Anda di halaman 1dari 20

10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

CIKGU ZAKARIA SEJARAH


Abezek sudah tau...

WEDNESDAY, 11 OCTOBER 2017

MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

MAKSUD IMPERIALISME

Q Maksud imperialisme

1 Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan


menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

2 Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruhnya


dengan menyebarkan budaya hidup mereka dalam kalangan rakyat di negara
yang dijajahnya.

3 Selain itu, imperialisme juga bermaksud dasar sesebuah negara menguasai


ekonomi negara yang menjadi tanah jajahan.

LATAR BELAKANG IMPERIALISME DI ASIA TENGGARA

Q Latar belakang imperialisme Barat di Asia Tenggara

1 Imperialisme ialah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya


dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

2 Imperialisme telah berlaku sejak Empayar yunani dan Empayar Rom lagi.

3 Namun, imperialisme moden bermula pada abad ke-15 apabila kuasa-kuasa


Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.

4 Imperialisme Barat di Asia Tenggara berlaku pada abad ke-16 lagi. Kegiatan ini
didorong oleh hasrat mereka untuk menguasai ekonomi kawasan itu.

5 Belanda menjajah Indonesia, British menguasai Burma (myanmar),


Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat
merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis
menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 1/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

FAKTOR-FAKTOR IMPERIALISME

Q Faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia Tenggara

1 Imperialisme Barat di Asia Tenggara disebabkan oleh keistimewaan Asia


Tenggara. Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak
antara China dan India. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat
menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia. Selain itu, Asia Tenggara juga
memiliki tanah yang subur dan kaya dengan bahan mentah.

2 Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-


besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan pasaran
yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur terutamanya di
China, India dan Asia Tenggara.

3 Imperialisme Barat juga didorong oleh perkembangan sistem perhubungan dan


pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-dua faktor
tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat dan menjimatkan
kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan menjadi lebih
mudah dan berkesan.

4 Persaingan kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi


mangsa penjajahan. Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah jajahan.
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan. Tanah jajahan yang luas
melambangkan kekuatan dan kekayaan.

5 Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh British dan Belanda dalam
menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula menggunakan
slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak mentamadunkan orang
Timur. Mubaligh Kristian pula berhasrat menyebarkan agama Kristian.

KEISTIMEWAAN ASIA TENGGARA MENDORONG IMPERIALISME

Q Keistimewaan Asia Tenggara yang menjadi tarikan kuasa Barat


menjalankan dasar imperialisme di rantau tersebut

1 Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik. Sebagai contohnya, Asia


Tenggara terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa.
Pelabuhan di Asia Tenggara menjadi tempat persinggahan pedagang yang
berulang-alik dari Timur ke Barat. Hal ini menyebabkan kuasa Barat menjalankan

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 2/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

dasar imperialisme mereka kerana hendak menguasai jalan perdagangan


antarabangsa.

2 Asia Tenggara terletak antara China dan India. China dan India mempunyai
penduduk yang ramai. Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat
menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia.

3 Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur. Tanah yang subur amat sesuai
digunakan untuk menanam tanaman komersil. Hasil tanaman tersebut dapat
dijadikan bahan mentah untuk kegunaan perindustrian

4 Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Contohnya, bijih dan galian, hasil
hutan, rempah ratus serta hasil pertanian. Sumber tersebut dapat digunakan
untuk keperluan perkilangan di negara mereka.

PERKEMBANGAN DI BARAT MENDORONG IMPERIALISME

Q Perkembangan yang berlaku di Eropah mendorong kuasa imperialisme


kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara

1 Perkembangan yang berlaku di Eropah ialah berlakunya Revolusi Perindustrian.


Revolusi perindustrian menyebabkan hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-
besaran. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan bahan mentah dan pasaran
yang luas. Oleh itu, mereka perlu melakukan penjajahan di Timur terutamanya di
China, India dan Asia Tenggara.

2 Selain itu, di Barat telah berlaku perkembangan dalam sistem perhubungan dan
pengangkutan. Penciptaan kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
Pembukaan Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan. Kedua-dua faktor
tersebut menyebabkan perjalanan menjadi lebih cepat, selamat dan menjimatkan
kos. Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan menjadi lebih
mudah dan berkesan.

3 Di samping itu, negara-negara Barat bersaing antara satu sama lain untuk
meluaskan tanah jajahan. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan.
Tanah jajahan yang luas melambangkan kekuatan dan kekayaan. Persaingan
kuasa Barat menyebabkan negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa
penjajahan.

4 Seterusnya, pelancaran slogan menyebarkan tamadun dilakukan oleh kuasa-


kuasa Barat. Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh British dan Belanda
dalam menjalankan imperialisme. Mereka mendakwa mereka lebih maju dan
bertamadun. Mereka mahu majukan orang Timur. Perancis pula menggunakan
slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”. Mereka hendak mentamadunkan orang
Timur.

5 Akhir sekali, misi menyebarkan agama Kristian telah dilakukan oleh kuasa Barat.
Mubaligh Kristian berhasrat menyebarkan agama Kristian.

FAKTOR EKONOMI YANG MENDORONG IMPERIALISME


cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 3/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

Q Kepentingan ekonomi mendorong kuasa Barat menjalankan dasar


imperialisme di Asia Tenggara.

1 Kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara kerana


kedudukannya yang strategik. Asia Tenggara yang terletak antara China dan
India memberikan keuntungan dari segi ekonomi. Hal ini menyebabkan kuasa
Barat dapat menguasai laluan perdagangan antarabangsa.

2 Dengan menjajah Asia Tenggara, imperialis Barat dapat menguasai kawasan


pasaran yang besar di dunia. Kuasa Barat boleh meluaskan pasaran hasil
perkilangan mereka ke China dan India.

