Anda di halaman 1dari 21

Campurtangan Imperial Barat di Asia Tenggara

Pendahuluan

§  Abad ke – 19 merupakan zaman  Imperialisme Barat. Revolusi Perindustrian yang


bermula di Britain telah  memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan
di Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran.
§  Faktor ekonomi  memang penting dalam mempengaruhi kuasa-kuasa barat
campur tangan di Asia Tenggara tetapi faktor-faktor lain juga penting.

Isi-isi Penting:

Faktor Ekonomi

§  Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke 19 telah menyebabkan kepesatan


sektor perkilangan. Ini menyebabkan peningkatan permintaan kepada bahan
mentah. Produk dan hasil perkilangan telah menyebabkan pasaran yang lebih
besar diperlukan bagi memasarkan barangan tersebut.
§  Asia Tenggara dijadikan sebagai pembekal sumber bahan mentah kepada
keperluan ekonomi Eropah dan tempat pasaran kepada hasil-hasil perkilangan
mereka. Asia Tenggara mampu  memberikan kekayaan kepada mereka kerena
kawasan ini kaya dengan bahan-bahan mentah seperti bijih timah, getah asli,
kayu jati, rempah ratus, teh, gula dan sebagainya. Sebagai contoh: British
berminat dengan Myanmar kerana perdagangan kayu jatinya.
§  Vietnam dijadikan sebagai pasaran barangan Perancis serta mendapatkan bahan-
bahan mentah dari Timur  untuk kegunaan industrinya di Perancis. Di Filipina,
kemajuan dalam perusahaan mengilang tebu serta terciptanya mesin memproses
tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini
telah secara tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina
untuk mendapatkan tebu.
Faktor Politik

§  Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih


tinggi dan baik berbanding dengan bangsa lain. Keunggulan martabat ini
dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka. Semakin
banyak tanah-tanah jajahan, semakin tinggi martabat mereka di kalangan kuasa-
kuasa lain. Keadaan ini telah menyebabkan Barat ingin membentuk empayar
yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia.
§  Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan
untuk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat besar seperti
Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. Dasar British
yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa
asing lain terlebih dahulu menguasai Tanah melayu tersebut. Kebimbangan kuasa
Perancis di Myanmar telah juga mendorong British menjalankan dasar
imperialisme secara agresif ke  atas  Myanmar.

Faktor Kebudayaan dan Peradaban

§  Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih


tinggi berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah yang disebut oleh orang British
sebagai “white man’s burden”.
§  Campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan
penduduk pribumi di Asia Tenggara.

Perkembangan Sistem pengangkutan dan perhubungan

§  Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan menambahkan lagi minat


kuasa-kuasa Barat terhadap dasar imperialisme di Asia Tenggara. Perkembangan
sistem perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa wap – perjalanan
laut menjadi lebih cepat, selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos
pengangkutan jadi lebih rendah. Pembukaan Terusan Suez 1869 telah
meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap Asia  Tenggara. Terusan ini
memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat dijimatkan.
§  Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan  pedagang Eropah dan ejen-
ejennya di kawasan Asia Tenggara.

Faktor-faktor perluasan kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan
§  Perluasan kuasa merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara
menerusi perolehan tanah jajahan bagi menguasai politik dan ekonomi ke atas
negara lain.
§  Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan
kuasa melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap
politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa
dan masyarakat yang lain.

Isi-isi Penting:

Faktor ekonomi
§  Keperluan untuk memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus dan teh
telah mendorong Belanda menjalankan dasar peluasan tanah jajahan di Timur.
Perkembangan Revolusi Industri di Eropah pada tahun 1800 terutama di Belanda
menyebabkan keperluan terhadap bahan mentah yang banyak, murah, dan
berterusan bagi keperluan kilang mereka di Eropah.
§  Perkembangan industri juga mewujudkan persaingan antara negara-negara
Eropah yang lain.
Faktor perkembangan teknologi perindustrian

§  Bijih Timah. Merupakan eksport utama Indonesia terutama di Pulau Bangka,


Pulau Belitung, dan Palembang. Permintaan tinggi terhadap bijih timah di Eropah
didorong oleh perkembangan industri mengetin. Disebabkan pengeluaran bijih
timah di Eropah yang tidak dapat memenuhi permintaan, keadaan ini telah
memaksa mereka beralih ke Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah.

