Anda di halaman 1dari 28

SET 1

KERTAS 3 SEJARAH
SOALAN 1

JELASKAN LATAR BELAKANG IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA / MAKSUD /


KONSEP

Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya


dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme telah berlaku sejak
Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi. Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila
kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Imperialisme
Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk
menguasai ekonomi dan mengubah sistem politik tanah jajahannya. Portugal mendahului kuasa
Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Tujuan awal imperialisme
Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah. Revolusi Perindustrian di Eropah
menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia
Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat.

SOALAN 2

FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME BARAT

Kedudukan Asia Tenggara begitu strategik kerana terletak di antara China dan India.
Kedudukan ini telah menarik minat imperalisme Barat untuk menguasainya kerana penguasaan
tersebut dapat menjamin pasaran yang luas.Selain tanahnya yang subur, Asia Tenggara juga
kaya dengan bahan mentah.

Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah sejak abad ke-17 telah
membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran .Ini
menyebabkan mereka memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten.Selain itu, mereka
memerlukan kawasan pasaran baru. Keadaan ini mendorong perluasan imperialisme yang lebih
pesat di Timur terutamanya di China,India dan Asia Tenggara.

China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat kerana berpotensi untuk dijadikan
pasaran yang luas bagi barangan mereka, manakala Negara-negara di Asia Tenggara menjadi
sasaran imperialisme Barat kerana kekayaan bahan mentahnya.

Perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara juga didorong oleh perkembangan dalam
sistem pengangkutan dan perhubungan.Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja
membolehkan muatan yang lebih banyak tetapi juga mempercepat perjalanan antara Barat
dengan Timur.Pembukaaan Terusan Suez pada tahun 1869 pula telah memendekkan perjalanan
di antara Barat dengan Timur. Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez
menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos. Penciptaan telegraf telah membawa
perubahan terhadap perhubungan antara Barat dengan Timur . Kuasa-kuasa imperialis dapat
memberikan arahan kepada pegawai-pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan
berkesan Begitu juga dengan ahli-ahli perniagaan di Barat , mereka dapat berhubung dengan
wakil-wakil mereka di Timur.Selain itu, urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan
antarabangsa menjadi lebih pesat.

Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan Negara-negara di Asia Tenggara menjadi


mangsa imperialisme mereka.Semakin luas tanah jajahan mereka, semakin tinggi sanjungan
yang diperoleh kuasa-kuasa Barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan
kekayaan kuasa Barat tersebut.

Slogan beban orang putih sering digunakan oleh kuasa-kuasa British dan Belanda dalam
menjalankan imperialisme . Kedua-dua kuasa ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan
bertamadun.Mereka berasa bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur kearah kehidupan
yang lebih sejahtera.Perancis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun.Ini
bermaksud mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.Mubaligh Kristian
juga berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada
penduduk di tanah jajahan.

Kesimpulannya, perkembangan yang berlaku di Barat telah membawa kepada


imperialisme di Asia Tenggara. Sejak Revolusi Perindustrian , pencapaian Barat dalam bidang
sains dan teknologi telah mendahului negara lain. Perkembangan ini telah meningkatkan
keyakinan orang Barat untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan.

SOALAN 3

PERUBAHAN POLITIK DI ASIA TENGGARA

Tanah Melayu

Sebelum kedatangan Barat , Tanah Melayu terdiri dari Negeri-Negeri Melayu, mengamalkan
Sistem Pembesar Empat Lipatan .Raja sebagai pemerintah kerajaan serta mengamalkan
undang-undang tempatan.Penaklukan Portugis meruntuhkan institusi raja.Semasa pemerintahan
Belanda , institusi beraja terus terhapus.

Selepas kedatangan British Negeri-Negeri Melayu dibahagikan kepada Negeri-negeri Selat


(NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NNMTB).Wujud pemusatan kuasa di bawah Pesuruhjaya Tinggi British.Sistem Residen dan
Penasihat British diperkenalkan.Tugas mereka menasihati Sultan dalam semua hal kecuali
agama Islam dan adat istiadat Melayu.Kuasa raja dan pembesar Melayu terjejas.Undang-undang
Barat diperkenalkan seperti Sistem Kehakiman Barat,Sistem Pengutipan Cukai dan balai polis
ditubuhkan.

Thailand

Birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.
Raja Mongkut telah membawa masuk 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai jabatan-
jabatan bagi melatih pegawai tempatan.Beliau melantik penasihat kewangan , pelabuhan dan
polis dari negara Britain.Penasihat Kastam dari Amerika Syarikat.Penasihat Ketenteraan dari
Perancis.

Raja Chulalongkorn pula memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat


Tinggi dan Kabinet Menteri.Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam pembendaharaan
negara.Kesan sistem birokrasi ini telah munculnya golongan pentadbir berdasarkan tahap
pendidikan mereka. Pada 1932 , Sistem Raja Berperlembagaan telah diperkenalkan bagi
menggantikan sistem raja berkuasa mutlak.

Oleh itu pengaruh pembesar tradisional dan istitusi raja berkurangan.Strategi ini
membolehkan Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya.

Burma

Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah


Dinasti Konbaung.Raja jadi ketua pemerintah dan penaung kepada Sami Buddha.Raja dibantu
oleh Hluttaw atau Majlis Diraja.Diperingkat pusat ada Wun ( pegawai tinggi kerajaan).Peringkat
Bandar ada ketua Bandar (Myothugyi).Ada pegawai diraja (Agmudan).Peringkat pentadbiran
daerah diketuai oleh pembesar tradisional (Athi).

Selepas kedatangan British, Dinasti Konbaung dan institusi beraja berakhir.Pesuruhjaya


Tinggi menjadi pemerintah tertinggi.British perkenalkan Akta Kg Ulu Burma 1887 dan Akta
Perkampungan Burma 1889 .Sistem pentadbiran tradisional terhapus. Pegawai Bandaran (Myo-
ok) mengetuai pentadbiran daerah.Undang-undang Barat diperkenalkan.Undang-undang Barat
menaungi Sami Buddha.Pengaruh golongan agama merosot. Majlis Perundangan
diperkenalkan.Pegawai-pegawai British mengetuai biro-biro.Jabatan-jabatan ditubuhkan seperti
Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran.

Filipina

Sebelum kedatangan Sepanyol , wujud daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai


barangay yang diperintah oleh golongan datu.Di Selatan Filipina wujud kerajaan
Islam.Mengamalkan undang-undang tempatan.

Selepas kedatangan Sepanyol, wujud sistem kerajaan pusat yang diketuai oleh Gabenor
Jeneral .Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah Sistem Encomienda yang diketuai oleh
Encomiendaro yang berperanan menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan
penduduk barangay.Sistem ini dibenci penduduk kerana mengenakan cukai yang tinggi dan
mengadakan kerahan tenaga.Penyatuan barangay menyebabkan sistem pemerintahan
tradisional merosot.

Indonesia

Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada kerajaan-kerajaan yang


berasingan seperti Mataram dan Bantam di Jawa.Setiap kerajaan diketuai oleh raja dan dibantu
oleh pembesar yang dikenali sebagai bupati di Jawa.

Selepas kedatangan Belanda,wujud pentadbiran pusat yang diketuai oleh Gabenor


General dan pentadbiran tempatan diketuai oleh pembesar tempatan dengan pengawasan
pegawai Belanda.Jabatan-jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan
Pertanian.Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda dan Volskraad
(Majlis Rakyat) tetapi kuasa masih ditangan Belanda.

Indochina

Sebelum kedatangan Perancis, terdiri daripada beberapa kerajaan berasingan yang


diketuai oleh raja berkuasa mutlak.Pemerintahan berasaskan birokrasi tradisional (Vietnam
Tua).Golongan Mandarin merupakan ketua birokrasi tradisional.

Selepas kedatangan Perancis, wujud kerajaan pusat dengan menubuhkan Union


Indochinoise 1887 yang diketuai oleh Gabenor General.Merupakan Persekutuan IndoChina yang
disertai oleh Vietnam,Kemboja dan Loas.Undang-undang diluluskan oleh Parlimen
Perancis.Kerajaan pusat tidak mencampuri pentadbiran tempatan tetapi perlu bayar cukai dan
menyediakan kerahan tenaga kepada pihak Perancis.
SOALAN 4

PERKEMBANGAN NASIONALISME/ TAHAP PERKEMBANGAN / CIRI-CIRI/ TAHAP-TAHAP


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua tahap


iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Pada tahap pertama merupakan penentangan masyarakat
secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak berorganisasi. Selain itu, pada tahap ini
berfokus kepada isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan
gerakan nasionalisme. Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan
pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat. Mereka lebih menekankan kesedaran
politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki. Secara
umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.

Manakala pada tahap kedua pula gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan
berorganisasi. Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat
sederhana gagal. Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan
serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat yang mana
mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan
negara. Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya
membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

PERBANDINGAN TAHAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA.

Perkembangan tahap pertama nasionalisme di Asia Tenggara lebih bersifat penentangan


masyarakat sederhana dan setempat sebagai contoh, perjuangan Penghulu Dol Said di Naning
sahaja tidak menyeluruh ke Negeri Sembilan. Manakala penentangan tahap kedua lebih radikal.
contohnya, di Filipina. Katipunan yang dipimpin Andres Bonaficio mengadakan revolusi
bersenjata menentang Sepanyol. Perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara
tidak berorganisasi contohnya penentangan Raden Adjeng Kartini di Indonesia. Manakala di
tahap kedua berorganisasi sebagai contoh, pada tahap kedua perkembangan nasionalisme,
tertubuhnya parti Katipunan di Filipina. Nasionalisme tahap pertama juga lebih kepada
menerapkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk tempatan.

