Anda di halaman 1dari 22

KERTAS 3 SEJARAH SPM 2017

BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA


TENGGARA

Soalan-soalan berkaitan
Apakah Maksud Imperialisme?
Latar belakang Imperialisme.
Konsep Imperialisme.

Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan
menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme telah berlaku sejak Empayar
Yunani dan Empayar Rom lagi. Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-
kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. Imperialisme
Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk
menguasai ekonomi dan mengubah sistem politik tanah jajahannya. Portugal mendahului kuasa
Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Tujuan awal imperialisme
Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah. Revolusi Perindustrian di Eropah
menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit.

Soalan-soalan berkaitan
Faktor-faktor berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara.
Sebab Asia Tenggara menjadi tarikan imperialisme Barat.
Mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan kuasa Barat.

Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara perjalanan China dan India.
Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur untuk kegiatan pertanian. Revolusi Perindustrian
di Eropah menyebabkan keperluan kepada bahan mentah yang banyak dan konsisten yang
terdapat di Asia Tenggara . Asia Tenggara juga kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah
di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand kayu jati di Burma dan Thailand.

Penduduk yang ramai di Asia Tenggara menjamin pasaran yang luas untuk barangan keluaran
kilang. Perluasan Imperialisme juga disebabkan oleh berlakunya persaingan antara kuasa
kuasa Barat seperti Britain, Belanda, Sepanyol, Perancis dan sebagainya.

Persaingan ini menyebabkan Asia Tenggara menjadi mangsa imperialisme baru. Bagi
masyarakat Barat semakin luas tanah jajahan mereka semakin tinggi status atau sanjungan yang
diperoleh. Oleh itu keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekuasaan serta
kekayaan dan kehebatan negara tersebut.

British dan Belanda menganggap tamadun mereka lebih maju dengan membawa slogan beban
orang putih dan mendakwa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan
yang lebih sejahtera . Perancis pula berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun di
mana mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur.

Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan


agama Kristian kepada penduduk di tanah jajahan dan di seberang laut.

Perluasan kuasa imperialisme Barat juga disebabkan oleh perkembangan sistem pengangkutan
dan perhubungan. Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dibawa
dan juga mempercepatkan perjalanan di antara Barat dan Timur.

Pembukaan Terusan Suez dan kapal berkuasa wap juga menjadikan perjalanan lebih selamat
dan menjimatkan kos. Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan telegraf membolehkan
kuasa penjajah memberi arahan kepada pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-
ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur dengan mudah dan
perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat. Imperialisme juga berlaku disebabkan oleh
masyarakat Eropah ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus dan sutera yang
selama ini dikuasai oleh orang Islam.

Galakan daripada pemerintah juga mendorong imperialisme berlaku terutamanya apabila


golongan monarki baru di England, Perancis dan Belanda telah mempercepatkan
penjajahan.Oleh sebab itu penjajahan ini sering dikaitan dengan kata-kata gold, glory dan
gospel.

Soalan berkaitan
Terangkan ciri-ciri Umum Sistem Birokrasi Barat.
Kerajaan pusat ditubuhkan hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan. Gabenor Jeneral
dilantik sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan. Pentadbiran dilaksanakan melalui penubuhan
biro (jabatan). Pegawai Barat dilantik sebagai ketua biro.Undang-undang Barat diperkenalkan
bagi melicinkan pentdbiran.

Soalan-soalan berkaitan
Jelaskan sistem pentadbiran di Asia Tenggara sebelum dan selepas kedatangan kuasa
Barat.
Huraikan perubuhan politik di Negara berikut :
Bandingkan sistem pemerintahan sebelum dan selepas imperialisme di Asia Tenggara.

Filipina
Sebelum kedatangan Sepanyol di Filipina, terdapat daerah-daerah kecil dikenali sebagai
barangay. Barangay diperintah oleh golongan datu. Di selatan kepulauan Filipina, wujud
kerajaan-kerajaan Islam. Selepas kedatangan Sepanyol, sistem pentadbiran berpusat
diperkenalkan di Filipina. Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi. Ketua Datuk Bandar
menjadi pentadbir wilayah.Gabenor Kecil menjadi pentadbir bandar. Pentadbiran tempatan
dijalankan melalui Sistem Encomienda.Encomienda merupakan barangay-barangay yang
digabungkan. Pemerintah encomienda dikenali sebagai encomiendaro. Tugasnya adalah
menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk.

Indonesia
Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa wilayah berasingan.
Contohnya kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan
dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai
oleh pembesar tempatan atau bupati (Jawa).
Selepas kedatangan Belanda.pentadbiran dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan pusat dan
kerajaan tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor General. Pentadbiran tempatan
diketuai oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda. Jabatan kerajaan
ditubuhkan. Contohnya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. Dewan Tempatan ditubuhkan.
Fungsinya sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan. Volksraad
atau Majlis Rakyat ditubuhkan. Penubuhannya dianggap satu langkah ke arah kemerdekaan.
Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.

Burma
Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah
Dinasti Konbaung. Raja menjadi pemerintah tertinggi. Raja di bantuHluttaw (Majlis diraja)
dan Wun (Pegawai Tinggi Kerajaan). Ketua Bandar ialah Myothugyi. Pegawai diraja ialah
Ahmudan. Terdapat juga Athi iaitu pembesar-pembesar tradisional. Raja menjadi penaung
kepada sami Buddha.
Selepas kedatangan British, Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di Burma.
Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 diperkenalkan.
Pentadbiran wilayah di ambil alih oleh Myo-ok selaku pegawai bandaran. Sistem undang-
undang Barat diperkenalkan. Majlis Perundangan diperkenalkan. Beberapa jabatan
diperkenalkan. Contohnya jabatan pelajaran dan jabatan kesihatan.

IndoChina
Sebelum Kedatangan Perancis, IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat berkuasa
mutlak. Pembesar tempatan mempunyai kuasa penuh. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan
Mandarin. Golongan Mandarin dipengaruhi sistem pentadbiran Tanah Besar China. Mereka
dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan
Selepas kedatangan Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai seorang Gabenor Jeneral yang
bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. Leftenan Gabenor
menjadi pemerintah wilayah jajahan/ naungan. Pentadbiran turut dibantu Residen Jeneral dan
Residen Wilayah. Sebuah kerajaan pusat dibentuk dengan penubuhan Union Indochinoise yang
terdiri daripada Vietnam, Kemboja dan Laos. Perancis menguasai pentadbiran.Semua rang
undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis. Pentadbiran kerajaan tempatan tidak
dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan
tenaga

Tanah Melayu
Sebelum kedatangan British. Tanah Melayu mengamalkan Sistem Pembesar Empat
Lipatan.Selepas kedatangan British ke Tanah Melayu, Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura
digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat (NNS).Gabenor menjadi pemerintah tertinggi
NNS.Beliau dibantu residen kaunselor bagi ketiga-tiga negeri tersebut.Pentadbiran peringkat
kampung oleh penghulu dikekalkan.Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
digabungkan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB).
Sistem Residen diperkenalkan di NNMB.Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor
digabungkan menjadi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Sistem Penasihat
diperkenalkan di NNMTB.Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor
NNS.Tugas mereka adalah menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu.Sistem kehakiman Barat diperkenalkan.Sistem pengutipan
cukai dilaksanakan.Negeri dibahagikan kepada beberapa dibahagikan kepada beberapa
daerah.Balai polis ditubuhkan.

Soalan berkaitan
Bincangkan ciri-ciri umum gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Ciri-ciri umum gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dapat dibahagikan kepada dua tahap.
Tahap pertama merupakan penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak
berorganisasi. Isu utama ialah kebudayaan, agama dan hak peribumi mencetuskan gerakan
nasionalisme. Gerakan ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan
Asia Barat. Para pemimpin nasionalis ini lebih menekankan kesedaran politik daripada
tindakan politik. Mereka menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka
dibaiki. Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.
Manakala tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih lebih radikal dan
berorganisasi. Perubahan ini adalah disebabkan oleh gerakan nasionalisme tahap pertama yang
lebih sederhana sifatnya, namun gagal mencapai matlamat. Gerakan pada tahap kedua dipimpin
golongan yang berpendidikan dan berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu
pengetahuan Barat. Dengan itu, mereka dapat menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh
penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara mereka. Matlamat perjuangan mereka
lebih jelas, iaitu menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri dan berdaulat.

