konsep
Islam moden), dan konsep Manhaj Malayzi (keperluan dakwah cara Malaysia
tersendiri). Beliau juga menekankan transformasi dakwah dari radikal kepada lebih
moderate. Selain itu, penulis juga telah menjelaskan tentang penekanan ABIM
terhadap kombinasi ilmu sekular dan ilmu Islam menerusi sistem pendidikan agama
sekitar tahun 1970-an. ABIM Memasukkan aktiviti seperti usrah, tamrin, dan
qiamulail bagi melahirkan seorang pelajar mapan dari sudut pendidikan moden dan
agama. Inistitusi ABIM adalah dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi
dengan mewujudkan taski, Sekolah Rendah Islam, Sekolah Menengah Islam, Institut
Pengajian ilmu-ilmu Islam dan Institut perguruan ABIM. Penulis telah menyatakan
kejayaan ABIM menubuhkan sebuah koleh Islam iaitu Kolej Darul Hikmah dan
menerbitkan jurnal Jahwar. Tambahan lagi, beberapa ahli ABIM secara tidak
langsung terlibat dalam proses Islamisasi pendidikan di Malaysia turut dinyatakan
dalam artikel ini. Selanjutnya, penulis juga telah menyatakan aspek-aspek lain yang
diperjuangkan dalam ABIM adalah skop syariah dalam undang-undang jenayah,
perniagaan, aspek kehidupan sosial dan politik. ABIM yang pada mulanya lantang
menyokong Islam dan demokrasi serta menentang ideologi UMNO telah turut
berpecah kerana kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO hingga menyebabkan
wujudnya kumpulan pro PAS dan pro UMNO. Walaubagaimanapun, penulis
menyatakan bahawa bekas pemimpin ABIM dan ahli ABIM yang menyertai politik

5
terus memperjuangkan ideologi cita-cita Islam melalui parti politik terutamanya
UMNO dan PAS.

6
Penulis artikel ini juga telah membincangkan mengenai gerakan sosial JIM dan
intelektual Pertubuhan Islamic Representative council (IRC). IRC ini terbentuk
melalui kumpulan belia yang ingin kembali kepada Islam, yang mana ianya dipelopori
oleh belia yang mendapat pendidikan dari negara Barat. Pertubuhan sosial JIM ini
sama seperti ABIM kerana banyak terpengaruh dengan intelektual gerakan Islam
dari luar. Menurut Mazlee Malik dalam artikel ini, JIM dipengaruhi dengan ideologi-
ideologi gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin di Mesir dan Iraq, Jamaat Islami di
Pakistan, dan gerakan Nursi dari Turki. Pertubuhan JIM ini menggunakan konsep
Jamaah dengan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama, yang mana mereka
percaya bahawa dakwah dan Islah perlu dikembangkan lebih dari pegajaran agama
yang lebih bersifat konvensional bagi tujuan kemanusian, kebebasan dan kehidupan
sosial yang lebih baik. Penulis juga telah menjelaskan tentang institusi pendidikan
yang berjaya ditubuhkan oleh JIM. Misalnya, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah
Menengah Islam Al-Amin serta Kolej Jaipetra. JIM juga telah berjaya menubuhkan
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) untuk golongan mahasiswa. Secara
amnya, pertububahan JIM ini dilihat kurang menonjol berbanding ABIM kerana
kedua-dua NGO ini aktif dalam masa yang lebih kurang sama.

Sehubungan itu, penulis juga telah membincangkan mengenai parti politik yang
mempunyai unsur-unsur reformis iaitu Parti Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali
sebagai PAS. PAS merupakan parti politik yang lebih dinamik mengikut persekitaran
sosial kerana berubah mengikut masa dan situasi sosial, yang mana PAS juga tidak
ketinggalan dalam gerakan kebangkitan Islam di Malaysia. Menurut Chandra
Muzaffar, PAS semasa fenomena kebangkitan semula Islam di Malaysia dilihat lebih
kompleks berbanding dengan gerakan-gerakan sosial lain. Ideologi dan intelektual
ahli-ahli PAS pada waktu itu tidak hanya terhad kepada pemikiran reformis, tetapi
turut mengandungi unsur-unsur tradisional. Penulis menyatakan PAS mempunyai
campuran ahli-ahli yang berideologi konservatif, moderate dan liberal. Terdapat juga
kumpulan progresif dalam PAS yang dirujuk sebagai ‘Egroginists.

