Anda di halaman 1dari 95

BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIOANALISME DI ASIA TENGGARA. IMPREALISME BARAT DI ASIA TENGGARA 1) Takrif Imprealisme.

Imprealisme adalah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya. Mereka menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imprealisme telah berlaku semenjak zaman Empayar Yunani dan Rom. Imprealisme moden pula bermula sejak abad ke-15 di mana kuasa- kuasa barat menguasai wilayah- wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. 2) Kuasa imprealis barat yang terlibat di Asia Tenggara dan lokasi penjajahannya. Portugal adalah kuasa Barat terawal menjajah iaitu menawan Melaka dan Portugal turut menjajah Timor Laste. Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina. Belanda menjajah Indonesia. British menjajah Myanmar, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada awalnya, imprealisme Barat bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah sahaja. Kesan Revolusi Perindustrian di Eropah telah menyebabkan persaingan kuasa Barat semakin sengit untuk mengausai politik dan ekonomi negara jajahan. Imprealisme Barat telah ditentang habis- habisan oleh penduduk tempatan yang kekurangan kelengkapan perang. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dijajah oleh imprealis Barat. 3) Faktor-faktor perkembangan imprealisme barat di Asia Tenggara. Kedudukan Asia Tenggara amat strategik kerana terletak di antara laluan China dan India. Imprealisme Asia Tenggara akan menjamin pasaran yang luas kerana penduduk Asia Tenggara amat ramai. Tanah di Asia Tenggara amat subur. Tanah di Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Bijih timah terdapat di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand. Kayu jati di Myanmar dan Thailand. Tebu dan kelapa di Filipina. Revolusi Industri di Eropah telah mengeluarkan pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran. Mereka perlu bahan mentah industri contohnya bijih timah dalam industri mengetin. Kemajuan pengangkutan dan perhubungan turut mempengaruhi perkembangan imprealisme. Contohnya Kapal berkuasa wap mampu membawa muatan lebih banyak dan mempercepatkan perjalanan Barat dengan Timur. Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah pula memendekkan jarak perjalanan di antara Barat dan Timur. Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez ini turut menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan kos.
1

Penciptaan telegraf membolehkan penjajah member arahan kepada pegawai mereka di tanah jajahan dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli perniagaan Barat pula dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur melalui telegraf. Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan antarabangsa lebih pesat. Kuasa barat bersaing sesama mereka untuk menjajah. Semakin luas jajahan, semakin tinggi sanjungan diterima. Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat. Slogan beban orang putih digunakan oleh British dan Belanda untuk menjajah. Mereka mendakwa bahawa mereka lebih bertamadun. Mereka berasa bertanggungjawab memimpin orang Timur untuk maju. Peranchis pula berpegang pada slogan tugas menyebarkan tamadun. Mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur. Mubaligh Kristian pula bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian. Barat juga lebih maju dalam bidang sains dan teknologi. Kesannya, orang Barat berasa yakin untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan mereka.

PERUBAHAN SISTEM POLITIK ASIA TENGGARA. 1) Perubahan dalam sistem Pentadbiran Asia Tenggara Sebelum kedatangan Barat, Negara Asia Tenggara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Imprealis Barat berpendapat bahawa penguasaan terhadap sistem politik adalah perlu untuk menguasai ekonomi negara-negara jajahan. Apabila Barat menguasai Asia Tenggara Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat diperkenalkan menggantikan sistem pemerintahan beraja. Ciri-ciri umum Sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara seperti: a) Penubuhan Kerajaan Pusat melalui penyatuan wilayah-wilayah tanah jajahan. b) Gabenor Jeneral dilantik sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan. c) Perlaksanaan pentadbiran melalui biro(jabatan) d) Pegawai Barat dilantik sebagi ketua biro. e) Undang-undang Barat diperkenalkan. 2) Perubahan dalam sistem Pentadbiran di Filipina Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah- daerah kecil yang dikenali sebagai barangay. Barangay ini diperintah oleh golongan datu. Di selatan Filipina pula telah wujud kerajaan-kerajaan Islam. Apabila Filipina Berjaya dijajah, Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat. Gabenor Jeneral merupakan pemerintah tertinggi peringkat pusat sebagaimana rajah ( rujuk buku teks ms 8)
2

Pentadbiran peringkat tempatan pula dilaksanakan mengikut Sistem Encomienda yang diketuai oleh Encomienda sebagaimana rajah ( rujuk buku teks ms 9) Penyatuan barangay ini menyebabkan sistem pemerintah tradisional dan golongan Datu merosot Ciri- ciri sistem Encomienda ialah: a) Pemerintahannya dikenali sebagai Encomiendero. b) Tugas encomiendero ialah menjaga keamanan, menguti cukai dan mengkristian penduduk barangay. c) Sistem Encomiendero dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.

3) Perubahan dalam sistem Pentadbiran di Indonesia. Sebelum kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan ini diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Di peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah atau Bupati (di Jawa) Setelah Belanda menguasai Indonesia, penjajah membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Perubahan yang diperkenalkan ialah a) Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral b) Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda. c) Penubuhan jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. d) Penbuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan. e) Penubuhan Wolksraad iaitu majlis rakyat yang dianggap sebagai langkah ke arah kemerdekaan. Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.

4) Perubahan dalam sistem Pentadbiran di Burma. Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sistem pemerintahan beraja di bawah dinasti Konbaung sebagai contoh rajah (rujuk buku teks ms 10) Dalam sistem ini raja menjadi penaung kepada sami Buddha. Dalam perang Inggeris-Burma III, British menang dan menguasai seluruh Burma. Dinasti Konbaung tumbang, institusi raja tersingkir dan jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus. Pesuruhjaya Tinggi British telah menjadi pemerintah tertinggi Burma. Pengenalan akta kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 telah melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional. Pentadbiran daerah telah diambil alih oleh Myo-Ok( pegawai bandaran) Sistem undang-undang Barat turut diperkenalkan.
3

Pengaruh golongan agama merosot kerana fungsi raja sebagai penaung sami Buddha telah diambil laih oleh undang-undang Barat. Majlis perundangan telah diperkenalkan. Beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Perhutanan, Kesihatan dan Pelajaran.

5) Perubahan dalam sistem Pentadbiran di Indo China Sebelum kedatangan Perancis, negeri- negeri di Indo China ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak yang memberikan kuasa penuh kepada pembesar tempatan. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China. Golongan Mandarin di Vietnam ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Selepas dikuasai oleh Peranchis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. Contohnya, rajah ( rujuk buku teks ms 11) Perancis turut membentuk sebuah kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Ciri- ciri Union Indochinoise 1887: a) Merupakan Persekutuan Indochina b) Terdiri daripada Vietnam dan Kemboja. c) Loas menyertai pada tahun 1904. d) Diketuai Gabenor Jeneral. e) Perancis menguasai pentadbiran. Semua rang undang-undang di IndoChina diluluskan oleh Parlimen Perancis. Walaubagaimanapun, pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi mereka perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga. 6) Perubahan dalam sistem Pentadbiran di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan Portugis, kerajaan Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan yang menjadi ikutan kebanyakan negeri Melayu. Penaklukan Portugis dan Belanda di Melaka menghapuskan institusi beraja. Semasa British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri- negeri Selat ( NNS) Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS dan beliau dibantu oleh residen konselor di ketiga- tiga negeri. Pentadbiran peringkat kampung NNS oleh penghulu pula dikekalkan. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)- Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, British memperkenalkan Sistem Residen. Di Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)- Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor, British telah memperkenalkan Sistem Penasihat. Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS.
4

Tugas utama residen dan penasihat British adalah menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. British juga memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis. Struktur pentadbiran di Negeri-negeri Melayu tidak berubah tetapi peranan raja dan pembesar Melayu telah terjejas. 7) Perubahan dalam sistem Pentadbiran di Thailand. Di Thailand, birokrasi Barat diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan. Baginda juga melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis turut dibawa dari Britain. Penasihat Kastam dan ketenteraan pula dibawa dari USA dan Perancis. Raja Chulalongkorn pula memperkenalkan sistem Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menterii a) Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi ialah badan penasihat raja dalam pentadbiran. b) Kabinet Menteri pula terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian. Juruaudit dari Britain turut dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pada masa ini, muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berdasarkan tahap pendidikan mereka. Pada tahun 1932 pula, sistem raja berperlembagaan Barat telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak. Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. Pemodenan pentadbiran yang dilakukan inilah menjadi faktor penting kemerdekaan Thailanda berjaya dikekalkan. NASIONALISME DI ASIA TENGGARA. 1) Takrif Nasionalisme Bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing. 2) Faktor yang mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. a) Dasar penjajah Barat Menimbulkan rasa tidak puas hati
5

Tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam pentadbiran moden. Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan. Dasar ekonominya menindas penduduk pribumi seperti Sistem Penanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina. Penduduk dipaksa menjadi buruh dalam Sistem Tanaman Paksa ini. Penjajah juga menganggap mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Penjajah hanya layak berdampingan sesama mereka. Mereka juga hanya bersama golongan elit tempatan iaitu pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat. Dasar kemasukan imigran oleh penjajah menyebabkan bidang ekonomi dikuasai oleh imigran. b) Pengaruh Agama Agama menyatukan rakyat menghadapi penindasan dan budaya Barat serta agama Kristian. Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Buddha Burma pada peringkat awal gerakan nasionalisme di Asia Tenggara menunjukkan peranan agama sebagai alat perpaduan. Golongan agama juga menjadi pencetus nasionalisme. Gerakan Islah telah memperjuangkan Pan- Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat. Agama Kristian pula telah menyatupadukan penduduk peribumi menentang kuasa penjajahan Barat. Agama Kristian pula telah menyatupadukan penduduk peribumi menentang kuasa Sepanyol. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian bangsa Sepanyol. c) Karya kesusasteraan. Karya- karya ini merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penjajah. Mesej media ini akhirnya akhirnya membangkitkan kesedaran bangsa dan cinta tanah air. Di Filipina, novel Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Daku) karya Jose Rizal menjadi inspirasi gerakan nasionalisme Asia Tenggara. Pada pandangan beliau Filipina ketinggalan tiga kurun di belakang Eropah dan belum keluar dari Zaman Pertengahan. Di Indonesia, cerpen Kerikir-kerikir Tajam dan ke Makam Bonda karya Chairil Anuar amat berpengaruh. Di Tanah Melayu pula, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah antara novel yang terkenal. d) Sistem pendidikan. Penjajah mengamalkan pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan iaitu mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.
6

Penjajah hanya memberi pendidikan rendah sahaja dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar. Di Indonesia, anak golongan priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakkan. Priyayi ialah golongan berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan. Sikap pilih kasih Belanda ini bertujuan memecah perpaduan rakyat. Di Burma pula, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh telah mengancam Sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

e) Kemunculan Golongan Intelektual. Golongan ini melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat. Mereka didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam. Pengalaman di luar negara menyedarkan mereka bahawa penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka. Mereka ini kemudiannya memimpin geraka nasionalisme setelah kembali ke tanah air. Pada peringkat awal mereka hanya menuntut peningkatan taraf bangsa mereka. Akhirnya, mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka. f) Pengaruh media massa. Akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat. Akhbar berpengaruh di Vietnam ialah Tribo Indigene dan Cloche Felle. Akhbar utama di Tanah Melayu pula seperti al-Ikhwan, Saudara, Majlis. Penjajah menganggap keadaan ini mengancam politik mereka di tanah jajahan dan sikap ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan di negara mereka sendiri. g) Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan. Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis. Jalan kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan kawasan yang terpisah. Ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang tentang idea-idea nasionalisme. h) Pengaruh Luar Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis di Asia Tenggara kerana negara kecil mengalahkan negara besar. Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British turut member semangat kepada nasionalis. Gandhi bersikap sederhana daalm membela rakyat dan menuntut kemerdekaan. Beliau menggunakan strategi enggan bekerjasama dan mogok lapar. Beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh British.
7

3) Perbezaan tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara. i) Tahap Pertama Penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak berorganisasi. Isu- isu pencetus nasionalisme seperi budaya, agama dan hak pribumi. Gerakan ini dipimpin oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat dan Asia Barat. Mereka lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik. Mereka juga menuntut kembali hak mereka dan taraf hidup rakyat dibaiki. Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera. ii) Tahap Kedua. Gerakan nasionalisme tahap kedua lebih radikal dan berorganisasi kerana nasionalisme tahap pertama yang lebih sederhana sifatnya gagal. Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat. Mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya terhadap bangsa dan negara. Matlamat perjuangan ialah menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat. 4) Perkembangan Nasionalisme Di Negara- Negara Asia Tenggara. I. Filipina Gerakan Tahap pertama- ialah gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang amat berpengaruh. Beliau disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat. Mereka menuntut agar Filipina dijadikan wilayah Sepanyol. Bangsa Filipina perlu diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol dan diberikan kebebasan bersuara. Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas Sepanyol, Jose Rizal kemudiannya telah menubuhkan Liga Filipina. Tujuannya ialah mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi, dan sosial. Kerajaan Sepanyol berasa terancam kemudiannya Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao. Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan dan Gerakan dakyah pun berakhir. Gerakan tahap kedua- bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio. Pertubuhan ini menentang secara radikal terhadap Sepanyol. Matlamat perjuangan mereka menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi. Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat.
8

Kelayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan ini. Katipunan melancarkan revolusi bersenjata menggulingkan Sepanyol tetapi gagal. Kemudian Katipunan semakin lemah selepas Bonificio dihukum bunuh oleh seorang anggota Katipunan iaitu Emilio Aguinaldo pada tahun 1897. Emilio Aguinaldo ialah Datuk Bandar di Cavite, bersama Andres Bonificio melancarkan pemberontakan bersenjata. Kemudiannya beliau dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina pada tahun 1897 juga. Aguilnaldo kemudiannya mengadakan kerjasama dengan USA dan Berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898. Penyingkiran Sepanyol ini memulakan penguasaan USa di Filipina. Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguilnaldo pada tahun 1899 tidak disahkan oleh Amerika. Maka, revolusi diteruskan sehingga Aguilnaldo ditangkap pada tahun 1901. Kerajaan USA membenarkan penubuhan parti politik sederhana. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan apabila partinya iaitu Parti Nasional memenangi pilihan raya tahun 1907. Pada 1930-an nasioanalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan USA bertukar kepada pemimpin liberal. II) Indonesia Gerakan tahap pertama- memberi tumpuan terhadap isu- isu pendidikan yang dipercayai akan mengubah nasib rakyat Indonesia. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk wanita. Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan penjajahan Belanda. Perjuangannay member inspirasi kepada pejuang selepasnya menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun. Pertubuhan Muhammadiyah juga merupakan gerakan tahap pertama. Matlamatnya untuk menyebarkan Islam sebenar dan menghadiri ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Pertubuhan ini banyak membina sekolah, klinik dan masjid. Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan radikal seperti Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasionalisme Indonesia (PNI). Mereka ingin meredeka sekalipun secara kekerasan. PNI yang ditubuhkan oleh Soekarno amat popular kerana perjuangannya apat mempengaruhi rakyat Indonesia. Belanda menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI. Soekarno dipenjarakan oelh Belanda dan kemudiannya dibuang ke Flores. Soekarno akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan menjadi Presiden Indonesia.
9

III) IndoChina. Gerakan tahap pertama tertumpu di Vietnam dan dipelopori golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka berjuang memulihkan pemerintahan beraja. Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini iaitu Phan Boi Chau memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal. Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis. Kegagalan parti- parti politik sederhana mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap seterusnya. Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan Viet Nam Quac Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV) yang radikal. Perancis menangkap pemimpin VNQDD termasuklah menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Hi Chi Min pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong. Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan ini kembali sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Seterusnya usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat Baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme. Tetapi akhirnya Ho Chi Min mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan menjadi Presiden Vietnam Utara. IV) Burma Gerakan tahap pertama- merupakan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha yang bertujuan mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan rakyat. Isu kasut digunakan untuk membangkitkan semangat nasionalisme. Dalam isu kasut, orang Inggeris menimbulkan kemarahan orang Burma kerana memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Myanmar. Kemudiannya Persatuan Belia Buddha telah dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe. Pemimpin- pemimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan- kesatuan Burma yang lebih radikal. Gerakan tahap kedua- muncul apabila Laporan Montagu- Chelsford menyatakan masig belum bersedia memerintah sendiri. Kemudiannya, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk mereka.

10

Gerakan nasionalisme seterusnya merupakan gerakan golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sagha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San. Pemberontakan tersebut diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy. Kemudiannya muncul pula Liga AntiPemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin (siswazah universiti) menubuhkan Parti Dobama Asiyone untuk menuntut kemerdekaan. Pemimpinnya seperti Aung San, Kyaw Nein dan U Nu yang menggelarkan diri mreka Tuan Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya 1937 dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama. Ketika zaman Jepun Aung san mengetuai Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis kerana kecewa dengan sikap Jepun. Beliau juga berperanan mengetuai rombongan kemerdekaan dan menubuhkan kerajaan baru Burma.