Soalan-soalan berkaitan
Bincangkan tahap-tahap gerakan nsionalisme di Asia Tenggara.
Huraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara.
Terangkan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

Filipina

Nasionalisme tahap pertama merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang
mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan
Barat yang menuntut supaya diberikan hak yang sama seperti yang diperolehi bangsa
Sepanyol seperti kebebasan bersuara. Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas
Sepanyol, Jose Rizal kemudiannya menubuhkan Liga Filipina. Kerajaan Sepanyol berasa
terancam lalu Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao. Akhirnya Jose
Rizal dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
Nasionalisme tahap kedua bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio yang
memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol. Matlamat perjuangangannya
adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
Katipunan menggunakan media cetak seperti akhbar Kalayan yang menjadi akhbar rasmi
pertubuhan tersebut. kemudian, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk
menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal. Katipunan semakin lemah apabila
Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo. Aguinaldo telah mengadakan kerjasama
dengan Amerika Syarikat untuk mengusir Sepanyol. Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh
Aguinaldo tidak disahkan oleh Amerika Syarikat. Dengan itu, revolusi diteruskan sehingga
Aguinaldo ditangkap. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik
sederhana. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan apabila partinya iaitu
Parti Nasional memenangi pilihanraya pada tahun 1907. namun begitu, hanya pada tahun 1940-
an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan.

Indonesia

Nasionalis di Indonesia memberi tumpuan penuh kepada isu-isu pendidikan kerena bagi
mereka pendidikan yang akan mengubah nasib rakyat Indonesia. Raden Adjeng Kartini
berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah
Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah memdedahkan kemunduran rakyat Indonesia
dan penindasan penjajah Belanda. Perjuangannya telah memberi inspirasi kepada pejuang-
pejuang selepasnya. Selain itu, Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang penting pada
tahap ini yang bermatlamat untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari acaman
sekularisme Barat serta agama Kristian. Pertubuhan ini banyak membina sekolah, klinik dan
masjid.

Tahap kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti radikal


seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasional Indonesia. Pada tahap ini
parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan
kekerasan. PNI dibawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat
mempengaruhi rakyat Indonesia. Namun begitu, Belanda telah menangkap pemimpin yang
radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI.

Indochina

Gerakan nasionalisme lebih bertumpu di Vietnam serta dipelopori oleh golongan bangsawan
dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka memperjuangkan pemulihan sistem
pemerintahan beraja. Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan
pendidikan Barat dalam kalangan rakyat. Phan Boi Chau telah memimpin satu gerakan revolusi
tetapi gagal. Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan
melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di
Vietnam. Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjara dan VNQPH diharamkan oleh Perancis.
Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah
melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal. Gerakan nasionalisme pada tahap ini
memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang-Dang (VNQDD) dan Parti Komunis
Vietnam (PKV). Namun begitu, VNQDD telah ditangkap dan Nguyen Thai Hoc dihukum
bunuh. Manakala Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke Hong Kong. Sikap
keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana dibawah
pimpinan Maharaja Boa Dai. Usaha-usaha pembaharuan beliau bukan sahaja disekat, malah
baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.

Burma

Gerakan nasionalisme tahap pertama di Burma memperlihatkan perjuangan golongan sami


Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat. Golongan sami Budhha telah menubuhkan
Persatuan Belia Buddha yang bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan
pendidikan dalam kalangan rakyat Burma. Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk
menbangkitkan semangat nasionalisme rakyat. Kemudiannya Persatuan Belia Budhha mejadi
lebih radikal di bawah pimpinan U Ba Pe . Pemimpin-pemimpin Persatuan Belia Buddha
kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma pada tahun 1920
yang lebih radikal.

Gerakan nasionalisme tahap kedua muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford menyatakan


bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri. Menjelang tahun 1920,
tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka. Gerakan
seterusnya merupakan gerakan sami Budhha melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang
mencetuskan Pemberontakan Saya San. Pembrontakan tersebut diketuai oleh Saya San iaitu
bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy. Kemudian muncul pula Liga Anti Pemisahan yang
menganggap pemisahan dengan India akan melewatkan kemerdekaan. Pengenalan
Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin
menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk menuntut kemerdekaan. Para pemimpin terdiri
daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu. Dr Ba Maw yang telah memenangi pilihan raya
pada tahun 1937 telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama.

Thailand

Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada negara lain yang bersifat antipenjajah.
Nasionalisme pada peringkat pertama merupakan kegelishan rakyat penguasaan politik oleh
kerabat diraja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Perkembangan sistem
pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi
dan sistem raja berpelembagaan kepada golongan intelek. Kelemahan sistem pentadbiran dan
sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati yang membawa kepada
penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. Parti
Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

Manakala pada tahap kedua adalah disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman
ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Semasa Phibul Songram menjadi Perdana
Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan
ekonomi oleh orang Cina. Malahan sekolah Cina dan akhbar Cina ditutup. Penduduk peribumi
digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya
dikhaskan kepada penganut agama Buddha. Kemudiannya Phibul telah menukar nama negara
Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas. Hasil daripada kerjasama dengan Jepun
semasa perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di
indoChina dan di Tanah Melayu.

Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura

Di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura bermula apabila pemimpin
tempatan menentang dasar penaklukan British yang telah menjejaskan kepentingan mereka.
British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil maksimum. Penentangan tahap pertama lebih sederhana kerana perjuangan
tidak menyeluruh dan diperjuangkan oleh pemimpin setempat sahaja serta tidak berorganisasi.
Contoh penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan Tok Janggut di
Kelantan.
Pada tahap kedua, disebabkan oleh perkembangan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah
vernakular Melayu serta orang Melayu yang menerima pendidikan daripada Timur Tengah
telah melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.
Oleh itu mereka telah bersatu melalui Gerakan Islah dan Kesatuan Melayu Singapura. Mereka
menggunakan akhbar, malajah dan novel dalam menggerakan kesedaran kebangsaan orang
Melayu.

Soalan-soalan berkaitan

Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada negara-negara lain.


Terangka perkembangan nasionalisme di Thailand.

Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada negara lain yang bersifat antipenjajah.
Nasionalisme pada peringkat pertama merupakan kegelishan rakyat penguasaan politik oleh
kerabat diraja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Perkembangan sistem
pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi
dan sistem raja berpelembagaan kepada golongan intelek. Kelemahan sistem pentadbiran dan
sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati yang membawa kepada
penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. Parti
Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Manakala pada tahap kedua adalah disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman
ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Semasa Phibul Songram menjadi Perdana
Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan
ekonomi oleh orang Cina. Malahan sekolah Cina dan akhbar Cina ditutup. Penduduk peribumi
digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya
dikhaskan kepada penganut agama Buddha. Kemudiannya Phibul telah menukar nama negara
Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas. Hasil daripada kerjasama dengan Jepun
semasa perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di
IndoChina dan di Tanah Melayu.

Soalan berkaitan

Bagaimanakah Barat mengekang / menghalang kebangkitan nasionalisme di Asia


Tenggara.