Artikel ini juga telah membincangkan mengenai objektif dan kepimpinan PAS
khususnya selepas merdeka sehingga tercetusnya zaman kebangkitan Islam di
Malaysia. Misalnya menurut Amini Amir dalam artikel ini, Presiden kedua PAS iaitu
Burhanudin Helmi adalah seorang pengasas parti Hizbul Muslimi yang menyokong
ideologi kaum muda meskipun aktif dalam politik. Helmi telah digantikan oleh

7
Mohamd Asri Muda yang ketika itu PAS berkonflik mengenai ideologi antara
nasionalisma Melayu yang dibawa oleh beliau dengan ideologi Ikhwan Muslimin.
Namun selepas itu, Asri telah meletakkan jawatan sebagai presiden PAS munculnya
pemimpin-pemimpin baru dan Ulama’ yang lebih bersifat dan berfikiran reformis
seperti Yusof Rawa, Fadzil Noor, Abdul Hadi Awang, dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tambahan lagi, penulis telah menjelaskan PAS juga dipengaruhi dengan gerakan
revolusi Iran. Penulis juga menyatakan hubungan kerjasama PAS dengan gerakan
Islam Darul Arqam yang tidak bertahan lama kerana wujudnya konflik antara
mereka. Namun selepas konflik itu, PAS telah beralih bekerjasama dengan JIM dan
ABIM. Walaubagaimanapun, kemasukan Anwar ke dalam UMNO telah menyebabkan
berakhirnya kerjasama di antara PAS dan ABIM. PAS juga berjaya menubuhkan
institusi pendidikan sendiri dari peringkat rendah hingga peringkat pengajian
tertinggi.

Selain itu, penulis juga telah menjelaskan mengenai Al-Arqam yang ditubuhkan
pada tahun 1968 di kampung Datuk Keramat. Al-Aqram adalah organisasi yang
mefokuskan kegiatan dakwah, persekolahan, pertanian, perubatan, penerbitan an
ekonomi. Pada tahun 1978, beberapa tokoh pengasas bertindak keluar dari Arqam
kerana mendakwa amalan tarekat olehb Ustaz Ashaari. Konflik yang kedua pula
berlaku pada Jun 1986 apabila Ashaari didakwa mengamalkan tarekat yang berunsur
ajaran sesat. Gerakan Arqam yang bersifat progresif berjaya menerokai pelbagai
bidang seperti ekonomi, media, pendidikan, dan pertanian. Namun, pendidikan yang
dilaksanakan oleh Arqam telah diharamkan kerana perkembangan intelektual yang
ditonjolkan oleh Arqam bukan semata-mata melalui institusi pendidikan sahaja,
tetapi juga melalui media Arqam. Seterusnya, penulis juga telah membincangkan
tentang Jamaat Tabligh yang telah ditubuhkan sejak tahun 1950-an lagi di India
tetapi berkembang pesat di Malaysia. Namun, Jamaat Tabligh adalah sebuah
organiasi yang tidak formal dan mempunya struktur yang longgar. Menurut Chandra
Muzzafar, aktiviti dan kegiatan Jamaat Tabligh hanya dilakukan semasa waktu
lapang sahaja. Menurut Diana Wong dan Arfan Aziz dalam artikel ini, Pemimpin
Tabligh telah berjumpa dengan pemimpin Arqam iaitu Ustaz Ashaari bagi
mengembangkan pengaruh Jamaat Tabligh. Walaupun gerakan Tabligh ini dapat
menyaingi gerakan ABIM pada ketika itu, gerakan Tabligh dapat bertahan semasa
kejatuhan gerakan lain seperti ABIM, Arqam, dan JIM. Menurut penulis, terjadinya

8
konflik Jamaat Tabligh dengan PAS yang dilihat lebih kepada konflik Islam
kontemporari antara kumpulan Sufi dan Salafi.