V) Thailand Gerakan tahap pertama- merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja. Rakyat menentang sistem raja berkuasa mutlak. Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem beraja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajivarudh menyebabkan rakyat tidak puas hati. Ini membawa kepada penubuhan Parti Rakyat pimpinan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932 yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak. Gerakan tahap kedua- disebabkan rasa tidak puas rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang China. Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undangundang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan. Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dan ekonomi. Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha. Pada 1939, Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas. Hasil daripada bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah Berjaya mendapatkan semula wilayah- wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.
11

BAB 2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA. 1) Perjuangan Pemimpin Setempat Menentang British. a) Sebab-sebab pemimpin setempat menentang British. 1. Dasar penaklukan British seperti Naning, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik British. 2. Apabila penguatkuasa politik menjadi luas, maka kawasan itu terikat dengan perintah dan peraturan British. Contohnya, apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti. Penghulu Dol Said menentang kehendak British ini dan berlakulah peperangan. 3. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan pula dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai antara British dengan pemimpin tempatan. 4. Contohnya, saudagar Negeri- Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ia menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British. 5. Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap penduduk tempatan dilakukan dengan memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah. Contohnya di Terengganu, British menetapkan bahawa setiap tanah yang dibuka oleh penduduk mesti mendapat keizinan British dan dikenakan cukai tanah. Mereka menentang kerana amalan tradisional membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai. 6. Campurtangan British dalam adat resam tempatan berlaku apabila British memaksa mereka menerima nilai- nilai British yang amat bertentangan dengan budaya tempatan. 7. Contohnya di Perak, Birch telah campur tangan dalam amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan beliau ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan. 8. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh terjadi apabila British menjajah kawasan mereka. Mereka kini kehilangan kuasa mentadbir kawasan dan anak buah mereka. 9. Kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. 10. Kesulitan penduduk tempatan. Contohnya, anak buah pembesar yang tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British menyokong bekas pembesar mereka. 11. Kesetiaan kepaad pembesar tempatan sebagai ketua mendorong mereka bekerjasama untuk menentang British.

b) Peristiwa perjuangan di Naning. 1. Penentangan terhadap British paling awal di Tanah Melayu ialah di Naning. 2. Dol Said menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian wilayah taklukan mereka. 3. Beliau mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu per sepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka. Kesannya, British telah menghantar tenteranya menakluk Naning pada tahun 1831.
12

4. British ditentang oleh Dol Said yang dibantu oleh tentera Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh. 5. Mereka Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang beruasaha menawan taboh yang terletak dalam daerah Naning. 6. Pada tahun 1832, British dengan 1200 orang tentera menyerang Naning lagi. Dol Said dan pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa pun. Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Dol Said terpaksa menyerahkan diri dan dibawa ke Melaka. c) Peristiwa perjuangan Sarawak. 1. James Brooke (Raja Putih Sarawak) berusaha menguasai beberapa daerah pedalaman. Ini menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan. 2. Mereka enggan menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke dan ini telah menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut. 3. Linggir (pemimpin kaum Iban di Saribas) menentang James Brooke dengan menyerang kapal Nemenis dekat Batang Lupar. 4. Ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Linggir dan pengikutnya tewas dalam perang ini. 5. Rentap (bermaksud penggancang dunia) atau nama sebenarnya Libau yang berasal dari Hulu Skrang. Bergelar Raja Darat dan Raja Ulu. 6. Beliau menentang Brooke kerana Brooke menghapuskan orang Ibandi Sungai Skrang yang dianggap lanun. Beliau bertindak menyerang Brooke di Kubu Nanga Skrang. Rentap berjaya mengusir James Brooke. 7. Brooke bertindak balas membakar kampung dan berundur ke Bukit Sadok, tetapi diserang oleh James Brooke dan Rentap kalah. Rentap berundur ke Ulu Sg Entabai dan serangannya semakin lemah. 8. Penentangan orang Melayu dipimpin oleh Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur. Syarif Masahor ialah Gabenor Sarekei yang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau sangat dihormati oleh orang Iban dan Melanau. 9. Mereka berdua menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka di Sungai Rajang. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. 10. James Brooke pula telah membina sebuah kubu di Kanowit. Syarif Masahor menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching tetapi gagal. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur pula melarikan diri ke Betawi tetapi ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke. d) Peristiwa perjuangan di Sabah. 1. Penentangan pemimpin tempatan di Sabah adalah terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB).

13

2. Penentangan terbesar dilakukan oleh Mat Salleh. Nama sebenar beliau ialah Mohammad Salleh bin datu Balu. Beliau berketurunan Suku Sulu Paitan. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. 3. SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Mereka memasuki kawasan pengaruh Mat Salleh. 4. SBUB juga melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. 5. Pegawai syarikat pula bersikap kasar kepada penduduk tempatan. 6. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tentang masalah ini, tetapi tidak dilayan. 7. Sebaliknya Gabenor Beufort menyerang dan membakar kampung Mat Salleh terpaksa melarikan diri 8. Mat Salleh dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. 9. SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya. 10. SBUB mengkir janji menyebabkan Mat Salleh menyerang kubu SBUB lagi. 11. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh. 12. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 January 1900. e) Peristiwa perjuangan Perak. 1. J.W.W Birch ditentang oleh orang tempatanyang dipimpin oleh Dato Maharaja Lela (nama sebenarnya Pandak Limo bin Machang Lela Tok Mahmud). Penentangan berlaku secar bersatu oleh semua pembesar dan sultan. 2. Beliau ialah pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra. 3. Penentangan penduduk tempatan di Perak terhadap British kerana: Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termasktub dalam Perjanjian Pangkor. Pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Pembesar menolal sistem cukai yang menghapuskan hak sesame mereka. Pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu. 4. Peristiwa pembunuhan J.W.W Birch : Pada 20 January 1874, Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Feb. 1875, Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela pula membuat ubu di Pasir Salak. Mesyuarat Dato Maharaja Lela dan pembesar Melayu di Durian Sebatang menentang undang-undang British. September 1875, Dato Maharaja Lela bersetuju bertanggungjawab membunuh Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan pembesar lain di Belanda. Sultan Abdullah pula memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan ini.
14

Oktober 1875, Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British. Mat Arsyad (orang suruhan British) dibunuh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak. November 1875, Birch dibunuh oleh Seputung, Pandak Lam dan lain- lain lagi atas arahan Dato Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak. Pada 13 November 1876, British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada 20 November 1877, perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Hakimnya ialah Raja Idris. Penasihat perbicaraan ialah Frank Sweetenham. Dato Maharaja Lela bersama Dato Sagor, Pandak Lam, Seputung dan Pandak Induk dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, syahbandar dan laksamana dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British. f) Peristiwa perjuangan di Negeri Sembilan. 1) Penentangan dilakukan oleh Yam Tuan Antah Seri Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong iaitu Abdullah Tunggal. Mereka menentang lemasukan British di Sungai Ujong. 2) Sebab penentang Yam Tuan Antah. British menduduki Sungai Ujong. British menyokong Dato Kelana menduduki Terachi dan Paroi. British menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi. 3) Namun begitu, tahun 1888, Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai. 4) Dalam kes Dato Syahbandar Sungai Ujong pula beliau enggan mennadatangani perjanjian dengan Britsih pada 21 April 1874. 5) Dato Syahbandar menentang Dato Kelana yang mempelawa British campur tangan dalam pertikaian mereka. Mereka berdua berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari negeri- negeri Selat 6) Dato Kelana akhirnya Berjaya mengalahkan Dato Syahbandar untuk menguasai Sungai Ujong dengan bantuan British. Dato Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor. 7) Dato Syahbandar kebmbali semula ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1874. Beliau bersetuju meletak jawatan dan berhijrah ke Singapura. 8) Dato Kelana dapat menguasai seluruh Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British. g) Peristiwa perjuangan di Pahang. 1) Beberapa pembesar bersatu melawan British apabila J.P rodger dilantik sebagai Residen Pahang pertama. 2) Dato Bahaman menolak undang- undangBritish yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar.
15

3) Ini adalah kerana undang-undang tersebut menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. 4) Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul bersatu menentang selama 5 tahun. 5) Pada tahun 1891 mereka menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua. 6) Pada tahun 1891 Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. 7) Pada t1892 menyerang Lubuk Terua, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. 8) Pada 1895 Bahaman berundur ke Kelantan dan mendapatkan perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan. Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu. 9) Pada 1896, Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. 10) Beliau menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup 1000 baht dan meninggal dunia di sana. h) Peristiwa perjuangan di Kelantan. 1. Penentangan berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan dan British memaksa penduduk tempatan menerima sistem cukai mereka, contohnya penentangan Tok Janggut. 2. Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Munas. Beliau mendapat pendidikan agama di Makkah dan mahir dalam ilmu persilatan. 3. Tok Janggut enggan membayar cukai. 4. Bantahan berkaitan kutipan cukai tidak dilayan oleh pegawai daerah Pasir Puteh. Sebaliknya pihak polis menangkap Tok Janggut tetapi gagal. 5. Pada 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Cik Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya. 6. Sebuah kerajaan dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai perdana menteri dan Cik Ishak sebagai pegawai daerah. 7. Dengan menggunakan nama sultan, British membawa masuk tentera negeri Selat menggunakan kapal H.M.S Cadmus lalu mendarat di Tumpat. 8. British menggunakan senjata lebih moden dan Berjaya mengalahkan Tok Janggut dan pengikutnya. 9. Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak ke seluruh Kota Bahru sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Ia sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang menentang British. i) Peristiwa perjuangan di Terengganu. 1. Penentangan British di Terengganu ialah Haji Abdul Rahman Limbong ( seorang ahli agama) 2. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid. 3. Seorang ulama dengan gelaran Limbong kerana sering mengajar agama si Limbong, Kemaman. 4. Beliau tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.
16

5. Pada 1922, Haji Abdul Rahman mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British. 6. Kemudiannya, pada 1925 kira-kira 300 orang penduduk kampung berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III. 7. Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga kampung Pelam. 8. Hal ini membimbangkan British tetapi dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah mereka dapat disuraikan. 9. Penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada 1928. 10. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah Berjaya mendudukinya. 11. Kumpulan di Kuala Telemong pula bersiap sedia menunggu arahan menentang Britsih. 12. Dengan menggunakan nama dan kuasa sultan Terengganu, British menghantar 3 orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semual Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. 13. Cara ini memudahkan Britsih kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan. 14. Sepasukan polis seramai 25 orang menyerang Kuala Telemong. 15. Mereka Berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan 11 orang. 16. Haji Abdul Rahman pula diserang oleh 50 orang polis dari Singapura 17. Beliau akhirnya berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah.

2. Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua. a) Faktor- faktor yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme. 1. Penjajahan British memperkenalkan sistem politik Barat yang memusnah sistem politik tradisional. Residen mengambil alih peranan pembesar tempatan yang diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Hal ini mencabar sistem tradisi dan menjatuhkan maruah. 2. Sistem Pendidikan Inggeris dan Sekolah Vernakular Melayu melahirkan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British. 3. Dasar British menggalakkan sesiapa sahaja datang melabur, berniaga, berdagang, bekerja, dan menetap di Tanah Melayu. Ramai orang asing telah datang dan menetap di Tanah Melayu. Kemasukan orang asing meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaigan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu seperti bijih timah, getah dan perniagaan. 4. Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British. 5. Mereka terus menjalankan ekonomi tradisional seperti pertanian. 6. British juga membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran tetapi orang Melayu tetap di kampung yang mundur. 7. Prasarana seperti elektrik, pos, telefon, sekolah, hospital hanya di bandar sahaja.
17

8. Jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran di bandar disedari oleh intelek Melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme. 9. Pendudukan Jepun turut menjadi pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. 10. Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia menekankan kebebasan Negara di Asia dan berjanji memerdekakan mereka. 11. Tetapi kesengsaraan, kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim. 12. Apabila British memperkenalkan Malayan Union, orang Melayu menentang dan tidak mahu dijajah. 13. Penguasaan PKM selama 14 hari pada tahun 1945 juga membangkitkan semangat menentang penjajahan. PKM telah menguasai balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap menyokong Jepun. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. 14. Mesin cetak memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan. Buku, akhbar, majalah dan kitab agama menyebarkan idea menentang British. 15. Gerakan Pan Islamisme sedunia pula merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia yang membangkitkan pemahaman terhadap Islam menentang panjajahan Barat ke atas Negara Islam. 16. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. 17. Gerakan Reformis Islam dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al- Azhar, Mesir. Beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan dunia dan akhirat. Tulisan beliau disebarkan dalam majalah Al-Manar. Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama. 18. Kesedaran politik yang berlaku di sekitar Asia Tenggara terutama di Indonesi mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. 19. Kesedaran politik di Indonesia lebih matang dan telah melahirkan ramai intelektual. Karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu. Idea politik dan penentangan terhadap penjajahan mereka tersebar luas di sini. Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur nasionalisme Indonesia di sini. b) Maksud Gerakan Islah dan tokoh serta media massa yang terlibat. 1. Gerakan Islah adalah gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. 2. Pendorong gerakan ini termasuklah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al- Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Mereka ini dikenali sebagai Kaum Muda. 3. Sheikh Tahir Jalaluddin telah menulis dalam al- Manar. Beliau adalah kadi di Perak dan pendukung al- Imam. 4. Syed Syeikh al-Hadi pula menubuhkan Jelutung Press dan menerbitkan Saudara. Beliau mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang. Beliau juga menulis Hikayat Faridah Hanum.
18

5. Akhbar dan majalah mereka yang terkenal seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh. c) Matlamat dan perjuangan Kaun Muda. 1. Kaum Muda menggesa orang Melayu memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial. 2. Golongan ini berusaha menyelamatkan sikap mengkritik penjajah. 3. Mereka turut mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak memajukan orang Melayu. d) Pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua. 1. Gerakan Kaum Muda ini ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama. 2. Kaum Tua menguasai masyarakat dengan kefahaman mereka bahawa Islam adalah tentang akhirat dan mereka menekankan fardu ain sahaja. 3. Kaum Muda bergerak dengan baik di Negeri-Negeri Selat tetapi beberapa undang-undang yang dikeluarkan oleh Negeri-negeri Melayu menghalang pengaruh Kaum Muda. 4. Di Negeri- negeri Melayu, undang-undangnya tidak membenarkan kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan. Undang- undang ini juga dilarang risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu 5. Kaum Muda telah menubuhkan beberapa buah madrasah. Madrasah ini menjadikan sistem pendidikan Islam meliputi dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu Hisab dan bahasa Inggeris. Madrasah memberi peluang kepada pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan. 6. Rumusannya tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang Gerakan Islah. e) Bagaimana akhbar membangkitkan kesedaran nasionalisme. 1. Antara penulis akhbar yang terkenal ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba). Zaba ialah tokoh bahasa, pemikir dan cendikiawan ulung Melayu. Karyanya yang terkenal ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu. 2. Wartawan lain seperti Dato Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai. 3. Tulisan mereka membangkitkan kesedaran memajukan diri dan bersatu padu. Mereka mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu. 4. Di Sarawak, penulis-penulisnya juga memainkan peranan yang sama. 5. Contoh akhbar masa itu seperti Warta Malaya, Lembaga Malaya, Warta Negara dan Fajar Sarawak. 6. Isu yang diketengahkan seperti: Isu Sosial dan Pendidikan Melayu Pendidikan tinggi orang Melayu Pendidikan untuk anak perempuan. Meninggalkan sikap negative seperti tidak magu berusaha. Tabungan untuk pendidikan anak-anak. Kemahiran tradisional seperti pertukangan dan kerja tangan. Pendidikan bahasa Inggeris. Taraf sekolah Melayu dibaiki.
19

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Tidak meninggalkan pendidikan Islam. Nilai- nilai baik masyarakat Melayu. Isu Ekonomi Melayu Syarikat kerjasama Mengurangkan kemasukan orang dagang Perniagaan di kalangan orang Melayu Melarang Melayu menjual tanah Berjimat cermat Meminta British mengadakan kampung Melayu di Kuala Lumpur. Isu Politik Melayu. Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Mengkritik pembesar dan raja yang tidak melaksanakan kepimpinan sewajarnya untuk rakyat. Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. Menuntut diadakan Malay Administrative service untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan. Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu padu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan. Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan. f) Bagaimana majalah membangkitkan kesedaran nasionalisme. 1. Persoalan yang dibangkitkan majalah ialah memajukan bangsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan. 2. Sehingga tahun 1940-an, 120 buah majalah pelbagai corak diterbitkan. 3. Majalah ini menyentuh isu kemajuan bangsa dalm pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik antipenjajahan dan orang asing. 4. Antara majalah yang terkenal seperti Majalah Guru dan Bulan Melayu. 5. Isu yang dibangkitkan oleh majalah: Majalah Guru: Pengarangnya: Muhamad Dato Muda Linggi, Yusof Ahmad dan Mohd. Sidin Rashid. Pendidikan anak-anak Melayu Perpaduan di kalangan orang Melayu. Semangat cintakan Negara dan menentang penjajah. Mambaiki taraf hidup orang Melayu Memaju bahasa dan sastera Melayu. Perpaduan di kalangan guru. Pengasuh Pengarangnya: Dato Nik Mohamad Islam kemajuan ummah. Pendidikan di kalangan orang Melayu Memperluas ilmu dalam semu bidang Persoalan orang Islam. Menjauhkan diri daripada sifat buruk.
20

Bulan Melayu: Pengarangnya- Zainon Sulaiman. Perpaduan guru perempuan Melayu Johor Pendidikan wanita untuk kemajuan Wanita perlu menjaga kesopanan melalui nilai Islam dan budaya Timur Wanita obor untuk memajukan bangsa. g) Bagaimana novel membangkitkan kesedaran nasionalisme 1. Mesej- mesej novel tentang semangat kebangsaan yang patut dimilki oleh generasi muda Melayu pada masa itu. 2. Penjajah dalam apa bentuk sekalipun perlu ditentang demi maruah bangsa. 3. Wanita digalakkan mempunyai sifat positif untuk memajukan diri. 4. Contoh novel seperti Keris Melaka dan Melur Kuala Lumpur Novel: Keris Melaka Pengarangnya: Ahmad Bakhtiar Perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis Menghargai sumbangan tokoh- tokoh Melak seperti Hang Tuah Sejarah sebagai pendorong semangat perjuangan generasi muda Novel: Anak Mak Lela Gila Pengarangnya: Ishak Haji Muhamad. Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan. Warisan bangsa sendiri. Cintakan tanah air. Menolak kesenangan demi maruah negara. Novel: Putera Gunung Tahan Pengarangnya: Ishak Haji Muhamad. Semangat pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa. Mencintai tanah air Bangga dengan kebolehan sendiri Gadis tempatan menolak cinta pegawai penjajah demi maruah bangsa. Novel: Melur Kuala Lumpur Pengarangnya: Harun Aminurrashid Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupan. Wanita mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya. Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa h) Bagaimana Badan dan Kesatuan membangkitkan kesedaran nasionalisme 1. Persoalan tertumpu pada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan politik bangsa. 2. Kesatuan Melayu Singapura ( KMS) Antara persatuan Melayu terawal Diasaskan di Singapura oleh mereka yang berpendidikan Inggeris
21

Antaranya Muhamad Eunus Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embuk Suluh Ia bertujuan menjaga kepentingan sosial ekonomi Melayu Singapura. Muhammad Eunus Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British. Beliau juga melantik menjadi ahli majlis perundangan negeri- negeri Selat sebagai wakil orang Melayu. Melalui desakannya, kebajuakn Melayu Singapura mendapat perhatian British, antara kejayaan beliau termasuklah memperoleh kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura. KMS telah mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu yang lain. 3. PASPAM Dipimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang antaranya S.M. Zainal Abidin B.A. yang bertujuan menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar- tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa. Ia menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Organisasi PASPAM mempunyai perlembagaannya sendiri Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegitan sosial PASPAM merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu. 4. Persatuan Negeri. Ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersukutu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Objektif penubuhan persatuan negeri ini adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. Dengan cara ini perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan. 5. Persatuan di Sarawak. Kegiatan di Sarawak lebih baik dari Sabah Persatuan Melayu Miri ditubuhkan pada 1936 dan Persatuan Melayu Sarawak pada 1939. Penubuhan ini hasil pengaruh persatuan negeri di Semenanjung. Idea menubuhkan Persatuan Melayu Sarawak timbul sejak tahun 1937 tetapi gagal dilaksankan kerana dibantah oleh Brooke. Hanya dengan laungan dari Datu Patinggi Abang Abdillah, Brooke bersetuju mendaftarkannya. Persatuan ini pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak 1939 diketuai oleh Datu Patinggi Abang Abdillah Tujuannya adalah mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah bangsa serta menegakkan ajaran agama Islam. Persatuan ini mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di Kuching.