Pada tahap pertama, cara yang digunakan oleh kuasa imperialis Barat untuk menghalang /
mengekang penentangan mereka ialah dengan bertindak menangkap pemimpin-pemimpin
yang menentang mereka. Contohnya Jose Rizal yang menentang Sepanyol di Filipina dibuang
negeri ke Dapitan Mindanao, manakala Haji Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
Selain itu, mereka juga telah dihukum mati seperti Tok Janggut di Tanah Melayu, Jose Rizal
dan Andres Bonifacio di Filipina. Tindakan imperialis Barat ini berjaya mengekang
kebangkitan penentangan buat seketika.
Imperialis Barat juga menggunakan pengaruh sultan. British misalnya telah menggunakan
nama Sultan Terengganu untuk menghadapi penentangan Haji Abdul Rahman Limbong dan
Sultan Pahang untuk menghadapi penentangan Dato Bahaman. Ini kerana British memahami
psikologi penduduk tempatan yang tidak akan menderhaka kepada sultan mereka. Ini
menunjukkan bahawa imperialis Barat telah mengkaji kekuatan dan kelemahan penduduk yang
dijajah oleh mereka.
Pada tahap kedua, imperialis menggunakan cara yang lebih halus. British memperkenalkan
sistem pendidikan Inggeris di Burma dan Tanah Melayu. Sepanyol pula menyebarkan agama
Kristian kepada penduduk tanah jajahan. Ini bertujuan untuk mendidik anak tempatan menjadi
pensubahat dengan penerapan idealisme dan dakyah penjajah. Kesannya, muncullah
golongan-golongan yang mendokong sistem penjajah di seluruh Asia Tenggara atas alasan
pemodenan.
Bagi mewujudkan keragaman penduduk, imperialis telah membawa masuk buruh-buruh asing
ke negara-negara yang dijajah. British misalnya telah membawa masuk buruh India ke Burma
dan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu. Keragaman penduduk dari segi ethnik, bahasa,
cara hidup dan kegiatan ekonomi menyebabkan tidak wujud perpaduan dalam kalangan
mereka. Dasar yang dikenali sebagai pecah dan perintah ini memudahkan imperialis
menguasai negara yang dijajah.
Pendidikan yang diberikan kepada penduduk yang dijajah pada awalnya hanyalah pendidikan
peringkat rendah sahaja. Ini bertujuan supaya tidak lahir golongan intelektual yang mampu
memikirkan bangsa mereka dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan negara. Hal ini
terbukti apabila penentangan terhadap imperialis pada tahap kemuncak kemudiannya adalah
merupakan pemimpin-pemimpin tempatan yang berpendidikan tinggi sama ada dari Barat atau
dalam bidang agama dari Asia Barat.
Apabila penduduk tempatan menjalankan gerakan yang lebih tersusun melalui penubuhan
parti-parti politik untuk menentang secara radikal, imperialis telah bertindak menangkap
pemimpin-pemimpin seperti Phan Boi Chau dan Soekarno. Parti-parti pimpinan mereka iaitu
Viet Nam Quang Phu Hoi dan Parti Nasional Indonesia diharamkan. Imperialis hanya
membenarkan parti-parti politik yang bersifat sederhana dalam perjuangan mereka seperti Parti
Nasional Filipina untuk melewatkan kebangkitan penentangan. Perubahan sistem politik dunia
akhirnya menyebabkan imperialis terpaksa juga menerima tuntutan yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin sederhana tersebut seperti Tunku Abdul Rahman di Tanah Melayu dan
Sergio Osmena di Filipina.

Soalan-soalan berkaitan
Sejauhmanakah imperlisme/neokolonisme masih berlaku pada hari ini?
Apakah bentuk penjajahan pada alaf baru?
Bagaimanakah imperialisme moden berlaku pada masa kini?

Imperialisme terbahagi kepada dua bentuk, iaitu secara langsung dan secara tidak langsung.
Imperialisme secara langsung merupakan perluasan wilayah melalui ketenteraan atau
peperangan. Pada abad ke-21 ini, penjajahan secara langsung disebabkan oleh faktor politik
untuk meluaskan wilayah dan juga menjatuhkan kerajaan sedia ada untuk digantikan dengan
kerajaan yang boleh mengikut telunjuk negara yang menguasainya. Contohnya Israel telah
meluaskan sempadan negara dengan mengambil wilayah-wilayah Palestin. Amerika telah
menyerang Afghannistan dan Iraq bagi menubuhkan kerajaan boneka yang boleh bekerjasama
dengan mereka. Walau bagaimanapun imperialisme secara langsung melalui tindakan
ketenteraan tidak banyak berlaku pada hari ini kerana mendapat kecamanan masyarakat
antarabangsa.
Imperialisme secara tidak langsung pula berlaku melalui perluasan pengaruh. Negara maju
telah mengenakan syarat-syarat perdagangan yang berat sebelah. Contohnya membeli hasil
pertanian dan perlombongan negara membangun pada harga yang rendah. Hutang negara
membangun terhadap negara maju pula dikenakan kadar faedah yang tinggi. Hutang yang tidak
mampu dibayar akhirnya menjadikan negara peminjam sebagai tawanan kepada negara
pemberi pinjaman seperti yang berlaku terhadap Greece. Dasar-dasar kewangan dan ekonomi
Greece tidak lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi oleh negara pemberi hutang. Bagi
menyelesaikan hutang, banyak aset-aset dalam negara seperti tanah, lapangan terbang dan lain-
lain telah digadaikan melalui penswastaan kepada syarikat-syarikat asing yang berkepentingan.
Hal yang sama juga sedang berlaku ke atas negara-negara lain seperti Indonesia, negara-negara
Afrika dan negara-negara Latin. Imperialisme dalam bentuk perluasan pengaruh melalui
perdagangan merupakan kaedah yang meluas dijalankan pada hari ini.

Imperialisme pada hari ini juga dijalankan melalui pemikiran dan hiburan. Pemikiran daripada
negara-negara maju telah di bawa masuk dan diagung-agung oleh negara-negara membangun.
Ideologi liberalisme, sekulerisme, demokrasi, hedonisme telah menggantikan nilai-nilai agama
dan ideologi tempatan. Hiburan, muzik dan filem-filem negara maju banyak mencorakkan
pemikiran masyarakat negara membangun. Muzik seperti Rock, k-pop dan filem-filem seperti
Titanic dan Harry Porter merupakan contoh pengaruh luar yang telah menjajah pemikiran
golongan muda hari ini. Dalam dunia globalisasi yang berasaskan kepada kepantasan teknologi
maklumat, masyarakat luar telah dipengaruhi dengan maklumat yang tidak tepat dan tafsiran
yang bertujuan menjaga kepentingan negara-negara maju seperti berita yang disampaikan oleh
CNN.

Selain itu, kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia juga campur tangan dalam hal
ehwal politik negara lain. Amerika Syarikat sebagai salah sebuah negara pemegang kuasa veto
PBB telah merestui tindakan pemimpin tentera Mesir menggulingkan Presiden Morsi yang
merupakan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Amerika Syarikat dan Russia juga
campurtangan di Syria apabila cuba menegakkan kerajaan yang dapat memihak kepada
mereka. Campurtangan beberapa buah kuasa besar dalam sebuah negara menyebabkan
peperangan yang tidak berkesudahan di Syria.

Jelaslah bahawa imperialisme pada hari ini direncanakan dengan cara yang lebih halus dan
terancang tetapi menimbulkan kesan yang sangat mendalam.

Soalan-soalan berkaitan

Jelaskan kesan imperialisme Barat terhadap rantau Asia Tenggara hari ini.
Huraikan Implikasi / pengaruh / impak imperialisme Barat terhadap rantau Asia
Tenggara masa kini.

Kesan ekonomi
Struktur ekonomi negara yang dijajah telah dicorakkan bagi memenuhi keperluan setiap negara
imperialis. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia merupakan negara pengeluar utama
getah dan bijih timah dan Indonesia merupakan negara pengeluar kopi. Ekonomi negara-negara
di Asia Tenggara terpaksa bergantung kepada bekas negara penjajah sebagai pembeli utama
hasil keluaran selain sumber mendapatkan pinjaman modal. Contohnya Britain merupakan
pembeli utama getah dan bijih timah Tanah Melayu. Ini menunjukkan imperialisme masih
wujud selepas era kemerdekaan.
Kebanyakan bandar-bandar di Asia Tenggara hari ini mempunyai kaitan dengan kegiatan
ekonomi semasa era penjajahan. Tumpuan imperialis terhadap sektor ekonomi komersil seperti
perusahaan getah dan bijih timah di Malaysia, tanaman kopi di Indonesia dan tebu di Filipina
telah membawa kemunculan dan perkembangan bandar yang berperanan sebagai pusat
pengumpulan. Contohnya Ipoh, Kuching, Saigon, Surabaya dan Manila. Bandar-bandar ini
kemudiannya telah berkembang sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan di negara
berkenaan.
Kepentingan imperialis terhadap ekonomi moden menyebabkan ekonomi tradisional
terpinggir dan diabaikan. Selepas kemerdekaan negara-negara Asia Tenggara terpaksa
menyusun semula ekonomi dengan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi di luar
bandar di samping mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara.