3 Selain itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai tanah
yang subur. Mereka dapat mengusahakan pertanian komersil. Hasil pertanian
dagangan itu boleh memberikan kekayaan kepada mereka.

4 Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana ingin menguasai
kekayaan bahan mentah. Bahan mentah tersebut dapat dibekalkan secara
berterusan untuk memenuhi keperluan perkilangan di negara mereka.

5 Di samping itu, kuasa Barat menjajah Asia Tenggara kerana membuka peluang
kepada syarikat perniagaan mereka meluaskan pelaburan. Syarikat tersebut
diberi peluang membuat pelaburan dalam perladangan, perkilangan,
perlombongan dan sebagainya.

SLOGAN MENYEBARKAN TAMADUN ADALAH MUSLIHAT

Q Slogan menyebarkan tamadun yang digunakan oleh kuasa Barat hanyalah


muslihat mereka untuk menjajah Asia Tenggara

1 Slogan “Beban Orang Putih” digunakan oleh kuasa British dan Belanda. Kuasa
ini mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun. Mereka berasa
bertanggungjawab untuk memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih
sejahtera. Kuasa Perancis menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan
Tamadun”. Mereka berasa bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang
Timur.

2 Mereka sebenarnya tidak berhasrat untuk memajukan orang Timur. Slogan


tersebut hanyalah muslihat untuk menjajah Asia Tenggara bagi menjayakan
kepentingan mereka.

3 Mereka sebenarnya hendak meluaskan tanah jajahan. Kuasa-kuasa Barat


bersaing sesama mereka. Mereka akan disanjung tinggi jika memiliki tanah
jajahan yang luas. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan
kekayaan.

4 Mereka juga menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk memenuhi


perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah. Mereka menjajah Asia
Tenggara yang kaya dengan bahan mentah untuk menjamin bekalan bahan
mentah secara konsisten. Mereka juga menjajah Asia Tenggara supaya dapat
meluaskan pasaran hasil perkilang pasaran ke India dan China.

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 4/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

5 Selain itu, mereka menggunakan slogan tersebut sebagai muslihat untuk


menguasai ekonomi di negara-negara Asia Tenggara. Dengan menjajah Asia
Tenggara, mereka dapat melantik wakil mereka untuk melabur dalam bidang
perniagaan, perlombongan dan perladangan.

6 Di samping itu, kuasa Barat menggunakan slogan untuk menerapkan budaya


Barat agar menjadi amalan hidup masyarakat Timur. Mubaligh Kristian pula
berhasrat untuk menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

KEJAYAAN THAILAND MENGELAKKAN PENJAJAHAN

Q Kejayaan pemerintah Thailand menghalang penjajahan kuasa Barat ke atas


negaranya

1 Raja-raja Thai berjaya membendung penglibatan kuasa Barat dalam sistem


pemerintahan Thailand. Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah
menjalankan pentadbiran negara berasaskan kepada pentadbiran Barat. Mereka
mengadakan pembaharuan dalam pemerintahan negara Thai dengan meniru
sistem pemerintahan Barat.
2 Raja Mongkut berjaya mengelakkan campur tangan kuasa tertentu di Thailand.
Baginda berbaik-baik dengan semua kuasa Barat. Baginda telah melantik 80
orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan melatih pegawai-
pegawai tempatan. Penasihat Britain dilantik menjadi penasihat dalam bidang
kewangan, pelabuhan dan jabatan polis. Penasihat Amerika dilantik menjadi
penasihat dalam jabatan kastam. Penasihat Perancis dilantik menjadi penasihat
dalam jabatan ketenteraan. Dengan itu, semua kuasa Barat tidak mempunyai
kesempatan untuk menjalankan dasar penjajahan di Thailand.
3 Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis
Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britain dilantik untuk
berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Pegawai tadbir kerajaan dilantik
berdasarkan peperiksaan. Hal ini dapat melicinkan pentadbiran. Kuasa Barat
tidak berpeluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara Thai.
4 Raja Chulalongkorn telah menukar sistem pemerintahan beraja mutlak kepada
sistem raja berrperlembagaan. Baginda dapat menggagalkan peluang kuasa
Barat menggulingkan raja berkuasa mutlak.
5 Raja Chulalongkorn juga berjaya mewujudkan kestabilan politik dalam negara.
Baginda telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Hal ini menyebabkan
baginda dapat mengurangkan kegelisahan rakyat terhadap kerabat diraja yang
menguasai politik negara.
6 Perdana Menteri Thailand, Phibul Songram berjaya menyekat penguasaan
ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Beliau telah meluluskan undang-
undang menyekat penguasaan ekonomi oleh pihak tersebut. Monopoli
perniagaan oleh syarikat Barat dan orang Cina dihapuskan. Beliau telah
menggalakkan penduduk peribumi melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Hal
ini menyebabkan Thailand tidak perlu bergantung kepada syarikat Barat untuk
memajukan negara.

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 5/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

USAHA IMPERIALIS BARAT MENGUKUHKAN PENJAJAHAN

Q Usaha yang dilakukan oleh imperialis Barat untuk meneruskan dasar


penjajahan mereka di Asia Tenggara.

1 Imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya melalui pengenalan sistem


birokrasi. Sistem beraja telah dihapuskan dan digantikan penubuhan kerajaan
pusat. Contohnya, Union Indochinoise di IndoChina serta Kerajaan Negeri Selat
dan Negeri Melayu Bersekutu di Tanah Melayu. Gabenor Jeneral telah
mengambil alih kuasa raja untuk mengetuai pemerintahan kerajaan pusat.
Dengan perlantikan Gabenor Jeneral, raja bukan sahaja telah kehilangan kuasa,
tetapi pemerintahan tanah jajahan dikuasai oleh penjajah sepenuhnya.

2 Imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara


menubuhkan jabatan kerajaan (biro). Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya,
Polis dan sebagainya telah ditubuhkan. Ketua jabatan berbangsa penjajah
dilantik untuk menjalankan pentadbiran jabatan. Hal ini menyebabkan
pentadbiran dapat dijalankan mengikut cara barat. Oleh itu, segala dasar yang
dilaksanakan dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai penjajah.

3 Selain itu, kuasa imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka dengan


menguatkuasakan undang-undang barat. Contohnya, Akta Perkampungan
Burma dan Akta Ulu Burma telah diperkenalkan oleh British di Myanmar.
Pelaksanaan undang-undang tersebut melenyapkan penguasaan pembesar
tradisional tempatan dalam pentadbiran. Di Tanah Melayu pula, British
memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen Tanah Padi.
Undang-undang tersebut menafikan penglibatan orang Melayu dalam pertanian
komersil. Paksaan undang-undang tersebut ke atas pemimpin dan rakyat
tempatan menyebabkan mereka berjaya menguasai pentadbiran dan ekonomi
tanah jajahan.

4 Kuasa imperialis Barat mengukuhkan kedudukannya dengan cara


mengeksplotasi ekonomi negara tanah jajahannya. Contohnya, Brtish dan
Belanda menguasai bijih timah diTanah Melayu dan Indonesia. Filipina
mengeksploitasi pertanian komersil di Filipina melalui pelaksanaan Sistem Polo.
Belanda pula menindas rakyat Indonesia melalui Sistem Tanaman Paksa. Hal ini
menyebabkan mereka berjaya mengukuhkan ekonomi dengan cara mengaut
sumber kekayaan tanah jajahan.

5 Di samping itu, imperialis Barat juga mengukuhkan kedudukan mereka dengan


cara memecahbelahkan masyarakat tempatan. Contohnya, di Tanah Melayu,
British memperkenalkan sistem pendidikan vernakular untuk mengasingkan
kaum mengikut etnik masing-masing. Di Indonesia, Belanda mengasingkan anak
golongan priyayi dengan anak orang kebanyakkan. Tindakan yang diamalkan
berjaya memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Oleh itu, tidak timbul
penentangan terhadap mereka.

KESAN IMPERIALISME KE ATAS NEGARA ASIA TENGGARA

Q Kesan imperialisme Barat ke atas negara dan masyarakat Asia Tenggara

1 Penjajahan Barat memberi kesan dalam aspek politik. Negara-negara Asia


cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 6/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

Tenggara kecuali Thailand telah menjadi tanah jajahan kuasa Barat.. Tanah
Melayu, Burma, Sarawak dan Sabah menjadi tanah jajahan British. IndoChina
menjadi jajahan Perancis, manakala Filipina dijajah oleh Amerika.

2 Penjajahan menyebabkan sistem birokrasi telah diperkenalkan untuk


menggantikan sistem pemerintahan beraja. Gabenor Jerenal dan Pesuruhjaya
Tinggi dilantik oleh kuasa penjajah menjadi ketua di tanah jajahan. Raja telah
kehilangan kuasa memerintah.

3 Pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dari Barat. Jawatan


pembesar tradisional di peringkat pusat telah dihapuskan. Pentadbiran negara
tanah jajahan dilaksanakan melalui biro. Pegawai-pegawai Barat dilantik
mengetuai biro.

4 Penjajahan menyebabkan kuasa-kuasa Barat memperkenalkan sistem


perundangan Barat . Negara tanah jajahan terpaksa menggunakan undang-
undang negara penjajah. Perundangan peribumi pula diubahsuai agar
menyerupai sistem perundangan Barat.

5 Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk kepentingan ekonomi


negara penjajah. Contohnya, di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan
perlombongan bijih telah dijalankan secara besar-besaran bagi memastikan
bahan tersebut dapat dibekalkan untuk keperluan industri di Britain. Sistem
Tanaman Paksa dan Sistem Polo dilaksanakan di Indonesia dan Filipina.

6 Penjajahan Barat memberi kesan kepada sistem pendidikan. Contohnya, sistem


pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun
sistem pendidikan tersebut tidak disebarkan secara meluas. Ianya terhad di
kawasan bandar sahaja. Sistem pendidikan tersebut bertujuan untuk melatih
pentadbir bawahan bagi keperluan pentadbiran British sahaja. Kepincangan
sistem pendidikan inilah yang kemudiannya terpaksa dibaiki oleh kerajaan
peribumi selepas merdeka.

7 Kuasa Barat telah mengimport buruh dari negara lain untuk keperluan ekonomi
dagangan mereka. Dasar ini telah membawa perubahan kepada komposisi etnik
di negara yang dijajah. Penjajah pula tidak berusaha untuk mengharmonikan
hubungan kaum semasa pemerintahan mereka. Pemerintah peribumi selepas
merdeka terpaksa memikul tugas menjalin hubungan baik dalam kalangan
pelbagai kaum.

PENJAJAHAN MEMBAWA KEPADA PENGENALAN BIROKRASI

Q Penjajahan ke atas negara-negara Asia Tenggara telah menyebabkan


pengenalan sistem birokrasi Barat

1 Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat


telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja. Sebelum
kedatangan penjajah, negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada beberapa
buah kerajaan berasingan yang diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan
pembesar.

2 Penjajah membawa kepada penubuhan Kerajaan Pusat. Wilayah-wilayah di


tanah jajahan disatukan. Sebagai contohnya, Perancis menyatukan wilayah di
cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 7/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

IndoChina dengan menubuhkan Union Indochinoise. Di Tanah Melayu pula,


penjajah British menubuhkan Kerajaan Negeri Selat, Kerajaan Negeri Melayu
Bersekutu. Penubuhan Kerajaan Pusat telah melenyapkan sistem pemerintahan
beraja yang diamalkan di Asia Tenggara sejak sekian lama.

