Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN SEJARAH

TINGKATAN 3
2021
SMK MATANG JAYA

Nama Penuh :
Nur Amina Fatima Binti Muhammad
Imanuddin

No. Kad Pengenalan:


060927130674

Kelas:
3 GEMILANG

Tema:
Kekayaan Hasil Bumi

Tajuk Tugasan:
Kepentingan Bijih Timah

1
A. PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah bertujuan menjelaskan faktor-faktor kedatangan kuasa-kuasa


Barat ke negara kita. Antaranya ialah kegiatan perlombongan bijh timah. Maka, kajian ini
akan menghuraikan kesan kegiatan perlombongan bijih timah semasa pentadbiran barat
di negara kita. Selain itu, kajian ini juga akan menilai kepentingan memanfaat kekayaan
hasil bumi negara kita.

B. OBJEKTIF KAJIAN :
Pada akhir tugasan ini, saya dapat:
1. Menjelaskan faktor-faktor kuasa kedatangan Barat ke negara kita.

2. Menghuraikan kesan kegiatan perlombongan bijih timah semasa pentabdiran


barat di negara kita.
3. Menilai kepentingan memanfaat kekayaan hasil bumi negara.

C. KAEDAH KAJIAN :

Saya telah menggunakan dua kaedah kajian dalam melaksanakan untuk


mendapatkan maklumat. Kaedah kajian adalah seperti berikut:
1. Buku ilmiah.
Saya mencari maklumat berkaitan dengan perlombongan bijih timah dalam Buku
Teks KSSM Sejarah Tingkatan 3. Saya mencatat isi-isi penting yang boleh saya
gunakan dalam menlaksanakan kajian ini.

2. Melayari Internet.
Saya mencari maklumat tambahan yang tiada dalam Buku Teks tentang
perlombongan bijih timah. Saya menggunakan enjin carian ‘Google’ berkaitan bijih
timah. Saya memilih maklumat yang tertentu dan relevan dengan kajian saya.

2
D. DAPATAN KAJIAN

1) PENGENALAN ; APAKAH ITU BIJI TIMAH?

Bijih timah adalah satu galian timah oksida, secara umumnya ia adalah legap,
tetapi ia adalah lut cahaya dalam kristal-kristal nipis. Kekilauannya dan antara muka
kristal yang banyak menghasilkan permata yang menarik. Kasiterit adalah bijih timah
yang utama pada masa kini. Dengan terjumpanya bijih timah dalam tahun 1848, maka
berubahlah aliran sejarah negeri itu. Long Jaafar (bapa kepada Ngah Ibrahim), wakil
Sultan di daerah itu telah membuka lombong bijih di Kelian Pauh dengan mengupah 20
orang Cina puak Chen Seng Hakka (dari daerah Kwantung). Ini disokong dengan
pernyataan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 (2018) iaitu seekor gajah milik Long
Jaafar telah terlepas ke dalam hutan. Kaki tersebut terlekat lumpur hitam bercampur bijih.
Maka, dengan penemuan itu, Long Jaafar telah membangunkan tempat tersebut iaitu
Larut, Perak dengan aktiviti perlombongan bijih timah.

2) FAKTOR-FAKTOR KUASA KEDATANGAN BARAT KE NEGARA KITA.


Terdapat pelbagai faktor kuasa kedatangan barat ke negara kita pada ke-17
hingga ke-20. Pertama, revolusi perindustrian. Dengan kepesatan pengeluaran barangan
kilang, kawasan pasaran lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut.
Kedua, perkembangan industri Kereta. Kemunculan perusahaan Kereta dan
ciptaan tayar menambahkan permintaan untuk getah asli.
Ketiga, kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi. Biji timah merupakan barangan
dagangan yang penting di negeri-negeri Melayu sejak Zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Para perdagangan dari seluruh alam Melayu datang ke pelabuhan Melaka untuk
mendapatkan biji timah. Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang juga kaya
dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas. Maka, kekayaan hasil bumi ini yang telah
mendorong kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda dan British datang ke negara
kita.

3
Keempat, industri mengetin. Pada abad ke-19, Amerika Syarikat memerlukan bijih
timah untuk mengetin makanan dan minuman, membuat bumbung rumah dan tong
minyak. Kesannya, harga bijih timah naik tinggi. Maka, permintaan untuk dari negeri-
negeri Melayu bertambah dengan pesat.
Kelima, pembukaan Terusan Suez. Perdagangan di antara Alam Melayu dan
benua Eropah semakin bertambah disebabkan urusan perdagangan menjadi cepat
dengan pembukaan Terusan Suez ini.
Keenam, Ciptaan Kapal Wap menggantikan kapal layar. Penghantaran barang
dagangan dari Alam Melayu menjadi semakin mudah dan murah.
Ketujuh, wujud persaingan kuasa barat. Persaingan kuasa-kuasa Barat seperti
Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat menyebabkan mereka
sanggup berperang mendapatkan tanah jajahan terutama tanah jajahan yang kaya
dengan hasil bumi seperti negara kita.
Kelapan, ciptaan telegraf. Penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran
dunia antarabangsa semakin penting.
Kesembilan, slogan “Beban Orang Putih”. Kuasa Barat juga berhasrat untuk
menyebarkan agama, pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut.