Kesan politik

Rantau Nusantara yang merupakan Kepulauan Melayu telah dipecahkan mengikut pengaruh
negara yang menjajah. Kerajaan-kerajaan tradisional yang wujud sebagai empayar di Asia
Tenggara telah musnah seperti Kerajaan Demak, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melaka dan
Kerajaan Mindanao. Negara-negara yang terbentuk hari ini ialah negara yang mencapai
kemerdekaan daripada bekas penjajah. Pembentukan Malaysia adalah hasil kemerdekaan
daripada British. Pembentukan Indonesia adalah hasil kemerdekaan daripada Belanda.
Pembentukan Filipina adalah hasil kemerdekaan daripada Amerika Syarikat.
Pembentukan negara yang tidak berasaskan negara dan bangsa tetapi berasaskan negara bekas
tanah jajahan telah membawa kepada konflik yang masih berterusan hingga hari ini. Contoh
konflik di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Perebutan wilayah dan penetapan sempadan
negara yang kurang jelas telah mewujudkan pertikaian antara negara. Contohnya perebutan
Pulau Sipadan antara Malaysia dan Indonesia. Pertikaian yang terbaru pula ialah perebutan
gugusan pulau Natuna di Laut China Selatan yang melibatkan Malaysia, Brunei, Indonesia,
Filipina, Vietnam dan China.

Kesan sosial

Wujud kepelbagaian kaum di negara-negara Asia Tenggara kesan dariapada dasar penjajah
yang membawa masuk golongan imigran. Kepelbagaian kaum telah menyebabkan wujud
konflik perkauman dan kesukaran bagi mewujudkan perpaduan sehingga kini. Masyarakat juga
terpengaruh dengan agama, cara berfikir, bahasa dan budaya penjajah. Pengaruh kebudayaan
negara penjajah ini jelas dapat dilihat di Filipina apabila hampir 80 peratus penduduknya hari
ini menganuti agama Kristian. Selain itu pengaruh bahasa Sepanyol telah menyerap masuk ke
dalam bahasa moden Filipina hari ini.

Soalan-soalan berkaitan
Setujukah anda imperisme Barat bertujuan menyebarkan tamadun?
Saya bersetuju bahawa imperialisme Barat telah menyebarkan tamdun mereka di Asia
Tenggara. Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan telah mewujudkan pentadbiran yang
lebih sistematik dan seragam melalui penyatuan wilayah-wilayah. Di Filipina, Sepanyol
menyatukan barangay. Di Indonesia, Belanda menyatukan kerajaan-kerajaan tradisional
seperti Mataram, Acheh dan Bantam. Di Tanah Melayu, British mewujudkan Negeri-Negeri
Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Hasil
daripada penyatuan inilah kemudiannya muncul negara bangsa yang moden seperti Indonesia,
Malaysia, Burma dan Filipina selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajahan.

Birokrasi Barat juga dilaksanakan melalui pengenalan sistem perundangan mereka bagi
menggantikan sistem perundangan tradisional. Sistem perundangan Barat adalah lebih lengkap
dan meliputi pelbagai bidang seperti undang-undang tanah, sivil dan jenayah. Pengenalan
undang-undang tanah misalnya membawa kepada pengenalan sistem rekod hak milik. Ini
memudahkan pengurusan dan pentadbiran tanah dan sistem ini masih digunapakai sehingga
hari ini. Pengenalan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913 pula misalnya telah berjaya
mengelakkan pemindahan tanah orang Melayu kepada orang bukan Melayu.

Pada peringkat awal kedatangan imperialis Barat, berlaku keadaan huru-hara akibat
peperangan antara kerajaan-kerajaan tradisional dan pertelingkahan antara pembesar-pembesar
tempatan. Di Tanah Melayu, berlaku perebutan kuasa antara Sultan Abdullah dan Sultan Ismail
serta pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Pengenalan dan seterusnya
penguatkuasaan undang-undang British telah mewujudkan suasana yang aman. Ini
membolehkan kegiatan ekonomi terutama pengeluaran bahan mentah dan perdagangan
berjalan dengan lancar.

Imperialis Barat juga telah memperkenalkan tanaman komersil di negara-negara Asia


Tenggara. Briitish memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu, Amerika
mengkomersilkan tanaman tebu, tembakau dan abaka di Filipina manakala Belanda
mengkomersilkan tanaman kopi dan tembakau di Indonesia. Selain menyediakan peluang-
peluang pekerjaan, tanaman komersil ini juga telah menyumbang kepada pendapatan negara
dan sebagai komoditi eksport yang utama semasa dan selepas tercapainya kemerdekaan di
negara-negara berkenaan.

Sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di Tanah Melayu dan Burma, pendidikan Belanda
di Indonesia, pendidikan Sepanyol dan Amerika di Filipina dan pendidikan Perancis di
Vietnam. Sistem pendidikan Barat adalah lebih lengkap dan tersusun sehingga berjaya
melahirkan golongan intelektual yang dapat memikirkan nasib anak bangsa mereka seperti Jose
Rizal di Filipina, Soekarno di Indonesia, Ho Chi Minh di Vietnam dan Tunku Abdul Rahman
di Tanah Melayu. Tokoh-tokoh inilah kemudiannya muncul sebagai nasionalis yang
memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing.

Pembinaan jalan pengangkutan yang lebih moden dijalankan semasa era penjajahan Barat.
Jalan keretapi dibina untuk menghubungkan kawasan pengeluaran bahan mentah dengan pusat
pengumpulan dan pelabuhan. Jalan keretapi terawal di Tanah Melayu misalnya
menghubungkan Taiping dengan Port Weld, Seremban dengan Port Dickson dan Ipoh dengan
Teluk Anson. Jalan keretapi terawal ini telah menjadi asas perkembangan jalan keretapi di
seluruh negara sehingga hari kini. Pembinaan jalan raya di kawasan bandar telah
meningkatkan fungsi bandar sebagai pusat kegiatan ekonomi dan pentadbiran seperti Kuala
Lumpur, Ranggon, Jakarta dan Manila. Pembinaan jalan raya di kawasan luar bandar pula telah
menggalakkan pembukaan ladang-ladang pertanian yang baru.

Soalan-soalan berkaitan

Jelaskan kepentingan semangat nasionalisme.


Bincangkan manfaat/faedah/impak/kesan/kejayaan semangat nasionalisme kepada
sesebuah negara

Semangat nasionalisme dapat mewujudkan rakyat yang saling bekerjasama dan bertoleransi
antara satu sama lain. Dengan mengamalkan semangat nasionalisme ini, semua kaum dapat
mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing-masing yang mempunyai
keperibadian budaya dan identiti tersendiri. Kesannya, perpaduan antara kaum dapat disemai.
Sehingga sekarang, masyarakat Malaysia masih hidup dalam keadaan harmoni tanpa mengira
agama, bangsa dan negara.
Individu yang mengamalkan semangat nasionlisme yang tinggi akan membentuk jati diri yang
kukuh di samping meningkatkan potensi kecemerlangan diri demi negara. Jati diri yang kukuh,
membolehkan masa diuruskan dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan. Contohnya
Dato Nicole Ann David muncul sebagai pemain squash nombor satu dunia sekaligus
menaikkan nama negara di persada dunia. Ternyata, jati diri yang teguh dapat mengharumkan
negara.
Semangat nasionalisme yang tinggi juga dapat menjamin keselamatan negara. Kuasa-kuasa
asing takut untuk menceroboh negara sekiranya barisan tentera kita kuat dan mempunyai
semangat juang yang tinggi. Kedaulatan negara akan terus terjamin. Buktinya, semasa
pencerobohan di Lahad Datu, pasukan pertahanan negara tidak gentar melawan musuh negara.
Mereka yang terkorban diangkat sebagai perwira atas keberanian mereka mempertahankan
negara. Dengan semangat nasionalisme yang mantap, kedaulatan negara dapat dipertahankan.
Semangat nasionalisme juga dapat memupuk perasaan taat setia terhadap pemimpin dan
negara. Ini dapat mengelakkan demontrasi jalanan. Segala ketidakpuasan hati disuarakan
mengikut saluran yang betul. Rakyat dapat hidup dengan penuh harmoni tanpa memikirkan
sentimen perkauman. Keamanan negara akan terus terjamin.
Kestabilan politik juga dapat dikekalkan apabila pemimpin mentadbir negara dengan penuh
bertanggungjawab. Program pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan
sempurna untuk kepentingan rakyat. Contohnya program usahawan muda. Kepimpinan yang
bertanggungjawab ini akan melahirkan hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat.
Keadaan ini sudah pasti membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Sebagai contohnya kepimpinan yang berwibawa Perdana Menteri Dato Seri Najib berupaya
menggerakkan jemaah menteri mentadbir negara Malaysia dengan mantap.
Manfaat seterusnya ialah memacu kemajuan ekonomi setanding dengan negara maju yang lain.
Semangat nasionalisme yang kuat mampu meningkatkan produktiviti dan seterusnya
mendorong rakyat untuk bersaing dari segi ekonomi. Rakyat berupaya menjadi tenaga kerja
yang mahir untuk membangunkan negara. Kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan dan
seterusnya meningkatkan taraf hidup. Oleh itu, kemakmuran negara akan dapat dinikmati oleh
segenap lapisan masyarakat.