22

6. Persatuan di Sabah Kurang kesedaran berpersatuan Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena sahaja iaitu di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau. Kegiatannya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung. Anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu. Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah. 7. Kesatuan Melayu Muda (KMM) Pemimpinnya ialah Ibrahim Haji Yaakob merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenail (pelarian politik Indonesia) Objektif utamanya menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh semenanjung. Ia juga ingin meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu. Kesatuan ini didaftarkan oleh Mustafa Husin, Naib Ketua KMM. Tujuannya lebih bersifat politik. Dengan inisiatif Ibrahim Yaakob, KMM bekerjasama denagn Jepun menghalau British dari Tanah Melayu. KMM menjadi salah sebuah badan propaganda, dan membeli warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British serta mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan. Cawangan KMM ditubhkan bagi meluas propaganga menentang British. Maahad II Ihya As Syariff di Gunung Semanggol, Perak, menyokong KMM dengan menyediakan kader- kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang tentera British. Ibrahin Haji Yaakob, Ishak Hj Muhamad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 kerana kegiatan tersebut dan mereka dipenjarakan di Changi di Singapura. 8. Kongres Melayu. Ia merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia kedua. Isu kongres ini ialah soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar- akhbar Melayu. Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi masalah sosial ekonomi dan politik. i) Bagaimana kesedaran nasionalisme semasa Pendudukan Jepun 1. Semangat kebangsaan berlaku kesan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun. 2. Dasar pemerintahan tentera Jepun: Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum ini
23

Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Mali Shimbun untuk Utusan Melayu. Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagi bahasa pengantar dan nilai budaya Jepun diperkenalkan 3. Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu, kebebasab hanya diber kepada pertubuhan yang menyokongnya dan yang bergerak di bawah pengawasan Jepun. 4. Ahmad Bustamam menyokong Jepun dan menubuhkan barisan pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda Melayu untuk dilatih berkawad dan menjadi tentera sukarela Jepun. 5. Tetapi PKM menubuhkan MPAJA bagi menentang Jepun. 6. PKM disokong oleh British yang memberi bantuan senjata dan bekerjasama dalam Perang Gerilla. 7. Pasukan Bintang Tiga pula ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. 8. Orang Melayu menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang. Keanggotaan Force 136 kecil dan terdiri daripada Pegawai Tadbir Melayu yang bekerjasama dengan British. 9. Pasukan ini bergerak secara Gerila di hutan di Kedah, Johor dan Pahang. 10. Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang Jepun. Anggotanya ialah guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung. 11. Ibrahim Yaakob pula meminta Jepun memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia sebelum kekalahan Jepun. Ia sesuai dengan matlamat asal KMM iaitu menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya. 12. Ciri- ciri Melayu Raya Slogan dan cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu sahaja Menghidupkan empayar Melayu seperti Majapahit atau Melaka Idea ini dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh Abdul Hadi Hassan pensyarah Ilmu Tawarikh di MPSI. 13. KRIS pula ditubuhkan sebagai badan yang melaksanakan Melayu Raya. 14. Kongres pemuda KRIS di Kuala Lumpur membincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia. 15. Tetapi Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal kerana kekalahan Jepun yang mendadak. 16. Persidangan KRIS di Kuala Lumpur dibatalkan dan Melayu Raya gagal. 17. Ibrahim Yaakob, isterinya, dan orang kanannya berlindung di Indonesia. 18. British kembali menguasai Tanah Melayu pada bulan September 1945. 19. Jepun menyerah kalah, Jeneral Itakagi menyerahkan pedangnya kepada Lefternan Jeneral Mesassary, pegawai pemerintah command Malaya di Victoria Institution Kuala Lumpur.

24

BAB 3: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA 1) Latar Belakang Pembinaan Negara dan Bangsa. a) Konsep Negara bangsa dalam sistem politik Melayu Tradisional. 1. Dalam masyarakat Melayu Tradisional kemunculan kerajaan disebabkan oleh adanya raja. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam kerajaan. 2. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya. 3. Rakyat pula perlu mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya akan menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. 4. Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah. Contohnya, empayar Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan. 5. Kesultanan Melayu Melaka menjadi model kerajaan Melayu selepasnya. Kemudiannya menjadi asas pembentukan bangsa Malaysia. b) Perubahan konsep Negara bangsa masyarakat Melayu tradisional selepas penjajahan kuasa Barat. 1. Bagi masyarakat Melayu tradisional negeri beerti kawasan, contohnya negeri Larut, negeri Bernam dan negeri Kerian. 2. Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing pula, keseluruhan kerajaan telah diseutkan sebagai negeri dengan segala jajahan takluknya. 3. Apabila British campur tangan di Tanah Melayu, British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. British telah menetapkan sempadan setiap kerajaan. 4. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri. 5. Kemudiannya Malayan Union dicadangkan oleh British. 6. Ia bertujuan membina sebuah Negara dan bangsa yang moden, tetapi ditentang oleh orang Melayu. 7. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 telah menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. 8. Pada 1957, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan Negara Malaysia yang berdaulat. c) Pembentukan Negara bangsa Malaysia hari ini. 1. Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah Negara. 2. Pembentukan Negara kita pula adalah berkat kebijaksanaan pemimpin dan tidak melibatkan pertumphan darah. 3. Kemerdekaan dicapai oleh Negara kita adalah melalui rundingan, pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kuam yang terbesar di Negara ini. 4. Kebijaksanaan dan pandangan jauh pemimpin- pemimpin kita dalam memperjuangkan sebuah Negara yang berdaulat patut dicontohi oleh generasi muda kita pada hari ini.
25

5. Konsep bangsa Malaysia berlaku apabila persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. 6. Kemudiannya Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Maka lahirlah Negara dan bangsa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bangsa, budaya, kepercayan dan pendapat. 7. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengalaman kebudayaan kebangsaan dan Rukun Negara. 8. Ciri- ciri Negara dan bangsa Malaysia adalah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka semasa penjajahan Barat, ketika menuntut kemerdekaan dan sebaik sahaja Malaysia terbentuk. 9. Pembinaan Negara dan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan progresif masih berterusan. d) Pembentukan Negara bangsa di Eropah. 1. Di Eropah, konsep ini merujuk pada pembentukan Negara bangsa moden. 2. Idea ini tercetus kesan Revolusi Inggeris, Revolusi Perancis dan Perang kemerdekaan Amerika. Maka muncul idea hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan Negara bangsa. 3. Pembentukan Negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan Negara feudal. 4. Di Eropah Barat, pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16, nasionalisme dapat dilihat pada politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea Negara bangsa. 5. Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia, dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. 6. Pada nasionalisme menggunakan unsur persamaan rumpun, bangsa dan bahasa untuk membentuk Negara bangsa yang baru. 7. Penyatuan dan pembentukan Negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalisme ini. 8. Perang Dunia Pertama berakhir dengan kekalahan Jerman 9. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi 14 Perkara Woodrow-wilson. Dekralasi ini mencadangkan dua prinsip iaitu penentuan nasib Negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan Negara berasaskan bangsa. 10. Kesannya empayar Austria-Hungary dan Turki telah mengalahkan kekalahan telah dibahagi- bahagikan. 11. Keadaan ini menyebabkan muncul Negara baru berasaskan etnik dan bangsa seperti Czechoslovakia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. e) Pembentukan Negara Bangsa di Itali 1. Itali pada asalnya terbahagi kepada beberapa wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. 2. Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau Austria dari bumi Itali. 3. Mereka menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour beruasaha menyatukan Itali menjadi sebuah Negara.
26

4. Beliau sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. 5. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali Berjaya menewaskan Austria. 6. Melalui pungutan suara rakyat, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh majoriti untuk menyatukan Itali. 7. Kesan kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia (jajahan Austria) dipulangkan kepada Itali. 8. Apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, Count Camillo menyatukan pula Rom dan Itali dan membentuk Negara bangsa Itali. 9. Amalan realpolitik di Itali ini dipelopori oleh Niccolo Machiavelli dalam bukunya, The Prince. Amalan ini menawarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik. f) Pembentukan Negara bangsa di Jerman. 1. Otto Eduard von Bismarck juga mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan Negara Jerman pada tahun 1871. 2. Bismarck menggunakan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan perang. 3. Matlamatnya untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang dianjurkan oleh Bismarck. 4. Bismarck telah mneggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia. 5. Bismarck pernah menjadi peguam, berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan duta Prussia di Rusia dan Perancis serta pernah menjadi Perdana Menteri. g) Pembentukan Negara di Madinah. 1. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam. 2. Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam. 3. Piagam Madinah menyatukan penduduk berbilang kaum, iaitu orang Yahudi, Kristian dan Arab. 4. Dengan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan, baginda Berjaya membentuk kerajaan Islam. 5. Kerajaan Islam di Madinah telah membuktikan bahawa kejayaan tersebut disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan di antara pemimpin dengan rakyat. h) Ciri- ciri Negara dan bangsa. 1. Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan pemerintah yang berwibawa. 2. Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat
27

3. 4. 5.

6. 7. 8.

dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan. Bangsa ialah sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah. Idea bangsa kini sering digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar negara. Kerajaan atau institusi pemerintahan ini merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut. Kerajaan juga bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat sesebuah Negara. Kerajaan Malaysia merujuk kepada tiga badan iaitu Badan Perundangan, Pelaksana dan Kehakiman. Perlembagaan ialah peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan mentadbir dan memerintah Negara. Di Malaysia, perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.

2. Kesultanan Melayu Melaka- Asas Pembentukan Negara Dan Bangsa. a) Rekod dan dokumentasi mengenai kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. 1. Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) karangan Tun Seri Lanang merupakan dokumen histiografi Melayu terpenting khasnya mengenai Melaka. 2. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri. 3. Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelbagai kesan dan warisan sosiopolitik dalam sistem pemerintahan Negara kita pada hari ini. b) Ciri- ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka. 1. Persamaan ciri- ciri Kesultanan Melayu Melaka dengan ciri- ciri Negara bangsa moden seperti wilayah pengaruh, kedaulatan, lambang, keunggulan undang-undang rakyat dan kerajaan. 2. Ciri wilayah iaitu kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum. 3. Ciri wilayah pengaruh pula merujuk kepada kawasan yang rakyatnya memperakui pemeritahan seorang raja. 4. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti Negara moden. Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera. 5. Ciri kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. 6. Kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Ini bermakna Negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan memastikan sesebuah Negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.
28

7. Konsep kedaulatan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berbeza daripada pengertian tentang kedaulatan Negara moden. Pada zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah. Raja yang kawasan pemerintahan. 8. Lambang Negara merupakan symbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara. Bahasa Melayu contohnya, merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan Negara dan bangsa. 9. Lambang warisan Kerajaan Melaka pula seperti sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam. Kebesaran sultan dan kerajaan Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, protokol dan adat istiadat istana. 10. Ciri asas negara dan bangsa seterusnya ialah keunggulan undang-undang dalam pemerintahan. 11. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat. 12. Kerajaan Melaka mempunyai undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam, iaitu Undang-undang Laut Melaka. 13. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal berkaitan kuasa raja dan pembesar, pantang larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman kesalahan jenayah awam, undangundang keluarga dan sebagainya. 14. Undang-undang Laut Melaka pula berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah. 15. Rakyat ialah seluruh penduduk sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undangundang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut. Pada zaman kerajaan Melaka, rakyat bertanggungjawab mentaati raja. Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan Negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya. 16. Kerajaan merupakan badan yang diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran, manjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan Negara dan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain. 17. Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud wujud apabila adanya raja. Semasa zaman kerajaan Melaka, Raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi. 18. Baginda dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi tugas masingmasing iaitu di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jajahan. 19. Sistem Pembesar Empat Lipatan ini menjamin kesentosaan pemerintahanberaja dan kerajaan Melaka.

4. Warisan Negeri- Negeri Melayu


a) Warisan kesultanan Melayu Melaka di Negeri- Negeri Melayu. 1. Sistem pemerintahan Negeri- Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang umumnya berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Warisan Kesultanan
29

2. 3.

4.

5. 6. 7.

Melayu seperti adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu, berkembang di negeri tersebut. Kerajaan Johor, Pahang dan Perak diasaskan oleh kerabat diraja Melaka. Negeri tersebut menggunakan gelaran Sultan. Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Menurut sistem ini, putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta tersebut. Johor, Perak, dan Pahang telah mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti Melaka. Perbezaan antara ketiga- tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya. Perbezaan ini disebabkan penyesuaian dengan keadaan tempatan. Warisan Kesultanan Melayu Melaka juga dapat dilihat dalam kitab undang-undang bagi Johor, Perak dan Pahang. Ketiga- tiga undang-undang itu disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan urusan tempatan. Contohnya, Undang-undang Pahang yang disusun oelh Sultan Abdul Ghapur.

b) Kandungan Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor. Sultan Abu Bakar memperkenalkan perlembgaan bertulis yang teratur, lengkap dan dikuatkuasakan pada 1895. Perlembagaan ini dinamakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Ia mengandungi perkaitan berkaitan keturunan sultan sebagai pewaris harta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri. Perlembagaan tersebut diasaskan mengikut perlembagaan Barat. Raja hendaklah berbahasa Melayu, lelaki, beragama Islam dan merupakan waris pemerintah Johor. Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain. Raja berhak memilih Menteri Besar. Naib Menteri Besar pula ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja. Berdasarkan Perlembagaan Johor 1895, Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua iaitu Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksanaan. Majlis Negeri dipengerusi oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam metadbir negeri dan rakyat. Jemaah Menteri pula terdiri daripada 8 hingga 12 orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka ini berbangsa Melayu, beragama Islam dan rakyat Johor. Pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada raja serta kerajaan Johor. Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan bila-bila masa apabila dikehendaki oleh Raja. Boleh juga diadakan jika diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.
30

Perlembagaan bertulis ini digubal kerana keinginan pemerintahan Johor membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang British menguasai negeri Johor.

c) Sistem Jemaah Menteri Kelantan. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I. baginda telah melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran baginda. Sultan Muhammad II pula membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran Kelantan. Terdapat 8 badan Jemaah Menteri dan setiap dianggotai oleh 4 orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing. Sultan Muhammad II juga telah menyingkir kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar bergelar Nik dan wan. Pembesar ini membantu mengukuhkan kewibawaan baginda dengan memberikan taat setia kepada baginda. Jemaah Penasihat Raja- menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia. Jemaah Menteri Istana- menguruskan istiadat diraja dan istiaday rasmi di seluruh negeri Kelantan. Jemaah Menteri Keadilan/Kehakiman- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman. Jemaah Menteri Dalam Negeri- menjaga keamanan negeri. Jemaah Menteri Luar- menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri. Jemaah Menteri Perbendaharaan- mengendalikan harta benda dan hasil mahsul. Jemaah Menteri Peperangan- menguruskan pertahanan dan keamanan negeri. Jemaah menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri. d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu ( Ittiqan-Ilmuluk Bi-Tadil IISuluk) Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada 1911. Ia dikenali Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan. Ia berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Tujuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut adalah untuk menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya. Undang- undang ini mengekalkan amalan sistem monarki dengan memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, iaitu sebagai agama negeri. Pemerintahan beraja di Terengganu bercorak raja berperlembagaan. Pemerintahan Terengganu mesti beragama Islam.
31

Mereka juga mestilah berbangsa Melayu, lelaki dan merupkan waris Sultan yang memerintah Terengganu. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, bangsa Melayu, rakyat Terengganu, serta mengaku taat setia kepada sultan dan kerajaan. Undang-undang tubuh kerajaan Terengganu mengandungi fasal berkaitan raja seperti perlantikan raja, syarat menjadi raja, waris takhta, tertib raja, zuriat sultan, raja yang belum cukup umur, tegahan kepada raja dan sara hidup kerabat diraja. Berkaitan menteri pula seperti seperti bilangan menteri, kesetiaan menteri dan perlantikan menteri. Perkara lain seperti Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ranggungjawab pembesar, kedudukan agama Islam, ketaatan kepada pemerintah, kesalahan khianat kepada negeri, pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar, kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan, mengadakan perjanjian dan hubungan kerajaan dengan kerajaan lain. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan. Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenan oleh Sultan. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga rakyat dan keamanan negeri, menjalin hubungan persahabatan dengan negeri lain. Waris Sultan atau Menteri dilarang menyerah negeri kepada kuasa lain. Perlembagaan ini menggambarkan kebijaksanaan pemerintah yang ingin meningkatkan kecekapan pentadbiran. Ia juga menjadi benteng untuk mengekalkan kedaulatan Terengganu.

e) Negeri Sembilan- Prinsip Demokrasi Dan Konsep Persekutuan. Negeri ini mengandungi 9 negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir. Pada abad ke-18, ia mempunyai raja iaitu Raja Melewar yang diberi gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti. Negeri Sembilan ialah negeri Melayu pertama mirip persekutuan sebelum wujudnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896. Ia mengamalkan sistem pemerintahan Adat Perpatih iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat. Dalam pemerintahan Adat Perpatih, perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat bawah iaitu Anak Buah, diikuti Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar. Walaupun Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda tidak berhak melantik pembesar. Hal ini disebabkan perlantikan tersebut dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
32

Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut Luak. Empat Luak utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Ketua setiap Luak ialah Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga. Undang bertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Di bawah Undang ialah Lembaga dan Lembaga ini dilantik oleh Buapak. Lembaga merupakan ketua suku anggota. Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing- masing. Lembaga berkuasa memilih Undang. Buapak merupakan ketua Perut dan setipa anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah. Buapak menjadi tempat rujukan setiap masalah, khasnya yang berkaitan dengan adat. Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi agihan kuasa mengikut peringkat. Ini menunjukkan bahawa sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan merupakan unsur demokrasi. Sistem ini mementingkan muafakat dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin.