§  Petroleum. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera, dan kapal terbang


yang memerlukan petroleum sebagai bahan api telah menyebabkan permintaan
terhadap petroleum melambung tinggi. Indonesia menjadi pilihan Belanda
kerana,  Kaya dengan pelbagai jenis galian seperti bijih timah, bijih besi, emas,
dan petroleum, Iklim yang sesuai dan tanah yang subur sesuai untuk pelbagai
tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit, padi, dan tebu danKaya dengan
pelbagai hasil hutan seperti rotan, kayu jati, dan damar.

Faktor Politik

§  Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menjamin


keselamatan nasional dan kekuatan ketenteraan bagi melindungi kepentingan
tanah jajahan mereka.
§  Belanda memperluaskan kuasanya di Indonesia kerana bimbang pengaruh British
di Tanah Melayu akan mengancam kepentingannya.

Kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan

§  Telah meningkatkan minat kuasa Barat untuk menjalankan dasar peluasan kuasa
ke atas negeri lain.
§  Kemajuan dalm perhubungan laut berlaku setelah terciptanya kapal berkuasa
wap. Penciptaan sistem pengangkutan ini telah mendorong dan mempercepatkan
dasar peluasan kuasa Barat di Asia Tenggara.

Cara Peluasan Kuasa Belanda di Indonesia

Peluasan kuasa semasa Marshal Daendals di Pulau Jawa (1808-1811)

§  Marshal Daendals ditugaskan untuk menyusun semula pentadbiran Belanda di


Pulau Jawa, mengadakan pembaharuan serta mengukuhkan. Dasar pentadbiran:
Pentadbiran Belanda berpusat di Betawi, Pulau Jawa dibahagikan kepada 5
bahagian dan 38 buah daerah dan Pembesar tempatan dilantik sebagai wakil raja
yang dibayar gaji sebagai pegawai Belanda dan berpangkat tentera.
§  Dasar ketenteraan. Pertahanan di Pulau Jawa diperkukuhkan melalui penubuhan
angkatan tentera laut di Selat Sunda, Timur Surabaya, dan Pulau Madura.
Jalanraya diperbaik dan dibina bagi memudahkan operasi ketenteraan. Kilang
senjata dan peluru juga dibina di Surabaya dan Semarang.
§  Campur tangan  dalam hal ehwal politik tempatan: Belanda menyerang dan
memusnahkan kota Bantam kerana keenggganan sultan Bantam menghantar
buruh ke Betawi, Sultan Bantam dibuang ke Pulau Ambon manakala menterinya
dibunuh dan Tindakan Sultan Amangkubuwono II, iaitu Sultan Jogjakarta yang
bersekutu dengan British bagi memperkukuhkan tenteranya turtu menimbulkan
kebimbangan Belanda.

Peluasan Kuasa Belanda semasa De Bus de Gisignes (1825-1830)

§  Perang Jawa (1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puas hati Diponegoro.
Putera kerajaan Jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capellan
di Pulau Jawa.
§  Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banjumas,
Bangelan, Madiun dan Kendiri yang sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta.

Melalui Campur Tangan dalam Hal Ehwal Tempatan dan Perjanjian

§  Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di Banjarmasin dan timur


Pulau Kutai menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dan Sultan
Banjarmasin antara tahun 1859-1863. Pemerintahan Bugis di Sulawesi juga
sering berlaku huru-hara akibat perang menentang Boni pada tahun 1858 dan
1859 yang membawa kepada campur tangan Belanda.
§  Pada tahun 1858, pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan Assahan telah
membuat perjanjian dengan Belanda.