Soalan-soalan berkaitan
Huraikan cara / langkah / usaha /persiapan mengekalkan kedaulatan.
Bagaimanalah kedulatan negara dapat dipertahankan.
Terangkan langkah yang perlu dilakukan bagi menghadapi imperialisme bentuk baru.

Pemimpin negara perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam tadbir urus negara di
samping bersikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Pemimpin yang berilmu dapat
memahami perkembangan dunia luar, bersaing serta melaksanakan dasar-dasar luar yang
mampu mengekalkan kedaulatan negara. Ini bermakna rakyat perlu menggunakan hak-hak
demokrasi dengan bijak dalam memilih pemimpin berpengetahuan dan berketrampilan.
Kerajaan pula perlu memberikan pendidikan yang sempurna kepada rakyat. Rakyat yang
berpendidikan tinggi akan menjadi modal insan bagi menjana kemajuan negara dalam pelbagai
bidang seperti doktor, jurutera, ahli ekonomi dan sebagainya. Ilmu pengetahuan yang dimiliki
oleh pemimpin dan rakyat merupakan faktor utama bagi menghadapi persaingan dunia yang
semakin mencabar dalam era globalisasi masa kini.
Sikap toleransi antara kaum perlu dipupuk dan dipelihara. Ini akan membawa kepada lahirnya
persefahaman dan perpaduan kaum dalam negara. Perpaduan akan mewujudkan kestabilan
dan keamanan. Faktor ini akan menghalang mana-mana kuasa luar untuk mengambil
kesempatan dan campurtangan dalam urusan dalaman negara. Jika berlaku sebarang ancaman
yang boleh menggugat kedaulatan negara, negara mampu menanganinya dengan berkesan
kerana mendapat sokongan rakyat.
Kestabilan dan keamanan membolehkan ekonomi dan pembangunan negara dapat
direncanakan dengan lebih berkesan. Ekonomi dan pembangunan yang berkembang dalam
pelbagai bidang seperti perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan dapat menyediakan
banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Ini seterusnya akan meningkatkan taraf hidup.
Peningkatan taraf hidup dapat mengelakkan berlakunya perasaan tidak puas hati rakyat
terhadap kerajaan. Di samping itu, perkembangan ekonomi juga akan meningkatkan
pendapatan negara. Kewangan negara yang kukuh mampu menampung perbelanjaan bagi
memodenkan sistem pertahanan negara seperti pembelian jet-jet pejuang, kapal, radar dan
sebagainya. Sistem pertahanan yang kukuh dapat mempertahankan negara daripada sebarang
ancaman musuh.
Negara kita perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan negara luar terutamanya kuasa besar
seperti Amerika Syarikat, Russia, China dan Britain. Hubungan diplomatik dan hubungan
perdagangan yang erat akan mewujudkan kerjasama dan persefahaman. Sebarang
permasalahan yang timbul akan diselesaikan melalui saluran diplomatik. Bahkan negara-
negara kuasa besar juga mampu memberi bantuan kepada negara dalam situasi yang genting
kerana ingin menjaga kepentingan perdagangan mereka. Contohnya British telah membantu
Malaysia menghadapi serangan Indonesia pada tahun 1963.
Malaysia perlu mengurangkan pergantungan kepada negara luar terutama dari segi teknologi
dan modal. Pengurangan pergantungan akan memberikan kebebasan kepada negara untuk
membuat keputusan. Ini bermakna negara luar tidak dapat mempengaruhi keputusan yang
dibuat oleh negara kita. Sebaliknya kita akan kehilangan kedaulatan jika terlalu bergantung
kepada institusi atau negara luar untuk mendapatkan pinjaman seperti yang berlaku ke atas
Greece.
Jati diri rakyat Malaysia perlu diperkukuh agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya dan
pemikiran dari luar yang boleh mendatangkan kesan negatif seperti kebebasan hak yang tiada
sempadan, extremisme, liberalisme dan sebagainya. Pengukuhan budaya dan pemikiran ini
dapat dilakukan melalui pegangan yang kukuh terhadap ajaran agama dan nilai-nilai murni
dalam kehidupan.
Rasuah dalam negara perlu dibanteras sehingga ke akar umbi kerana rasuah yang berleluasa
akan mengurangkan kecekapan mutu kerja, mengurangkan daya saing, menghakis keyakinan
pelabur dan sebagainya sehingga akhirnya menghancurkan kedaulatan sebuah negara. Pihak
luar akan mudah menggugat kedaulatan negara kerana semuanya diurus melalui wang rasuah.
Kemasukan buruh asing ke dalam negara kita misalnya, jika ia diuruskan melalui rasuah
akhirnya akan menimbulkan lambakan orang luar sehingga mampu menggugat keselamatan
dalam negara baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Oleh itu peranan Badan Pencegah
Rasuah perlu diperkasa bagi menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan.

Soalan berkaitan

Huraikan cabaran / rintangan / halangan / kekangan / mengekalkan semangat


nasionalisme.

Cabaran utama bagi mengekalkan semangat nasionalisme dalam generasi masa kini ialah
memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazan serta kaum-kaum yang lain. Kepelbagaian kaum menyebabkan wujud sensitiviti
agama, budaya dan bahasa. Terdapat pihak-pihak tertentu yang berusaha memecahbelahkan
perpaduan kaum dengan menimbulkan isu-isu sensitif tersebut. Kita perlu mengelakkan
berulangnya peristiwa rusuhan kaum terbesar di negara kita pada 13 Mei 1969.
Cabaran seterusnya ialah menjadikan negara dan masyarakat Malaysia bebas daripada gejala
rasuah. Ini kerana rasuah merupakan musuh negara yang bergerak secara senyap. Rasuah yang
berleluasa akhirnya akan menghancurkan tamadun sesebuah bangsa. Oleh itu masalah rasuah
perlu ditangani dengan sebaik yang mungkin bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang
berintegriti dan berdaya saing seiring dengan negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea dan
Singapura.

Memajukan ekonomi negara untuk memakmurkan kehidupan rakyat juga merupakan cabaran
yang perlu dihadapi. Kemajuan ekonomi yang pesat akan melahirkan perasaan bangga rakyat
terhadap pencapaian negara kerana kemakmuran hidup dapat dinikmati. Sebaliknya
kemunduran ekonomi mampu menurunkan semangat nasionalisme rakyat sehingga ada yang
mengambil langkah berhijrah ke negara-negara maju yang lain seperti Australia, Amerika
Syarikat, New Zealand dan lain-lain demi mendapatkan peluang-peluang ekonomi yang lebih
baik.

Meningkatkan pegangan agama dan nilai-nilai moral juga merupakan cabaran kepada negara
dan rakyat Malaysia. Data-data yang ada menunjukkan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia
yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kes-kes pembuangan bayi yang berpunca
daripada pergaulangan bebas semakin meningkat. Ragut, pecah rumah, rompakan semakin
bertambah. Peningkatan kes-kes tersebut menunjukkan semakin kurang semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat.