Menurut penulis juga, perkembangan gerakan islam di Malaysia ini telah


menyebabkan pihak kerajaan memberi reaksi agar kerajaan dilihat lebih Islamik.
Antara pemimpin di dalam kerajaan yang mula menerima konsep yang lebih Islamik
ialah Dr. Mahathir Mohammad. Hal ini boleh dilihat apabila ABIM mengemukakan
memorondum pendidikan hasil dari pertemuan dengan Syed Muhammad Naquib al-
Attas untuk menyemak kembali dasar pendidikan Negara terutama dalam
mengukuhkan aspek-aspek Islam, Dr . Mahathir menerima baik memorandum
tersebut. Walaubagaimanapun, Dr. Mahathir mempunyai pemikirannya yang
tersendiri dalam memperjuangkan Islam di Malaysia. Beliau mengganggap pegangan
Islam yang Ortodox dan ekstrimis akan menjadi penghalang kepada kemajuan dan
modenisasi. Dr. Mahathir mengatakan bahawa beliau bukan seorangahli agama,
namun beliau menyatakan bahawa beliau adalah seorangpemimpin Muslim yang
mahu memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu Muslim yangg dilihat sebagai
gagal di bumi sendiri. Beliau banyak menyokong dasar-dasar intelektual berkaitan
dengan pembangunan Islam serta melakukan dasar-dasar luar yang pro-Islam
semasa era pentadbirannya. Antara sumbangan kerajaan yang boleh dilihat dalam
memertabatkan Islam pada era tersebut adalah dengan penubuhan pelbagai
institusi-institusi yang lebih Islamik seperti penubuhan Yayasan Ekonomi Islam
Malaysia, Tabung Haji, pengenalan sistem dinar emas, menaik taraf pusat-pusat
Islam, penubuhan Yayasan Dakwah Islam Malaysia(YADIM), dan penubuhan Institusi
Kefahaman Islam Malaysia(IKIM). Tambahan lagi, sumbangan penting kerajaan
jugaa adalah dengan mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah.
Penulis juga telah menyatakan Reaksi yang berlaku kepada kerajaan turut memberi
kesan intelektual kepada parti UMNO untuk tampil dengan imej yang lebih Islamik.
Malah, kemasukan bekas presiden ABIM, Anwar Ibrahim dan bekas ahli-ahli ABIM
yang lain ke dalam UMNO telah membantu UMNO dan kerajaan dilihat lebih Islamik
dengan pengenalan masyarakat Madani. Hal ini membantu pihak kerajaan dalam
menangkis persepsi bahawa kerajaan Malaysia bersifat sekular.

Ahkir sekali, kekuatan dalam artikel ini ialah penulis telah membuat analisis
krtikal mengenai perkembangan intelektual Muslim pasca Merdeka (1960-an-1990-
an). Penulis menyatakan bahawa perkembangan terhadap intelektual dan nilai-nilai

9
Islam di dalam sistem sosial yang berlaku adalah hasil daripada tekanan daripada
masyarakat sivil yang menginginkan kepada prinsip dan nilai-nilai Islam di dalam
kehidupan seharian mereka. Hal ini yang telah menyebabkan tercetusnya era
kebangkitan Islam di Malaysia pada sekitar era 1960an sehingga wujudnya Gerakan-
gerakan sosial seperti ABIM, JIM, PAS, Arqam dan Jamaat Tabligh penulis juga
menyatakan kebangkitan Islam di Malaysia ini bukan oleh faktor dalaman sahaja,
tetapi turut dipengaruhi oleh faktor luaran seperti gerakan Ikhwan Muslimin dari
Mesir, gerakan Jamaat Islami dari Pakistan dan kemudianya revolusi Iran pada tahun
1979. Tambahan pula, orang Melayu yang ketika itu banyak melanjutkan pelajaran
pada peringkat tertinggi sama ada di universiti-universiti tempatan atau pun
antarabangsa telah mewujudkan satu jaringan sosial di antara gerakan kebangkitan
Islam di Malaysia. Penulis juga telah menjelaskan Keinginan masyarakat Melayu
kepada kehidupan yang lebih Islamik telah menyebabkan kerajaan telah menerapkan
lebih banyak unsur-unsur Islam di dalam pentadbiran kerajaan Malaysia, yang mana
tokoh utama yang terlibat di dalam pengukuhan aspek dan nilai Islam di dalam
kerajaan pada era 1960an sehingga tahun 1990an adalah Mahathir Mohamad dan
Anwar Ibrahim yang kemudianya masing-masing menjadi Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri.

Manakala, kelemahan dalam artikel ini ialah penulis tidak menjelaskan apa yang
sebenarnya berlaku semasa peristiwa revolusi Iran pada tahun 1979 sehingga telah
memberi pengaruh yang besar terhadap kebangkitan Islam di Malaysia. Penulis
hanya menyatakan revolusi ini adalah salah satu sebab terhadap perkembangan
gerakan Islam di Malaysia. Kelemahan yang seterusnya adalah ‘konflik etnik di
Malaysia’. Dalam artikel ini penulis telah menyentuh perkara berkaitan konflik etnik
atau konflik perkauman, namun penulis tidak menyatakan konflik yang berlaku ini
disebabkan oleh kaum apa dan mengapa konflik tersebut tercetus sehingga telah
memberi kesan terhadap kebangkitan Islam di Malaysia. Selanjutnya, kelemahan
artikel ini juga ialah tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hubungkait antara
IRC dengan JIM. Tidak seperti perbincangan mengenai ABIM bersama PKPIM,
penulis telah menerangkan bahawa ABIM adalah lanjutan daripada perjuangan
PKPIM. Selain itu, kelemahan artikel ini ialah tentang penubuhan Kelab Rakan Siswa
Islam Malaysia (KARISMA). Penulis tidak menjelaskan tujuan sebenar KARISMA ini
ditubuhkan dan apa fungsinya kepada golongan mahasiswa. Akhir sekali, kelemahan
dalam artikel ini ialah penulis tidak menjelaskan perkara yang sebenar mengapa

10
terjadinya konflik antara PAS dengan Arqam sehingga telah menyebabkan hubungan
kerjasama antara parti PAS dengan Arqam yang bertujuan untuk menubuhkan
negara Islam tidak dapat bertahan lama sehinggakan PAS telah beralih kepada JIM
dan ABIM.

11
Secara keseluruhannya, Penulis menyatakan Perkembangan kebangkitan Islam
adalah disebabkan oleh tekanan masyarakat sivil yang ingin kepada Islam. Tekanan
ini menyebabkan tumbuh gerakan-gerakan sosial yang berjuang seperti ABIM, JIM,
Darul Arqam, PAS, dan Tabligh. Kebanyakkan gerakan-gerakan yang muncul ini
sebenarnya telah dipengaruhi oleh gerakan kebangkitan Islam dari luar seperti
Ikhwan Muslimin di Mesir, gerakan Jamaat Islami dari Pakistan dan kemudianya
revolusi Iran pada tahun 1979. Secara amnya, gerakan-gerakan Islam di Malaysia ini
telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan intelektual di Malaysia
kerana masing-masing berjaya menubuhkan intitusi pendidikan dari peringkat rendah
hingga ke peringkat tinggi. Walaupun ada di antara organisasi tersebut diharamkan,
misalnya seperti pendidikan yang dilaksanakan oleh Arqam telah diharamkan kerana
perkembangan intelektual yang ditonjolkan oleh Arqam bukan semata-mata melalui
institusi pendidikan sahaja, tetapi juga melalui media Arqam. Gerakan-gerakan ini
juga berjaya memberi kesan terhadap kerajaan Malaysia sehingga menyebabkan
kerajaan Malaysia melakukan polisi-polisi yang pro-Islam, mewujudkan dan
mengukuhkan institusi-intisusi yang berkaitan Islam serta menerapkan unsur-unsur
Islamik dalam pentadbiran kerajaan agar menangkis persepsi bahawa kerajaan
Malaysia bersifat sekular.

12

Anda mungkin juga menyukai