Pada tahap pertama, isu-isu yang dimainkan pihak nasionalis adalah berkaitan isu-isu
kebudayaan, agama dan pengembalian hak-hak peribumi. Contohnya Raden Adjeng Kartini
melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang yang menggarapkan kemajuan pendidikan untuk
kaum wanita di Indonesia. Pada tahap kedua, mereka lebih kepada menekankan tindakan
politik seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia yang
lantang menuntut kemerdekaan Indonesia daripada Belanda.Kesimpulannya, gerakan
nasionalisme di Asia Tenggara muncul akibat daripada kegiatan penjajah Barat yang menjarah
hasil mahsul serta menjadikan pembesar-pembesar serta pentadbiran tradisional merosot dan
terhapus

KESAN IMPERIALISME BARAT DI ASIA TENGGARA KE ATAS

Politik

Kesan imperialisme Barat ke Asia Tenggara dapat dilihat melalui penubuhan Kerajaan
Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan. Selain itu Gabenor Jeneral dilantik
sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan. Kesan lain dapat dilihat melalui pengenalan Undang-
undang Barat seperti Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889.
Pelaksanaan pentadbiran melalui Biro (jabatan) dan pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro.
Contohnya Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan juga merupakan kesan
imperialisme barat di Asia Tenggara. Selain itu, pengenalan Sistem Penasihat iaitu Residen
British dan Penasihat British yang berperanan menasihati sultan dalam semua perkara kecuali
hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Majlis Perundangan dan sistem kehakiman
barat seperti Undang-undang sistem pengutipan cukai turut diperkenalkan. Tambahan lagi,
pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan kuasa Eropah menyebabkan kekuatan mereka
diiktiraf oleh pemimpin tempatan. Malah, kesan dapat dilihat dengan wujudnya Syarikat
Berpiagam, contohnya Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menguasai perdagangan termasuk di
Asia Tenggara

Ekonomi

Kesan imperialisme Barat ke atas ekonomi Asia Tenggara dapat dilihat apabila Asia
Tenggara terpaksa berperanan sebagai pembekal bahan mentah kepada keperluan industri
masyarakat Eropah. Selain itu ekonomi peribumi distruktur untuk manfaat penjajah, contohnya di
Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah dikomersialkan bagi
memastikan bahan tersebut memenuhi keperluan mereka di Eropah. Pusat perdagangan di
Melaka dan jalan perdagangan diambil alih oleh orang Eropah daripada pedagang Islam juga
merupakan kesan imperialisme Barat. Selain itu juga buruh tempatan dieksploitasi untuk bekerja
di ladang getah, contohnya sistem tanaman paksa di Jawa. Kesan imperialisme Barat turut dirasai
apabila pengenalan sistem cukai baru telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk
tempatan sehingga membawa kepada penentangan, misalnya kebangkitan Tok Janggut di
Kelantan

Sosial
Kesan imperialisme Barat ke atas sosial dapat dilihat melalui kemerosotan pengaruh
golongan agama dalam kalangan penduduk tempatan. Hal ini mengakibatkan masyarakat
menerima agama Kristian dan seterusnya telah menghapuskan tamadun tempatan serta
mewujudkan masyarakat baru. Selain itu, masyarakat tempatan turut terpengaruh dengan gaya
hidup orang Eropah contohnya cara berpakaian. Pengenalan sistem pendidikan Vernakular
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil di Tanah Melayu turut menyebabkan perpaduan kaum sukar
dibentuk. Selain itu juga, pendidikan Inggeris dikhaskan kepada golongan bangsawan di bandar
menyebabkan penduduk luar bandar terus ketinggalan dan buta huruf. Kesan lain adalah
kemasukan buruh luar terutama dari China dan India dan telah melahirkan masyarakat majmuk
contohnya di Tanah Melayu. Penjajah juga mengamalkan diskriminasi ekonomi yang
menyebabkan penduduk tempatan kekal terlibat dalam ekonomi sara diri dan hidup dalam
kemiskinan.

SOALAN 5

APAKAH PERUBAHAN YANG DILAKUKAN OLEH KUASA BARAT DI TANAH YANG


DIJAJAH?

Perubahan yang dilakukan oleh kuasa barat di tanah yang dijajah ialah dari segi politik
ialah kuasa barat telah mengurangkan pengaruh raja dan golongan bangsawan disamping itu,
pemerintahan telah diambil alih oleh pegawai barat. Hal ini bertujuan untuk memudahkan mereka
menguasai pentadbiran di tanah yang dijajah seperti di Tanah Melayu. Pengurangan pengaruh
ini menyebabkan jawatan pembesar tradisional terhapus dan raja hanya berperanan dalam
urusan agama dan adat istiadat Melayu sahaja. Selain daripada itu, barat juga telah
memperkenalkan undang-undang barat. Pengenalan undang-undang ini telah melicinkan
pentadbiran barat di tanah jajahan.

Dari segi ekonomi pula, barat telah mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyat
tempatan. Pengenalan cukai ini telah menyukarkan penduduk tempatan untuk menjalankan
urusan seharian seperti yang berlaku di Terengganu. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan masyarakat setempat. Barat juga telah memperkenalkan dwiekonomi yang
memberi keuntungan kepada barat dengan penguasaan yang meluas terhadap ekonomi tanah
jajahan.

Dari segi sosial, barat juga telah melakukan kerahan tenaga ke atas penduduk tempatan.
Hal ini dapat dilihat dengan pengenalan sistem Polo di Filipina. Selain daripada itu, barat juga
telah memperkenalkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu dan mewujudkan sistem
pendidikan vernacular untuk memecahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Tanah
Melayu. Kemasukan barat telah menyebabkan pengaruh golongan agama merosot kerana
pegawai barat menguasai pentadbiran.

BERDASARKAN PENGETAHUAN SEJARAH ANDA, MENGAPAKAH SISTEM BIROKRASI


BARAT TIDAK DISAMBUT BAIK OLEH PENDUDUK TEMPATAN. @
MENGAPAKAH SISTEM BIROKRASI BARAT TIDAK DITERIMA OLEH PENDUDUK
TEMPATAN.

Sistem birokrasi barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan kerana pegawai barat
telah mengambil alih sistem pemerintahan tempatan.Selain itu, mereka telah campur tangan
dalam adat resam tempatan dan agama. Manakala pegawai kerajaan terdiri daripada orang barat.
Tambahan pula, birokrasi barat telah menghapuskan sistem tradisional.

Pengenalan birokrasi barat telah meyebabkan berlaku kerahan tenaga kepada penduduk
tempatan, contoh yang berlaku di Filipina (sistem Polo) dan Indonesia. Hasil bumi tempatan
dimonopoli oleh penjajah. Penjajah barat telah memperkenalkan sistem cukai yang menekan
penduduk. Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan bertentangan dengan amalan
tradisional penduduk. Penduduk dikongkong dengan pelbagai peraturan, contohnya pengenalan
sistem tanah yang dilakukan di Terengganu. Penjajah barat juga memberikan layanan yang berat
sebelah, contohnya di Filipina, Sepanyol menganggap agama kristian yang dianuti oleh penduduk
Filipina adalah kelas kedua.

Manakala dalam sistem pendidikan pula, penduduk tempatan tidak diberi peluang
mendapat pendidikan tinggi contohnya di Tanah Melayu. Hanya golongan elit dan bangsawan
berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Penduduk tempatan tidak dibenarkan terlibat dalam
kegiatan ekonomi dagangan. Penjajah barat juga telah menyebarkan agama kristian dalam
kalangan penduduk tempatan sedangkan penduduk telah mempunyai agama mereka sendiri.

GERAKAN NASIONALISME BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT


SETEMPAT. BINCANGKAN.

Antara manfaat gerakan nasionalisme kepada masyarakat setempat ialah dapat


mewujudakan semangat saling bekerjasama dan bertolenrasi antara satu sama lain dalam
menyelesaikan sebarang masalah terutama yang berkaiatan dengan masyarakat dan negara.
Hubungan yang erat dan saling bekerjasama dan bertolak ansur membolehkan maju dan
membangun mengikut acuan mereka sendiri.

Masyarakat setempat dapat hidup bebas dan mengamalkan agama, kebudayaan serta
adat resam masing-masing. Ini membolehkan masyarakat terus kekal hidup dalam keadaan
aman harmoni tanpa mengira agama dan bangsa.

Gerakan nasionalisme dapat membentuk jati diri yang kukuh dalam diri individu dan
masyarakat setempat. Individu dan masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh dapat
meningkat kan potensi kecemerlangan diri demi negara yang dicintai dan seterusnya dapat
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Gerakan nasionalisme yang menentang
pengaruh kuasa barat boleh mengekalkan sistem pemerintahan dan budaya masyarakat
setempat
Gerakan nasionlisme inilah membolehkan keutuhan, kedaulatan dan maruah Negara
diperolehi semula. Masyarakat setempat mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada
cengkaman penjajah adalah hasil gerakan nasionalisme. Contohnya seperti Negara-negra di
Asia Tenggra iaitu Malaysia, Filipina, Indonesia, Burma, Vietnam dan Indo China.