Selain itu, menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat yang berilmu pengetahuan dan
mempunyai daya kreativiti yang tinggi juga menjadi satu cabaran utama. Rakyat yang berilmu
pengetahuan dan kreatif akan menjadi aset yang penting kepada negara bagi menghadapi
persaingan dalam era globalisasi yang semakin sengit. Kegagalan melakukan tugas ini akan
menjadikan kita bangsa yang ketinggalan. Oleh itu, prasarana bagi menyediakan rakyat yang
berilmu pengetahuan perlu ditingkatkan seperti penubuhan institusi-institusi penyelidikan,
universiti, perpustakaan, kemudahan terhadap akses internet dan sebagainya. Kesemua ini
memerlukan perbelanjaan yang tinggi di samping perubahan dari segi sikap dan cara berfikir
masyarakat.
Soalan-soalan berkaitan

Huraikan cara / langkah bagi mengekalkan semangat nasionalisme.


Berikan cadangan anda untuk memperkasakan semangat nasionalisme.
Terangkan usaha untuk memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan remaja hari
ini.

Antara usaha untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan warga Malaysia
ialah dengan memperkenalkan konsep 1 Malaysia untuk memupuk perpaduan kaum. Melalui
konsep ini kerajaan telah memperkenalkan Kedai Rakyat 1M, Klinik 1M dan Perumahan 1M.
Selain kemakmuran negara dapat dikongsi bersama prasangka antara kaum juga dapat diatasi.
Secara tidak langsung ini akan menimbulkan perasaan sayang akan negara dan seterusnya
dapat menjamin kedaulatan negara.
Cadangan seterusnya ialah merealisasikan Sekolah Wawasan iaitu sekolah yang
menempatkan pelbagai kaum. Walaupun konsep dan pelaksanaannya telah dimulakan, namun
ia kurang mendapat sambutan. Masyarakat berbilang kaum di negara kita perlu mengutamakan
kepentingan nasional berbanding kepentingan bangsa. Kempen bagi meningkatkan kefahaman
rakyat Malaysia tentang hal ini hendaklah terus ditingkatkan agar matlamat menyatupadukan
kaum melalui sistem pendidikan dapat dicapai.
Kerajaan perlu sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan membina kemudahan infrastruktur,
mengawal harga barang, subsidi dan sebagainya. Pemimpin yang gagal melaksanakan tugas
ini akan dilihat oleh rakyat sebagai gagal mentadbir negara. Rakyat akan mengkritik, bangun
memberontak, membuat protes dan sebagainya. Jika perkara ini terus berlanjutan, ia akhirnya
mampu mengurangkan semangat nasionalisme rakyat terhadap negara dan pemimpin negara.
Selain itu, kita perlulah menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia
sejak dari usia awal iaitu di peringkat kanak-kanak. Program-program yang menjurus kepada
perpaduan, menyayangi negara dan sebagainya hendaklah diutamakan.
Pada peringkat menegah, Kementerian Pendidikan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai
syarat lulus peperiksaan SPM. Melalui subjek ini pelajar didedahkan dengan sejarah negara
Malaysia untuk memupuk semangat cinta akan negara. Semua pelajar akan belajar bersungguh
sungguh untuk memastikan mereka lulus. Secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang
mempunyai semangat sanggup berjuang demi negara. Dengan ini, pengaruh luar sukar untuk
mengugat kedaulatan negara.
Selain itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diperluaskan dengan melibatkan
lebih ramai pelajar lepasan SPM. Selain untuk membina sahsiah diri ia dapat mengukuhkan
semangat patriotisme serta memupuk perpaduan nasional. Program ini terbukti dapat
memperkukuh jati diri dan menyemai semangat nasionalisme pelajar untuk mempertahankan
kedaulatan negara. Secara tidak langsung, semangat cinta akan negara dapat dipupuk dan
warganegara yang bertanggungjawab dapat dilahirkan.

Soalan berkaitan

Huraikan peranan anda untuk memperkasa semangat nasionalisme

Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan seterusnya
memberi sumbangan untuk membangunkan negara. Saya perlu mengamalkan sikap
bertoleransi dan mengukuhkan kerjasama antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan.
Menyentuh perkara-perkara sensitif yang melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan,
adat, bahasa dan sebagainya perlu dielakkan. Segala permasalahan yang wujud tidak perlu
disensasikan sebaliknya dibincangkan secara tertutup dengan hati dan fikiran yang terbuka.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa mengamalkan dan
menghayati kandungan Rukun Negara. Bagi aspek Kepercayaan Kepada Tuhan; saya akan
sentiasa mematuhi ajaran agama kerana dengan mengamalkannya saya akan menjadi
warganegara yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat menghindari diri saya
daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan merugikan negara seperti vandalisme,
gangsterisme membuang masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan agama dan nilai-nilai
moral akan mengukuhkan jati diri sehingga dapat menangkis pengaruh-pengaruh luar yang
negatif.
Bagi aspek Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; saya akan memberikan taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada negara Malaysia tercinta. Sikap dan semangat ini memboleh kedaulatan
negara dapat dipelihara daripada dicerobohi anasir-anasir luar. Pengamalannya akan
melahirkan semangat patriotik yang tinggi untuk memajukan negara. Kepatuhan dan kerjasama
dengan pemimpin pula membolehkan segala dasar-dasar yang dirancang oleh kerajaan dapat
dilaksanakan demi kemakmuran rakyat dan negara. Sebagai tanda kesetiaan tersebut misalnya,
saya akan membeli barangan buatan Malaysia bagi menyokong kemajuan industri tempatan.
Bagi aspek Kedaulatan Undang-Undang; saya akan sentiasa mematuhi undang-undang
negara. Ini akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam masyarakat.
Keamanan membolehkan kehidupan yang berkait dengan ekonomi, sosial dan politik dapat
berjalan dengan lancar.
Bagi aspek Kesopanan dan Kesusilaan; saya akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan. Selain bersopan-santun dan bertatasusila, saya juga perlu mengamalkan
nilai-nilai murni yang lain seperti bersikap amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati,
yakin kepada diri sendiri dan sebagainya. Amalan nilai-nilai murni seperti ini akan menjadikan
saya seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji dan menjadi aset negara yang berguna.