Melalui Penaklukan

§  Pada tahun 1856, Belanda menakluk jajahan Lampung, jajahan Batak (1857),
dan Bangkahulu (1868). Belanda menguasai Acheh melalui serangan yang
dilancarkan pada tahun 1873-1899. Belanda berjaya menamatkan tentangan 
daripada pembesar tempatan dan menguasai Acheh sepenuhnya.
§  Pada tahun 1894, Belanda menguasai Lombok.

Faktor-faktor perluasan kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19

Pendahuluan
§  British meluaskan kuasanya terhadap Myanmar peringkat demi peringkat bermula
dengan perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826), Perang-Inggeris-Myanmar II
(1852-1853) dan Perang Inggeris-Myanmar III (1885).
Isi-isi penting

Faktor-faktor Peluasan kuasa asing

Masalah sempadan Arakan

§  Raja Bodawpaya menakluki Arakan pada tahun 1784, menyebabkan Myanmar


mempunyai sempadan yang sama dengan British di wilayah Chittagong
§  Pada 1811, masalah sempadan Arakan menjadi rumit apabila seorang pemimpin
pemberontakan Arakan iaitu Chin Byan menyerang Arakan dari pangkalannya di
Chittagong dan menawan Mrohaung

Ancaman Perancis

§  Sewaktu British berperang dengan Perancis di India pada tahun 1782, Perancis
telah mengambil kesempatan menghantar wakilnya, Laksamana de Suffren dan
Charles Castleneau de Bussy ke India Selatan bertujuan untuk menegakkan
semula kekuasaannya di India
§  Usaha British ini sangat membimbangkan British. Perancis merancang
mempergunakan Myanmar sebagai tapak untuk menyerang British di India
memandangkan kedudukan Myanmar berhampiran dengan India

Penentangan kebudayaan
§  Hubungan antara British dengan Myanmar menjadi renggang kerana perbezaan
kebudayaan
§  Rakyat Myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya menjalin
hubungan diplomatik dengan Raja England

Cara perluasan
Perang Inggeris-Myanmar I

§  Dasar perluasan kuasa Myanmar di bawah Raja Bodawpaya


§  Masalah pelarian Arakan di Chittagong
§  Kepentingan perdagangan British di Myanmar
§  Dasar perluasan kuasa raja Bagyidaw dan Jeneral Maha Bandula
§  Perang Inggeris-Myanmar  meletus pada tahun 1824 dan tamatkan dengan
perjamjian Yandabo. Myanmar kehilangan Arakan dan Tanasserim

Perang Inggeris-Myanmar II

§  Putusnya hubungan diplomatik antara Myanmar dengan British.


§  Raja Tharrawaddy enggan mengiktiraf syarat-syarat Perjanjian Yandabo
§  Tuduhan keatas Kapten Sheppard dan Lewis melakukan pembunuhan dan
penipuan
§  Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan British di Myanmar
§  Gabenor Pegu, Maung menganiayai rakyat di Rangoon

Perang Inggeris-Myanmar III

§  Dasar luar raja Mindon Min yang berhubung dengan Perancis dan Itali. British
bimbang perdagangan mereka tergugat.
§  Masalah hubungan diplomatik. Raja Mindon Min berasa terhina kerana tidak boleh
berhubung terus dengan London. Beliau hanya boleh mengadakan hubungan
diplomatik dengan wizurai India sahaja
§  Kerajaan British menggalakkan imperialisme ke atas Myanmar.
§  Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan dan sumber Kayu jati selain
mencari jalan ke Bhamo untuk perdagangan China mendorong perluasan kuasa
British. Istana Myanmar bersikap konservatif dan sangat berpengang kepada adat
tradisi menanggalkan kasut apabila menghadap raja. British tidak senang dengan
adat tersebut
§  Mynmar mengalami perubahan politik, sosial, dan ekonomi akibat perluasan
kuasa British.