Gerakan nasionalisme dapat mempertahankan tanahair daripada terus dijajah, Ini


membolehkan masyarakat dapat menikmati kekayaan hasil bumi mereka. Mereka tidak akan
ditindas dan tenaga mereka tidak akan diperas/kerah oleh kuasa asing seperti mana yang telah
berlaku di Filipina dan Indonesia melalui sistem polo dan sistem tanaman paksa yang
diperkenalkan oleh penjajah.

Selain itu, gerakan nasionalisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan
negara. Dengan wujudnya gerakan nasionalisme, masyarakat setempat akan bekerja kuat untuk
memajukan negara. Maereka juga juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat
menyumbang ke arah pembangunan Negara dan akan menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan
seterusnya negara akan terus maju.

HUBUNGKAIT PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT DI ASIA TENGGARA DENGAN


CORAK PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA HARI INI
Hubungkait pengenalan sistem birokrasi barat di Asia Tenggara dengan corak
pentadbiran negara Malaysia hari ini ialah pentadbiran negara menjadi lebih sstematik dan licin.
Contohnya negara kita mempunyai Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri sebagai
ketua kerajaan. Pengagihan tugas melalui kementerian atau jabatan dilaksanakan bagi
melicinkan pentadbiran.

Selain itu, rakyat diberi peluang memilih pemimpin melalui pilihan raya kerana negara kita
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Di samping itu, melalui pengenalan sistem raja berperlembagaan, negara kita


mempunyai Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Negara.

Seterusnya penubuhan kerajaan pusat menyebabkan Malaysia mempunyai kerajaan


Persekutuan sebagai pusat pentadbiran dan dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk negeri-negeri di
Malaysia.

Pengenalan undang-undang bertulis pula menjadi panduan untuk mewujudkan


perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia. Perlembagaan atau
undang bertulis ini menjadi panduan kepada pemimpin dalam menjalankan pemerintahan
negara.

Pengenalan birokrasi barat juga telah menyebarkan budaya barat di Malaysia. Budaya
barat mempengaruhi protocol dalam pentadbiran negara.
PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH BENTUK PENJAJAHAN BARU YANG MELANDA
MASYARAKAT SEKARANG @
PENJAJAHAN BENTUK BARU BOLEH MENGGUGAT KEDAULATAN NEGARA
MALAYSIA.BERIKAN PENDAPAT ANDA.

Penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat kedaulatan negara Malaysia ialah
penjajahan minda. Hal ini berlaku melalui penyebaran budaya barat yang bebas seperti
liberialism, seks bebas, muzik dan dadah.
. Begitu juga dengan penerapan budaya asing sama ada secara langsung atau tidak
langsung berlaku dalam masyarakat Malaysia terutama dalam kalangan generasi muda.
Contohnya mereka terpengaruh dan leka dengan hiburan melalui filem, iklan dan media sosial
serta penyalahgunaan dadah yang menggugat jati diri bangsa dan negara.
Penerapan budaya asing juga menyebabkan mereka gemar mengamalkan budaya
hedonime dan ideology ekstrimesis .Hal ini menyebabkan terhakisnya nilai ketimuran dan
keruntuhan akhlak generasi muda.
Selain itu, penjajahan bentuk baru juga berlaku dalam bidang ekonomi. Kegawatan
ekonomi memberi peluang negara maju/kaya menguasai sistem kewangan negara yang lemah.
Serangan mata wang menyebabkan negara itu jatuh miskin dan menanggung hutang yang
banyak. Negara yang menjadi mangsa terpaksa membuat pinjaman dengan IMF.
Penjajahan bentuk baru juga berlaku apabila negara maju seperti Amerika Syarikat dan
China telah menguasai ekonomi negara melalui bantuan dana asing.Hal ini menyebabkan negara
kita terpaksa tunduk kepada syarat dan peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh kuasa
besar .
Sekatan ekonomi oleh kuasa besar juga merupakan penjajahan yang menindas negara
yang lemah. Sekatan ini dianggap sebagai tindakan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan
kepada rakyat yang tidak bersalah. Tiada urusan dagangan dan kewangan atau perbankan
seperti yang dikenakan terhadap Iran dan Quba.
Perjanjian pelaburan yang berat sebelah menyebabkan pemodal asing menguasai
ekonomi tempatan. Harga barangan tempatan seperti getah, minyak dan gas asli ditentukan oleh
kuasa besar.
Pelaksanaan penjajahan bentuk baru berlaku melalui era globalisasi. Globalisasi ialah
cara untuk meluaskan pengaruh kapitalis barat ke negara dunia ketiga. Barat menguasai
perdagangan, perindustrian, teknologi dan pendidikan. Kuasa barat mengawal pasaran, ekonomi
dan mengaut untung melaui pelaburan di negara tersebut. Hal ini sudah pasti dapat menggugat
kedaulat sesebuah negara.

SOALAN 6
CARA-CARA/ LANGKAH-LANGKAH/ USAHA-USAHA UNTUK MENGEKALKAN
KEDAULATAN NEGARA

Antara cara mengekalkan kedaulatan negara ialah Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali
dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar.
Contohnya Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di Selatan Thailand selaras
dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara. Malaysia juga turut membantu
membangunkan negara Iraq yang musnah kesan peperangan. Melalui dasar ini, dapat membantu
mengekalkan kedaulatan negara.

Seterusnya negara mesti mempunyai pemimpin yang cemerlang. Pemimpin yang cemerlang
ialah seorang yang amanah dalam memikul tanggungjawab sebagai salah seorang individu yang
terpenting dalam tampuk pemerintahan negara. Contohnya, tidak menyalahgunakan kuasa yang
ada untuk kepentingan diri sendiri mahupun ahli keluarga. Sebaliknya seorang pemimpin harus
memberi keutamaan kepada rakyat. Hal ini kerana rakyat telah memberi kepercayaan dan
harapan yang tinggi kepada pemimpin bagi mentadbir negara dengan adil dan saksama.
Pentadbiran yang berjaya akan mengekalkan kedaulatan negara yang sekian lama dikecapi.

Selain itu, pemimpin perlu memupuk semangat partiotisme dalam kalangan rakyat di negara
ini. Rakyat perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kerana mereka yang
berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk
memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik oleh rakyat di negara ini. Selain
itu, perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang
penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa
pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing. Dengan cara ini,
dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara ini dan kedaulatan
negara dapat dikekalkan.

Bagi mengukuhkan kedaulatan negara, rakyat di negara ini harus mengenali dan
menghormati lambang-lambang negara. Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh
semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan
bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur
Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Ketika menyanyikan lagi Negaraku,
kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan
negara.

Selain itu, kita mesti setia dan sayang akan negara. Caranya ialah dengan mentaati raja dan
pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita juga harus mempertahankan maruah dan
bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan
kemerdekaan negara. Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan
negara serta cara mengatasinya supaya kedaulatan negara dapat dikekalkan.

Cara seterusnya bagi mengekalkan kedaulatan negara ialah memupuk semangat kekitaan
dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Semangat kekitaan
dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur antara masyarakat. Kita haruslah
sanggup bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup. Sifat bersatupadu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting
untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa
atau kaum sendiri. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong
dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di negara ini. Hal ini penting bagi memastikan
negara kekal berdaulat.

Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara.
Rakyat yang rajin dan gigih akan dapat meningkatkan ekonomi negara sekaligus taraf hidup
mereka. Mereka harus berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan
kerajaan setiap masa. Rakyat juga harus tabah menghadapi cabaran atau transformasi dalam
negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Contohnya ketika kegawatan ekonomi 1998,
rakyat Malaysia telah bersatu padu serta menggembleng tenaga untuk memajukan semula
ekonomi negara. Dengan adanya rakyat yang gigih dan produktif, maka kedaulatan negara dapat
dikekalkan.

JELASKAN KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI OLEH NEGRA KITA SELEPAS


KEMERDEKAAN.

Malaysia telah mencapai banyak kejayaan yang membanggakan rakyat dan Negara sejak
mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Dari aspek politik, Malaysia berjaya
mengekalkan kestabilan politik negara, sehingga terpilih menjadi tuan rumah persidangan dan
program antarabangsa anjuran ASEAN, OIC, Komanwel.Seperti penganjuran Sukan SEA 2017,
Sukan Komanwel dan F1, MotoGP serta Majlis Musabaqah Al-Quran peringkat antarabangsa.
Kejayaan program-program tersebut membuktikan kecekapan pengurusan yang tinggi. Malaysia
juga ada pemimpin yang berwibawa yang dikenali di mata dunia seperti Tunku Abdul Rahman
yang menentang Dasar Aparthied di Afrika Selatan dan Setiausaha Agong OIC yang pertama.
Tun Abdul Razak juga tokoh hebat yang memperkenalkan konsep ZOPFAN.

Selepas merdeka, ekonomi negara kita juga pesat membangun. Kejayaan sebagai
pengeluar utama getah, kelapa sawit dan koko dunia. Perindustrian berkembang maju sehingga
menjadi pengeluar sarung tangan dan barangan elektronik dunia. Negara kita juga mempunyai
syarikat dan bank internasional seperti Petronas, Felda dan Maybank.Rakyat dan negara juga
meraih pendapatan yang tinggi. Lebih membanggakan bila kereta nasional Malaysia Proton Saga
berjaya dikeluarkan. Kejayaan penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) juga menjadikan
Malaysia berkembang maju dalam ICT untuk bersaing di era globalisasi.