Soalan berkaitan
Mengapakah Thailand dapat mengekalkan kemerdekaannya?
Dasar membuka Thailand kepada pedagang-pedagang melalui beberapa perjanjian telah
memberi pelbagai keistimewaan kepada pedagang Barat seperti kebenaran berdagang,
membeli dan menyewa tanah. Ini mengelakkan Thailand daripada dipaksa membuka pintu
negaranya melalui penjajahan seperti di Burma, Vietnam dan China. Thailand juga menerima
perwakilan selain melantik kedutaan di negara-negara Barat seperti New York, London, Paris
dan sebagainya. Ini menjadikan hubungan Thailand dengan kuasa-kuasa Barat bertambah erat.
Thailand telah menyusun semula pentadbiran mengikut sistem Barat. Mongkut mengambil
orang-orang Barat dari pelbagai negara serta ditempatkan di pelbagai jabatan supaya tidak ada
sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh yang kuat di Thailand. Secara umumnya, British
diberi tugas untuk menguruskan pendidikan, kewangan, polis dan pelabuhan; Amerika dalam
perkhidmatan kastam dan Perancis serta Itali dalam ketenteraan. Semasa Chulalongkorn,
ditubuhkan Majlis Mesyuarat Tertinggi, Majlis Penasihat Rendah dan Kabinet Menteriuntuk
menasihatinya dalam pentadbiran. Pembaharuan ini dapat mengurangkan campur tangan asing
dalam hal-ehwal Thailand.
Dari segi sosial pula, pelajaran Barat telah diperkenalkan. Sistem buruh paksa digantikan
dengan sistem buruh bergaji. Sistem perhambaan dan adat yang menghalang kemajuan
dihapuskan. Mubaligh-mubaligh diberi kebebasan untuk menyebarkan agama Kristian dan
mendirikan gereja. Pembinaan lebih banyak jalan raya dan jalan keretapi, perkhidmatan
telegraf, telefon dan pos mula diperkenalkan. Dasar liberal ini telah menghapuskan sebab-
sebab yang memungkinkan campur tangan kuasa-kuasa Barat.
Persaingan British - Perancis juga merupakan faktor penting yang menyelamatkan
kemerdekaan Thailand. Bagi mengelakkan perbalahan, British dan Perancis menjadikan
Thailand sebagai negara penampan (Buffer State) antara pengaruh British di Burma serta
Tanah Melayu dan pengaruh Perancis di Indo-China. Pada 15 Januari 1896, mereka telah
menandatangani penyisytiharaan British-Perancis yang mengiktiraf Thailand sebagai negara
yang merdeka. Tindakan British dan Perancis mengukuhkan kemerdekaan Thailand.
Raja-raja Thailand mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Mereka
sanggup menyerahkan wilayah-wilayah Thailand bagi mengelakkan perbalahan serta
mengekalkan kemerdekaan. Contohnya, Mongkut menandatangani perjanjian dengan
Britishyang menyerahkan Kentung dan Mong Pan (1897) serta Negeri-negeri Melayu Utara
(1909). Dasar tolak ansur tersebut menyebabkan Siam kehilangan wilayah, tetapi telah berjaya
mengelakkan perbalahan dan mengekalkan kemerdekaan Thailand.
Tindakan Vajiravudh memihak kepada pihak Berikat semasa Perang Dunia Pertama
menguntungkan Thailand kerana peperangan tersebut dimenangi oleh pihak Berikat. Perjanjian
Versailles 1919 kemudiannya telah mengiktiraf Thailand sebagai negara merdeka. Selepas itu,
kuasa-kuasa Barat mula menghapuskan hak wilayah asingan mereka di Thailandsebagai
mengenang jasa. Semasa Perang Dunia Kedua Pibul Songram yang menjadi Perdana Menteri
menandatangani perjanjian kerjasama bagi membenarkan Jepun menggunakan Thailand
sebagai pangkalan untuk menyerang Indo-China, Burma dan Tanah Melayu. Kesannya,
Thailand terselamat daripada penjajahan Jepun.
Selain itu kedudukan Thailand yang terletak lebih jauh ke Utara telah menyebabkan ia terkeluar
dari jalan perdagangan ke Timur khususnya ke China. Akibatnya, kuasa-kuasa Barat tidak
begitu berminat untuk menjajah Thailand.
Thailand merupakan sebuah negara yang kekurangan bahan mentah dan hanya bergantung
kepada sektor pertanian. Kuasa-kuasa Barat memang tidak berminat menjajah kerana tidak
mempunyai sumber bahan mentah tersebut. Pada keseluruhannya, kejayaan Thailand
mengekalkan kemerdekaannya adalah disebabkan oleh kebijaksanaan raja-rajanya yang
memahami perkembangan politik antarabangsa. Di samping itu, persaingan di antara Perancis
dan British juga mempunyai peranannya dalam kemerdekaan Thailand.
Soalan berkaitan
Mengisi Kemerdekaan Adalah Lebih Sulit Daripada Memperjuangkannya /
Merebutnya. Bincangkan.

Mengisi kemerdekaan negara adalah lebih sulit daripada memperjuangkannya kerana objektif
perjuangan menuntut kemerdekaan telah pun dilalui dan mencapai matlamatnya. Semua
negara-negara di Asia Tenggara telah pun mencapai kemerdekaan daripada penjajahan.
Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British, Indonesia daripada Belanda dan Filipina
daripada Amerika Syarikat. Peranan Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara masa
kini ialah mengisi kemerdekaan tersebut iaitu membangunkan negara dalam pelbagai bidang
seperti pertanian, perindustrian, perkhidmatan dan sebagainya untuk mensejahterakan
kehidupan rakyat. Tidak wujud satu tempoh masa bagi melaksanakan matlamat ini. Ini
bermakna tugas mengisi kemerdekaan ini perlu dilakukan sepanjang masa dan terus bergerak
ke hadapan. Kegagalan mengisi kemerdekaan bermakna gagal mensejahterakan kehidupan
rakyat. Kemerdekaan tidak membawa sebarang erti jika keadaannya masyarakat tidak jauh
berbeza semasa dijajah seperti kemunduran, pencapaian ekonomi yang rendah, gejala sosial
dan kadar pengangguran yang tinggi dalam negara.

Musuh bagi memperjuangkan kemerdekaan adalah jelas di depan mata iaitu negara luar yang
menjajah sedangkan musuh bagi mengisi kemerdekaan adalah pelbagai dan tidak jelas.
Antaranya ialah perpecahan masyarakat. Perpecahan menyebabkan masyarakat tidak bersatu
padu. Ia mampu menjerumuskan negara ke kancah pertelingkahan dan akhirnya menyebabkan
berlaku huru-hara. Kesannya pembangunan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik akan
terhalang bahkan hancur musnah. Situasi inilah yang sedang berlaku di beberapa buah negara
seperti Syria, Iraq dan Afghanistan apabila puak-puak dalam negara tersebut saling bersengketa
merebut kuasa. Kehidupan rakyat menderita akibat persengketaan dan peperangan saudara.
Atas sebab inilah Wawasan 2020 telah menggariskan bahawa cabaran pertama bagi
memajukan negara kita ialah mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Selain itu musuh
utama bagi sebuah negara ialah rasuah. Indeks rasuah yang tinggi dalam sesebuah negara akan
menjejaskan daya saing masyarakat tersebut kerana semuanya dilakukan dengan menggunakan
sogokan wang. Ini menyebabkan institusi kerajaan tidak mampu memainkan peranan dengan
jujur dan cekap. Badan penguatkuasaan seperti polis dan imigresen tidak lagi mampu
menguatkuasakan undang-undang . Badan kehakiman tidak lagi mampu memberikan keadilan
kepada rakyat. Pelabur juga akan hilang keyakinan kepada negara. Akhirnya sesebuah negara
dan tamadun akan runtuh.

Perjuangan menuntut kemerdekaan lebih mengutamakan kekuatan dari segi fizikal bagi
berhadapan dengan penjajah. Bagi mengisi kemerdekaan pula, kita memerlukan kekuatan dari
segenap segi seperti intelektual, spiritual, ekonomi, politik dan sebagainya. Semua kekuatan-
kekuatan ini perlu seiring dan digemblengkan dengan bijaksana bagi mencapai matlamat.
Kemajuan kebendaan dan intelektual misalnya tidak memberi erti jika aspek spiritual
masyarakat rendah atau rosak. Kepincangan dalam salah satu aspek kekuatan tersebut
menyebabkan tamadun yang dibina tidak mampu bertahan lama.
Penjajahan pada hari ini bukan lagi dalam bentuk penguasaan politik secara langsung sesebuah
negara ke atas negara lain. Penjajahan hari ini yang disebut sebagai penjajahan bentuk baru
adalah lebih halus dan terancang. Pada masa lalu, penjajahan politik bertujuan untuk menguasai
ekonomi. Pada hari ini matlamatnya masih sama tetapi dilakukan tanpa menjajah negara
tersebut. Ini dilakukan melalui pelbagai instrumen seperti media, perjanjian yang berat sebelah,
kerajaan-kerajaan boneka, hiburan, aliran-aliran pemikiran dan sebagainya. Walaupun
perjuangan menentang imperialisme Barat secara langsung telah berakhir, namun perjuangan
mengisi kemerdekaan adalah lebih sulit kerana penjajahan secara tidak langsung masih cuba
dilakukan oleh negara-negara maju terhadap negara-negara membangun termasuklah ke atas
Malaysia.