Peristiwa-Peristiwa (faktor-faktor) Yang Telah Mencetuskan Perang Ing-


Myanmar I Pada 1824-1826
Pengenalan 

§   Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam
sejarah moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan peperangan yang pertama
dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi
negeri Myanmar. Kekalahan Myanmar dalam peperangan itu memberi satu
pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa
dirinya lebih kuat dari negeri lain.
§   Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai
kelebihan dalam peperangan moden. Selain itu, negeri Myanmar terpaksa
menamatkan dasar “tutup pintu” (isolasi) yang telah dijalankan begitu lama.
Terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah  mencetuskan peperangan antara
dua negara ini.

Isi-isi Penting:

1.      Dasar meluaskan wilayah

§  Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu


mendirikan Dinasti Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti
baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar. 
Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah
mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja
Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah,
berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas.  Raja Arakan bernama
Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu
dibawa ke Myanmar.  Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan
serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan
Chiengmai dan itu pun dapat diusir oleh Siam.
§  Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan
Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita
hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam.

2.         Masalah orang pelarian Arakan

§  Pada tahun 1874, Raja Bodawpaya bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa
dengan cara menyerang dan menakluki Arakan yang bersempadan dengan
wilayah Chittagong yang berada di bawah penguasaan British di India. Ini
menyebabkan sempadan Arakan-Chittagong menjadi tidak stabil kerana orang-
orang pelarian Arakan telah bertindak memasuki wilayah Chittagong dan
menjadikannya pusat pergerakan tentera mereka untuk menentang
pemerintahan Raja Bodawpaya.
§  Pelarian Arakan bertindak melancarkan pemberontakan tetapi berjaya dihapuskan
oleh Bodawpaya. Akibatnya pelarian Arakan melarikan diri ke Chittagong

3.            Pemberontakan oleh Chin Byan

§  Pelarian Arakan di bawah pimpinan Ngo Than Deed an Chin Byan telah melakukan
pemberontakan di Arakan dan Tanesserim pada tahun 1794 dan 1811 bagi
menentang pemerintahan Bodawpaya yang zalim.
§  Tindakan Chin Byan mendirikan sebuah pangkalan tentera di Chittagong telah
dibantah oleh Raja Bodawpaya dan menuduh British memberi bantuan kepada
Chin Byan untuk menyerang Myanmar. Usaha British untuk meyakinkan Myanmar
bahawa British tidak memberi bantuan telah gagal

4.         Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik

§  Antara tahun 1795-1811 pihak British telah menghantar beberapa utusan ke


Myanmar seperti Michael Symes dan John Canning untuk menyelesaikan masalah
sempadan Arakan, Chittagong, perluasan kuasa Perancis dan perdagangan.
Kesemua utusan ini gagal disebabkan oleh keangkuhan tentera Myanmar dan
syak wasangka kedua-dua pihak.
§  Residen-Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Sir Hiram Cox dan John
Canning terpaksa pulang ke India akibat layanan buruk yang diberikan istana
Myanmar. Myanmar juga enggan menjalinkan hubungan langsung dengan
Gabenor Jeneral British di India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja
Myanmar. Akibatnya hubungan diplomatic antara Myanmar dan British terputus

5.         Campur tangan Myanmar di Assam

§  Pada tahun 1819 Raja Bagyidaw iaitu cucu Bodawpaya  telah menaiki takhta.
Baginda bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas negara India
akibat pengaruh Jeneralnya iaitu Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1820, beliau
menyerang wilayah Assam manakala pada 1821 telah menyerang Chachar. Raja
Manipur telah melarikan diri dan mendapat perlindungan di wiayah Chachar. Raja
Chachar meminta bantuan daripada British. British telah bertindak
mengisytiharkan Cahchar sebagai wilayah naungannya. Ini menimbulkan
kemarahan Raja Bagyidaw dan beliau telah menyerang dan menakluki Pulau
Shapuri pada tahun 1823. Pada tahun 1824 Raja Bagyidaw telah menyerang dan
menakluki Chachar dan bersedia menyerang Chittagong
§  Gabenaor Jeneral British di India iaitu Lord Amherst bertindak mengisytiharkan
perang ke atas Myanmar pada 5 Mac 1824. Perang tamat pada 27 Feb 1826
dengan termetrainya Perjanjian  Yandabo antara kedua pihak

Sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di


Indonesia pada abad ke-19.

