Anda di halaman 1dari 19

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita

Kestabilan dan kemakmuran negara kita mendorong kuasa-kuasa barat untuk menguasai kekayaan
tersebut
Pada peringkat awal terdapat lima kuasa Barat bersaing untuk menguasai perdagangan rempah di
Alam Melayu
Garis masa persaingan kuasa-kuasa Barat dapat dilihat melalui 2 garis masa ini

Faktor Kedatangan Kuasa Barat abad ke-16

1. Mendapat barangan mewah
- Kuasa-kuasa Barat ingin mendapat barang mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar
- Juga rempah ratus, minyak wangi, emas, perak, gading batu permata dan hasil hutan

2. Perlu Pusat Pengumpulan

- Syarikat Perdagangan perlukan pusat pengumpulan barang mentah tempatan yang diperlukan
China seperti emas, perak, bijih timah dan rempah ratus
- Pusat pengumpulan itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan China-India

3. Pelabuhan Persinggahan
- Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara
sementara menunggu peralihan angin monsun dan mendapatkan bekalan air, makanan dan
membaiki kapal sebelum ke Canton

4. Agama
- Ingin menyebarkan agama Kristian di Timur
- Sepanyol dan Portugal ialah dua buah Negara Katolik yang menekankan usaha penyebaran
agama Kristian di seberang laut.
- Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, kemasyhuran dan keagamaan
Faktor Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-17 & 18

Revolusi Perindustrian

• Revolusi perindustrian bermula di Britian pada abad ke-17

• Jerman dan Perancis turut menjadi negara perindustrian

• Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan tanah jajahan untuk dapat bahan mentah bagi
keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan

• Perlu pasaran luas kerana kilang keluarkan hasil yang banyak

Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-19 & 20

1. Perkembangan industri kereta

● Perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah asli meningkat

untuk cipta tayar.
● Getah diperlukan juga untuk perusahaan penebat barangan elektrik.

2. Kesuburan Tanah dan kekayaan hasil bumi

● Negara kita mempunyai tanah yang subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman getah,
tebu, padi dan tembakau.
● Juga kaya dengan hasil bumi bijih timah, emas, bijih besi, petroleum dan arang batu

3. Industri mengetin Makanan

● Bijih timah diperlukan untuk industri mengetin makanan, minuman, membuat bumbung
rumah dan tong minyak.
● Kesannya permintaan dan harga bijih timah turut meningkat.
4. Pembukaan Terusan Suez

● Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Pelabuhan Said di Laut

Mediterranean dengan Suez di Laut Merah mempercepatkan urusan perdagangan.
● Perdagangan di antara Alam Melayu dengan Eropah semakin bertambah

5. Ciptaan Kapal Wap

● Ciptaan kapal wap membolehkan dapat membawa muatan lebih banyak, menjimatkan kos,
percepat perjalanan dan penghantaran mudah serta murah.

6. Persaingan Kuasa Barat

● Wujud persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britian, Jerman, Perancis, Sepanyol dan
Amerika Syarikat untuk mendapatkan tanah jajahan.
● Mereka sanggup berperang kerana semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
yang diperolehi.

7. Ciptaan Telegraf

● Ciptaan telegraf membolehkan ahli perniagaan Eropah menghubungi ejen atau wakil
mereka di Tanah Melayu dengan cepat.

8. Slogan "Beban Orang Putih"

● Slogan "Beban Orang Putih" digunakan untuk sebar pengaruh dan tamadun mereka dan
mewajarkan tindakan mereka.
● Slogan Beban orang Putih bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka membantu
dan memberi kesejahteraan kepada wilayah yang ditakluki.
● Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun kepada penduduk dunia bukan
Barat yang dianggap mundur.
LATIHAN – BAHAGIAN A
BAHAGIAN B
5.
BAHAGIAN C - ESEI
1.3 Persaingan Antara Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah
Jajahan
▪ Kuasa Barat berlumba-lumba memiliki tanah jajahan untuk kepentingan ekonomi.

▪ Sepanyol, Britian, Perancis dan Rusia mempunyai empayar.

▪ Amerika Syarikat, Jerman, Itali & Belgium menyertai perlumbaan mendapatkan tanah jajahan.

▪ Persaingan ini menimbulkan kebimbangan British kerana negeri-negeri Melayu, Sarawak dan
Sabah kaya dengan bahan mentah dan merupakan kawasan pasaran yang penting.

▪ Rancangan perluasan kuasa Barat

Kuasa Barat Wilayah Di Alam Melayu

Perancis Segenting Kra
Rusia Ujung Salang
Jerman Pulau Langkawi
Amerika Syarikat Terengganu
Belanda Kepulauan Hindia Timur
British Negeri-Negeri Melayu, Sarawak dan Sabah

LATIHAN – BAHAGIAN A
BAHAGIAN B

1. Pada abad ke-19, kuasa Barat mula bersaing untuk membina empayar masing-masing. Hal ini
membimbangkan British yang mempunyai kepentingan di negeri-negeri Melayu, Sarawak dan
Sabah.