Iktibar Umum

Iktibar yang saya perolehi ialah rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan
tokoh-tokoh kemerdekaan negara supaya perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat
untuk memajukan negara. Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa
ke semasa agar kita dapat terus merasai nikmat kemerdekaan.
Sebagai warganegara, saya perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah.
Semangat jati diri akan menjadi benteng yang kukuh terhadap pengaruh-pengaruh luar yang
boleh mendatangkan kesan negatif seperti membuang masa, pergaulan bebas, rasuah dan
sebagainya yang akhirnya akan memusnahkan tamadun bangsa. Sebaliknya nilai-nilai seperti
rajin berusaha, amanah dan bertanggungjawab akan berkembang subur untuk melindungi dan
memajukan negara. Saya juga perlu bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus
kekal dengan memilih pemimpin yang berwibawa untuk memastikan negara terus aman dan
makmur.
Kita perlulah bertindak tegas demi mempertahankan hak terhadap kebebasan negara daripada
penguasaan asing. Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara
terpelihara agar tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif. Sebagai generasi muda kita perlu
berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan pembangunan
negara. Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara
terus maju setanding dengan negara maju yang lain. Selain itu, kita perlulah berfikir secara
rasional sebelum membuat sebarang tindakan.
Kemerdekaan negara pada hari ini tidak memberi sebarang erti jika kita gagal menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju dan bermaruah bagi kehidupan anak bangsanya.
Kegemilangan tamadun sesebuah bangsa sangat berkait rapat dengan pencapaiannya dalam
bidang ekonomi dan ilmu pengetahuan. Tanpa kemajuan ekonomi dan ilmu pengetahuan, kita
akan menjadi bangsa yang tidak dihormati. Dalam dunia yang sentiasa bersaing hari ini, pihak
luar akan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kita. Jika kita bersikap alpa, pencapaian
bangsa dan negara yang telah kita bina ini akan runtuh dalam sekelip mata
Iktibar (Khusus)
Pengorbanan

Berdasarkan kajian di atas, semangat pengorbanan sangat penting dalam sesebuah perjuangan.
Tanpa pengorbanan, kita tidak akan mencapai sebarang kejayaan. Ini kerana melalui semangat
pengorbanan, seseorang itu akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat yang
dinginkan. Semakin tinggi matlamat yang ingin dicapai, maka semakin besarlah pengorbanan
yang perlu diberikan. Pengorbanan bukan sahaja terhadap masa, tenaga dan harta benda hatta
nyawa juga menjadi galang gantinya. Inilah yang telah berlaku terhadap pejuang-pejuang
negara di seluruh Asia Tenggara semasa menentang imperialisme Barat. Tok Janggut di Tanah
Melayu, Jose Rizal dan Andres Bonifacio di Filipina telah mengorbankan seluruh kehidupan
mereka untuk mendapatkan sebuah kebebasan dari belengu penjajahan.
Pada hari ini kita telah merdeka. Kita menempuh abad 21 ini dengan suasana yang berbeza
dari zaman-zaman sebelumnya. Jika dahulu perjuangan nenek-moyang kita ialah menentang
imperialisme, tetapi hari ini kita menghadapi musuh dari dalam antaranya perpecahan kaum,
rasuah, malas berusaha dan sebagainya. Kita perlu mempunyai sikap sedia berkorban bagi
menghadapi musuh yang tidak nyata ini. Jika diperhatikan, kemajuan sesebuah negara degan
negara yang lain adalah tidak sama. Pastinya perbezaan ini adalah kerana terdapatnya
perbezaan dari segi sikap tersebut dan cara mengurus negara.
Ilmu sangat diperlukan bagi memajukan negara. Sebagai generasi muda pewaris negara, kita
perlu berkorban masa untuk menuntut ilmu. Ilmu yang diperoleh kemudiannya akan digunakan
untuk membangunkan negara. Di sini, kita perlu berkorban dari segi usaha, idea dan tenaga.
Disebabkan perjuangan selepas era penjajahan ini tidak mempunyai garis masa yang tertentu,
maka perjuangannya jauh lebih berliku dan menagih pengorbanan dari seluruh anak bangsa.
Jika kita gagal melakukannya, kita juga akan gagal membangunkan sebuah negara. Negara dan
anak bangsanya akan ketinggalan serta dipandang rendah oleh masyarakat antarabangsa.
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi menanam semangat pengorbanan dalam
kalangan rakyat Malaysia hari ini ialah memupuk sikap tidak mementingkan diri sendiri
sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara. Hal ini dapat
dilakukan jika kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Budaya hedonisme yang
keterlaluan perlu diawasi kerana ia mengurangkan semangat berkorban untuk agama, bangsa
dan negara. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis, umat hari ini lemah kerana takutkan
mati dan terlalu cintakan dunia. Maka dengan itu, kita perlu menerapkan nilai-nilai agama dan
moral dalam kalangan generasi pewaris negara hari ini.
Selain itu juga, pemimpin masyarakat dan negara perlu menunjukkan teladan yang baik untuk
dicontohi oleh generasi muda. Pemimpin yang rasuah akan melahirkan pengikut yang rasuah.
Pemimpin yang tidak amanah akan melahirkan pengikut yang tidak amanah. Oleh itu, jika kita
mahu melahirkan masyarakat yang sanggup berkorban, pemimpin hari ini juga perlu sanggup
berkorban.
Kewibawaan pemimpin

Seseorang pemimpin perlulah seorang yang berwibawa bagi memimpin pengikut-pengikutnya


dalam sesebuah organisasi perjuangan. Antara ciri-ciri pemimpin yang berwibawa ialah
bertanggungjawab, sanggup berkorban, berilmu pengetahuan dan berwawasan. Disebabkan
kewibawaan pemimpin inilah negara-negara di Asia Tenggara berjaya memerdekakan negara
mereka dari penjajahan seperti Tunku Abdul Rahman di Tanah Melayu, Soekarno di Indonesia,
Aung San di Burma, Raja Mongkut dan Chulalongkorn di Thailand.
Pemimpin yang berwibawa akan berusaha memastikan rakyat hidup bersatu-padu. Ini kerana
perpaduan adalah asas bagi kekuatan sesebuah negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan
sebagainya membolehkan negara mencapai kemajuan dan pembangunan yang pesat pada hari
ini. Sebaliknya rakyat yang hidup berpecah-belah akan menyebabkan ekonomi dan politik
menjadi tidak stabil. Negara sukar untuk dimajukan kerana tidak wujud persefahaman.
Seorang pemimpin yang berwibawa mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap tugas yang
diberikan. Meraka akan melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat yang dinginkan.
Sebarang halangan dan rintangan tidak akan mematahkan semangat. Sebaliknya mereka akan
terus berusaha sehingga berjaya. Kewibawaan Soekarno dalam menerajui Parti Nasionalis
Indonesia akhirnya telah memerdekakan Indonesia dari penjajah Belanda.
Pemimpin yang berwibawa juga sanggup berkorban demi kepentingan bangsa dan negara. Atas
faktor inilah ada di antara antara mereka yang telah terkorban kerana kerana mempertahankan
kedaulatan negara seperti Tok Janggut di Tanah Melayu dan Jose Rizal di Filipina.
Pemimpin juga perlulah seorang yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini
membolehkan mereka menjalankan pentadbiran dengan sistematik. Di Thailand misalnya,
Raja Mongkut dan Chulalongkorn berusaha memodenkan pentadbiran negara mengikut acuan
Barat. Hasilnya kedaulatan negara dapat dipertahankan dari diceroboh oleh kuasa-kuasa asing.
Pemimpin negara kita pula misalnya telah menggariskan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi
untuk menjadi sebuah negara maju melalui Wawasan 2020 dan Tranformasi Nasional 2050.
Seorang pemimpin yang berwibawa mempunyai sikap prihatin terhadap permasalahan rakyat
yang dipimpin. Mereka akan berusaha menambah baik kehidupan rakyat. Kebajikan rakyat
akan cuba dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui kemudahan-kemudahan infrastruktur
yang disediakan seperti jalan pengangkutan, kemudahan air, elektrik, pendidikan dan
sebagainya. Peluang-peluang pekerjaan diwujudkan melalui pembangunan sektor
perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan lain-lain.
Jelaslah bahawa pemimpin yang berwibawa akan menentukan hala tuju sesebuah negara.
Rumusan
Pengetahuan yang saya peroleh daripada topik di atas ialah imperialisme Barat di Asia
Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan yang
menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada
kuasa penjajah.
Unsur patriotisme yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat ialah setiap rakyat perlu
bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara. Kita harus berusaha
mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan tersebut
dengan kemajuan.
Nilai-nilai murni daripada topik di atas ialah semangat bertoleransi akan dapat memupuk
kerjasama yang erat antara kaum. Persefahaman rakyat akan mewujudkan keharmonian dalam
kehidupan.
Harapan saya agar semua rakyat Malaysia memiliki semangat cinta akan negara yang
tinggi dan berusaha mempertahankan kemerdekaan negara. Saya juga berharap agar rakyat
Malaysia terus berusaha memajukan negara dan mewariskan suasana kehidupan yang aman
dan bahagia kepada generasi berikutnya.

SEJARAH ITU BUKAN PENGHAFALAN TETAPI


PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN FAKTA
SELAMAT MAJU JAYA
OLEH
K RAVI KUMAR KANNAPPAN

Anda mungkin juga menyukai