§  Kedatangan Belanda sebagai kuasa asing yang menjajah negara Indonesia


mendapat tentangan daripada masyarakat di negara tersebut am nya masyarakat
Jawa.
§  Penentangan ini didorong oleh beberapa sebab seterusnya menanamkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

Isi-isi penting:

1)      Ekonomi

§  Penindasan ekonomi oleh penjajah menyebabkan masyarakat Jawa di Indonesia


tidak berpuas hati terhadap Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh
Belanda. Belanda juga mengenakan pelbagai jenis cukai yang mesti dibayar
oleh masyarakat terutama yang menjalankan kegiatan ekonomi; seperti cukai
tanah pertanian. Belanda telah menyerahkan kuasa mengutip cukai kepada
orang Cina tempatan. Penduduk tempatan marah disebabkan tindakan orang cina
yang mengenakan cukai yang lebih tinggi berbanding cukai yang dikenakan oleh
Belanda. Cukai sempadan pula akan dikenakan ke atas penduduk apabila ingin
membawa hasil pertanian mereka ke ladang melalui kawasan pedalaman.
§  Kadar faedah yang tinggi juga dikenakan ke atas peminjam wang. Penindasan
ekonomi yang dilakukan oleh Belanda ini menyebabkan penduduk Indonesia
mengalami kesusahan dan kesempitan hidup. Pembatalan kontrak sewa tanah
yang diperkenalkan  oleh Gabenor Van der Capellan telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan pembesar dan petani Jawa terutamanya di daerah
Jogjakarta dan Surakata. Pembatalan kontrak juga telah membebankan
penduduk sehingga membawa kepada Perang Jawa.

2)      Politik

§  Campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal politik tempatan khususnya
pemerintahan dan pentadbiran telah membawa kepada berlakunya penentangan
terhadap mereka. Penjajahan Belanda di kepulauan Indonesia telah mengubah
sistem pentadbiran tradisional masyarakat di sana.
§  Gabenor Jeneral Belanda merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam
pentadbiran. Beliau dibantu oleh empat orang konsul yang ditugaskan untuk
menasihati dan menjadi bahan perundangan kerajaan.

3)      Sosial dan Budaya

§  Penentangan penduduk tempatan terhadap Belanda berlaku akibat pencabulan


agama dan budaya setempat. Perjuangan menjadi semakin hebat ekoran
keinginan untuk menegakkan agama Islam terutama setelah kedatangan
agama Kristian dan Budha di Indonesia.
§  Beberapa buah persatuan ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Islam
seperti Sarekat Islam. Perjuangan mereka berdasarkan prinsip reformasi Islam.
Tindakan Belanda membina jalan raya merentasi tanah perkuburan diraja.
Tanah perkuburan tersebut menempatkan kubur ibu bapa Diponegoro. Tindakan
Belanda dianggap melampaui batas.
Sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Myanmar
pada abad ke-19.

Pendahuluan
§  Penentangan terhadap British di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk
tempatan terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing.
§  Hubungan yang buruk antara Raja Myanmar dengan British telah memperluaskan
penentangan dalam kalangan penduduk tempatan.