Jelaskan dua sebab wilayah tersebut penting kepada British

i. ………………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………………….

2. Kemaraaan Kuasa Barat lain ke negeri-negei Melayu, Sarawak dan Sabah bagi mendapatkan
tanah jajahan membimbangkan British. Namakan kuasa Barat yang dimaksudkan serta huraiannya
dalam jadual di bawah
Kuasa Barat Tindakan/Rancangan/Hasrat
(a) Perancis

(b) Berhasrat membuka petemptan di Ujung Salang

(c) Berusaha mendapatkan Pulau Langkawi

(d) Amerika Syarikat

1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita
● Kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Contohnya:-
✔ Portugis guna strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka
✔ Belanda guna strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk
mendapatkan tanah jajahan
✔ British guna strategi bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat
● British mula mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan selepas Parti
Konservatif mengambil alih pentadbiran daripada Parti Liberal
● Dasar campur tangan ini dipengaruhi oleh desakan pedagang untuk melindungi kepentingan
pelaburan mereka dan kepentingan ekonomi British
● Gabenor Harry Ord ​telah digantikan oleh ​Andrew Clarke ​untuk memaksa pemerintah tempatan
menerima ​naungan dan campur tangan British

Strategi Belanda

1) Serangan Fizikal
i. Menyerang Pulau Pangkor (1650) dan Kuala Perak (1651) ​disebabkan monopoli bijih timah
oleh Belanda.
ii. Berperang dengan Selangor dan Rembau (1763) kerana bimbang penguasaan Selangor
terhadap Selat Melaka
iii. Berperang dengan Johor (1782) disebabkan perselisihan perdagangan
iv. Berperang dengan Johor dan Selangor (1784) kerana perebutan perairan Selat Melaka

2) Perjanjian
i. 1650 perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah
ii. 1786 perjanjian dengan Selangor, Sultan Ibrahim setuju jual bijih timah

3) Pakatan
i. 1641 berpakat dengan Johor mengalahkan Portugis di Melaka
ii. 1824 berpakat dengan British menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda
Strategi British

1) Serangan Fizikal
i. 1831 dan 1832 serang Dol Said yang enggan tunduk pada kekuasaan British.
ii. Membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak campur tangan dalam perang
saudara di Pahang dan masalah takhta Sultan Mahmud Lingga.

2) Perjanjian
i. Mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang
menerima naungan British.
ii. Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke sebagai raja

3) Ugutan / Desakan
i. Mengugut Sultan Selangor dan Pahang menerima Residen.
ii. James Brooke mendesak Sultan Brunei mengiktiraf sebagai raja

4) Tipu Helah

i. Mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah kepada Sultan Kedah

5) Pakatan
i. Berpakat dengan Belanda mendapatkan Melaka melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824

6) Pajakan
i. Melalui pajakan dan pemberian piagam, SBUB meluaskan pengaruh ke Sabah

7) Manipulasi
i. 1819 ​- mendapat Singapura peluang daripada perebutan takhta Johor
ii. 1871 ​– campur tangan di Perak, peluang daripada perebutan takhta
iii. 1874 ​– campur tangan di Selangor peluang daripada rompakan ke atas kapal dagang dan
serangan rumah api Tanjung Rachado
LATIHAN – BAHAGIAN A
BAHAGIAN B

1) Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa-kuasa Barat yang berusaha untuk menguasai negeri-
negeri Melayu

a) Nyatakan dua strategi Belanda untuk menguasai negeri-negeri

Melayu. i. ---------------------------------------------------------
ii. ---------------------------------------------------------

b) Mengapakah kuasa-kuasa Barat Berjaya menguasai negeri-negeri Melayu dengan mudah?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

c) Bagaimanakah usaha generasi mudah ari ini dalam mengekalkan kedaulatan tanah air kita
daripada diganggu gugat kuasa asing?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2…Rajah di bawaj menunjukkan kuasa-kuasa Barat yang meluaskan kuasa di Alam Melayu. Usaha

Perluasan kuasa ini semakin rancak pada abad ke-19 dan abad ke-20

(a) Nyatakan empat perkembangan yang membawa kepada situasi tersebut

i. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ii. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
iii. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
iv. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(b) Pada tahun 1874, kerajaan Britian telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar
campurtangan di negeri-negeri Melayu. Kemukakan tiga sebab yang membawa kepada
perkembangan tersebut

i. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ii. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iii. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(c) Apakah iktibar yang dapat anda pelajari daripada usaha perluasan kuasa-kuasa Barat di negara
kita?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai