Anda di halaman 1dari 3

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita

 Kestabilan dan kemakmuran negara kita mendorong kuasa-kuasa barat untuk menguasai kekayaan
tersebut
 Pada peringkat awal terdapat lima kuasa Barat bersaing untuk menguasai perdagangan rempah di
Alam Melayu
 Garis masa persaingan kuasa-kuasa Barat dapat dilihat melalui 2 garis masa ini

Faktor Kedatangan Kuasa Barat abad ke-16


1. Mendapat barangan mewah
- Kuasa-kuasa Barat ingin mendapat barang mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar
- Juga rempah ratus, minyak wangi, emas, perak, gading batu permata dan hasil hutan

2. Perlu Pusat Pengumpulan


- Syarikat Perdagangan perlukan pusat pengumpulan barang mentah tempatan yang diperlukan
China seperti emas, perak, bijih timah dan rempah ratus
- Pusat pengumpulan itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan China-India

3. Pelabuhan Persinggahan
- Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara
sementara menunggu peralihan angin monsun dan mendapatkan bekalan air, makanan dan
membaiki kapal sebelum ke Canton

4. Agama
- Ingin menyebarkan agama Kristian di Timur
- Sepanyol dan Portugal ialah dua buah Negara Katolik yang menekankan usaha penyebaran
agama Kristian di seberang laut.
- Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, kemasyhuran dan keagamaan

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
Faktor Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-17 & 18

Revolusi Perindustrian

• Revolusi perindustrian bermula di Britian pada abad ke-17

• Jerman dan Perancis turut menjadi negara perindustrian

• Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan tanah jajahan untuk dapat bahan mentah bagi
keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan

• Perlu pasaran luas kerana kilang keluarkan hasil yang banyak

Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-19 & 20

1. Perkembangan industri kereta

 Perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah asli meningkat


untuk cipta tayar.
 Getah diperlukan juga untuk perusahaan penebat barangan elektrik.

2. Kesuburan Tanah dan kekayaan hasil bumi

 Negara kita mempunyai tanah yang subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman getah, tebu,
padi dan tembakau.
 Juga kaya dengan hasil bumi bijih timah, emas, bijih besi, petroleum dan arang batu

3. Industri mengetin Makanan

 Bijih timah diperlukan untuk industri mengetin makanan, minuman, membuat bumbung
rumah dan tong minyak.
 Kesannya permintaan dan harga bijih timah turut meningkat.

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
4. Pembukaan Terusan Suez

 Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean


dengan Suez di Laut Merah mempercepatkan urusan perdagangan.
 Perdagangan di antara Alam Melayu dengan Eropah semakin bertambah

5. Ciptaan Kapal Wap

 Ciptaan kapal wap membolehkan dapat membawa muatan lebih banyak, menjimatkan kos,
percepat perjalanan dan penghantaran mudah serta murah.

6. Persaingan Kuasa Barat

 Wujud persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britian, Jerman, Perancis, Sepanyol dan
Amerika Syarikat untuk mendapatkan tanah jajahan.
 Mereka sanggup berperang kerana semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan
yang diperolehi.

7. Ciptaan Telegraf

 Ciptaan telegraf membolehkan ahli perniagaan Eropah menghubungi ejen atau wakil mereka
di Tanah Melayu dengan cepat.

8. Slogan "Beban Orang Putih"

 Slogan "Beban Orang Putih" digunakan untuk sebar pengaruh dan tamadun mereka dan
mewajarkan tindakan mereka.
 Slogan Beban orang Putih bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka membantu dan
memberi kesejahteraan kepada wilayah yang ditakluki.
 Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun kepada penduduk dunia bukan
Barat yang dianggap mundur.

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020

Anda mungkin juga menyukai