Isi-isi penting

Faktor-faktor penentangan:
a)       Dari segi ekonomi

§  Penduduk tidak bersetuju dengan kuasa barat yang lebih membantu pihak
pemberi pinjaman wang dan tuan tanah tetapi tidak memberi peluang kepada
petani untuk menyelesaikan hutang mereka. Ini menyebabkan golongan ceti
menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti
untuk mengusahakan tanah.
§  Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan
mereka menjadi penyewa atau buruh. Mereka juga dibebani dengan pelbagai
jenis cukai hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang. Ini menyebabkan
petani menentang British untuk mendapatkan semula hak mereka.

b)       Dari segi politik

§   Penjajahan British menyebabkan perubahan kepada sistem pentadbiran


tempatan terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya telah
dihapuskan. Pembaharuan oleh British bermula dengan sistem kerajaan tempatan
melalui Akta Perkampungan Burma 1889.
§  British juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan dasar
kolonialisme berkembang di Myanmar.

c)       Dari segi sosial dan budaya

§  Keengganan pegawai British menghormati agama Buddha dan budaya


masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut semasa memasuki rumah
pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat Myanmar.
Keangkuhan British yang tidak menghormati budaya tempatan telah
memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.
§  Sistem pendidikan barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan buru
tradisional yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah
Inggeris telah melahirkan intelek yang berpendidikan Inggeris menyebabkan
jumlah dan bilangan murid sekolah Buddha semakin merosot.

Peranan Diponegoro terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa


asing di Indonesia pada abad ke-19

§  Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di


Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya
ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo diketepikan daripada takhta kerajaan
Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814. Raffles
melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran
Hemengkubuwono IV.
§  Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas
kemangkatan Djarot. Raffles tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat
pada tahun 1822. Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun
sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya
dilantik sebagai penasihat. Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa
untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.
Isi-isi penting :

a)       Pembela nasib penduduk tempatan.

§  Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan daripada


penindasan Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak berpuas hati dengan
tindakan Van der Capellan yang membatalkan kontrak penyewaan tanah pada
tahun 1823. Pembesar tempatan dan golongan bangsawan berasa tertekan
kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan dan wang pendahuluan
kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak tersebut.
§  Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar tempatan dan tuan
tanah memaksa petani bekerja lebih kuat. Semasa kontrak penyewaan tanah
masih berlangsung, petani telah ditindas oleh golongan pengusaha dan penyewa
tanah. Penduduk tempatan hidup sengsara apabila pemungut cukai mengenakan
kadar tol sesuka hati. Orang Cina memberi pinjaman wang kepada orang Jawa
dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka menjadi orang tengah dalam
perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam
dengan harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan harga
yang tinggi di kawasan Bandar.

b)      Mempertahankan kesucian agama islam.

§  Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang
Diponegoro dianggap melanggar nilai masyarakat tempatan. Diponegoro
mengisytiharkan perang jihad untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa.
§  Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro ialah Ratu Adil atau Wali
Allah yang dapat membebaskan mereka daripada cengkaman orang kafir.
Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai ketua islam. Tindakan ini
menunjukkan Belanda tidak menghormati agama islam. Diponegoro dan
masyarakat jawa menganggap usaha Belanda ini mencabuli adat resam tempatan
serta tatasusila dan nilai-nilai islam.

c)       Pembela maruah negara dan bangsa.

§  Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman
dan penindasan Belanda di Pulau Jawa. Diponegoro berjuang menegakkan
maruah negara dan bangsa. Beliau dan pengikutnya menentang Belanda yang
meluaskan kuasanya ke Pulau Jawa.

d)      Pembatalan Kontrak Sewa Tanah.

§  Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa
pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah
mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah
milik mereka di Pulau Jawa.
§  Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini
menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat sistem ini
sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas
arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan.
Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan
semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka
dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan
tersebut kerana telah habis dibelanjakan.
§  Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa
membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu
rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa
mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan
tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar
baharu Belanda ini.

e)       Putera Pembebas.

§  Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh
masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah
untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah
airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa
yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian.
§  Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang bermaksud
‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan
dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan
penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan
perang jihad ke atas Belanda

f)        Pembinaan jalan merentasi makam diraja.

§  Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari
Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja
Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa
terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap
keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.
§  Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan
tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk
pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta
yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.
g)       Pemimpin Perang Jawa.

§  Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para
bupati. Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka
Bumi. Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Pada mulanya,
Diponegoro berjaya dalam pertempuran berhampiran Lengkong dan Delanggu.
Beliau diangkat menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Abdul Hamid Cokro Amirul
Mukminin Sayyidin Panotogomo Khalifatullah Tanah Jowo”.
§  Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan
diserang penyakit. Sentot dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada
Belanda. Keadaan tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan akhirnya
beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Namun, Belanda enggan mengiktiraf
Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu Adil.

Peranan Raja Thibaw terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa


asing di Myanmar pada abad ke-19

§  Raja Thibaw lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19 Disember


1916 di India dan merupakan pemerintah terakhir Myanmar. Pemerintahan
berakhir dgn pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Baginda menaiki takhta
pada 1878. British campur tangan apabila terdapat kekacauan yang berlaku di
Myanmar.
§  Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe.  Beliau dipilih sebagai raja
oleh Permaisuri Utama dengan persetujuan Kinwun Mingyi. Ditabalkan pada
tahun 1878. Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam sejarah
Burma (Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir apabila Burma dikalahkan oleh
tentera British dalam Perang British-Burma 3 pada 29 November 1885.

Isi-isi Penting:
a)       Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan dan
menindas berbanding pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur
dengan istana, rakyat dan kuasa asing. Keadaan ini menyebabkan kekacauan
dalam negara yang British campur tangan di Myanmar. Sikap Raja Thibaw
menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak
kerajaan British di India supaya menguasai Burma Hulu. Selain itu,
perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber
pendapatan semasa zaman beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut,
beliau meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.

b)      Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis


sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau
memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan
Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan
menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang
ditandatangani pada 1 Januari 1885. Sebenarnya beliau ingin membeli senjata
dari Perancis.

c)       Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British


dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan
seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan
pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan
Perancis. Beliau berniat sungguh untuk menyekat British dan keadaan ini
menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin renggang.

d)      Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan
terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Burma yang mengusahakan
perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu. Raja Thibaw mengemukakan
beberapa perkara berikut terhadap syarikat tersebut: iaitu mengeluarkan kayu
jati melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan, memberi rasuah kepada
pegawai kerajaan, tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja
Burma seperti yang dijanjikan. Keadaan ini menyebabkan Raja Thibaw bangkit
menentang British di Myanmar.

e)       Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee dan menyebabkan


British tidak puas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar
seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw. British segera meminta
rundingan namun ditolak oleh Raja Thibaw kerana yakin Perancis akan
menyokong dan membantu Burma. Namun pada bulan September, Freycinet
(menggantikan Jules Ferry )telah mengubah dasar Ferry dengan serta-merta.
Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.

f)        British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak
adil lalu bersiap untuk bertindak secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma
di Perancis dan Duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding
tetapi British enggan. British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke
Burma dan memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi
menyelesaikan masalah dan pada masa hadapan dasar luar Burma akan
ditentukan oleh kerajaan British.  Beliau diberi tempoh sehingga 10 november
1885 untuk memberi jawapan.  British tidak puas hati lalu mengisytiharkan
perang ke atas Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya
menakluki Burma Hulu pada 1 januari 1886. Keadaan seperti inilah yang
menyebabkan Raja Thibaw menentang British. Dalam perang itu, Raja Thibaw
telah mengalami kekalahan.

Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan meninggal dunia
di sana. Berakhir Dinasti Konbaung yang memerintah Burma selama 130 tahun.
Myanmar manjadi tanah jajahan Britih sehingga tahun 1948 . British menyatukan
Burma Hilir dan Hulu dan meletakkannya di bawah pentadbiran British di India.

Anda mungkin juga menyukai