Kejayaan negara juga boleh diukur melalui pembinaan mercu tanda negara seperti KLIA,
KLCC dan Putrajaya.Nama-nama rakyat Malaysia harum di persada dunia dalam pelbagai
bidang. Juara dunia Dato Nicol David dalam sukan squash, Lim Chong Wei dalam sukan
badminton. Kehebatan mengibarkan Jalur Gemilang di Gunung Everest, keberanian mengelilingi
dunia dalam pelayaran solo Dato Azhar Mansur.Kejayaan Dato Sheikh Muzaffar Shukor
angkasawan pertama Malaysia ke ISS 2007.

Penglibatan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan juga turut menjadi
kayu ukur kejayaan negara di arena antarabangsa seperti misi ke Somalia 1993-1994,
Kampuchea 1991-1994 serta bantuan Tsunami Acheh 2004.
Malaysia juga unik dan berjaya mengekalkan institusi beraja dalam pemerintahan Raja
Berpelembagaan.Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang masih utuh sejak 1957
masih kekal sehingga kini turut membuktikan kejayaan Malaysia dalam mempertahankan
kedaulatannya. Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh negara dari aspek politik, ekonomi dan
sosial amat membanggakan rakyat Malaysia.

RASIONALKAN KEISTIMEWAAN ASIA TENGGARA YANG MENARIK MINT IMPERIALISME


BARAT JELASKAN.

(KEHENDAK SOALAN: JELASKAN ALASAN MUNSABAH YANG MENDASARI


KEISTIMEWAAN ASIA TENGGARA)

Asia Tenggara memang menjadi tumpuan imperialis Barat.Antara negara Asia Tenggara
yang mempunyai pelbagai keistimewaan dan menjadi tarikan penjajah Barat ialah Tanah Melayu,
Indonesia, Filipina, Burma dan Indo China serta Thailand.Penjajah Barat seperti British, Belanda,
Perancis dan Sepanyol berminat dengan negara Asia Tenggara (AT) kerana kedudukan Asia
Tenggara yang strategik. Asia Tenggara menjadi laluan perdagangan antara China dan
India.Kapal dari negara lain seperti China dan India akan datang berdagang dengan mudah
seperti pedagang dari China dengan membawa barangan tembikar.

Asia Tenggara juga istimewa dan menjadi tarikan imperialis Barat kerana mempunyai
tanah yang subur. Imperialis Barat mula membuka kawasan baru untuk aktiviti pertanian seperti
peladangan getah di Tanah Melayu dan Indonesia serta ladang tebu di Filipina.Hasil-hasil
peladangan ini akan dibawa ke Barat untuk keperluan Revolusi Perindustrian.

Asia Tenggara juga kaya dengan bahan mentah. Bahan mentah seperti bijih timah dari
Tanah Melayu dan Indonesia diperlukan dalam sektor perindustrian di Eropah sejak abad ke-17
untuk industri mengetin makanan. Atas dasar Revolusi Perindustrian ini, mendorong imperialis
Barat memerlukan bekalan bahan mentah secara konsisten. Mereka tertarik dengan Asia
Tenggara kerana Asia Tenggara turut membekalkan kayu jati dari Thailand dan Burma serta tebu
dan kelapa dari Filipina untuk misi perindustrian di Eropah.

Asia Tenggara juga istimewa di mata imperialis Barat kerana dapat menjadi kawasan
pasaran baru barang-barang industri dari Barat. Ini bertepatan dengan suasana kepesatan
Revolusi Perindustrian di Eropah. Hasil perindustrian dapat dipasarkan di negara-negara Asia
Tenggara yang dijajah. Selain itu, barang-barang industri ini turut disasarkan untuk dipasarkan
ke China dan India melalui aktiviti pedagangan pedagang China dan India yang datang
berdagang ke negara-negara Asia Tenggara. Disebabkan faktor tarikan di Asia Tenggara yang
banyak, maka imperialis Barat berebut-rebut dan bersaing sesama sendiri untuk menjajah dan
menguasai negara-negara Asia Tenggara untuk kepentingan mereka.Mereka menggunakan
pelbagai slogan seperti Beban Orang Putih dan Tugas Menyebarkan Tamadun untuk menguasai
Asia Tenggara.Selain itu pembukaan Terusan Suez turut memberi kesan kepada penjajahan
Barat ke Asia Tenggara kerana imperialis Barat mudah sampai ke Asia Tenggara.Terusan Suez
dapat memendekkan perjalanan antara Barat dan Timur.

Ditambah pula dengan penggunaan kapal wap yang lebih selamat, boleh mengisi muatan
yang lebih untuk mengangkut bahan mentah dari Asia Tenggara.

MENGAPAKAH SEMANGAT NASIONALISME MASYARAKAT HARI INI SEMAKIN LUNTUR.


BERI PENJELASAN ANDA.

Punca-punca utama yang menyebabkan masyarakat hari ini kurang tersemai semangat
nasionalisme dalam diri kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Mereka tidak merasai pahit maung yang
dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela,
Rentap dan lain- lain lagi. Masyarakat khususnya generasi muda dilahirkan semasa negara
dalam keadaan aman damai sewaktu negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan yang amat pesat. Kemewahan dan kesenangan hidip yang dirasai dan dialami
inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat
nasionalisme dalam diri mereka. Pemahaman dan penghayatan terhadap sejarah tanah air dan
penghayatan terhadap asas-asas kenegaraan yang cetek dan longgar turut menjadi punca
lemahnya semangat nasionalisme mereka.

Selain itu, semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat semakin terhakis adalah
kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan semangat nasionalisme pada masa hadapan.
Hal ini disebabkan masyarkat lebih fokus kepada usaha untuk mengumpul kekayaan dan
kemewahan hidup. Contohnya memiliki hartanah dan kenderaan. Selain itu sikap lebih
mengagung-agungkan ideologi Barat menyebabkan mereka lebih menitikberatkan hal ini dan
mengabaikan perasaan cinta dan mempertahankan negara, contohnya ideologi sekularisme.

Sehubungan dengan itu juga generasi muda juga kurang ditekankan tentang semangat
nasionalisme di sekolah kerana sistem pendidikan di negara yang beroreantasikan peperiksaan.
Hal ini demikian genarasi muda perlu menghabiskan masa dengan menelaaah buku-buku
akademik daripada memikirkan soal nasionalisme contoh peperiksaan SPM, SPTM dan
peperiksaan di Universiti-universiti.

Selain itu kempen kesedaran tentang pentingnya semangat nasionalisme juga didapati
kurang berkesan dan tidak meluas. Kempen ini sepatutnya dijalankan diseluruh ceruk rantau
negara kita melibatkan semua generasi muda, contohnya penglibatan generasi muda dalam
Program Hari Belia Negara perlu dilaksanakan di semua peringkat sama ada daerah, negeri dan
peringkat negara. Generasi muda juga kurang didedahkan dengan pengetahuan sejarah dan
latar belakang sejarah bangsa mereka. Mereka hanya mempelajari sejarah tertentu mengikut
sukatan pelajaran sistem pendidikan tanpa menghayati sejarah tersebut.

Sehubungan dengan itu juga kehidupan masyarakat kini kurang menekankan nilai-nilai
kolektif dalam kehidupan seharian. Contohnya terlibat dengan aktiviti kejiranan dalam program
perpaduan. Cabaran globalisasi turut menyumbang kepada kemerosotan semangat patriotisme.
Proses globalisasi menyebabkan berlakunya asakan liberalisasi dalam kehidupan masyarakat
hari ini. Falsafah liberalisme mendukung konsep kebebasan individu tanpa kekangan sehingga
menyuburkan nilai individualistik, materialistik dan budaya hedonisme dalam kalangan generasi
muda. Generasi muda juga lebih mementingkan kehidupan yang invidualistik. Kesibukan
menghadapi cabaran dunia globalisasi ini menyebabkan mereka lebih ghairah dengan gaya hidup
mewah daripada memikirkan aspek-aspek pemuafakatan dan terlibat secara aktif sebagai
sebahagaian daripada anggota masayarakat.

Selain itu, kemajuan ekonomi dan pelbagai kemajuan sosial, kemajuan internet dengan
pelbagai bentuk media sosial, lambakan pelbagai barangan berjenama bersifat global serta
lambakan pelbagai bentuk hiburan yang bersifat global menjadikan masyarakat alpa tentang
kepentingan semangat nasionalisme serta peranan dan tanggungjawabnya mereka terhadap
masyarakat dan negara.

KEHADIRAN PENJAJAH BARAT TELAH MENINGGALKAN BANYAK KESAN TERHADAP


NEGARA YANG DIJAJAH. BUKTIKAN

Kehadiran penjajah barat ke atas negara-negara Asia Tenggara telah meninggalkan


kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pentadbiran yang dahulunya dikuasai
pembesar tempatan telah diambil alih oleh penasihat dan pentadbir barat. Imperialisme Barat
mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkenalkan undang-undang barat dengan
memaksa pemimpin tempatan menerima undang-undang mereka. Pemerintah colonial barat
berpendapat system pentadbiran masyarakat pribumi sudak lapuk dan ketinggalan zaman.
Buktinya British memperkenalkan Akta Perkampungan Burma dan Akta Ulu Burma. Kesannya
pentadbiran tradisional telah lenyap. Lebih parah lagi, wujud persaingan antara kuasa-kuasa
barat dalam usaha mereka untuk mendapatkan tanah jajahan baru. Persaingan ini diselesaikan
dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing. Hal ini menyebabkan negara yang
dijajah terpaksa menerima sistem birokrasi barat. Buktinya Sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen yang diamalkan di negara kita pada hari ini merupakan salah satu daripada warisan
sistem pentadbiran barat.

Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara juga telah merubah keadaan ekonomi negara yang
dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara
besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda
telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka
seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh
muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi
masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan
pihak Belanda Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah
kepada sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru
seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian
juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak
kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan
India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak mencukupi.

Seterusnya dari segi sosial, kuasa barat telah memperkenalkan sistem pendidikan barat
dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa
pengantar. Contohnya golongan priyayi diasingkan daripada anak orang kebanyakkan. Sikap
pilih kasih yang diamalkan oleh penjajah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat
tempatan. Buktinya lepasan sekolah inggeris sahaja yang diberikan peluang pekerjaan
berbanding sekolah Vernakular. Hal ini telah menyukarkan perpaduan dalam kalangan rakyat
walaupun negara telah mencapai kemajuan. Dasar terbuka kuasa-kuasa barat yang membuka
peluang kepada warga asing untuk datang berkerja di sektor perlombongan dan perladangan
telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara-negara Asia Tenggara.

APAKAH KESAN KEJAYAAN NEGARA KITA DALAM MENGEKALKAN KEDAULATAN


NEGARA HINGGA HARI INI.

Antara kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil kedaultan negara ialah terbinanya
mercu tanda mercu tanda yang menjadi kebanggaan Negara. Contohnya Menara Berkembar
Pertonas Kuala Lumpur. (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Jambatan Pulau Pinang, Litar Sepang
dan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Mercu tanda ini dibina hasil kemajuan sains dan
teknologi serta kemahiran yang diperoleh rakyat negara ini setelah terbinanya sebuah Negara
bangsa yang teguh seperti Kerajaan Malaysia. Kebijaksanaan pemimpin yang menerajui Negara
ini juga membolehkan mercu tanda ini dibina. Pembinaan mercu tanda ini telah menjadikan
Negara ini terkenal seantero dunia.

Seterusnya kedaultan negara Malaysia membolehkan agenda pembangunan negara


berlaku dengan lebih pantas. Kemajuan ini termasuklah dalam bidang perhubungan dan
pengangkutan. Antara kemajuan dalam sistem pengangkutan adalah seperti pembinaan Transit
Aliran Ringan (LRT), MRT dan Monorail. Selain itu, sistem pengangkutan tambang murah seperti
Air Asia dan Fire Fly telah berjaya memberi manfaat kepada rakyat dan Negara. Hal ini juga
secara tidak langsung telah memperluas peluang pekerjaan kepada penduduk di negara ini dan
berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat. Hal ini juga telah berjaya meningkatkan kemajuan
ekonomi negara agar dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Negara maju
lain di dunia ini.
Seterusnya, negara Malaysia pernah menjadi tuan rumah dalam beberapa Pembangunan
antarabangsa. Hal ini kerana negara Malaysia juga dapat berhubung dengan negara lain serta
negara Malaysia dapat memperkenalkan negaranya kepada negara lain. Antara pertubuhan yang
menjadikan negara Malaysia sebagai tuan rumah ialah mesyuarat CHOGM (Commonwealth
Head of Government Meeting) dan NAM (Pergerakan Negara-negara Berkecuali). Justeru,
negara Malaysia adalah antara negara yang mempunyai politik yang stabil. Hal ini telah
mewujudkan kerjasama antara pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan serta rakyat yang
dapat melahirkan keamanan negara.

Bagi aspek ekonomi yang telah berjaya membawa kejayaan selepas pembentukan
Malaysia ialah negara Malaysia dapat menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain. Hal ini
supaya negara Malaysia dapat bekerjasama dalam bidang perniagaan, pelaburan asing dan
perindustrian pertanian. Selain itu, negara Malaysia telah menubuhkan Dasar Pembangunan
Ekonomi untuk memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan perindustrian.
Penubuhan ini dapat memperluas peluang pekerjaan serta meningkatkan lagi ekonomi negara
Malaysia. Justeru, kepesatan ekonomi di negara Malaysia semakin pesat dengan menggalakan
industri pertanian dan perlombongan. Hal ini kerana negara Malaysia kaya dengan hasil
perlombongan seperti bijih timah, perak, arang batu dan emas manakala hasil pertanian ialah
kelapa sawit, getah, kopi dan lada yang boleh mengeksport ke luar negara. Hal ini membantu
meningkatkan penadapatan ekonomi serta menaikkan nama negara.

SOALAN 7

CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENJAJAHAN. [10 MARKAH]

Antara langkah-langkah yang dilaksanakan dan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
memupuk semangat nasionalisme ialah dengan ibu bapa membawa anak-anak melawat tempat-
tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Muzium Perang di Pulau Pinang, Bandar Hilir Melaka
dan muzium-muzium yang ada di setiap negeri. Negara kita juga telah berjaya mengatasi
serangan mata wang ringgit di mana Malaysia menolak tawaran IMF untuk bantuan kewangan
dunia kerana bantuan ini akan menjadikan Malaysia terikat dengan Bank Dunia. Tambatan ringgit
dilaksanakan seperti USD1 bersamaan RM4.00 berjaya mengukuhkan ekonomi negara dan
secara tidak langsung menjadikan negara terus kukuh ekonominya. Sebagai seorang ibu bapa
atau penjaga mereka juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman dahulu
bersusah payah membangunkan negara. Ibu bapa boleh memainkan peranan dengan
membelikan anak-anak buku dan bahan bacaan lain yang mengandungi isu-isu berkaitan
patriotisme. Antara langkah lain yang boleh dilaksanakan ialah menggabungkan bank-bank bagi
mengukuhkan ekonomi dan seterusnya dapat mengurangkan masalah kejatuhan ekonomi.
Negara juga berjaya mengukuhkan modal dan kebolehan bersaing apabila ekonomi negara di
tingkatkan. Syarikat-syarikat juga boleh memainkan peranan dengan mengurangkan perniagaan
di mana import dapat dikurangkan, menerokai bidang eksport serta membuat dan mengukuhkan
simpanan dalam bank tempatan. Langkah seterusnya adalah mengukuhkan perpaduan antara
kaum dan mengukukuhkan perpaduan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti dimana perpaduan
kaum dapat dikukuhkan seperti Jamuan Satu Malaysia dan mengadakan kempen sejak di
peringkat sekolah lagi. Masyarakat berbilang kaum yang hidup dengan harmoni dan aman
merupakan langkah yang boleh dilaksanakan dimana perpaduan akan meningkatkan lagi kualiti
hidup rakyat. Antara langkah lain ialah dengan menjadikan negara lebih kuat dan politik lebih
stabil kerana negara yang kuat dimulakan dengan kehidupan masyarakat yang bersatu padu.
Diperingkat atasan pula, Kementerian Pendidikan dapat memupuk semangat ini dengan
menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam peperiksaan
kerana apabila mata pelajaran ini menjadi wajib lulus maka secara tidak langsung pelajar akan
ditanamkan dengan unsur patriotisme sejak awal lagi.

SOALAN 7 AII

Penjajahan yang berlaku masa lalu merupakan penjajahan dimana kuasa Barat
menguasai negara kita namun kini penjajahan masih lagi berlaku. Justeru untuk menangani
penjajahan moden langkah sewajarnya harus diambil. Antara langkah yang boleh dilaksanakan
adalah peranan guru agar dapat menerapkan elemen patriotisme melalui mata pelajaran seperti
Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya kerana patriotisme dapat
dikukuhkan dalam kalangan pelajar. Seterusnya guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar
menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan sebagainya pada bulan
kemerdekaan yang disambut setiap tahun. Jati diri bangsa Malaysia yang kukuh merupakan satu
lagi peranan warga Malaysia kerana jati diri yang kukuh akan dapat menguatkan minda bangsa.
Lang seterusnya yang dapat diambil adalah melalui penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara
dan Gagasan I Malaysia yang boleh diterapkan sejak awal lagi. Pengukuhan agama dan
pendidikan mampu menangani kemasukan budaya liar, gejala samseng, seks bebas dan
sebagainya kerana apabila kita dapat menangani kesan negetif ini dari awal maka secara tidak
langsung negara akan bebas dari anasir luar. Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi
pendidikan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti patriotisme bersempena Sambutan bulan
Kemerdekaan seperti deklamasi sajak, debat, perarakan dan lain-lain yang boleh dilaksanakan
di peringkat sekolah lagi. Di samping itu, untuk menangani masalah ini media massa seperti
stesen televisyen boleh memainkan peranan agar dapat membantu memupuk semangat
nasionalisme dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cinta akan negara.
Filem Bukit Kepong, Embun dan Sarjan Hassan merupakan antara filem menarik yang dapat
menerapkan unsur patriotisme dalam kalangan masyarakat. Seterusnya pemimpin negara yang
bijak dan berwibawa boleh memainkan peranan mereka, jika dahulu Tun Abdul Razak, dikenali
sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn sebagai Bapa Keamanan dan Tun Mahathir
Mohamad sebagai Bapa Pemodenan kini Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak juga tidak
kurang hebatnya. Untuk menangani penjajahan bentuk baharu negara kini berjaya memajukan
ekonomi negara dengan menjalinkan hubungan ekonomi dan dagangan di peringkat
antarabangsa. Seterusnya sistem pertahanan negara dikukuhkan di mana negara menguatkan
pertahanan dengan memodenkan lagi pertahanan dengan peralatan yang canggih. Dengan
mewujudkan kestabilan politik melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen seperti
kebebasan asasi mahupun kebebasan berpersatuan, ini secara tidak langsung akan
mengukuhkan negara dari dicerobohi oleh kuasa luar. Selain itu, sejarah dan biografi mengenai
pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Tun V.T. Sambanthan dan tokoh-tokoh lain
dapat diselitkan ketika iklan televisyen mahupun media lain kerana ini dilihat dapat menyentuh
hati kecil masyarakat untuk mencontohinya.

SOALAN 7AIII

Langkah menangani penjajahan moden antara lain ialah memupuk semangat


nasionalisme iaitu melalui contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan
pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Seterusnya negara
melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti
kemiskinan, keselamatan dan lain-lain merupakan satu lagi langkah yang dapat diambil misalnya
dalam menangani isu keselamatan di Lahad Datu yang berlaku beberapa tahun dahulu. Dasar
luar negara yang mantap merupakan antara langkah dimana kita dapat mengelakan dari
berlakunya penjajahan. Selain itu dengan mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua
negara juga secara tidak langsung akan dapat mengukuhkan negara kerana hubungan baik di
peringkat antarabangsa akan menjamin kestabilan negara dari segi politik. Antara langkah lain
adalah dengan meneruskan Dasar berkecuali yang dilaksanakan sejak dahulu lagi kerana ini
telah terbukti dapat membebaskan Malaysia dari campur tangan mana-mana kuasa. Dengan
mengamalkan semangat bersatu-padu antara kaum ini secara tidak langsung akan menguatkan
lagi negara kerana kesepaduan menjadikan negara semakin kukuh. Saling menghormati
perbezaan agama, bahasa dan budaya juga merupakan langkah yang boleh diambil kerana
dengan nilai baik ini negara kita akan dihormati diserata dunia dan secara tidak langsung akan
meningkatkan imej negara. Negara yang aman damai dan rakyat hidup dalam harmoni dapat
mengelakkan negara daripada penjajahan bentuk baharu. Seterusnya langkah yang dapat
diambil dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara kerana prinsip ini telah terbukti dapat
menyelesaikan masalah sejak dahulu lagi contohnya bagaimana peristiwa 13 Mei 1969 ditangani
dengan baik. Antara langkah lain adalah menjadikan pegangan dan panduan sebagai ideologi
negara kerana pegangan ini akan memperkuatkan lagi jati diri bangsa. Seterusnya untuk
mengelakkan penjajahan bentuk baharu juga kita berjaya mengukuhkan semangat patriotisme
dan jati diri rakyat dengan mengadakan kempen dan sebagainya. Akhir sekali, pihak yang
bertanggungjawab hendaklah menjalankan ceramah atau kempen secara besar-besaran melalui
media massa dan media lain, kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme
akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat nasionalisme
dan mengukuhkan diri masyarakat.
SOALAN 7B

CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MENGEKALKAN KEMERDKAAN NEGARA. [10


MARKAH]

Kemerdekaan yang di kecapi bukanlah sesuatu yang mudah justeru untuk


mengekalkannya juga merupakan satu cabaran besar kepada negara. Antara cabaran untuk
mengekalkan kemerdekaan negara kita adalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat
seperti berzina, buang bayi dan sebagainya. Kesannya daripada itu maka negara akan
kehilangan pelapis generasi pemimpin pada masa akan datang dan menyebabkan pembangunan
negara terbantut. Selain itu kemelesetan ekonomi dan perbezaan ekonomi antara kaum juga
menggugat kemerdekaan negara kerana mewujudkan perasaan tidak puas hati serta
permusuhan antara satu sama lain. Seterusnya pencerobohan sempadan negara oleh pihak
musuh yang pernah berlaku juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat
kedaulatan negara kita. Kebanjiran pendatang asing tanpa izin secara tidak langsung akan
menggugat keselamatan negara sebab ada antara pendatang ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka. Seterusnya cabaran untuk mengekaklan
kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum, sekiranya tidak wujud perpaduan maka
negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campurtangan kuasa luar di negara kita. Negara
kita juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana penguasaan ilmu
kurang dalam kalangan generasi muda hari ini kerana generasi muda hari ini lebih mementingkan
gadget daripada buku. Selain itu masyarakat kita juga terpengaruh dengan dakyah atau ideologi
yang memecahbelahkan perpaduan kaum seperti Daesh dan sebagainya. Daesh bukan sahaja
boleh menggugat keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan
negara luar apabila ada rakyat negara ini yang terlibat dalam kumpulan itu. Masalah negara jiran
juga menimbulkan kebimbangan kepada dunia dan Malaysia seperti apa yang terjadi di Burma
ketika ini. Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan kerana negara
kita ketinggalan dari penggunaan senjata moden untuk menjaga keselamatan dari ancaman
musuh. Demonstrasi jalanan yang berlaku untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa
mematuhi undang-undang negara juga boleh mengancam keselamatan negara, ini kerana
apabila berlaku demonstrasi jalanan banyak kerosakan akan berlaku. Seterusnya masalah
negara juga disebabkan campurtangan kuasa besar akan mengancam keselamatan dan
kemerdekaan negara. Dalam pada itu, cabaran bagi mengekalkan keamaan negara ialah
kesukaran untuk memupuk nilai-nilai patriotiesme dalam kalangan generasi muda masa kini
kerana tipisnya amalan mereka.

SOALAN 7BII

Malaysia yang semakin gah dipersada dunia menghadapi banyak cabaran dalam
mengekalkan kemerdekaan negara. Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk
menghalang penjajahan bentuk baharu ialah masalah pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kebanjiran pendatang asing tanpa izin telah menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti kadar
jenayah yang meningkat, merebut peluang pekerjaan rakyat tempatan, setinggan dan penyakit
berjangkit. Selain itu, cabaran seterusnya ialah campur tangan kuasa luar dalam bidang politik
dan ekonomi di mana negara maju seperti Amerika Syarikat dan China menguasai ekonomi
negara melalui bantuan dan dana asing yang diberikan. Halangan ini menyebabkan negara kita
terpaksa tunduk kepada syarat dan peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh kuasa besar di
mana syarat tersebut terus mengikat negara kita. Seterusnya, Malaysia menghadapi cabaran
mengukuhkan sistem pertahanan negara kerana akhir-akhir ini sempadan dan perairan negara
sering diceroboh oleh orang asing contohnya perairan Sabah diceroboh oleh tentera Sulu dan
militan Abu Sayyaf suatu ketika dahulu. Manakala aspek lain pula sempadan Malaysia-Thailand
juga sering dibolosi oleh sindiket pemerdagangan manusia yang mengancam keselamatan
negara dan Selat Melaka juga tidak terkecuali daripada ancaman seperti lanun. Cabaran
seterusnya ialah usaha untuk meningkatkan taraf pemikiran rakyat. Masalah ini disebabkan
rakyat sentiasa mempercayai maklumat dari media sosial yang belum dapat dipastikan
kesahihannya. Selain itu, kurangnya semangat cinta akan negara dan kesedaran sivik dalam
kalangan rakyat masyarakat juga merupakan satu daridapa cabaran negara. Selain itu, negara
menghadapi cabaran mengekalkan perpaduan rakyat kerana terdapat segelintir masyarakat yang
suka menimbulkan isu sensitif yang menyinggungkan perasaan kaum lain. Malah dalam kalangan
ahli politik sendiri ada yang menggunakan isu perkauman dan agama untuk kepentingan peribadi.
Cabaran seterusnya ialah jenayah rasuah yang semakin berleluasa telah mencemarkan imej
negara serta mengurangkan daya saing rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa. Hal ini
menyebabkan hilangnya ketelusan dan integriti dalam pentadbiran Malaysia. Akhir sekali, produk
Malaysia menghadapi saingan sengit di peringkat antarabangsa kerana kualiti dan harga produk
Malaysia tidak mampu menandingi produk luar negara. Hal ini kerana kurangnya usaha
penyelidikan dan pembangunan yang menghasilkan inovasi juga kuasa besar seperti negara
China yang pesat membangun.

SOALAN 7BIII

Cabaran pertama yang dihadapi negara kini ialah tiada perasaan cinta akan negara dalam
kalangan generasi muda masa kini kerana semangat tersebut semakin menipis dalam diri
mereka. Seterusnya, generasi muda juga leka dengan lambakan hiburan yang berleluasa masa
kini sehingga melalaikan mereka dan menjadikan mereka hamba kepada media sosial. Selain
itu, generasi muda juga tidak memahami maksud patriotisme yang sebenar kerana mereka
kekurangan ilmu pengetahuan dan tidak rajin untuk menimba ilmu terutama membaca buku-buku
sejarah. Cabaran ketiga ialah tidak memahami konsep Rukun Negara yang harus dipraktikkan
dalam kehidupan seharian mereka malahan mereka tidak memahami dan mempraktinya amalan
tersebut. Generasi muda masa kini juga kurang akan rasa cinta kepada negara kerana adanya
pengaruh dari luar seperti demonstrasi jalanan dan budaya hedonism yang semakin berleluasa
di negara kita. Cabaran kelima ialah pengaruh media cetak dan media massa seperti internet
banyak mempengaruhi jiwa generasi muda masa kini yang banyak membazirkan masa untuk
aktiviti yang tidak berfaedah dengan melayari laman sesawang terutamanya laman sesawang
yang boleh merosakkan minda mereka. Cabaran seterusnya generasi masa kini juga terlibat
dengan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pergaulan bebas antara remaja di mana
kesan jangka panjangnya akan merosakkan modal insan negara. Cabaran ketujuh pula, generasi
masa kini lebih mementingkan diri sendiri dan telah hilang nilai murni dalam kehidupan mereka
seperti tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Seterusnya negara juga
menghadapi masalah seperti masyarakat berminda rendah yang akan menjatuhkan imej negara.
Cabaran lain yang dihadapi negara adalah ketidak bersediaan dalam menghadapi saingan global,
ini secara tidak langsung akan menjadikan negara kita jauh ketinggalan ke belakang berbanding
negara maju yang lain. Akhir sekali dalam meralisasikan wawasan 2020 negara juga menghadapi
halangan kerana cabaran-cabaran tersebut masih lagi belum diatasi walaupun negara telah
menghampiri tarikh tersebut.

SOALAN 7 C

WALAUPUN PEJAJAHAN BENTUK POLITIK TELAH BERAKHIR, NAMUN PENJAJAHAN


MENGGUNAKAN KAEDAH PENJAJAHAN MELLAUI EKONOMI. BUKTIKAN KEBENARAN
PERNYATAAN TERSEBUT

Penjajahan berbentuk politik telah berakhir, namun penjajahan Barat telah menggunakan
kaedah penjajahan melalui ekonomi yang paling dibimbangi oleh kebanyakkan negara.
Penjajahan bentuk baru ini boleh disifatkan jauh lebih merbahaya daripada penjajahan seperti
sebelumnya. Penjajahan berbentuk ekonomi ini tidak memerlukan kekuatan ketenteraan. tetapi
lebih banyak memberi pinjaman kewangan kepada negara-negara yang memerlukan. Apabila
sumber kewangan ini telah diterima oleh negara-negara yang memerlukan, maka negara tersebut
telah pun dijajah melalui ekonomi.

Ini dapat dilihat apabila negara-negara Asia Tenggara dilanda kemelesetan ekonomi yang
menyaksikan penurunan nilai mata wang dan kejatuhan bursa saham. Apabila ini terjadi Tabung
Kewangan Antarabangsa (IMF) melalui pakej Penyelamat Kewangan Antarabangsa (IMF Bailout
Package) menjanjikan AS$114 bilion kepada Korea, Indonesia dan Thailand. Oleh kerana itu IMF
telah mengenakan syarat untuk memberikan pinjaman dan kerapkali syarat-syarat yang
dikenakan bersifat menindas, berat sebelah dan bagi menjaga kepentingan negara-negara yang
mengeluarkan pinjaman

Sebagai contohnya, Negara Indonesia yang menerima pakej bantuan IMF bernilai AS$40
bilion telah menutup 16 buah banknya. malah negara itu kini dikatakan mula menunjukkan sikap
kurang senang untuk memenuhi beberapa tuntutan IMF.

Di Thailand pula, lebih daripada separuh institusi kewangan negara itu telah ditutup
manakala Perdana Menteri Chuan Leekpai mengumumkan bahawa kerajaannya akan berunding
semula mengenai terma pakej-pakej bantuan IMF yang dikenakan ke atas negara tersebut. Ini
kerana syarat-syarat berkenaan terlalu keras dan berkemungkinan mengheret Thailand ke
zaman kemelesetan, langsung mengurangkan kemampuan meningkatkan modal dan
menstabilkan baht.

Di Malaysia, sekiranya Negara Malaysia menerima pakej bantuan ini akan menyebabkan
rakyat kehilangan hak-hak keistimewaan dan keutamaan dalam negara sendiri. Peluang
usahawan Malaysia untuk turut sama merasai agihan ekonomi negara disekat lantaran menjaga
kepentingan pelabur asing. Selain itu sistem kuota yang membantu merapatkan jurang
kedudukan sosial dan ekonomi antara bangsa-bangsa di Malaysia juga turut terancam. Negara
penjajah yang merupakan kuasa-kuasa besar membuat tuntutan untuk menjaga kepentingannya
terutamanya dalam bidang ekonomi. Syarikat besar dimiliki oleh pelabur-pelabur asing. Negara-
negara yang menjajah ini boleh mengawal selia pentadbiran dan dasar sesebuah negara. Selain
itu egara penjajah boleh memonopoli hasil-hasil bumi dan pertanian yang dimiliki oleh Malaysia.
Kita tidak mahu melihat adanya satu suasana di mana rakyat Malaysia terpaksa mengemis di
bumi sendiri.

SOALAN 7 D

APAKAH LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK SEMANGAT NASIONALIS DALAM


KALANGAN GENERASI MUDA HARI INI?

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk semangat nasionalisme ialah
menjalankan kempen. Kempen ini boleh dijalankan dengan menggunakan media sosial seperti
facebook, Instagram dan wechat. Keberkesanan medium ini adalah sangat berkesan kerana
generasi muda hari ini begitu taasub dengan media-media tersebut. Selain itu, dalam media
sosial kita juga boleh menggunakan media cetak seperti buku dan majalah, penggunaan buku
dan majalah juga perlu diberikan perhatian dan mengambil kira keperluan generasi muda hari ini.
Kempen di telivesyen dan radio boleh juga dijalankan untuk memupuk semangat nasionalisme.
Langkah ini akan membolehkan rakyat memupuk semangat nasionalisme tidak kira sama ada
golongan kanak-kanak, remaja dan orang tua kerana penggunaan medium ini sangat digemeri
oleh semua golongan. Selain kempen, usaha lain yang boleh dijalankan bagi memupuk semangat
nasionalisme ialah melalui pendidikan di sekolah. Pihak guru boleh memainkan peranan mereka
dengan memupuk semangat dan menerapkan dalam diri setiap individu semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung contohnya pembelajaran abad 21 mahupun semasa KBAT
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajran. Dengan sukatan dan kandungan pelajaran
yang sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa generasi muda dapat memperolehi ilmu
secara berterusan walaupun setelah tamatnya zaman persekolahan kerana generasi ini
merupakan modal insan pada masa hadapan. Usaha lain yang boleh dilakukan dalam memupuk
semangat nasionalis adalah melalui peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan
haruslah menapis maklumat-maklumat yang diterima dalam negara adalah maklumat yang
benar. Kerajaan juga haruslah memantau aktiviti generasi muda dalam memastikan semangat
nasionalisme agar semangat ini tidak luntur begitu sahaja ini kerana golongan remaja
umpamanya adalah golongan yang begitu mudah tepengaruh dengan apa sahaja gejala negetif.
Jelaslah esemua langkah ini dapat memastikan semangat nasionalis dapat dipupuk dalam
kalangan generasi muda sekiranya semua pihak yang terlibat berganding bahu dalam
memastikan generasi muda tidak hayut dalam dunia mereka dan terlalu aktif dengan media
sosial.

SOALAN 7E

APAKAH KESAN KEJAYAAN NEGARA KITA DALAM MENGEKALKAN KEDAULATAN


NEGARA HINGGAR HARI INI. BUKTIKAN

Kesan kejayaan negara kita dalam mengekalkan kedaulatan negara ialah Malaysia
mengungguli acara sukan antarabangsa. Sebagai contohnya kejayaan pasukan hoki menduduki
rangking terbaik di peringkat dunia. Dato Nicol David dan Dato Lee Chong Wei muncul sebagai
pemain skuasy dan badminton nombor satu dunia.

Malaysia berjaya menyerlahkan semangat Malaysia Boleh apabila mencipta kejayaan


dalam penampilan solo dalam berbagai-bagai bidang. Dato Azhar Mansor menjulang nama
negara apabila berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo. Dato Abdul Malik Mydin pula
berjaya menyeberangi Selat Inggeris, manakala Dato Maznah Zulkifli berjaya dalam ekspedisi
menawan kutub Utara.

Malaysia menempa kejayaan dalam seni bina dan perancangan bandar. Pembinaan
menara Petronas dan Menara Berkembar KLCC yang muncul sebagai binaan tertinggi di dunia
pada zamannya. Bandar Putrajaya tersohor sebagai pusat pentadbiran moden yang bercirikan
seni bina bandar terancang.

Malaysia juga berjaya menerokai angkasa lepas. Dato Dr. Sheikh Muzaffar muncul
sebagai angkasawan pertama negara ke angkasa lepas. Malaysia berjaya melancarkan
beberapa buah satelit untuk membolehkan kita bersaing dalam bidang penyiaran di peringkat
global.

Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan NGO di peringkat antarabangsa banyak


menempa kejayaan. Kelab Putra Malaysia dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia
menghantar sukarelawan untuk membantu negara yang terjejas akibat pergolakan politik,
bencana alam, krisis kemanusiaan dan sebagainya.

Malaysia berjaya menghasilkan pakar ekonomi bertaraf dunia iaitu Dato Seri Zetty Akhtar
Aziz, Gabenor Bank Negara menerima anugerah gabenor bank negara terbaik dunia.

Keamanan dan keharmonian negara kita dapat menarik pelabur asing melabur di
negara kita yang dapat memastikan pendapatan negara terus meningkat. Hasilnya,
rakyat hidup dalam makmur dan tenteram. Keamanan juga dapat menjamin keselamatan
negara dan pada masa yang sama akan dikunjungi pelancong asing. Industri
pelancongan akan meningkat sekaligus menambahkan lagi pendapatan negara.

Keamanan dan keharmonian telah mewujudkan negara dan bangsa yang berdaulat.
Justeru, generasi akan datang dapat mewarisinya. Di samping itu, keamanan dan
keharmonian juga membolehkan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan
jayanya yang sekaligus akan meningkatkan imej negara.

Keamanan dan keharmonian membolehkan negara diiktiraf dunia luar dan dikenali
di mata dunia. Contohnya, Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB
dan Tan Sri Razali Ismail telah dilantik sebagai Pengerusi Perhimpunan Agung PBB.

Selain itu, keamanan dan keharmonian boleh memajukan negara selaras dengan
hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 tercapai. Malahan,
kemerdekaan dapat dipertahankan kerana anasir-anasir luar yang cuba menjatuhkan
kerajaan dapat ditangkis.

SOALAN 8A

8AI. APAKAH IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA DASAR IMPERIALISME BARAT DI


ASIA TENGGRA

Iktibar daripada Kemunculan dan Perkembangan nasionalisme Sehingga Perang Dunia


ke dua di Asia Tenggara ialah kita sebagai rakyat Malaysia mestilah memelihara kedaulatan
negara agar tidak dicerobohi oleh musuh luar supaya kestabilan negara akan terus terjamin.
Seterusnya kita haruslah memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat agar
negara kita sentiasa aman dan sentosa kerana keamanan negera bukanlah kita perolehi dengan
mudah sejak kita mencapai kemerdekaan. Selain itu, kita perlulah memelihara keamanan negara
daripada unsur negatif yang cuba menjatuhkan negara kita seperti ancaman DAESH, ini kerana
jika ancaman ini dapat menular ke dalam negara sudah pastilah keamanan akan tergugat. Iktibar
yang seterusnya ialah kita mestilah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam mentadbir negara
kerana pemimpin yang berwibawa akan dapat menangani isu-isu semasa tanpa campur tangan
asing. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah sedia berkorban untuk negara dan bangsa demi
keamanan dan kesejahteraan negara kita kerana pengorbanan ini merupakan satu cara kita
menghargai tokoh masa silam. Seterusnya rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan
pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi
kepada rakyat untuk memajukan negara dan ini akan lebih menyemarakkan lagi semangat
patriotisme yang ada dalam diri setiap individu. Disamping itu, rakyat juga perlu mempertahankan
kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus merasai nikmat kemerdekaan
dan mengecapi manisnya kemerdekaan yang telah kita perolehi. Selain itu, kita haruslah bijak
dalam membuat keputusan setelah menilai dari pelbagai sudut pandangan ini kerana kebijaksaan
membuat keputusan akan memastikan negara terus kekal aman. Kita juga perlulah bersikap
toleransi dalam setiap tindakan yang dilakukan dan kita mestilah menghormati serta
mempertahankan institusi beraja kerana raja merupakan tonggak pemerintahan negara kita. Di
samping itu, kita hendaklah berganding bahu mempertahankan negara kerana nilai ini
menggambarkan kesepaduan negara kerana bersatu kita teguh bercerai kita akan roboh.
Seterusnya kita perlulah menguasai teknologi moden agar keselamatan negara sentiasa terjamin
ini kerana kepandaian kita akan menjadikan negara kita sukar digugat. Sementara itu rakyat
pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan harmoni
kerana keharmonian negara akan meningkatkan ekonomi negara. Sebagai warganegara, kita
juga perlulah meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak lagi dijajah semula pada masa akan
datang. Seterusnya kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk
memastikan negara terus aman dan makmur dan peranan ini hendaklah dilaksanakan dengan
sebaiknya oleh semua parti politik yang ada di negara ini.

SOALAN 8AII

Dalam konteks negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, perpaduan yang mantap
merupakan kunci utama untuk mengekalkan kemerdekaan negara kita. Antara usaha untuk
memantapkan perpaduan di negara kita ialah kita mesti bersedia bekerjasama dan bertoleransi
antara satu sama lain dalam menangani setiap masalah yang timbul. Sikap saling hormat
menghormati antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni. Oleh itu,
sebagai rakyat yang menyanyangi negara maka perlulah menghindarkan diri daripada
terpengaruh dengan budaya keganasan supaya keselamatan negara terus terjamin. Seterusnya,
rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara agar dapat
diwarisi oleh generasi akan dating kerana Malaysia sememangnya terkenal dengan rakyat yang
berbilang kaum. Malaysia juga perlu memastikan keselamatan negara terus terjamin dan
mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara agar kita dapat mentadbir negara
mengikut acuan kita sendiri dan seterusnya menjadikan negara kita terus kukuh di persada dunia.
Keharmonian kaum dapat dikekalkan dengan tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang berkaitan
dengan budaya dan agama kaum lain kerana ini merupakan satu daripada ciri negara demokrasi.
Selain itu, kita haruslah berusaha menjamin perpaduan negara dengan tidak menyertai aktiviti-
aktiviti yang dapat mengugat perpaduan negara seperti demonstrasi jalanan dan perhimpunan
haram kerana hal ini akan menyebabkan imej negara akan tercalar. Masyarakat Malaysia juga
hendaklah bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada
16 September sebagai hari perpaduan negara kerana dengan sambutan ini perpaduan akan
dapat dikukuhkan. Anggota masyarakat wajar digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka
sempena sambutan perayaan kaum masing-masing dengan adanya majlis tersebut
membolehkan masyarakat beramah mesra dan mengeratkan hubungan antara sahabat andai,
jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum dengan adanya hubungan yang erat maka menjadi
simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara. Kita juga hendaklah berusaha
memastikan maruah agama, bangsa dan negara akan terpelihara dan tidak dicemari oleh unsur-
unsur negative kerana ini akan melambangkan kesepaduan negara kita. Generasi muda perlu
berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana pembangunan ekonomi
negara kerana sebagai generasi muda negara memerlukan modal insane yang berkualiti.
Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju
setanding dengan negara maju yang lain ini kerana merekalah yang akan memastikan negara
berada pada tahap yang optimum.

SOALAN 9

9A1. KESIMPULAN:

Pengetahuan yang diperolehi dari tajuk yang dikaji ialah kuasa-kuasa barat yang terdiri
dari Portugal, Sepanyol, Belanda, Britian, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan antara
kuasa yang terlibat dalam imperialisme Barat di Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor
imperialisme barat di Asia Tenggara antaranya ialah kekayaan bahan mentah, sIstem
pengangkutan dan perhubungan, persaingan kuasa-kuasa barat, beban orang putih dan tugas
menyebarkan tamadun serta berlakunya Revolusi perindutrian.

Nilai yang didapati dari tajuk yang dikaji ialah sikap berani yang ada dalam diri setiap
individu dalam kuasa imperalis tersebut. Selain itu kebijaksanaan pemimpin dan kesetiaan rakyat
kepada ketua ataupun pemimpin juga merupakan nilai yang terdapat dalam diri individu dan
setiap kuasa imperialis.

Seterusnya unsur patriotisme yang didapati dari tajuk yang dikaji ini ialah sikap jati diri
yang ada pada kuasa imperialis untuk memperluaskan kuasa dan pengaruh di kawasan lain.
Selain itu juga sanggup berkorban demi meluaskan kuasa dan mencapai cita-cita meluaskan
pengaruh.

Harapan pada negara dan bangsa ialah supaya kita mampu dan berkebolehan serta
berkeyakinan untuk menghalang dasar imerialisme pada masa akan datang. Selain itu kita juga
mengharapkan agar negara akan terus menjadi sebuah kuasa yang kuat dan disegani di
peringkat antarabangsa.

SOALAN 9AII KESIMPULAN

Pengetahuan yang diperolehi dari tajuk yang dikaji ialah kuasa-kuasa barat yang terdiri
dari Portugal, Sepanyol, Belanda, Britian, Perancis dan Amerika Syarikat merupakan antara
kuasa yang terlibat dalam imperialisme Barat di Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor
imperialisme barat di Asia Tenggara antaranya ialah kekayaan bahan mentah, sIstem
pengangkutan dan perhubungan, persaingan kuasa-kuasa barat, beban orang putih dan tugas
menyebarkan tamadun serta berlakunya Revolusi perindutrian.
Nilai yang didapati dari tajuk yang dikaji ialah rakyat mempunyai semangat yang kental
dalam mengharungi tindakbalas dari kuasa imperialis untuk membebaskan tanah air dari
cengkaman politik, sosial dan ekonomi. Selain itu sikap pemimpin dan rakyat yang sanggup
berkorban untuk Negara yang tercinta demi mencapai kemerdekaan dan kedaulatan Negara.

Unsur patrotisme dalam tajuk yang dikaji adalah perjuangan para nasionalis telah
memperlihatkan semangat juang yang kental, keberanian serta pengrobanan yang tinggi. Di
samping itu, perpaduan, kepimpinan dan kebijakanaan dilihat sebagai faktor penting kejayaan
sesuatu perjuangan.

Harapan pada negara dan bangsa ialah, kita sebagai generasi merdeka, kita seharusnya
menghargai perjuangan nasionalis silam dengan berusaha untuk mempertahankan kedaulatan
dan mengekalkan kemerdekaan negara. Selain itu harapan kita juga adalah untuk mengisi
kemerdekaan ini dengan kemajuan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik serta saling
membantu dalam membangunkan dan mempertahankan negara.

Anda mungkin juga menyukai