33

BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA 1) Malayan Union. a) Sebab- sebab Malayan Union diperkenalkan. British ingin menghapuskan Negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini, British menjalankan dasar menerima Negeri Melayu, Raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. British juga menerima adat istiadat Melayu, agama Islam dab bahsa Melayu ialah budaya Tanah Melayu. Malayan Union adalah persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri. British ingin pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos. Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri- Negeri Melayu Bersekutu( NNMB) dan Negeri- Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) menelan kos yang besar dan menyebabkan pembangunan ekonomi bagi setiap negeri tidak seimbang. British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan Negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. British ingin memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. British ingin menjamin penguasaan berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu. British ingin mengurangkan kuasa politik orang Melayu. b) Ciri- Ciri Perjanjian Malayan Union. Semua NNMB, NNMTB dan dua buah NNS disatukan. Seorang gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malayan Union. Majlis Ekskutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip Jus Soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir. c) Kerakyatan Jus Soli Jus Soli adalah kalayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun juga kan diberi kerakyatan. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas, turut diberikan kerakyatan.
34

Semua rakyat British daripada tanah jajahan boleh menjadi rakyat Malayan Union.

d) Pelaksanaan Malayan Union. Dari segi pentadbiran, Malayan Union adalah kesatuan yang dikuasai oleh pemerintah pusat yang kuat. Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura tetapi terus kepada Parlimen British di London. Kerajaan Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di Kings House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. Maka ia menggantikan penatdbiran tentera British atau British Militay Administration (BMA) yang dijalankan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1945, Gebenor pertamanya ialah Sir Edward Gent. Tindakan British yang bertentangan dengan dasar perlindungan sebelum ini membangkitkan kemarahan orang Melayu. Kesannya orang Melayu menentang Malayan Union. e) Faktor- faktor penentangan Malayan Union. Sir Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah, Kedah. Sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Sultan menandatangani Malayan Union atas dasar seti kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor. Orang Melayu menentang usaha penghakisan kuasa Raja-raja Melayu. Raja-raja melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa. Mereka juga kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu. Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union maka agama Islam akan tercabar. Pemberian kerakyatan yang longgar oleh orang Melayu kerana orang dagang tidak ditolak oleh orang Melayu kerana akan mengancam status orabg Melayu sebagai pribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan kemasukan orang dagang manakala ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur. Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Kerajaan Melayu seperti Melayu Melaka. Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan tersebut. Demonstrasi besar-besaran berlaku, antaranya di Kota Bharu, Batu Pahat dan Johor Bahru. f) Sokongan kepada Malayan Union Terdapat sebagai kecil pihak yang menyokong Malayan Union antaranya orang dagang dan Melayu radikal.
35

Melayu radikal ialah kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi. Mereka mendokong Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya. Kebanyakan mereka berasal daripada Indonesia. Mereka bersetuju dengan dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik. Mereka juga menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak orang Melayu. Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing. Mereka juga mempercayai janji British akan memberi kemerdekaan. Tetapi, British perlu menjajah Tanah Melayu sebelum proses berkerajaan sendiri dilaksanakan dan kemerdekaan diberikan. Janji ini merupakan harapan semua parti dan persatuan yang menyokong Malayan Union. Malayan Union juga disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM) yang ingin menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar. Mereka menyokong konsep republik seperti di Indonesia dan seterusnya konsep Melayu Raya dilaksanakan. Malayan Union juga disokong API pimpinan Ahmad Boestamam, AWAS dan BATAS. Penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union juga disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan. Pegawai tadbir Melayu yang menyokong menggunakan alasan British kuasa besar san mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.

g) Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union. Akhbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta telah membantah secara berterusan. Demonstrasi secara damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu dilakukan. Ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan di Alor Setar, Kedah. Persatuan Melayu menghidupkan semula untuk menentang Malayan Union. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Jajahan di London. Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malay Organization (U.M.O) untuk menentang Malayan Union. Kongres Melayu 1946 telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semananjung Tanah Melayu. Kongres ini bersetuju menubuhkan UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru, Johor. Sebanyak 29 buah persatuan negeri telah bergabung untuk mengasaskan UMNO.
36

Kongres Melayu Kedua diadakan untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parliemn British, iaitu L.D Gammans dan David Reese Williams. Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli- ahli parlimen tersebut. Langkah tegas orang Melayu mendorong British berunding dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO. Hasilnya Persekutuan Tanah Melayu.

2) Persekutuan Tanah Melayu.


a) Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Ketegasan orang Melayu di bawah pimpinan Dato Onn menggagalkan Malayan Union. Dato Onn merupakan pemimpin berpengalaman dan pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartwan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara. Perpaduan orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat. Orang Melayu Berjaya memujuk dan mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan. Sokongan bekas pegawai tinggi British seperti Sri Malcom MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D Gammans. Sikap politik Melayu yang sederhana telah mendorong British menerima kehendak mereka. Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-Raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British. Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya. British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu kerana mereka hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union. Mereka tida menuntut kemerdekaan daripada British. British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh politik Indonesia yang dikuasai golongan radikal seperti PKMM, API,AWAS, dan BATAS. Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menggalakan penjajahan baru, sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan. b) Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. British menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli. Antara mereka ialah Sir Theodore Adams (penasihat Sultan), Dato Onn Jaafar, Haji Muhammad Sheriff, Raja Kamarulzaman, Dato Hamzah Abdullah, Dato Abdul Rahman Muhammad Yasin dan Dato Roland Braddell. Mereka terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu.
37

Mereka mengadakan mesyuarat di Kings House, Kuala Lumpur. Pada dasarnya, ada lima tuntutan orang Melayu iaitu: Raja-Raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. Mereka ingin persekutuan seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union. Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan. Mereka menuntut supaya Raja-Raja Melayu sebagai ketua NegeriNegeri Melayu diakui semula. Perundigan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu pimpinan Dr. Burhanudin al-Helmy. Dr Burhanuddin adalah Presiden PKMM dan penasihat PUTERA. Nama sebenarnya Burhanuddin Haji Muhammad Nor. Berpendidikan Madrasah al- Mashyor dan Universiti Aligrah. India. Mereka berpendapat Jawatankuasa Eksekutif ini tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleg seorang pun perwakilan orang dagang. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh. Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya atau All Malayan Council of Joint Action ( AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA) telah ditubuhkan pada awal tahun 1947 untuk menentang British dan UMNO. Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok. Mereka turut mencadangkan sebuah perlembagaan iaitu Perlembagaan Rakyat. British bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka.

c) Perlembagaan Rakyat 1947. Singapura disatukan dengan Tanah Melayu. Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih. Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat. Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan. Adat istiadat dan Agama Islam dikawal oleh orang Melayu. Kerakyatan yang sama rata. Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu. Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Pertahanan dan luar negeri menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu. Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu.

d) Perkara yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 January 1948 antara Raja-Raja Melayu dengan British di Kings House, Kuala Lumpur. Pada 1 Feb 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan rasmi.
38

British masih menguasai T.Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan. Tetapi, perkongsian kuasa dilakukan antaraMajlis Raja-Raja dan PesuruhjayaTinggi pada peringkat pusat. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri. Perjanjian ini telah mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Seterusnya membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Ciri-ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948: Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Raja berperlembagaan diwujudkan. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu. Perjanjian 1948 ini juga menjelaskan perkara-perkara berikut: Syarat kerakyatan diperketatkan iaitu prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi pemduduk Negeri-Negeri Selat ( Melaka dan Pulau Pinang) Rakyat Raja Melayu ialah orang Melayu yang lahir di negeri Melayu itu ialah rakyat negeri tersebut secara automatic. Rakyat British ialah ialah mereka yang tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Dasar ini memang diakui oleh British sejak Perjanjian pangkor 1874. Institusi Raja Melayu dikekalkan dan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran. Perlembagaan negeri yang dikenali sebagi Undang-undang Tubuh Negeri kekal digunakan hingga hari ini. Pengenalan Rakyat Raja Melayu membuktikan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu, status quo Negeri Melayu yang dilindungi, agama Islam dan adat istiadat Melayu sebagai teras ketuanan bangsa Melayu diteruskan. Prinsip-prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu tersebut telah dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagi undang-undang bertulis. Perkara ini menjadi Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu dan diteruskan selepas tahun 1948.

e) Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu 1948. Tokoh yang terlibat seperti pemimpin tempatan, pihak British, Raja Melayu dan pemimpin UMNO.
39

Terdapat 9 orang Raja Melayu yang terlibat. Mereka menyediakan tuntutan dan cadangan menjaga status dan keselamatan rakyat. Antara sultan yang bersuara tegas ialah Sultan Badlishah (Kedah), Sultan Abdul Aziz (Perak) dan Sultan Ibrahim (Johor). Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum 1941. Sultan tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka serta perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara. Rakyat pula telah diwakili oleh para pembesar yang bertindak sebagai penasihat kepada raja masing- masing. Sebahagian mereka merupakan pemimpin UMNO yang mendukun idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mereka bersama-sama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu serta Raja-Raja Melayu. Kerjasama mereka telah membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Perjanjian Persekutuan 1948. Antara tokoh tersebut termasuklah Dato Onn Jaafar (Menteri Besar Johor dan juga Yang Dipertua UMNO) dan Dato Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan dan terlibat dalam penubuhan UMNO).

4. Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah.


a) Perbezaan Penentangan antara Sabah/Sarawak dan Tanah Melayu Di Tanah Melayu, orang Melayu berjaya menolak penjajahan mutlak British. Tetapi di Sarawak dan Sabah dipkasa untuk menerima perjanjian British secara mutlak. Keturunan James Brooke dan SBUB menyerahkan Sarawak dan Sabah kepada kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota. b) Penentangan di Sarawak. Vyner Brooke, Raja terakhir Sarawak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British kerana beliau telah tua dan uzur. Penggantinya pula, iaitu Anthony Brooke, didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan. Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak. Pengisytiharan penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946. Beberapa orang pemimpin dan persatuan kaum tempatan membantah tindakan ini. Contohnya Datu Patinggi Abang Hj Abdillah, ketua Masyarakat Melayu Sarawak, Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan juga Persatuan Dayak Sarawak (PDS). Mereka menentang Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941. Perlembagaan 1941:
40

o Perlembagaaan bertulis pertama di Sarawak. o Vyner Brooke berjanji akan memberi kerajaan sendiri kepada Sarawak dan kuasa mentadbir akan diberikan kepada Majlis Negeri. o Ahli-ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak. Keputusan Vyner juga ditentang kerana beliau tidak berunding dengan orang tempatan atau ketua mereka. Vyner Brooke telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Negeri tetapi hanya mendapat sokongan anggota bukan bumiputera dan pegawai British. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak, Barisan Pemuda Melayu Sibu, Persatuan Dayak Sarawak menentang secara terbuka. Kaum Ibu PKMS membantah dengan berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British. British bertindak mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9 yang memberikan amaran, tindakan akan diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat. Seramai 338 orang kakitangan awam meletak jawatan sebagai tanda bantahan. Satu pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas. Rukun Tiga Belas ialah kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British dan dianggotai oleh golongan muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu. Sir Duncan Stewart (Gabenor Sarawak) telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu. British telah mneghukum gantung Rosli Dhobi dan tiga orang lagi yang terlibat dalam kejadian tersebut. Tindakan Rosli Dhobi dan rakanrakannya tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.

c) Penentangan di Sabah. Kegiatan politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana. Oleh itu, semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada tahun 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan, malah pada tahun 1951 persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.

41

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA. 1) SISTEM AHLI. a) Latar Belakang Sistem Ahli. Sistem Ahli bertujuan melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran di Tanah Melayu. Idea ini dicetuskan oleh Dato Onn dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney. Henry Gurney mencadangkan agar model negara Kenya dan Rhodesia Utara dilaksanakan di Tanah Melayu. Cadangan ini selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi. Pihak British juga berpendapat bahawa Sistem Ahli ini akan mengurangkan tekanan pihak PKM. Sistem Ahli dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 1950. Rundingan antara pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu diadakan di Kings House, Kuala Lumpur. Sir Henry Gurney telah menjemput Dato Onn Jaafar ( Yang Dipertua UMNO), Dato Hamzah Abdullah ( Menteri Besar Selangor), Raja Uda dan Dato Nik Ahmed Kamil yang mewakili UMNO dan orang Melayu, Dato E.E.C Thuraisingam mewakili kaum India serta Encik Yong Shook Lin dan Dr. Lee Tiang Keng yang mewakili masyarakat Cina. Mereka telah bersetuju dengan pendekatan Sistem Ahli. b) Ciri- ciri Sistem Ahli. Sistem Ahli dilaksanakan dari January 1951 hingga Jun 1955 iaitu sebelum pilihan raya majlis Perundangan Persekutuan (MPP) Julai 1955. Antara ciri-ciri Sistem Ahli: kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenali Ahli. Contoh,Ahli Hal Ehwal dalam Negeri. Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada 9 anggota, iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu dan 4 orang pegawai Inggeris. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3 orang Melayu, seorang Cina dan seorang India. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. c) Proses Pelaksanaan Sistem Ahli. Ahli yang dilantik diberi tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. Mereka menguruskan pentadbiran harian jabatan mengikut dasar-dasar yang sedia ada.
42

Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP. Dalam menyediakan cadangan undang-undang itu, Ahli akan berbincang dengan pegawai kanan British. Pesuruhnjaya Tinggi juga memberikan arahan dan persetujuan. Selalunya cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British. Sistem Ahli merupakan tapak asas untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri. Ia juga memulakan proses perpaduan kaum di Tanah Melayu. Ini adalah kerana ahli-ahlinya merupakan gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum di negara ini. Asas penting untuk mencapai kemerdekaan ialah mendapat sokongan seluruh Tanah Melayu. Antara anggota Sistem Ahli ( rujuk buku teks ms 118)

2) Pakatan Murni.
a) Maksud Pakatan Murni. Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah tersendiri. Pakatan murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum. b) Usaha Pakatan Murni sebelum Perikatan ditubuhkan. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) di Pulau Pinang. Mulanya CLC hanya dianggotai dua kaum iaitu Melayu dan Cina. Orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO diketuai oleh Dato Onn Jaafar, orang Cina dinaungi Persatuan Cina Malaya atau Malayan Chinese Association (MCA) diterajui oleh Tan Cheng Lock. Kemudiannya, CLC dianggotai oleh enam orang pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Langka, Serani dan Eropah. CLC adalah permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu dan merupakan perubahan terhadap dasar UMNO kerana kesanggupannya berunding dengan kaum lain. Menurut Dato Onn Jaafar, perpaduan antara kaum patut menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai. Hasil daripada perundingan UMNO-CLC, beberapa perkara dipersetujui: Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama Melayu. Pengerusi pertamanya ialah Dato Onn Jaafar. Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu dan bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
43

Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP). Idea pembukaan ahli UMNO kepada bukan Melayu oleh Dato Onn. Beliau dikecam kerana masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO. Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO. Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato Onn Jaafar pada 26 Ogos 1951. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP) melalui kerjasama kaum dalam sebuah parti. IMP terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain di Tanah Melayu. Ini adalah kerana mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu. Penubuhan Persidangan Kebangsaan 1953 oleh Sir Malcom MacDonald- (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) di Kings House, Kuala Lumpur. Tujuannya untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu Penubuhan Persidangan Kebangsaan diisytiharkan pada April 1953. Dato Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusinya dan beliau disokong oleh beberapa orang Menteri Besar. Tuanku Abdul Rahman pula telah menganjurkan Konvokesyen Kebangsaan bersama MCA. Konvokesyen disertai pelbagai parti dan persatuan politik lain. Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

c) Perikatan dan Pilihanraya. Kerjasama UMNO- MCA dibentuk dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952. Kerjasama antara UMNO di Kuala Lumpur dengan MCA Selangor telah dijalankan oleh Dato Abdul Razak Yahya dan Ong Yoke Lin. Dalam pilihan raya tersebut gabungan UMNO-MCA telah memenangi 9 kerusi daripada 11 yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama, gabungan UMNOMCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi. Kerjasama UMNO-MCA telah mengasaskan Parti Perikatan yang kemudiannya disertai oleh MIC pada tahun 1955. Pada tahun 1954, British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP) Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti UMNO, MCA, MIC dan pegawai-pegawai tinggi British. Parti Perikatan menyediakan Manifesto dalam pilihan raya ini, mereka ingin mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun, mewajibkan pendidikan, manjaga hak asasi manusia dan melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
44

Dalam pilihan raya itu Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti Negara kalah semua dan PAS hanya 1 kerusi. Tuanku Abdul Rahman selaku Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri dan membentuk cabinet. Pembahagian anggota kabinetnya terdiri daripada pelbagai kaum dan kabinet ini berfungsi sehingga kemerdekaan tercapai.

d) Perikatan dan Pakatan Murni Ke arah Kemerdekaan. Tunky Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaaan ke London pada Februari 1956. Beliau disertai oleh Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S Lee. Empat wakil Sultan pula terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang (ketua), Dato Nik Ahmed Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd Seth. Perundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British. Rundingan tersebut telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam perundingan itu, sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagan telah dibentuk. British bersetuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka. 3. Perjanjian Perseketuan Tanah Melayu 1957. a) Suruhanjaya Reid. Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang meredeka. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid (Hakim British) sebagai pengerusi, manakala ahlinya ialah Sir Ivor Jennings (England), Sir William McKell ( Australia), Tuan B. Malik ( India) dan Tuan Ahmad Hamid (Pakistan) Beberapa isu penting menjadi panduan suruhanjaya ini antaranya: Kerajaan Persekutuan yang kuat. Kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu. Isu kedudukan Raja-Raja Melayu. Isu hak istimewa orang Melayu. Bangsa Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya telah menerima sebanyak 131 memorandum daripada pelbagai pihak, termasuklah Raja-Raja Melayu, individu dan pertubuhan politik. Cadangan kerajaan Parti Perikatan telah diberikan perhatian utama. Cadangan Suruhanjya Reid diterbit pada Februari 1957. Parlimen British menerima cadangan ini pada Mei 1957. Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengesahkan pada 17 Ogos 1957. Satu isu hangat ialah kerakyatan Jus Soli yang dituntut oleh orang dagang tetapi ditentang oleh orang Melayu, kerana prinsip kerakyatan Jus Soli memberi hak sama rata kepada semua kaum dan ini akan melemahkan orang Melaka.
45

Selepas beberapa rundingan, Raja-raja Melayu telah menerima kerakyatan Jus Soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedudukan istimewa orang Melayu ialah dasar melindungi orang Melayu dan bumiputera dalam bidang pendidikan dan perniagaan. Dengan tolak ansur satu paaktan murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu. Perkara lain yang dipersetujui ialah agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

b) Isi-isi Penting Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Kerajaan Persekutuan. Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Raja berperlembagaan pada peringkat negeri dan Negara. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuatkuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Oleh itu jus soli diterima. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. Agama Islam agama rasmi Persekutuan. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong ketua Negara. Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang terletak di bawah kuasa Parlimen. Menteri Besar pula menjadi pelaksana pentadbiran negeri, beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO. c) Kepentingan Perjanjian Persekutuan Membolehkan kerajaan demokrasi Raja Berperlembagaan dibentuk. Pakatan Murni mewujudkan perpaduan dan keharmonian kaum. Memberi hak kepada penduduk tempatan mentadbir Negara berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri. Dengan pengalaman sejarah yang sama, setiap kaum akan berusaha melahirkan identity masyarakat yang merdeka. Perbezaan warna kulit, agama, bangsa dan Negara asal diketepikan. d) Peranan Tokoh Kemerdekaan Kebijaksanaan pemimpin dan perundingan kaum membawa kepada kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Tun Abdul Razak- Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London, perunding menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957, Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 (yang menghasilkan Penyata Razak). Beliau juga dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua, menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar tahun 1959 dan digelar Bapa Pembangunan Malaysia.
46

Tun H.S. Lee ialah tokoh MCA yang memulakan kerjasama antara kaum sehingga tertubuhnya Parti Perikatan. MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan. Tan Cheng Lock (Presiden MCA) pula penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan Negara. Tun V.T Sambatahan (Presiden MIC) juga bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan. Beliau menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.

47

BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA. 1) Cadangan Pembentukan Malaysia. a) Cadangan pembentukan Malaysia. Pada tahun 1887 Lord Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara, mencadangkan agar Kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald,Gabenor Jeneral Asia Tenggara mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Tanah Melayu digabungkan. Pada tahun 1956, DatoOnn Jaafar mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka diberi nama Malaysia kerana menurutnya pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Tanah Melayu. Cadangan berkaitan Malaysia daripada pemimpin Singapura datangnya daripada Lim Yew Hock, David Marshall dan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau menyuarakan harapannya supaya Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin kedudukan politik yang kukuh. b) Faktor pembentukan Malaysia dari segi politik. Pembentukan Malaysia disebabkan oleh isu politik seperti keselamatan, kemerdekaan dan proses dekolonisasi. Lee Kuan Yew berminat dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura. Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada masa depan. Keadaan ini boleh menggugat rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura. Lee Kuan Yew menggunakan alasan ancaman komunis untuk mendesak British menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu pula dikatakan mempunyai pengalaman dalam membenteras pengaruh komunis, iaitu ketika darurat 1948-1960. Ancaman komunis juga wujud di Sarawak iaitu oleh Clandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai Negara Komunis. Masalah komunis menjadi antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia.
48

Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis. Penubuhan Malaysia juga akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei yang belum mampu berkerajaaan sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Pada masa ini, hampir semua negara di Asia Tenggara telah merdeka. Dalam Perhimpunan Agung PBB juga timbul usul tanah jajahan dimerdekakan. Pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberi kestabilan politik kepada Asia Tenggara. Britsh berharap pembentukan Malaysia menghalang pengaruh komunis di Singapura dan Borneo. Seterusnya menjamin kepentingan mereka khasnya di Singapura terkawal.

c) Faktor pembentukan Malaysia dari segi ekonomi Malaysia akan mewujudkan pasaran yang luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanianri ini. . Kerjasama serantau dapat memanfaatkan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini. Tanah Melayu kaya dengan getah dan bijih timah, Sarawak dan Sabah pula kayyu balak, manakala Brunei kaya dengan sumber minyak. d) Faktor pembentukan Malaysia dari segi sosial Penubuhan Malaysia dapat mengimbang jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di negeri anggota dengan memasukkan Sarawak, Sabah dan Brunei. Ia juga bertujuan menyegerakan kemerdekaan negeri belum membangun seperti Sarawak dan Sabah. Ini selari dengan dasar dekolonisasi British. Pembentukan Malaysia juga kerana kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura untuk maju bersama.

2) Reaksi Pembentukan Malaysia


Reaksi Dalam Negeri: a) Reaksi Persekutuan Tanah Melayu Rakyat Tanah Melayu melihat Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi berbeza pendapat dari segi perlaksanaan. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirunding terlebih dahulu di kalangan penduduk Tanah Melayu. UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
49

b) Reaksi Singapura Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini. Mereka bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri. Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini. Barisan Sosialis pula menentang idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh dahulu sebelum Singapura menyertai Malaysia. Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat. Satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan diadakan pada 1 September 1962. Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan Singapura. c) Reaksi di Sarawak dan Sabah. Reaksi segera Sarawak dan Sabah selepas cadangan Malaysia diumumkan adalah menolak gagasan Malaysia. Kedua- dua negeri ini telah lama diperintah British, iaitu Sabah selama 60 tahun dan Sarawak lebih satu abad. Ramai ingin kekal diperintah British kerana mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dalam politik amat terhad. SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu. PESAKA, SNAP dan UNKO bimbang bukan Melayu dan peribumi kehilangan identiti dan dikuasai oleh orang Melayu, mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat. Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu. PANAS, BERJASA dan UNSO membangkitkan isu kemajuan ekonomi dan sosial. Menjelang akhir tahun 1961 ramai pemimpin dan juga rakyat Sarawak dan Sabah mula menyokong pembentukan Malaysia. Perubahan ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu menjelaskan gagasan Malaysia dengan mempertingkatkan pandangan penduduk Sarawak dan Sabah. Semangat perpaduan dan toleransi yang diperlihatkan oleh pemimpin Tanah Melayu termasukk Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Sambathan dan Tun Siew Sin telah membantu kepada perubahan sikap ini. Usaha ini mendapat kerjasama pemimpin Sarawak dan Sabah antaranya Datu Mustapha Datu Harun, Donald Stephen, Temenggung Jaguh, Ong Kee Hui dan Stephen Kalong Ningkan.

50

d) Reaksi di Sarawak. Di Sarawak terdapat beberapa parti politik sebelum penubuhan Malaysia. Ong Kee Hui memainkan peranan penting dalam penubuhan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan menjadi Pengerusi SUPP (1959-1963), majoriti sebilangan kecil orang Melayu. Parti Negera Sarawak (PANAS) pula dipimpin oleh Dato Bandar Abang Haji Mustapha, majoriti anggotanya terdiri daripada orang Melayu. Parti ini adalah parti pertama di Borneo yang menyokong Malaysia. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pula diasaskan oleh Stephen Kalong Ningkan, ahlinya terdiri daripada orang Iban. Stephen dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) dipimpin oleh Abdul Rahman Yaakub dan Abu Taib Mahmud. Parti ini ialah parti berbilang kaum tetapi majoriti ahlinya orang Melayu dan Melanau. Parti lain seperti Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng dan Sarawak Chinese Association (SCA). Kesemua parti politik dan akhir SUPP yang terus menentang. Pada Oktober 1962, lima buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP. e) Reaksi di Sabah. Di Sabah belum terdapat parti politik sebelum ini, kemudian beberapa parti muncul mengemukakan pandangan serta mendapatkan sokongan tentang gagasan Malaysia. Antaranya Parti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pimpinan Donald Stephens. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pimpinan Datu Mustapha Datu Harun pula ditubuhkan untuk mewakili orang Islam di Sabah. Datu Mustapha berperanan penting ketika menentang pendudukan Jepun di Sabah. Beliau merupakan pengasas USNO yang menyokong pembentukan Malaysia. Beliau menjadi Yang Dipertua Sabah pertama pada 16 September 1963 dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Pada Jun 1962, parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G.S Sundang ditubuhkan iaitu Parti Pasok Momugun. Dua parti Cina ditubuhkan iaitu Parti Bersatu, pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin. Kelima-lima parti politik itu UNKO, UNSO, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah dan menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia. Parti Perikatan Sabah kemudiannya mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
51

Tuntutan ini kemudiannya diterima oleh Sarawak. Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam perlembagaan Malaysia dan tuntutan ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru. Tuntutan ini akan melindungi akan melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Hak ini dikenali sebagai hak wilayah asingan, contohnya hak ketua negeri, bahasa kebangsaan, agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan inigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran.

f) Reaksi Brunei. Sultan Omar Ali Saifuddin (sultan Brunei) menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awal dan beliau telah membentuk sebuah suruhanjaya bagi meninjau pendapat rakyat Brunei. Parti Rakyat Brunei (PRB) dibawah pimpinan A.M Azahari pula menentang kerana ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei. Anggota PRB menganggap Malaysia satu bentuk Neokolonilisme. Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasioanal Kalimantan Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguh keputusan tentang gagasan Malaysia. A.M. Azahari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina. Pemberontakan Brunei telah berlaku pada 1962 dipatahkan oleh tentera British tetapi A.M Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap. Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia. Reaksi Negera Luar. Reaksi Indonesia. Pada peringkat awalnya Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme. Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini mempengaruhi Presiden Sukarno untuk mengisytiharkan dasar konfrontasi. Dasar konfrontasi ekonomi dan kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 January 1963.

52

Ganyang Malaysia ialah dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia, antara tindakan Indonesia termasuklah menghantar pengintip untuk memusnahkan gagasan Malaysia secara sulit. Pada peringkat permulaan berlaku serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan juga penceroboh udara tetapi kerajaan Persekutuan di Tanah Melayu tidak mengambil sebarang tindakan. Apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia telah bertindak balas dengan bantuan Tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada. Malaysia sememangnya mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain. Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi pula tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri. Malaysia juga mengambil langkah memelihara kedaulatan Negara apabila Indonesia memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan Negara dunia ke-3. Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan Malaysia dengan Indonesia. Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno. Soeharto kemudiannya menghantar menteri luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan diplomatik Malaysia Indonesia. Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966. Menjelang bulan Ogos 1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia.

Reaksi Filipina. Kerajaan Filipina pimpinan Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah. Kerajaan Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 January 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overback. Overback kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat perdagangan yang memperoleh Piagam Diraja daripada British. Pada tahun 1881, Syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB). Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British. Walaubagaimanapun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yang terakhir iaitu Sultan Esmail Kiram pada 22 January 1958. Jun 1966, Filipina mengiktiraf Malaysia menerusi MAPHILINDO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia)
53

3) a)

b)

Langkah-langkah ke arah Pembentukan Malaysia. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) Selepas Tunku Abdul Rahman berucap di Singapura, beliau telah mengadakan lawatan ke Sarawak, Sabah dan Brunei. Tujuannya bagi menerangkan konsep, tujuan dan matlamat Malaysia. Rundingan telah diadakan antara pegawa-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura. Hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) telah ditubuhkan di Singapura dan ia dipengerusikan oleh Donald Stephens. Ahli JPPK ialah Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari dari Persekutuan Tanah Melayu, Lee Kuan Yew (Singapura) dan Tun Datu Mustafa Datu Harun (Sabah) JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia. Mereka mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. Mesyuarat JPPk ini telah berlangsung sebanyak 4 kali iaitu di Jesselton, Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura. Brunei telah menghantar pemerhatinya menghadiri tiga mesyuarat terakhir. Dalam mesyuarat terakhir di Singapura, ahli-ahli bersepakat mengemukakan satu memorandum kepada suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh British. Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru. Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Cobbold disertai oleh tiga orang pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Rakyat tempatan yang menyertai suruhanjaya ini ialah Datuk Wong Pownee dan Tan Sri Razali Shafie. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia. Mereka juga perlu membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak British. Suruhanjaya ini juga menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan. Suruhanjaya ini mengemukakan laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962. Menurut Laporan Suruhanjaya Cobbold, 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat. 1/3 menyokong dengan syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi. 1/3 lagi ingin kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia. Antara cadangan suruhanjaya ini Perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
54

Pemberian nama Malaysia kepada Negara baru yang dibentuk. Penentuan tarikh penubuhan Malaysia. Cadagan suruhanjaya ini kemudiannya diperincikan oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). c) Jawatankuasa Antara Kerajaan JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 dan dianggotai oleh wakil dari Tanah Melayu, Britain, Sarawak dan Sabah. JAK dipengerusikan oleh Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi tanah jajahan) dan dibantu oleh Tun Abdul Razak. Kedua-duanya ke Sarawak dan Sabah bagi menerangkan penubuhan Malaysia. JAK bermesyuarat sebanyak 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. JAK juga membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. Menjelang Disember 1962, Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bersetuju Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963. 31 Ogos 1963 kepada 16 September 1963 Tentangan Indonesia dan Filipina menyulitkan pembentukan Malaysia. Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak diadakan. Sidang kemuncak antara ketua kerajaan iaitu Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan Macapagal diadakan di Manila. Hasilnya MAPHILINDO ditubuhkan. Ketiga-tiga Negara ini bersetuju mencari jalan penyelesaian dengan bantuan PBB. Perwakilan Malaysia ke PBB/ United Nation Malaysia Mission (UNMM) dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu Uthant. Beliau telah menghantar wakilnya Lawrance Michaelmore dan USA bersama-sama 7 orang wakil dari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu, meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah. Mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold. Perubahan fikiran ini berpunca daripada usaha yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Perikatan. Penduduk Sarawak dan Sabah lebih suka menyertai Persekutuan Tanah Melayu daripada menganggotai Indonesia mahupun Filipina. Tetapi tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda pada 16 September 1963 kerana laporan PBB tidak dapat disiapkan dan Indonesia serta Filipina terus menentang. Brunei pula menarik diri pada saat-saat akhir.

d)

55

e)

Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian ini ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen Britain. Akta Malaysia memperuntukkan penggabungan negeri-negeri yang seterusnya dinamai Malaysia. Ini disusuli dengan kelulusan Perjanjian Malaysia oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah. Pada 26 Ogos 1963, Yang Dipertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia. Pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Intipati Perjanjian Malaysia 1963 Akta Malaysia telah memperuntukkan beberapa perkara yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia. Antara perkara tersebut ialah Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Agama Islam agama persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan. Bagi Sabah dan Sarawak bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia. Hari Malaysia ialah hari pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963. Penetapan tarikh ini berdasarkan keputusan Setiausaha Agung PBB dan dipersetujui oleh Kerajaan British, Singapura, Sarawak dan Sabah. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam. Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

f)