3 Imperialis Barat melantik Gabenor Jeneral dan Pesuruhjaya untuk mengetuai


pemerintahan kerajaan pusat yang telah dibentuk. Gabenor Jeneral dilantik
daripada kalangan bangsa penjajah. Pegawai tersebut menjalankan
pemerintahan mengikut kehendak penjajah. Gabenor Jeneral yang dilantik telah
mengambil alih kuasa raja menjalankan pemerintahan. Hal ini menyebabkan raja
telah hilang kewibawaan dan kuasa pemerintahan.

4 Mereka membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan


pentadbiran tempatan. Penjajah melaksanakan pentadbiran dengan cara
menubuhkan jabatan (biro). Berbagai-bagai jabatan ditubuhkan seperti Jabatan
Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Balai Polis dan sebagainya. Tiap-tiap jabatan
diketuai oleh Ketua Biro yang dilantik daripada pegawai Barat. Perlantikan Ketua
Biro telah menyingkirkan jawatan pembesar tempatan di peringkat pusat dan
daerah.

5 Penjajahan Barat telah menyebabkan undang-undang Barat diperkenalkan.


Undang-undang negara penjajah dikuatkuasakan di negara tanah jajahan.
Undang-undang baru yang akan diperkenalkan, digubal dan diluluskan oleh
Parlimen di negara penjajah. Berbagai undang-undang diperkenalkan. Undang-
undang tersebut menimbulkan pelbagai implikasi terhadap masyarakat tempatan.
Sebagai contohnya, British telah memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan
Akta Perkampungan Burma. Akta ini telah melenyapkan pentadbiran tradisional
di Burma. Di Tanah Melayu pula, pihak British telah menguatkuasakan Akta
Tanah Simpanan Melayu dan Enakmen Tanah Padi. Undang-undang tersebut
telah menghalang orang Melayu melibatkan diri dalam penanaman getah.

PENJAJAHAN MEMBANGKITKAN SEMANGAT NASIONALISME

Q Dasar-dasar penjajahan Barat yang mencetuskan gerakan nasionalisme di


negara-negara Asia Tenggara

1 Kehadiran imperialis Barat di Asia Tenggara adalah untuk kepentingan ekonomi


negara mereka. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan
penindasan.

2 Sistem birokrasi yang diperkenalkan telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan rakyat. Pengenalan sistem birokrasi telah melenyapkan sistem
pemerintahan beraja yang diamalkan sejak sekian lama. Raja-raja dan pembesar
tempatan telah kehilangan kuasa dan kewibawaan. Tambahan pula, sistem
birokrasi yang diperkenalkan tidak membeikan peluang yang sewajarnya rakyat
tempatan. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat tempatan.

3 Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh penjajah menyebabkan rakyat


tempatan kekal dalam ekonomi tradisional. Sebagai contohnya, sistem ekonomi
dagangan di Tanah Melayu hanya dikuasai oleh syarikat Eropah dan orang
dagang. Rakyat tempatan digalakkan menanam padi dan menjalankan ekonomi
tradisioanl. Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 8/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

dan Sistem Polo di Filipina jelas menindas penduduk peribumi.Kehidupan yang


miskin mendorong mereka menuntut pembaikan terhadap taraf hidup.

4 Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat.


Mereka menganggap bahawa mereka hanya layak bergaul dengan golongan elit
tempatan seperti golongan bangsawan dan pegawai kerajaan yang
berpendidikan Barat.

5 Dasar pendidikan penjajah juga antara faktor yang mencetuskan nasionalisme.


Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
pendidikan. Mereka men gutamakan sekolah yang menggunakan pengantar
bahasa penjajah. Penjajah hanya memberikan pendidikan di peringkat rendah.
Tambahan pula mereka hanya memberi keutamaan kepada golongan elit dan
penduduk bandar sahaja. Sebagai contohnya, di Indonesia, anak golongan
priyayi diberi pendidikan berasingan daripada anak orang kebanyakan. Di Tanah
Melayu pula, lepasa sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan. Di Burma,
pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadiancaman kepada sekolah
Buddha.

6 Sebagai kesimpulannya, semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat


tempatan telah mencetuskan gerakan nasionalisme. Faktor tersebut berkait
antara satu sama lain dan mencetuskan gerakan nasionalisme terhadap
penjajahan kuasa Barat.

PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)

Q Imperialisme bentuk baru (Neokolonialisme) yang berlaku ke atas Negara


Dunia Ketiga pada hari ini

1 Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara
mencampuri urusan politik di negara-negara yang lemah. Sebagai contohnya,
Amerika campur tangan dalam hal ehwal di negara Iraq yang kononnya mahu
mewujudkan kestabilan di negara berkenaan. Setelah Saddam Hussein,
digulingkan, Amerika mendalangi perlantikan pemerintah baru. Hal yang sama
juga berlaku di beberapa buah negara lain. Pemerintah baru yang dilantik itu
mendapat restu negara-negara kuat. Hal ini menyebabkan dasar-dasar politik
negara tersebut ditentukan oleh negara besar. Oleh yang demikian, negara kecil
yang merdeka sebenarnya masih terjajah kerana dasar-dasar negaranya masih
ditentukan oleh negara besar.

2 Kuasa besar dunia menjalankan dasar neokolonialsme melalui penjajahan


ekonomi. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah di Negara Dunia
Ketiga. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk
memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini membawa
kepada syarat perdagangan yang tidak adil. Contohnya, Negara Maju
mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan mentah. Mereka juga
mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Hal ini
menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada
Negara Maju Harga bahan mentah tersebut tidak stabil. Penguasaan bahan
mentah oleh Negara Maju memberikan kesan buruk kepada Negara
Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran sumber
hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara tidak dapat
dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun terpaksa bergantung
kepada Negara Maju selama-lamanya.
cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 9/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

3 Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara
menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia
Tenggara. Contohnya, dalam kehidupan seharian, kehidupan beragama dan
nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama
Kristian, mengamalkan cara hidup Barat dalam amalan hidup seharian. Hal ini
menyebabkan nilai-nilai sosial dan budaya hidup tempatan semakin kurang
diamalkan. Masyarakat lebih cenderung mengamalkan cara hidup Barat. Sebagai
kesimpulannya, penerapan cara hidup Barat merupakan satu bentuk
neokolonialisme. Ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan di
Asia Tenggara kerana keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat semakin
meruncing. Masyarakat hilang jati diri.

KESAN PENJAJAHAN BENTUK BARU (NEOKOLONIALISME)

Q Kesan yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar imperialisme


bentuk baru (neokolonialisme)

1 Imperialisme bentuk baru memberi kesan dalam aspek politik. Dasar-dasar politik
Negara Dunia Ketiga ditentukan oleh negara besar. Hal ini disebabkan kuasa-
kuasa besar dunia campur tangan dalam hal ehwal di Negara Membangun.
Sebagai contohnya, negara-negara kuasa besar menjadikan keamanan sejagat
sebagai alasan untuk mencampuri urusan politik negara-negara tertentu. Mereka
menerapkan ideologi politik yang didokongnya. Mereka juga memberikan
bantuan ketenteraan dan sokongan pentadbiran. Hal ini menyebabkan negara
kecil tersebut terpaksa mengikut telunjuk negara besar. Pemimpin negara
berkenaan menjalankan pentadbiran, menjalinkan dasar luar dan melaksanakan
pembangunan sebagaimana yang dikehendaki oleh pemimpin negara yang
menguasainya. Oleh yang demikian, walaupun secara zahirnya, negara kecil itu
sudah nsekian lama merdeka, namun hakikat sebenarnya mereka masih terjajah
kerana dasar pentadbiran negaranya masih ditentukan oleh negara besar.

2 Imperialisme bentuk baru menyebabkan ekonomi Negara Dunia Ketiga masih


terjajah. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk
memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa bergantung
kepada Negara Maju. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah
Negara Dunia Ketiga. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan
yang tidak adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan harga terhadap
harga bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah yang tinggi
terhadap pinjaman yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun
terpaksa menjual bahan mentah kepada Negara Maju. Harga bahan mentah
tersebut tidak stabil. Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan
kesan buruk kepada Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat
merancang pengeluaran sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu.
Pembangunan negara tidak dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara
Membangun terpaksa bergantung kepada Negara Maju buat selama-lamanya.

3 Penjajahan bentuk baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian


daripada cara hidup masyarakat tempatan. Kuasa-kuasa besar dunia
menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia
Tenggara seperti amalan kehidupan seharian, kehidupan beragama dan nilai-nilai
sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama Kristian serta
mengamalkan cara hidup Barat. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial tempatan
cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 10/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

semakin kurang diamalkan. Oleh itu, ia memberikan kesan negatif kepada


masyarakat tempatan. Keruntuhan moral masyarakat semakin meruncing.
Masyarakat tempatan hilang jati diri.

CABARAN YANG MENGANCAM KEDAULATAN NEGARA

Q1 Cabaran masa kini yang boleh mengancam kedaulatan negara


Q2 Keadaan yang berlaku pada masa kini yang boleh menggugat kestabilan
dan kedaulatan negara

1 Cabaran utama yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara


ialah usaha membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Walaupun
masyarakat yang berlainan kaum berganding bahu di bawah satu sistem politik
yang sama, tetapi kehidupan mereka tetap berasingan. Interaksi dan hubungan
antara kaum agak terbatas. Hal ini boleh mengundang berlaku ketegangan kaum
yang menggugat kestabilan negara. Oleh yang demikian, fenomena tersebut
membuka ruang kepada pihak luar yang berkepentingan berusaha
memecahbelahkan perpaduan dan menguasai politik negara ini.

2 Cabaran berikutnya ialah arus globalisasi yang cuba melenyapkan tamadun


bangsa mengikut kehendak Barat. Serangan siber yang bertali arus amat
berbahaya jika tidak dibanteras. Sebagai contohnya, penjenayah siber bebas
menyebarkan virus, menggodam dan mencuri data untuk tujuan risikan
perniagaan atau kerajaan. Maklumat yang disogokkan itu diterima dan dipercayai
bulat-bulat oleh rakyat kita. Hal ini menyebabkan kestabilan negara tergugat. Oleh
yang demikian, serangan siber perlu dibendung kerana dengan sedikit kesilapan
akan mampu meruntuhkan negara.

3 Cabaran yang seterusnya ialah krisis ekonomi yang boleh menggugat kemajuan
negara. Sebagai contohnya, krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada 1997
hampir menyerupai apa yang dialami pada tahun 1930-an dan 1980-an. Hal yang
sama juga berlaku di negara kita pada hari ini. Krisis tersebut bukan sekadar
melumpuhkan aktiviti perdagangan malah menimbulkan masalah pengangguran.
Hal ini menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap masa depan ekonomi negara.
Aliran kewangan menjadi lembap dengan nilai saham menjunam teruk,
sementara itu nilai matawang ringgit berada pada paras yang membimbangkan.
Oleh itu, jika kita tidak berusaha mengekang ancaman ekonomi negara maju,
kemungkinan ekonomi negara kita dikuasai oleh negara maju.

4 Perkembangan yang berlaku di negara jiran serantau juga boleh menggugat


kestabilan dan kedaulatan negara. Sebagai contohnya, krisis politik di Myanmar
menimbulkan kebimbangan pemimpin dan rakyat negara ini. Penghapusan etnik
Rohingya oleh Junta Tentera Myanmar bukan lagi masalah dalaman mereka,
tetapi dianggap masalah antarabangsa. Hal ini menyebabkan kuasa-kuasa besar
dunia menggunakan alasan tersebut untuk mencampuri hal ehwal di Myanmar.
Oleh yang demikian, kestabilan rantau ASEAN akan tergugat dan sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada negara kita.

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 11/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

USAHA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

Q Peranan Warganegara Malaysia Dalam Usaha Mengekalkan Kedaulatan


Negara

1 Untuk mengekalkan kedaulatan negara, setiap warganegara perlu berganding


bahu mewujudkan kestabilan politik dalam negara. Sebagai contohnya, rakyat
mestilah sentiasa mematuhi undang-undang negara. Perlembagaan Malaysia
mestilah dihormati dan dipatuhi. Hal ini menjadikan masyarakat Malaysia menjadi
masyarakat yang mematuhi undang-undang. Pihak kerajaan mestilah sentiasa
memantau dan membendung penyebaran ideologi politik berhaluan kiri, fahaman
agama syiah dan doktrin keganasan militan daesy di negara kita.

2 Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dalam usaha


mengekalkan kedaulatan negara, kita hendaklah mengelakkan ketegangan kaum
yang boleh memecahbelahkan perpaduan. Kita haruslah bertolak ansur dan
mengelakkan perselisihan faham demi untuk kesejahteraan hidup Malaysia. Sifat
toleransi perlu dipupuk untuk mengukuhkan semangat kekitaan. Aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong dapat memupuk semangat perpaduan
kaum serta mengeratkan silaturahim. Oleh itu, sikap bersatu-padu dapat
mewujudkan keharmonian negara. Perpaduan yang kukuh menjadi benteng yang
dapat menghalang penglibatan kuasa luar.

3 Kita mestilah memajukan ekonomi dan menjana pendapatan rakyat. Rakyat


Malaysia hendaklah bersifat produktif, rajin dan gigih. Sifat tersebut dapat
meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Kita juga harus
kreatif mengatasi cabaran negara. Misalnya, rakyat Malaysia telah bersatu-padu
dan bergabung tenaga untuk memajukan semula ekonomi negara apabila
berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998. Hal tersebut menyebabkan kita dapat
menjana penyertaan rakyat dalam perniagaan dan perusahaan. Pendapatan dan
taraf hidup rakyat meningkat. Oleh yang demikian, kehidupan rakyat yang
sejahtera menafikan penjajahan ekonomi kuasa-kuasa besar.

4 Kita juga perlu memupuk jati diri rakyat agar cinta akan negara dan bangsa.
Sikap menghormati raja dan pemimpin negara hendaklah sentiasa dipupuk
dalam kalangan generasi muda. Perjuangan tokoh negara seperti Tunku Abdul
Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain mestilah dihargai.
Lambang-lambang negara seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku harus
dihormati dengan penuh cinta. Dengan semangat tersebut, rakyat Malaysia
sedia berkorban untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.

5 Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama menghadapi apa jua cabaran dalam


negara, Kita hendaklah sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan
rakyat. Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin
kedaulatan negara.

PERLUNYA MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 12/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

Q Rasionalnya semua pihak di negara kita berusaha mengekalkan kedaulatan


negara

1 Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada kita semua. Melalui
kedaulatan, kita bebas menentukan corak pemerintahan negara mengikut acuan
kita sendiri. Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan sistem demokrasi
dengan konsep Raja Berperlembagaan. Hal ini menyebabkan kita dapat
memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Melalui amalan
demokrasi, semua rakyat berhak memilih dan membentuk kerajaan. Kerajaan
yang dibentuk dapat menjalankan pemerintahan dengan adil dan cekap. Dasar-
dasar negara dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh yang demikian, negara kita
akan mencapai kemajuan yang pesat.

2 Semua pihak harus sedar betapa pentingnya kedaulatan negara. Kedaulatan


bermakna kita bebas menentukan dasar luar negara. Kita bebas menjalin
hubungan dengan negara lain mengikut kepentingan negara kita. Sebagai
contohnya, kita menjalinkan dasar luar dengan semua negara tanpa mengira
ideologi politik. Kita berbaik-baik dengan semua negara sama ada negara blok
kapitalis mahupun blok komunis. Dasar bebas dan berkecuali ini menyebabkan
kuasa-kuasa besar dunia menghormati prinsip dan kedaulatan negara kita. Oleh
itu, negara kita dapat berperanan aktif dalam pertubuhan serantau dan
antarabangsa seperti menganggotai Komanwel, Kongres Islam Sedunia (OIC),
Negara Selatan-Selatan, Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN.

3 Kemerdekaan juga memberi kebebasan kepada kita mengamalkan dasar


ekonomi mengikut keperluan negara. pada zaman awal kemerdekaan, negara kita
terpaksa menjalin hubungan ekonomi dengan Britain. Namun, setelah kedaulatan
negara semakin utuh, kita bebas menjalinkan ekonomi dengan mana-mana
negara yang menguntungkan negara. Sebagai contohnya, kita melancarkan
Dasar Pandang ke Timur untuk membawa aliran modal dari China, Korea dan
Jepun ke negara kita. Hal ini dapat meningkatkan kemajuan perusahaan dan
perdagangan. Dengan itu, peluang pekerjaan bertambah dan taraf hidup
masyarakat meningkat.

4 Kedaulatan memberi hak untuk kita mewujudkan identiti negara. Kita bebas
menggunakan lambang-lambang yang menjadi identiti negara. Sebagai
contohnya, kita bebas merekacipta bendera dan menggubah lagu kebangsaan
negara. Kita juga berhak menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
serta dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Hal yang demikian
menyebabkan perpaduan masyarakat berbilang kaum semakin kukuh.
Masyarakat yang berbagai etnik dapat hidup dengan harmoni. Dengan itu, usaha
pihak luar untuk mengganggu gugat keamanan negara kita tidak berjaya.

CABARAN UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN

Q Mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada menuntut kemerdekaan

1 Kita terpaksa akur bahawa mengekalkan kemerdekaan adalah lebih sukar


daripada menuntut kemerdekaan. Era penjajahan di Tanah Melayu sudah lama
cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 13/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

berkubur, namun puing-puing penjajahan budaya dan pemikiran yang


membelenggu masyarakat kelihatan sukar untuk dikikis.

Kita semua mengetahui betapa susahnya pejuang kemerdekaan terdahulu


berusaha membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Segala
pengorbanan yang ditempuhi hendaklah dijadikan inspirasi bagi membina negara
bangsa yang berjaya dan disegani di mata dunia.

2 Kita menghadapi cabaran besar dalam mengisi kemerdekaan apabila nilai jati diri
Melayu secara khususnya tidak lagi mendapat tempat di hati segelintir
masyarakat. Contohnya, pemakaian baju Melayu, bersongkok dan bersamping
mula dilupakan terutama ketika menyambut hari raya. Generasi muda lebih
gemar memperagakan fesyen terkini berbanding baju kurung yang
melambangkan kesopanan. Malah ada yang lebih selesa mengenakan fesyen
pakaian yang menjolok mata dan keterlaluan.

3 Negara juga menghadapi cabaran apabila corak kehidupan yang tidak


berteraskan nilai-nilai ketimuran juga mula dipraktikkan. Sebagai contohnya,
gejala seks bebas, seks songsang, gay dan lesbian menarik perhatian golongan
yang menyimpang daripada ajaran agama. Muda-mudi tanpa segan silu memuat
naik perlakuan jijik mereka di laman sosial sehingga seluruh dunia menyaksikan
betapa kita masih dijajah walaupun setelah sekian lama merdeka. Justeru, apa
erti kemerdekaan jika hakikatnya masyarakat masih terjajah tanpa disedari.

4 Untuk mengekalkan kemerdekaan, nilai timur yang menjadi teras keharmonian


negara perlu dipertahankan. Oleh itu, sebarang anasir jahat yang cuba diseludup
ke negara ini hendaklah ditentang habis-habisan. Kegiatan menyelewengkan
ajaran agama perlu dibanteras. Usaha pihak tertentu yang ingin mencetuskan
huru-hara hendaklah dihentikan.

5 Untuk mengisi kemerdekaan, semua individu haruslah berjuang meningkatkan


pencapaian diri dalam apa jua bidang. Golongan muda diseru mendalami ilmu
pengetahuan supaya akan lahir lebih ramai cendekiawan Malaysia yang boleh
dibanggakan satu hari nanti.

6 Sebagai kesimpulannya, perpaduan masyarakat merupakan formula terbaik untuk


mengekalkan keharmonian dan kemerdekaan negara. Masyarakat kita mestilah
hidup bersatu hati. Perpaduan adalah menjadi penghalang terhadap usaha pihak
tertentu yang cuba meniupkan api perkauman dan perpecahan.

IKTIBAR DAN NILAI MURNI

Q Iktibar yang boleh diambil daripada penjajahan kuasa Barat ke atas negara-
negara Asia Tenggara

1 Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang


memperjuangkan kedaulatan tanah air. Sebagai contohnya, tokoh yang
menghalang penglibatan pihak British seperti Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat
Salleh, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong. Kita juga perlu
menghargai tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn
Jaafar, Tun Abdul Razak dan lain-lain. Hal ini menyebabkan kita dapat
menjadikan perjuangan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan negara.
cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 14/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

2 Setiap rakyat perlu bersedia untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada


ancaman pihak luar. Sebagai contohnya, kita mestilah sanggup memainkan
peranan menghalang penyebaran ideologi yang bercanggah dengan pendirian
politik negara kita. Kita juga perlu membendung penyebaran doktrin keganasan
dan penyebaran ajaran sesat yang semakin menular. Hal ini menyebabkan kita
dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara.

3 Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang


menjadi identiti negara. Sebagai contohnya, nilai murni dan budaya Melayu
mestilah sentiasa dipertahankan kerana ia menjadi teras Kebudayaan Nasional.
Selain itu, amalan hidup dan budaya harmoni kaum-kaum lain boleh
diasimilasikan sebagai cara hidup masyarakat Malaysia. Hal ini menyebabkan
budaya tersebut bukan sahaja dapat terus diwarisi diwarisi oleh generasi akan
datang malah boleh mengharmonikan perpaduan kaum di negara kita.

4 Oleh yang demikian, keselamatan negara kita terus terjamin. Kita dapat
mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik negara. Dengan itu, kita
dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.

KESIMPULAN

Q Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan isi


(a) Pengetahuan yang diperoleh
(b) Nilai patriotisme yang boleh dihayati
(c) Harapan menjadikan negara dan bangsa Malaysia unggul di mata
dunia.

1 Pengetahuan
Daripada tugasan yang dilaksanakan, kita dapat mengetahui tentang faktor-faktor
yang mendorong kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia Tenggara.
Sebagai contohnya, mereka menjajah Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi
serta menyebarkan agama dan kebudayaan mereka. Hal ini menyebabkan
mereka telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang
dijajahnya. Selain itu, tugasan ini membolehkan kita mengetahui bahawa
imperialisme Barat memberikan implikasi yang buruk kepada negara tanah
jajahan. Sebagai contohnya, dasar-dasar penjajahan mereka telah menindas
penduduk tempatan. Hal ini mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan
rakyat tempatan yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya
menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah.

2 Nilai Patriotisme
Nilai patriotisme yang boleh kita hayati ialah kita mestilah memiliki jati diri yang
tinggi dan tidak mudah menerima pengaruh luar. Sebagai contohnya, kita
mestilah sanggup berkorban dalam mempertahankan tanah air daripada
penjajahan asing. Hal ini menyebabkan kita dapat mengekalkan kedaulatan dan
kemerdekaan tanah air. Kita mestilah mempunyai sikap taat dan setia kepada
negara. Contohnya, kita mestilah sentiasa bersedia untuk mengekalkan
perpaduan kaum. Dengan perpaduan tersebut, kita bukan sahaja dapat
mengekalkan kedaulatan, malah berjaya mengisi kemerdekaan tersebut dengan
kemajuan.

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 15/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

3 Harapan Kepada Bangsa dan Negara


Marilah kita sama-sama meletakkan harapan agar masyarakat berbilang kaum di
negara kita sedia bertoleransi untuk membina perpaduan. Hal ini menyebabkan
negara kita sentiasa aman dan bebas daripada ancaman luar. Selain itu, kita
patut sandarkan harapan agar masyarakat kita memiliki jati diri yang tinggi.
Mereka sentiasa bersedia menangkis pengaruh luar yang mencemar budaya
masyarakat kita. Hal ini menyebabkan identiti negara yang menjadi kebanggaan
kita sentiasa terpelihara.

abezek at 03:34

Share

27 comments:

Unknown 21 October 2017 at 03:18


maafkan saya ni bukan ke bab 1?sedangkan yg kluar bab 2
kalau saya salah btol kan.
Reply

Replies

Unknown 22 October 2017 at 07:03


Cuba baca tajuk tu betul2 sebab bab 1 &2 ada masuk (selepas perang dunia kedua bab 2
kan? ( nasionalisme bab 1

Reply

Unknown 22 October 2017 at 09:23


abe boleh sendkan tak bende ni dekat emel saya ? keprihatinan anda amat dihargai 😭💕
nazatulatiykah@gmail.com
Reply

Replies

Unknown 8 February 2020 at 20:02


Buat lah sendiri

Reply

Dj Daddy Mj 23 October 2017 at 06:56


Abe...hahaha...copy paste jelah kalau nak print...

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 16/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

Reply

The amazing world 1 February 2019 at 05:48


Thank you. Because its really helpful for me. Im form 3 this year 2019.but can i know
-3 Jenis imperialisme yang berlaku pada abad 20
-langkah langkah utk mengatasi masalah imperialisme pada abad 20
I really need help
Reply

Unknown 23 February 2019 at 23:52


it's really helpingg ! thnkyouuu ♡
Reply

Unknown 23 February 2019 at 23:53


it's really helpingg ! thnkyouuu ♡
Reply

Unknown 23 February 2019 at 23:53


it's really helpingg ! thnkyouuu ♡
Reply

>Emilia 2 July 2019 at 06:48


Totally full info plus simple n easy to remember n undrstnd
Reply

Unknown 12 July 2019 at 00:17


sumber dari mane nih?
Please jwb.
Reply

Replies

Unknown 24 March 2020 at 03:13


Sumber dari kawan la

Reply

Unknown 10 January 2020 at 06:24

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 17/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

tenkiu sangat2 anda telah memudahkan kerja saya....semoga tuhan membalas kebaikan kamu
.....^_^
Reply

Unknown 30 January 2020 at 20:02


Adakah kuasa barat masih memperluaskan pengaruh di negara lain pada masa kini?
Reply

Replies

Unknown 30 January 2020 at 20:03


Please reply

Unknown 29 February 2020 at 16:39


Amat membantu.. Thanks

Reply

Unknown 9 March 2020 at 02:33


Sangat ringkas tetapi mempunyai semua isi isi penting.thaks
Reply

Unknown 7 April 2020 at 22:30


Bagaimanakah kita dapat menghalang kuasa asing di negara kita ? (8m)
Reply

Unknown 8 April 2020 at 02:35


hihihihihhihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihihi
hihihihihihihihihihihihihihihihihi
Reply

Replies

Unknown 17 April 2020 at 00:21


I love ❤

Reply

Unknown 11 April 2020 at 19:57

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 18/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

penjajahan barat telah mengubah sistem politik di negara negara asia tenggara. beri penjelasan anda
.HAHAHHA
Reply

Unknown 11 April 2020 at 19:57


penjajahan barat telah mengubah sistem politik di negara negara asia tenggara. beri penjelasan anda
.HAHAHHA
Reply

Unknown 17 April 2020 at 00:19


Hi my friends,do you remember n understand?❤
Thank you for reply ❤
Reply

Replies

Unknown 17 April 2020 at 00:20


Yes, my friends ❤

Reply

Unknown 18 May 2020 at 00:31


Ada tak , soalan mcm ni
(cara nak menghadapi kemaraan imperialisme benruk baru pada masa hadapan?)
Reply

Unknown 24 June 2020 at 05:54


Mengapakah kuasa barat menjajah Asia tenggara??
Reply

Anti-corona™×××××× 21 August 2020 at 00:32


help full

hacked
your
system

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 19/20
10/10/2020 CIKGU ZAKARIA SEJARAH: MODEL JAWAPAN SEJARAH 3 SPM 2017

in
x
hours
Reply

Enter your comment...

Comment as: cahaya chinta ( Sign out

Publish Preview Notify me

‹ Home ›
View web version

ABOUT ME
abezek
View my complete profile

Powered by Blogger.

cgzakariasej.blogspot.com/2017/10/model-jawapan-sejarah-3-spm-2017.html?m=1 20/20

Anda mungkin juga menyukai