56

BAB 7: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA. 1) LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN a) Corak Negara Demokrasi. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Republik. Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem peemrintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri. Raja dibantu oleh Perdana Menteri. Raja juga adalah ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan. Sistem Republik ialah sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara. Malaysia pula mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan tahun 1957. b) Takrif Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri daalm pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat juga berpeluang membentuk kerajaan. Rakyar bebas memilih perwakila melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembagan politik semasa. Bangunan parlimen Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur merupakan simbol demokrasi berparlimen. Ciri-ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia: o Perlembagaan. o Raja berperlembagaan. o Kuasa Pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. o Pilihan raya o Parti- Parti Politik

57

2) Perlembagaan.
a) Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Ia adalah dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti Politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran Negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara, antaranya Senarai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri. Negeri-negeri persekutuan di Malaysia diberi hak, kuasa, dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Negeri dan Bersama. b) Keluhuran Perlembagaan. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Ketertinggian perlembagaan dapat dilihat pada Keluhuran Perlembagaan Malaysia yang mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Bermaksud Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan dan Parlimen juga memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Ketertinggian juga boleh dilihat pada Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebesan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tidak sah. Undangundang negeri mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan kertertinggian Perlembagaan Malaysia. c) Kepentingan Perlembagaan. Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya.
58

Perlembagaan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan menjadi panduan kepada pemerintah supaya pemerintahannya menepati aspirasi rakyat. Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kelayakan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Seseorang warganegara juga boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang Dipertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Perkara 153 perlu dilaksanakan dengan berhati-hati perlaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain. Perlembagaan juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan turut menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah agar tidak dipersoalkan. Jaminan ini ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia lagi. Ini membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membangunkan Sarawak dan Sabah. Pembangunan pesat juga berlaku dalam bidang pendidikan dan kesihatan, pos dan telekom khasnya di kawasan pedalaman.

d) Kepentingan Perlembagaan dipinda. Pindaan bertujuan melindungi kepentingan rakyat. Ia akan menjamin keselamatan negara. Ia juga dapat melicinkan urusan pentadbiran. Perlembagaan dipinda supaya relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antaranya termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
59

Parlimen meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan kaum. Tujuannya untuk memelihara keselamatan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Negara ini. Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang Dipertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

e) Kaedah Pindaan Perlembagaan 1. Kaedah Pertama :Persetujuan Majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja; Tugas dan kuasa Majlis Raja-raja Kewarganegaraan Keutamaan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah Perubahan sempadan negeri. 2. Kaedah kedua : Persetujuan majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961) Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah 3. Kaedah Ketiga : Persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan. 4. Kaedah keempat : Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen Tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya. Perkara 74, perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Ia juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara dalam senarai negeri dan senarai bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang senarai negeri yang melibatkan Persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

3) Raja Perlembagaan
a) Raja Berperlembagaan di Malaysia. Bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia. Yang Dipertuan Agong perlu bertindak berdasarkan Perlembagaan. Baginda juga perlu mendapat nasihat Perdana Menteri.
60

Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda. Yang Dipertuan Agong ialah jawatan yang diwujudkan sejak tahun 1957. Baginda adalah tonggak negara dan Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini. Yang Dipertuan Agong dipilih di kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada Sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang Dipertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Istana Negara merupakan lambang keutuhan institusi beraja di negara menjadi tempat kunjungan hormat pemimpin utama negara luar.

b) Bidang Kuasa Yang Dipertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia. Yang Dipertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Pemerintah (Eksekutif) dan Kehakiman (Judisiari) Yang Dipertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen selain daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh itu, baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata. Baginda berkuasa mengampunkan dan menangguhkan hukuman terhadap kesalah yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja- Raja mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan, kemuliaan Raja-Raja Melayu. Majlis Raja-Raja Melayu ini bebas daripada Badan Perundangan Persekutuan dan Negeri serta Badan-Badan Eksekutif Kerajaan. Baginda merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda mempunyai kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri, melantik dan melucut jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Baginda boleh mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di bawah Undang- Undang X jika mendapati keselamatan negara terancang. Baginda berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, Ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Baginda mempunyai kuasa tertinggi mentauliahkan duta-duta negara kita.

61

4) Kuasa Pemerintahan.
a) Badan Perundangan (Legislatif) Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh Badan Perundangan yang dipertanggungjawab oleh perlembagaan. Fungsi Badan Perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah BadanPerundangan yang bertanggungjawab menggubal undangundang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN. Dua orang ahli dilantik oleh Yang Dipertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 40 orang ahli dilantil oleh Yang Dipertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minority seperti Orang Asli. Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan rakyat adalah menggubal undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen ialah Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri ialah Enakmen kecuali Sarawak dan Sabah Ordinan. Proses meluluskan undang-undang di Parlimen: CADANGAN oleh kementerian. PENGGUBALAN rang undang-undang oleh Peguam Negara. PEMBACAAN PERTAMA di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja.
62

PEMBACAAN KEDUA di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. PEMBACAAN KETIGA di Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukan ke Dewan Negara. PEMBENTANGAN di Dewan Negara. Proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi. PENYERAHAN rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada Yang Dipertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara. PEWARTAAN atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan. b) Badan Pelaksana (Eksekutif) Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Ia juga pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembagunan ekonomi dan sosial. Setipa kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berfolio. Beliau akan diberi tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Belaiu bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Kementerian juga biasanya mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah. Badan-badan kerajaan pula dikenali saebagi Badan Berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contohnya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
63

Beberapa suruhanjaya tirut ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.

c) Badan Kehakiman (Judisiari) Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan saman biasanya memerlukan affidavit. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem Mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan Negara, mentafsirkan undangundang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Mahkamah juga mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-udang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem Mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh merayu di mahkamah yang lebih tinggi. Terdapat dua mahkamah rendah iaitu Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Terdapat empat mahkamah atasan iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah. Seterusnya Mahkamah Rayuan dan yang paling atas Mahkamah Persekutuan. Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan pula terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undangundang. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan kehakiman.

5) Pilihan Raya.
a) Undi dan Pilihan Raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dibuat secara sulit mengikut prosedur yang telus dan teratur.
64

Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Proses pengiraan undi dijalankan secara telus dengan pemantauan oleh ejen parti politik yang bertanding. Calon yang mendapat undi yang terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan Sistem Majoriti Mudah.

b) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pilihan raya dijalankan oleh SPR. Kenggotaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Penubuhan SPR menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Tiga fungsi utama SPR. o Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya. o Menjalankan pendaftaran pemilih. o Mengendalikan pilihanraya umum atau pilihan raya kecil. SPR turut menubuhkan urusetia yang diketuai oleh setiausaha yabg berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urusetia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urusetia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Ia bertujuan memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.

c) Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat (DR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak di Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan Sabah, waktu pilihan raya umum bagi DR dan DUN diasingkan. Pilihan raya kecil daiadakan apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen atau DUN. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. d) Calon. Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti. Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Syarat calon pilihan raya ialah warganegara Malaysia, umur 21tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan muflis, tidak memegang jawatan perkhidmatan awam dan tidak disabit kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau DUN jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat keampunan. Calon boleh bertanding atas nama parti atau individu (calon bebas) Calon juga perlu mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
65

Sebelum pengundian dijalankan, calon daripada parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh kempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.

e) Pengundi Pengundi yang layak boleh mengundi setelah namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya DR dan DUN boleh mengundi dalam pilihan raya. Pengundi hanya boleh mengundi di sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar luar negara dan pegawai kerajaan bertugas di luar Negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka berdaftar. f) Kepentingan Pilihan Raya Pilihan raya penting dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu bertanggungjawab dan mengambil tahu perkembangan politik semasa. Mereka harus melibatkan diri dalam proses pemilihan pemimpin negara. Mereka sendiri yang menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan melalui pilihan raya. g) Rumusan Langkah-langkah Proses Pilihan Raya Di Malaysia Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR. Penamaan calon Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding. Pelancaran kempen pilihan raya Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon kepada pengundi di tempat pengundian. Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Pengiraan undi Pengumuman keputusan pilihanraya oleh Pegawai Pilihan raya.

5. Parti Politik Di Malaysia sehingga tahun 1963.


a) Maksud Parti Politik. Parti politik ialah sekumoulan orang yang mempunyai ideology untuk mencapai matlamat bersama. Mereka ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap parti.
66

Sikap perkauman juga mnejadi asas pembentukan dan penyatuan ahli parti, contohnya UMNO, MCA dan MIC. Parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

b) Parti-Parti Politik Di Tanah Melayu sehingga tahun 1963. Malayan Demokratik Union (MDU) o Ditubuhkan oleh professional Cina. o Pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) o Menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union. o Melindungi kepentingan Melayu. o Ingin mencapai kemerdekaan. o Ditubuhkan pada 11 Mei 1946. o UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIc menubuhkan Parti Perikatan. Malayan Indian Congres (MIC) o Menjaga kepentingan orang India. o Memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain. o Ditubuhkan di bawah Yang Dipertuanya John Thivy. Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) o Menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. o Ingin menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dan menuntut kewarganegaraan yang sama. o Ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu, pengerusi- Tan Cheng Lock dan setiausaha- John Eber. Hizbul Muslimin. o Infin menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka. o Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin. o Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. Perjuangannya disambung oleh PAS. Malayan Chinese Association (MCA). o Menjaga kepentingan orang Cina. o Bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu. o Ditubuhkan tahun 1949, antara pengasasnya Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, Kolonel Lee Hau Shik (H.S.Lee) dan Leong Yew Koh. Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP). o Menuntut supaya pilihan raya diadakan pada tahun 1955. o Mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961. o Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. o Merupkan parti berbilang bangsa. o Parti IMP tidak mendapat sambutan. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) o Menubuhkan negara Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.
67

o Ditubuhkan pada tahun 1951 di Kepala Batas, seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Parti Buruh Se-Tanah Melayu. o Menentang komunis dan merancang kemerdekaan Tanah Melayu. o Presiden pertama ialah Mohamad Sopiee Ibrahim. Parti Negara o Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun. o Memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. o Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. o Menekankan kepentingan orang Melayu. o Dato Onn Jaafar ingin mendapatkan semula sokongan masyarakat Melayu.

c) Parti- Parti Politik di Sarawak Sehingga Tahun 1963. Parti Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) o Ditubuhkan oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan di kalangan semua kaum. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) o Ingin melahirkan perasaan taat setia. o Menyatukan kaum-kaum di Sarawak. o Mendapatkan kemerdekaan Sarawak. o Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong. Parti Kebangsaan Sarawak. o Mendapatkan kemerdekaan Sarawak. o Ditubuhkan oleh Stephen Kalong Ningkan, Ketua orang Iban dari Saribas. Barisan Rakyat Jati Sarawak ( BARJASA) o Ditubuhkan oleh Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman, Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Talib Mahmud untuk meninggikan taraf hidup rakyat Sarawak. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA). o Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Barieng untuk menjaga hak dan kepentingan orang Dayak Sarawak. Parti Cina Sarawak (PCS) o Berusaha ke arah perpaduan. o Ditubuhkan oleh William Tan untuk menyatukan orang Cina dan menyokong gagasan Malaysia. Parti Negara Sarawak (PANAS) o Melindungi kaum bumiputera dan melindungi kedudukan mereka dalam ekonomi, politik, dan sosial. o Ditubuhkan oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha. o Tidak mendapat sokongan segolongan Melayu yang menentang penyerahan Sarawak.

68

d) Parti- parti Politik di Sabah sehingga tahun 1963. Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) o Menyatu dan mengeratkan hubungan antara orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuang bagi meningkatkan cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. o Diasaskan oleh Donald Stephens. Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) o Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. o Agama Islam sebagai agama rasmi. o Menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah. o Ditubuhkan oleh Tun Datu Musatapha Datu Harun pada Disember 1961. o Menyokong gagasan Malaysia. o Mandapatkan sokongan kuat kaum Sulu, Bajau, Kedayan dan Melayu Brunei. Parti Pasok Momogun o Melindungi hak bumiputera di pedalaman. Dipimpin oleh G.S Sundang dan O.K.K Sendomon. Parti Cina Sabah ( SCA) o Parti Bersatu dan Parti Demokrat telah bercantum menjadi Parti Cina Sabah (SCA). Ia diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin bagi memelihara kepentingan masyarakat Cina di Sabah.

6) Negara Persekutuan.
a) Kuasa Persekutuan dan Negeri Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua- dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan, Senarai Negeri mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri. Senarai Bersama pula kedua- dua kerajaan berkuasa terhadapnya. Persekutuan menyatupadukan pelbagai wilayah yang dahulunya berasingan. Hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dengan Negeri perlu sentiasa dipupuk untuk menjamin keharmonian. Senarai Persekutuan seperti hal ehwal luar negeri, Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran/keadilan, Kerakyatan, Pilihan raya, Kewangan, Perniagaan/Perdagangan/Perusahaan, Perkapalan/Pelayaran/Pengangkutan, Jabatan Ukur/Penyelidikan, Kerja raya/ Tenaga Pusat, Pelajaran, Kesihatan, Keselamatan buruh/sosial, Orang Asli dan hal-hal ain. Senarai Negeri seperti Undang-undang Islam, Tanah, Pertanian/Perhutanan, Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan tempatan, Kerajaan Negeri, Hari cuti negeri, Undang-undang Negeri.
69

Senarai Bersama seperti Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara, Perancangan Bandar dan wilayah, Penjagaan haiwan, Kesihatan/Kebersihan awam, Parit/tali air, Pemulihan, Hiburan awam, Perhubungan.

b) Kerajaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan memberi tumpuan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung Pentadbiran Negara meliputi ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan. Badan pelaksana mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan. Mengikut Perlembagaan Persekutuan kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutaun terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong itu. Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan Dewan Rakyat. c) Kerajaan Negeri. Perlembagaan memperuntukan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif ini terletak pada Raja, Sultan dan Yang Dipertua Negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada DUN yang mendapat kepercayaan majoriti. Urusan pentadbiran peringkat negeri ini terletak pada perlembagaan negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) wujud di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Ia mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undangundang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran di peringkat negeri.

7) Lambang Negara
a) Jata Negara Empat jalur berlainan warna di tengah merujuk kepada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang (Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Warna hitam dan putih (Pahang). Warna merah dan kuning (Selangor). Warna hitam, putih dan kuning (Perak). Warna merah, hitam dan kuning ( Negeri Sembilan) Lima bilah keris melambangken negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor (xNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu). Lambang pokok pinang ( Pulau Pinang) dan pokok Melaka ( Melaka) Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut. Di antara lambang negeri Sarawak dan Sabah terdapat sekuntum bunga raya ( bunga kebangsaan negara kita) Bulan sabit warna kuning bermaksud agama Islam agama rasmi dan bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri dalam Malaysia.
70

Dua ekor harimau bermaksud keberanian. Cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.

b) Bendera Kebangsaan. Bendera kebangsaan berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan. Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan bagi memilih bendera Persekutuan Tanah Melayu. 373 orang mengambil bahagian dan 3 orang dipilih ke peringkat akhir. Majlis Perundangan Persekutuan dan akhbar The Malaya Mail telah menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang reka bentuk bendera tersebut. The Malaya Mail telah menyiarkan keputusan majoriti orang ramai, reka bentuk Encik Mohammad Hamzah, arkitek kerajaan di Johor telah terpilih. Beberapa pindaan telah dibuat terhadap reka bnetuk bendera tersebut sebelum diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Pada 19 April 1950. King George VI memperkenalkan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. Mula menggantikan Union Jack yang diturunkan pada 31 Ogos 1957. Bendera Malaysia juga dikenali dengan nama Jalur Gemilang. Ia dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi seperti Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Yang diPertuan Agong. Ia juga dikibarkan di bangunan kerajaan dan premis persendirian sebagai tanda taat kepada raja dan Negara. Bendera ini mengandungi 14 jalur berwarna merah dan putih yang melambangkan gabungan negeri di Malaysia. Warna merah melambangkan keberanian dan warna putih lambang kesucian. Bulan sabit berwarna kuning lambang agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia. Lagu jalur gemilang telah dicipta iaitu hasil seni lagu oleh Suhaimi Mohd Zain dan seni kata oleh Siso. c) Lagu Kebangsaan. Sebelum merdeka lagu kebangsaan ialah lagu British iaitu God Save the Queen. Tajuk lagu kebangsaan kita ialah Negaraku yang dicipta pada tahun 1957. Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tuanku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
71

Pasukan Pancaragam Polis Diraja memperkenalkan 4 buah lagu, Lagu Terang Bulan (lagu kebangsaan Perak) dipilih kerana unsur kemelayuannya. Majlis Raja-Raja Melayu memperkenan keputusan jemaah hakim tersebut. Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan Lagu Terang Bulan. Lagu kebangsaan menggambarkan kesetiaan rakyat kepada tanah air. Lirik lagu kebangsaan menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi negara. Lagu kebangsaan membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air.

72

BAB 8: PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN 1. Rancangan 5 Tahun Tahap Pertama a) Rancangan Malaya Pertama: RM! (1956-1960) Matlamat utama RM 1 membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar dapat dirapatkan. RM 1 juga ingin mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar Bandar. RM 1 bermatlamat mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah. RM 1 merupakan rancangan pembangunan bersepadu yang memberikan perhatian terhadap sektor ekonomi sosial dan awam. Pembukaan tanah baru untuk pertanian, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan, hasil keluaran pertanian dipelbagaikan dan perusahaan melombong bijih timah diperluas. Kemudahan dan perkhidmatan diberikan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan. Infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan diadakan. Dua agensi utama memainkan peranan penting, iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa atau rural Industrial Development Authority (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Devoploment Authority (FELDA). Matlamat RIDA membangunkan masyarakat luar Bandar. Peranan RIDA seperti member pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil dan membantu pemasaran hasil pertanian mereka, serta menggalakkan orang melayu dalam perniagaan. RIDA juga memajukan ekonomi, sosial dan infrastruktur. FELDA ditubuhkan untuk meningkat taraf hidup masyarakat luar Bandar dan meningkatkan hasil pertanian. Tanah baru dibuka besar-besaran untuk pertanian dan sebagai petempatan baru yang dilengkapi kemudahan asas. Penduduk luar Bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru ini dan menjadi petani moden. Tanaman tumpuan ialah getah dan kelapa sawit. Kejayaan FELDA menjadi contoh kepada Negara Dunia Ketiga. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang diketuai oleh Dato Abdul Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri ketika itu berperanan menyelaras dan menjaya program pembangunan luar Bandar. Bagi tujuan tersebut kedua-dua agensi iaitu RIDA dan FELDA kemudiannya diletakkan di bawah kementerian ini. RM 1 kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis mengalihkan memperuntukkan perbelanjaan negara kepada keselamatan negara. Ia juga disebabkan oleh kejatuhan harga getah dan bijih timah di pasaran dunia. b) Rancangan Malaya Pertama : RM 2 (1961-1965) RM 2 adalah kesinambungan RM 1 kerana penekanan masih kepada pembangunan penduduk luar Bandar.
73

Tujuannya untuk merapatkan jurang pendapatan penduduk luar Bandar dengan penduduk Bandar, mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah FELDA digiatkan. Usaha mempelbagaikan tanaman bagi mengurangkan pergantungan terhadap getah dan makanan import dibuat. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) pula ditubuhkan untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan hasil pertanian mereka. RM 2 juga member tumpuan terhadap infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan. Peluang pekerjaan juga diberi perhatian. Kementerian Pembangunan Luar Bandar mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur bagi menyelaras pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung. Buku Merah mengandungi program, perlaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian turut diperkenalkan. C) Rancangan Malaysia Pertama: RMS (1966-1970) RMS 1 merupakan rancangan 5 tahun pertama setelah penubuhan Malaysia. Integrasi nasional menjadi tunpuan utama melalui program pembangunan berfokuskan kesejahteraan rakyat. RMS 1 bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan ekonomi pertanian dan perindustrian dilaksanakan. Pembukaan tanah FELDA bertambah pesat lagi. Projek seperti Segi Tiga Jengka dan Johor Tenggara dilaksanakan. Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) dibuat untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi luar Bandar. RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Matlamat MARA membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian. Strategi MARA seperti membantu usahawan bumiputera, menambah guna tenaga bumiputera dan meningkatkan ekuiti bumiputera. MARA juga menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera. Bank Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan perdagangan. Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pula bertujuan menggiatkan lagi penyertaan bumiputera dalam bidang tersebut. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) pula bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenal teknologi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah. Pembangunan Perindustrian juga dapat dilihat dengan penubuhan agensi seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Lembaga Penasihat Tarif. Akta Pelaburan pula berfungsi menggalak kemunculan industri baru. Ekonomi yang memberangsangkan semasa RMS 1 terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969.

74

Rancangan 5 Tahun Tahap Kedua a) Rancangan Malaysia Kedua: RMS 2 (1971-1975) RMS 2 adalah rancangan lima tahun pertama di bawah DEB. Matlamat RMS2 untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Tumpuannya ialah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambah pendapatan dan menyediakan pekerjaan. RMS2 menyusun semula masyarakat. Ia juga menghapuskan identity kaum mengikut fungsi ekonomi. Program pembangunan kawasan luar Bandar diteruskan. Agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Agennsi lain juga ditubuhkan khususnya untuk membantu golongan petani, menggalakkan perusahaan dan perdagangan serta memajukan Bandar. Contoh agensi kerajaan tersebut; Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)- Menstabil harga padi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)- membangunkan dan memodenkan industry perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)- membangunkan Bandar. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)- membantu pekebun kecil dari segi penyelididkan dan tanaman semula. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)- Membantu petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Petroleum Malaysia Berhad (PETRONAS) Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pula menggalak Perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai. b) Rancangan Malaysia Ketiga: RMS3 (1976-1980) RMS3 lanjutan RMS2 yang terus mendorong aspirasi DEB. Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun masyarakat diteruskan. Program Pembanguna Pertanian dan Perindustrian bertujuan untuk meningkatkan produktiviti. Ia juga membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah besar-besaran seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR tertumpu kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport, serta membangunkan Bandar baru. C) Rancangan Malaysia Keempat: RMS4 (1981-1985) RMS4 seperti RMS3 mendukung aspirasi DEB tetapi dalam keadaan kelembapan ekonomi. RMS4 mula menumpukan perusahaan berat yang berasaskan modal, teknologi tinggi serta tenaga kerja mahir.
75

Penubuhan HICOM adalah untuk mengenalpasti, memulakan dan menguruskan projek industry berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Pelaburan modal asing digalkkan, maka perusahaan baru dibuka seperti di Skudai (Johor), Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak) serta di Menggatal dan Likas (Sabah). Zon perdagangan bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan di Sungai Way (Selangor). Kelemahan dalam struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tujua pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya. Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dilaksanakan unruk melibatkan sektor swasta. Penglibatan swasta mengurangkan beban kewangan kerajaan. Projek kereta Proton di Shah Alam untuk pasaran tempatan dan eksport. Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian bumiputera dengan kaum bukan bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan. Dasar Pertanian Negara pula bermatlamat memoden dan menggiat semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan. RMS4 mencatat KDNK 5.8 peratus setahun. Pendapatan per kapita pula meningkat 4.4 peratus setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.

d) Rancangan Malaysia Kelima: RMS5 (1986-1990) RMS5 ialah rancangan 5 tahun terakhir untuk merealisasikan DEB. RMS5 meningkatkan perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian. Kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjsama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan. Pembangunan luar Bandar diberikan perhatian, dimana penggunaan tanah lebih cekap. Industri desa seperti kraf tangan digalakkan. Kredit diperluas, misalnya, Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan industry pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia. Satu lagi penekanan RMS5 adalah penyelidikan dan pembangunan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Selepas RMS5 hak milik modal saham bumiputera 20.3% sedangkan sasaran 30%. Sebaliknya hak milik modal saham bukan bumiputera 46.2% melebihi sasaran 40%. Ini bermakna DEB memberikan manfaat kepada semua kaum. Hak milik modal saham orang asing hanya tinggal 33.5%
76

(3) Dasar Pembangunan Ekonomi. a) Dasar Pertanian Negara (DPN) DPN bermatlamat meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap. DPN juga ingin memaksimumkan pendapatan pekebun kecil di samping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport. Antara strateginya menggalakkan pembukaan tanah baru oleh FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri. Program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah. Ia juga merupakan strategi untuk meningkatkan produktiviti kawasan pertanian sedia ada. Ia turut dilaksanakan melalui projek bersepadu contohn ya, KEMUBU, JOHOR BARAT dan SELANGOR BARAT. Program ini menyediakan khidmat sokongan pertanian dan pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan. Penglibatan swasta dalam projek penswastaan pertanian Kementerian Pertanian juga diperkenalkan.

b) Dasar Pensyarikatan Malaysia (DPM) Dasar ini bermatlamat merangsang penglibatan swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan Negara. Dasar ini menganggap Malaysia sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan swasta. Semua kakitangan kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan pekerja dipertanggungjawabkan memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia. Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan swasta ditubuhkan. Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkan hubungan dan berkongsi kepakaran. Sektor swasta pula perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan maksimum. Pihak kerajaan pula bertindak member perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi sektor swasta. c) Dasar Penswastaan (DP) DP dilancarkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada Mac 1983. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Dasar ini bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan, kesannya kerajaan boleh mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain . Ia juga bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan. Ini adalah kerana swasta dianggap lebih cekap daripada sektor swasta. Dasar ini diyakini dapat mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal swasta.
77

Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertindak sebagai j/kuasa penswastaan yang memberi garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan. Penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian. Antara syarikat yang terlibat dalam penswastaan seperti Syarikat Airod Sdn. Bhd. Dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

d) Dasar Hala Tuju Cara baru Dasar ini merupakan pendekatan baru membangunkan kawsan luar bandar. Matlamat utamanya meningkatkan pendapatn petani dan pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam pelaburan. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi. Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi penempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik. Strategi kedua, meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan. Strategi ketiga ialah perlaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar. d) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) DPDPN bermatlamat mencapai kadar tahap pertumbuhan ekonomi berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi. DPDPN juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi mengelakkan sebarang pembaziran, disamping memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. Antara strategi DPDPN- membaiki sistem pengurusan operasi, struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni. f) Dasar Kependudukan Matlamat Dasar ini adalah untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang akan member kesan positif. Antaranya bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran, kekuatan politik dan keselamatan negara. Dasar ini menitik beratkan kadar pertumbuhan penduduk dengan pembangunan sosio ekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan. Program pembangunan negara di dasarkan unjuran jumlah penduduk, ini adalah untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara.

78

(4) Pembangunan dan Perpaduan a) Rukun Negara Kesan peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan. Tun Abdul Razak Hussien menjadi pengarah MAGERAN. Peranannya ialah mengembalikan keamanan, melicinkan pentadbiran dan mengembalikan keharmonian kaum. MAGERAN dipertanggungjawabkan mengambil alih pentadbiran negara selama 21 bulan dan telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan negara. MPN menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenal sebagai Rukun Negara dan di isytiharkan pada 31 Ogos 1970. Matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang. Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip pertama: agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan. Prinsip kedua: Menuntut supaya rakyat Malaysia memberikan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan Ketua Negeri. Raja adalah symbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa pribumi. Penderhakaan kepada raja bermaksud penderhakaan kepada negara. Prinsip ketiga: Menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya. Prinsip keempat: Menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini meuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa di daulatkan dan tidak di cabar oleh mana-mana pihak. Prinsip kelima: Menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila. Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
79

b) Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) DPK bermula sebelum kemerdekaan, iaitu apabila British memperkenalkan Sistem Ahli. Dalam Laporan Barnes mencadangkan semua sekolah vernacular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan, diganti dengan satu jenis sekolah (sekolah kebangsaan) Sekolah Kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah serta Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Ia ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda akan tergugat. Laporan Fenn-Wu yang mewakili orang Cina mencadangkan sekolah vernacular cina terus kekal walaupun mereka bersetuju dengan system pendidikan. Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Ordinan ini mencadangkan dua system persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Bahasa Cina dan Tamil disediakan sekiranya ada permintaan dari ibu bapa. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah inggeris dan bahasa Inggeris wajib di ajar di sekolah melayu. Ordinan Pelajaran 1952 gagal kerana tentangan masyarakat Cina dan India. Ia juga gagal kerana kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis pada ketika itu. Pada tahun 1955, sebuah J/kuasa Pelajaran dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak Hussien selaku Menteri Pelajaran diadakan. Penyata Razak 1956 mengemukakan dua elemen iaitu system persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Antara cadangan Penyata razak termasuklah penubuhan sekolah umum (rendah) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis (rendah) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan tamil sebagai bahasa pengantar. Sekolah Menengah Melayu pula menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah menengah inggeris menggunakan Bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan di ajar di semua sekolah. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Pada tahun 1960, sebuah j/kuasa yang dipengerusikan oleh Encik abdul Rahman Haji Talib, Menteri Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji ordinan pelajarn 1960. Laporan j/kuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada Penyata Razak. Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan sementara sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan. Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kebangsaan tanpa mengira keturunan dan agama. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan Talib. Sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah Pelajaran agama Islam di ajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan di ajar sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya15 orang pelajar.
80

Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan. Abdul Rahman Haji Talib mengasaskan penubuhan sekolah vokasional khas untuk murid yang lemah dalam peperiksaan SRP. Syor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Berdasarkan kajian Aminuddin Baki, maka system persekolahan aneka jurusan pula diperkenalkan pada tahun 1965. Sistem persekolahan ini adalah untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menegah akademik. Antara matlamatnya ialah termasuklah menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun dengan memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja. Kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan, \Sains Rumah Tangga, seni Perusahaan dan Sains Pertanian. Mata pelajaran wajib pula seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa. Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk untuk mengkaji semula pelaksanaan system pelajaran kebangsaan. Objektif utamanya adalah untuk menilai sejauh mana perlaksanaan dasar pelajaran Kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga yang diperlukan oleh negara. Ia juga ingin mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara kandungan laporannya termasuklah penekanan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Kandungan lain ialah kenaikan darjah secara automatic, penekanan terhadap sekolah vokasional, sukatan pelajaran sekolah swasta, Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan serta penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan. Kementerian Pendidikan juga melaksanakan kurikulum Baru Sekolah rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah menengah (KBSM). Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kewujudan falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (rujuk buku teks m/s 215)

c) Akta Bahasa Kebangsaan Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk memartabatkan bahasa melayu dan juga menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu. Antara langkah untuk memajukan bahasa melayu ilah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa. Begitu juga dengan pelancaran slogan Bahasa Jiwa bangsa.
81

Seterusnya, penubuhan sekolah menengah bahasa melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah dan sekolah Seri Puteri. Kedudukan bahasa melayu semakin kukuh apabila Akta bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967. Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat. Penubuhan Universiti kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 pula telah membuktikan bahawa bahasa melayu menjadi bahasa ilmu. Bermula tahun 1982, bahasa melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa inggeris. Bahasa melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990.

D) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1971. Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identity negara Malaysia. Objektif DKK untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Dasar ini bertujuan memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan sosioekonomi. Tiga prinsip utama DKK; Kebudayaan rakyat asal rantau melayu sebagai tunjang. Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima. Islam sebagai unsur yang terpenting. e) Sukan Untuk Perpaduan Sukan berperanan sebagai alat perpaduan dan dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat. Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah terbuka kepada mereka berminat. Di peringkat sekolah, sukan menjadi aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ditubuhkan di peringkat dearah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan. SUKMA memainkan peranan mengerat perpaduan kaum dan hubungan antara negeri. Kita sebagai warganegara yang bakal mewarisi negara kita bertanggungjawab untuk memelihara perpaduan bangsa. 4) Ke Arah Negara Maju a) Latar Belakang Idea Wawasan 2020 Idea ini dicetuskan oleh Dr.Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1991. Matlamatnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang menggunakan acuan sendiri standing dengan negara maju di dunia.
82

Kemajuan ini diharapkan bukan seperti negara maju di Barat yang mengutamakan kemajuan fizikal semata-mata. Menurut Dr. Mahathir, negara Malaysia yang maju sepenuhnya tidak akan wujud sehingga kita dapat mengatasi sembilan cabaran berikut.

b) 9 Cabaran Wawasan 2020 1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. 2. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. 3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. 4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. 5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. 6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik. 7. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang. 8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. 9. Memupuk dan membina masyarakat makmur. c) Perincian Cabaran Wawasan 2020 Perpaduan Masyarakat Malaysia merupakan asas kekuatan negara. Ia boleh dicapai melalui dasar kerajaan. Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram, sentiasa bersikap terbuka, berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Masyarakat bermoral dan beretika pula perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul. Kepatuhan kepada agama, pengalaman budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan dan keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika. Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional. Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri dari fahaman sempit dan berfikiran terbuka. Langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi dapat dilihat melalui perlembagaaan negara, pengalaman sistem demokrasi kewujudan parti politik gabungan pelbagai parti kaum. Masyarakat yang maju merupakan masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan.Masyarakat yang maju tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat saintifik. Masyarakat penyayang sering dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghormati, bekerjasama dan saling membantu. Masyarakat makmur dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat yang hidup miskin. d) Teras Malaysia Sebagai Negara Industri Tahun 2020 1. Perpaduan rakyat.
83

2. Kestabilan politik. 3. Ketinggian taraf hidup. 4. Kekukuhan nilai moral dan etika. 5. Kekukuhan sistem kerajaan. 6. Ketinggian maruah bangsa. 7. Semangat yakin diri bangsanya.

84

BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA 1. Konflik Antarabangsa. a) Perang Dunia Pertama ( PD1) Faktor politik PD1 kerana kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan Negaranegara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi PD1 pula kerana persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi. Negara kecil di Eropah bersatu dan membentuk sebuah Negara bangsa yang besar contohnya Jerman dan Itali. Kedua- dua negera ini turut sama menjadi kuasa besar seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary, dan Rusia telah berusaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini bersaing untuk mencari pengaruh dan mendapatkan bahan mentah serta memasarkan barangan siap mereka. Perikatan Kuasa Tengah dibentuk dan dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali. Kemudiannya disertai Turki dan Bulgaria. Pakatan Bertiga pula dianggotai oleh Perancis, Britain dan Rusia. Kemudiannya disertai Itali dan Jepun. Faktor segera yang mencetuskan PD1 ialah pembunuhan Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang pengganas Serbia. Akibatnya Jerman dan Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Serbia pula disokong oleh Rusia dan Perancis. Setersunya serangan Jerman terhadap Perancis melalui negara berkecuali (Belgium). Britain yang bermusuh dengan Jerman campur tangan dalam perang ini. Britain kemudiannya meminta bantuan USA. Jerman juga menyokong kapal dagang USA maka USA turut sama terlibat dalam perang ini. PD1 menamatkan pemerintahan beraja di Eropah. Persidangan Damai 1919 yang membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles pula telah mengubah peta Eropah dan membentuk beberapa negara baru. Perjanjian ini juga membawa kepada pembentukan Liga Bangsa. Matlamatnya untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa di samping menjamin keselamatan bersama. Keahlian liga ini termasuk negara-negara bersekutu kecuali (Amerika Syarikat) dan negeri-negeri berkecuali. Liga ini gagal menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan. Liga ini akhirnya dibubarkan. Kesan PD1 antaranya, negara yang berperang mengalami inflasi dan hutang yang tinggi disebabkan perbelanjaan perang yang besar. Ini membawa kepada masalah inflasi dan pengangguran. Pasaran dunia pula mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutama Britain, iaitu sebuah kuasa industri dunia. PD1 juga menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya. PD1 turut menyebabkan kehilangan nyawa yang begitu ramai.
85

b) Perang Dunia Kedua (PD2) PD2 berlaku kerana kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah PD1. Ia juga terjadi kerana perubahan politik berlaku di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun. Dari segi ekonomi PD2 berlaku disebabkan kemelesetan ekonomi. Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa orang pemimpin negara, terutamanya Jerman kerana mereka kehilangan jajahan. Jerman juga dipaksa membayar pampasan perang yang tinggi dan di arah mengurangkan saiz angkatan tenteranya. Pada masa ini muncul seorang pemimpin baru di Jerman, iaitu Adolf Hitler yang berjaya menguasai Jerman melalui partinya National Socialist. Hitler telah mengingkari Perjanjian Versailles apabila beliau membina sebuah angkatan tentera yang besar. Di Rusia, perang saudara telah berlaku. Pihak komunis berjaya mengalahkan pihak lawan yang dibantu oleh tentera USA, Britain, Perancis dan Jepun. Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Russia yang kemudiannya dikenali sebagai kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Apabila Lenin mati, ia digantikan oleh Joseph Stalin. Itali dengan pemimpin Benito Mussolini pula menjajah Ethiopia, kemudiannya Itali menceroboh Perancis. Di Timur, Jepun muncu sebagai kuasa yang ingin menguasai negara- negara di Timur dan berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat. Kemelesetan ekonomi pula telah melanda USA dan seterusnya merebak ke seluruh dunia. USA tidak mampu lagi menyediakan pinjaman untuk Jerman dan ini menyebabkan Jerman tidak berupaya membayar hutang peperangan. Masalah ekonomi ini menyebabkan negara Eropah lain termasuk Britain, Perancis dan Itali mengurangkan peruntukan ketenteraan. Sebaliknya, Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya. Jerman menjalankan perluasan kuasa bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi. Perkara yang sama juga berlaku di Jepun. PD2 meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat manakala USSR menyerang Poland dari timur. Serangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour dan berjaya memusnahkan angkatan perang USA di Lautan Pasifik. Seterusnya Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu termasuk Singapura. Seperti dalam PD1, muncul pakatan yang berasingan. USA memilih untuk menyertai Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis, Soviet Union manakala Kuasa Paksi terdiri daripa Jerman, Itali dan Jepun. Pihak Jerman kalah di Eropah dan Presiden USA, Hanry Truman, mengarah bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima atas alasan ingin mengelak tempoh peperangan yang lama dan ramai kehilangan nyawa. Dua hari kemudian, bome kedua digugurkan di Nagasaki.
86

Selepas tamat PD2 lahir negara-negara baru yang merdeka dan Perang Dingin. PD2 juga telah menyebabkan Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. PD2 turut mengakibatkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan menimbulkan kesedaran tentang kedamaian dunia. Ini membawa kepada pembentukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggantikan Liga Bangsa.

c) Blok Dunia dan Perang Dingin. Kebuntuan dalam siri rundingan selepas PD2 menimbulkan perpecahan dan akhirnya membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin. Blok Dunia merujuk kepada Negara-negara yang sehaluan yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli. Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik. Perang Dingin berlaku sehinggalah sistem komunis Soviet Union hancur. Perang Dingin berlaku disebabkan ideology dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan kuasa berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh USA dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Perang ini dikenali sebagai Perang dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Namun kedua-dua blok ini membuktikan kekuatan masing-masing. Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing dan Eropah dan juga di Asia melalui propaganda dan bantuan ekonomi dan ketenteraan. Negara-negara Dunia ketiga tidak bersekongkong dengan mana-mana Negara daripada blok komunis (Negara dunia kedua) mahupun daripada blok kapitalis (Negara dunia pertama)dan mengamalkan sikap berkecuali. Blok Kapitalis ialah Negara Demokratik, pemilihan kerajaan melalui pilihan raya, peluang perniagaan dan pemilikan persendirian, dan kebebasan individu sepenuhnya. Blok Komunis pula ialah pemerintahan oleh dictator, Parti Komunis sahaja diiktiraf, perniagaan pula dimiliki dan diuruskan oleh kerajaan dan kebebasan individu dilindungi dan dikawal. Namun, semasa perang dingin blok komunis dan blok kapitalis ini berusaha mempengaruhi pegangan Negara-negara Dunia Ketiga dengan menawarkanbantuan pertahanan dan ekonomi. Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan kuasa besar, iaitu USA dan Soviet Union yang kemudiannya disertai oleh China. Kesan Perang Dingin ini juga turut menyebabkan tertubuhnya NATO, Pakatan Warsaw dan SEATO serta perlumbaan senjata.

87

3) Peranan dan sumbangan Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa a) Kepentingan Dasar luar Negara Menjamin keselamatan rakyat dan Negara, memelihara kepentingan nosional dan mengekalkan kedaulatan. Menggalak pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan melalui kerjasam anatarabangsa. Untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan secara telus dengan Negara-negara tertentu. Contohnya Malaysia mengutamakan hubungan dengan Negara- Negara jiran antaranya termasuklah Singapura,Indonesia. Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk pertubuhan seperti ASEAN, Komanwel, OIC dan NAM. b) Faktor-faktor penggubalan dasar luar 1) Faktor Sejarah Hubungan dagang Kerajaan Melaka dengan China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu telah lama berlaku. Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu sejak sekian l;ama seperti Indonesia, Brunei, Filipina. Penyertaan dalam Komanwel meneruskan hubungan dengan Britain, Australia dan New Zealand. Ancaman Komunis membentuk dasar luar yang pro-barat dan anti-komunis. Masih membentuk kepada kuasa Barat dari segi bantuan pertahanan. 2) Faktor Ekonomi. Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Malaysia merupkan pengeluar bijih timah dan getah, maka hubungan dengan Britain dan USA berlaku kerana pasaran. Langkah menggalakkan pelaburan asing, contohnya Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara Timur khasnya Jepun dan Korea. Hubungan baik dengan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran. 3) Faktor Politik. Malaysia Negara demokrasi yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin. Malaysia tegas menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai keamanan dunia. 4) Faktor Geografi. Malaysia bersempadan dengan negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya kita menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Maka, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi keselamatan Malaysia.

88

5) Faktor Demografi. Hubungan diplomatik yang baik dengan Negara Islam kerana penduduk Malaysia yang majoriti beragama Islam. Tiada hubungan dengan Israel kerana dasar negara itu menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. c) Perkembangan Dasar Luar Malaysia. 1. Tahap Pertama. Pro-Barat dan anti- Komunis serta berbaik-baik dengan jiran dan negara Komenvel. Ini adalah kerana ancaman komunis memaksa kita Pro-Barat untuk mendapat bantuan mereka. Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan British. Berbaik-baik dengan jiran kerana krisis seperti konfrontasi dengan Indonesia, terputusnya hubungan dengan Filipina dan keluarnya Singapura daripada Malaysia memerlukan usaha memelihara hubungan baik dengan Negara jiran. Pergantungan Malaysia kepada Britain kerana Malaysia anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Pro- Barat juga kerana bijih timah dan getah masih mengharapkan permintaan Barat termasuk Britain, pelabur Britain pula masih menguasai ekonomi negara. Malaysia cuba membuat hubungan perdagangan dengan negara seperti USA, Jepun, Singapura, Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain. 2. Tahap Kedua. Dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya pengaruh Britain di Timur, pergolakan yang berlaku di Vietnam, dan pengenalan konsep ZOPFAN. Malaysia juga menjalin hubungan dengan Negara Komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara dan Mongolia. Hubungan dengan pula Vietnam bagi mengatasi masalah pelarian Vietnam. 3. Tahap Ketiga Memberi penekanan kepada ekonomi. Hubungan yang erat dengan ASEAN bagi mengatasi krisis di IndoChina. Dasar Pandang ke Timur menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai model. Lawatan Dato Seri Dr. Mahathir ke Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan menghasilkan perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan keduadua pihak. 3 Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa. a) Komenwel. Anggotanya- negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Keanggotaan- 54 negara maju dan negara sedang membangun.
89

Sekretariat- beribu pejabat di London. Matlamat- membina semangat setiakawan dan kerjasama dalam segala bidang. Perjanjian pertahanan- bantuan kepada Malaysia jika diancam musuh. Mesyuarat CHOGM tempat petemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan kepentingan bersama. CHOGM di Malaysia 1989- Deklarasi Langkawi berhubung mengatasi masalah pencemaran. Sumbangan Malaysia- menentang Dasar Aparteid dan menganjurkan Sukan Komanwel 1998. Faedah atas Malaysia- cukai eksport rendah khasnya Britain (dihakis selepas Britian menyertai Kesatuan Eropah). Rancangan Colombo- menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa.

b) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)- menggantikan Liga Bangsa Ibu pejabat- asalnya di San Francisco tetapi berpindah ke New York (1946). Anggota- 51 buah negara (pada awalnya) 189 buah negara (2002). Malaysia menjadi ahli PBB tahun 1957 Piagam PBB- perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Matlamat Piagam PBB i. Menjamin keamanan dunia. ii. Menggalakkan hubungan berbaik-baik negara anggota. iii. Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi. iv. Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakn negara-negara anggota. Tentera Malaysia pasukan pendamai di Congo dan Namibia, pemerhati di sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta pasukan pengaman ke Bosnia. Idea Malaysia Benua Antartika menjadi warisan dunia. Bank Dunia- membantu negara-negara ahli yang sedang membangun dari segi kewangan, menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara. Faedah Bank Dunia atas Malaysia- bantuan felda dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Sumbangan Malaysia- menentang Dasar Aparteid, memerangi dadah, menjadi ahli majlis keselamatan PBB dan mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin. Agensi PBB- Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi tersebut contohnya FAO, WHO dan UNESCO. Peranan Tan Sri Razali Ismail- wakil Malaysia ke PBB, wakil khas PBB menyelesaikan konflik politik Myanmar, Pengerusi Perhimpunan Agung PBB. Organisasi PBB (rujuk buku teks m/s 247) c) Pergerakan Negara- negara Berkecuali (NAM) Ditubuhkan semasa kemuncak Perang Dingin. Ahli- 113 negara membangun, 16 negara pemerhati dan 28 negara jemputan.
90

Matlamat- mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat atau blok Komunis. Penyertaan Malaysia-pada tahun 1970, setelah pertukaran dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara). Prinsip perjuangan- mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara, menghormati kedaulatan sesebuah negara, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia. Sidang Kemuncak Ke-7 (New Delhi)- Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika. Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare- Malaysia mengemukakan cadangan menghapuskan dasar apartied. Sidang Kemuncak di Belgrade- Malaysia di pilih sebagai Naib Presiden Peranan Malaysia- ahli Kumpulan 16 dan tuan rumah Persidangan ke-13 ( Isu palestin, Isu Iraq dan menghidupkan kembali peranan NAM).

d) Negara-negara Selatan (Negara-negara Dunia Ketiga) Ciri-ciri pernah dijajah kuasa Barat, bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah kerana tiada kepakaran dan modal, kesannya Barat mengawal harga bahan mentah dan kadar faedah pinjaman yang tinggi. Matlamat- mengatasi masalah harga eksport bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negaranegara maju. Suruhanjaya Selatan-Selatan (3S) idea Dr.Mahathir Mohammad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe. Strateginya melalui penubuhan Kumpulan 15 (G15). Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur 1990. Projek 3S kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur. Projek lain- penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan. e) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Ibu pejabat- di Jeddah, Arab Saudi, hasil idea Tunku Abdul Rahman (Setiausaha Agung Pertama OIC). Ahlinya- 57 negara (semasa ditubuhkan ) dengan tigan negara sebagai pemerhati.

91

Matlamat- mengeratkan hubungan negara Islam dalam segala bidang, bersuara sattu nada bagi kepentingan umat Islam, mengekalkan perdamaian antara negara Islam serta memastikan tempat suci Islam dihormati. Bantuan pasukan perubatan- ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju Sudan, Nigeria dan Chad. Bank Pembangunan Islam- khidmat kewangan kepada negara anggota termasuk negara kita Malaysia. UIA, Malaysia- bantuan penubuhannya, dan biasiswa kepada para pelajar OIC. Syor Malaysia- penggunaan dinar emas Peranan Malaysia- perantara Iran-Iraq, isu Palestin, tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global dan tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.

4) Malaysia dalam Pertubuhan Serantau a) Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) Faktor penubuhan- ancaman PKM di sempadan Malaysia/ Thailand dan ancaman komunis di Filipina. Penubuhan ASA hasil cadangan Tunku Abdul Rahman. Ditubuhkan hasil mesyuarat 3 negara tersebut di Bangkok. Matlamat- menjalinkan kerjasama ekonomi, sain dan sosial. Memberi dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. Menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara serantau. Kurang Berjaya kerana ASA dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia di Indonesia. Kesangsian pula timbul kerana perjanjian ketenteraan Malaysia dengan Britain, sementara Thailand dan Filipina pula dengan USA. Pertelingkan antara Malaysia dan Filipina berkaitan penubuhan Malaysia akhirnya membawa kepada pembubaran ASA.

b) MAPHILINDO MAPHILINDO- cantuman nama tiga negara ( Malaysia, Filipina dan Indonesia). Tujuan- hubungan persahabatan serta menyelesaikan pertelingkahan Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Indonesia tidak bersetuju pembentukan Malaysia kerana mereka menganggap pembentukan Malaysia neokolonisme. Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya hak milik negara mereka.
92

Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Hasilnya penubuhan MAPHILINDO. Ketiga-tiga negara bersepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang penubuhan Malaysia. Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus menentang Malaysia. Persengketaan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILNDO tidak berperanan lagi.

c) Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) 1. Deklarasi Bangkok 1967- penubuhan ASEAN. Matlamat- mengekalkan kestabilan politik di Asia Tenggara, membantu negara antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk, member kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta membuat hubungan dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa. Keanggotaan- Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Tambahan ahli kemudian- Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos, Kampuchea. Negara pemerhati- Papua New Guinea. Moto ASEAN- ( rujuk buku teks ms 256). Struktur ASEAN ( rujuk buku teks ms 257). d) Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam ASEAN Deklarasi Kuala Lumpur 1971- mengisytiharkan ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali ( ZOPFAN). Tujuan ZOPFAN mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara ( tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau Blok Timur). Vietnam menceroboh Kampuchea- ASEAN mencadangkan kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Mesyuarat Menteri-Menteri Luar (1984) ASEAN Zon Bebas Senjata Nuklear. Projek ASEAN baja urea di Bintulu (Sarawak ) serta di Acheh (Indonesia) Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura (1992) zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang bertujuan menghapuskan sekatan dagangan di kalangan negara ASEAN diumumkan. Idea Malaysia- Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC) yang ditentang oleh negaranegara maju terutama USA, konsep ASEAN + 3 (China, Jepun,Korea). Pertubuhan ASEAN SEAMEO ( pertubuhan menteri pelajaran), RESCAM ( Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik ) di Pulau Pinang. Kerjasama lain- Tabung Kebudayaan ASEAN, Sukan SEA dan Tahun Melawat ASEAN 1992.
93

5) Cabaran Masa Depan. a) Globalisasi. Globalisasi- Perubahan dunia tanpa semapadan kerana kepeasatan dan kepantasan IT. Segala aspek penting kehidupan seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat. Perubahan ini semua kerana kemajuan teknologi khasnya ICT. Dua pandangan tentang globalisasi; -Berfaedah (kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan). - Tidak berfaedah (meningkatkan jurang Bandar/ luar Bandar dan negara membangun/ maju, menyekat peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan menghindarkan perkembangan sosial). b) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ICT- kaedah/ peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan. Bagi menyahut cabaran ini Malaysia telah menyediakan prasarana ICT dan menjalanakan promosi penggunaan ICT. Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020, projek MSC memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang, dan penyiaran digital. Peralatan ICT baru seperti internet, teknologi telekomunikasi telefon mudah alih kini menjadi pemangkin hubungan antara manusia dan antara negara, dan ia berlaku dalam jangkamasa yang singkat. c) Koridor Raya Multimedia (MSC) Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT kerana perlaksanaan k-ekonomi akan berjalan lancar dan seterusnya ekonomi negara membangun dan meletakkan Malaysia terbaik pada era globalisasi ini. MSC yang dilancarkan pada 27 Jun 1998, ialah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur City Center (KLCC) sehingga KLIA. MSC dibangunkan berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara. Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT dan multimedia global, seterusnya melahirkan masyarakat bermaklumat. d) K-ekonomi K-ekonomi, ialah kemajuan berlandaskan pengetahuan merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.

94

Sebelum ini, dunia mengukur kejayaan negara berdasarkan simpanan emas, tanah jajahan dan sumber semula jadi. Kemudiannya beralih kepada jumlah hasil barangan pertanian dan industri. Ciri-ciri k-ekonomi- bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan, teknologi dan industri berasaskan pengetahuan akan menjana keuntungan, kemajuan perniagaan, pekerjaan dan perkongsian pintar. Sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja berpengalaman. Modal intelek boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan, dan semangat daya saing yang tinggi. Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan untuk membangunkan industry berasaskan pengetahuan. Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh dicapai melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). R&D akan menggalakkkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.

e) K-masyarakat K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa membaiki dan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan agar terus dapat bersaing. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Prasarana k-masyarakat khasnya pendidikan di Malaysia ditumpukan contohnya Sekolah Wawasan (memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang berdaya saing) dan Sekolah Bestari pula lengkap dengan IT. Kurikulum turut diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis, kritis dan analitis. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi.

95

Anda mungkin juga menyukai