3. KESAN KEGIATAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH SEMASA PENTABDIRAN


BARAT DI NEGARA KITA
Kedatangan kuasa Barat menyebabkan berlakunya perubahan sistem
pentadbiran di negara kita. Semasa pemerintahan British, mereka telah menggunakan
pelbagai cara untuk memajukan sektor dan sektor perlombongan bijih timah. Kemajuan
dalam sektor perlombongan bijih timah telah mendatangkan pelbagai kesan sama ada
dari segi ekonomi, politik mahupun sosial.
Pertama, dari segi politik. Situasi politik yang tidak stabil di negeri-negeri yang
kaya dengan bijih timah telah memberi peluang kepada British untuk campur tangan
dalam menyelesaikan masalah pembesar tempatan. Dasar campur tangan British telah
membentuk Sistem Residen dan kemudiannya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Selepas perjanjian Pangkor 1874, British terus menguasai perlombongan bijih timah di
Tanah Melayu.
Kedua, perlombongan bijih timah yang semakin pesat telah meningkatkan
pendapatan dan kemajuan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan bijih
timah juga telah memperkenalkan beberapa teknologi baru seperti kapal korek yang
berkeupayaan tinggi dalam mengeluarkan bijih timah yang banyak. Ini sekali gus
telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu dalam
bidang pengurusan, perkeranian, pengangkutan, perkilangan dan sebagai buruh kasar di
lombong.

4
Ketiga, sistem ekonomi moden. British telah membawa masuk buruh dari luar iaitu
imigran Cina untuk menampung kepesatan kegiatan perlombongan di negara kita.
Apabila British membawa masuk kaum cina untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi
yang lebih komersial, ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih moden. Kemasukan imigran
Cina juga telah menyebabkan banyak lombong bijih timah terpaksa dibuka dan Tanah
Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Hal ini berlaku kerana kos buruh
dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.

Keempat, penempatan baru. Apabila banyak perusahaan bijih timah dibuka, maka
banyak penempatan atau bandar baru diwujudkan. Sistem pengangkutan dan
perhubungan telah dimajukan seerti pembinaan landasan keretapi untuk memudahkan
penghantarab hasil perlombongan bijih timah.

Kelima, kesan sosial. Kepesatan kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah


menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di negara kita.

4. KEPENTINGAN MEMANFAAT KEKAYAAN HASIL BUMI NEGARA

Sejarah telah mengajar kita betapa pentingnya menghargai dan mempertahankan


sumber kekayaan negara kita sendiri daripada dirampas dan dimanipulasi oleh pihak luar
yang tidak ada kepentingan dan tidak bertanggungjawab.

Khazanah kekayaan sumber alam merupakan hadiah dan anugerah Tuhan yang
paling berharga. Maka, kita sebagai makhlukNya hendaklah bersyukur dan menjadikan
sumber alam itu sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat dalam kehidupan kita. Hasil
bumi tersebut hendaklah kita kongsi bersama penduduk tempatan.

Setiap warganegara hendaklah bertanggungjawab dan mempunyai semangat


patriotisme yang tinggi supaya sumber alam dapat dijaga dengan baik dan selamat.
Negara kita kaya dengan sumber hasil bumi. Sumber ini hendaklah diurus dengan
baik dan berhemah demi kelangsungan negara pada masa hadapan.

5. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, semasa saya membuat kajian ini, saya dapati negara kita
mempunyai hasil muka bumi yang banyak seperti bijih timah, bijih besi, emas, arang batu
dan bauksit. Namun, disebabkan kedatangan kuasa-kuasa Barat sekali gus hasil muka
bumi kita ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada penduduk tempatan. Apabila,
kuasa-kuasa Barat datang ke negara kita, banyak kesan dari segi ekonomi, politik dan
sosial. Walaupun ada kebaikan dari segi kepesatan ekonomi, namun ada juga keburukan
iaitu dari segi campurtangan politik dan bentuk pemerintahan negara kita.

5
Cadangan saya ialah, hasil dari kajian ini, saya dapati kita boleh mengambil ciri-
ciri positif daripada kuasa-kuasa Barat yang boleh membantu dalam kehidupan kita.
Contohnya, ekonomi moden dan kepesatan teknologi. Akhir sekali, saya juga bercadang
supaya kita sebagai rakyat Malaysia mengambil iktibar atau pengajaran daripada sejarah
ini, menjadi warganegara yang bertanggungjawab terhadap hasil bumi negara kita yang
berdaulat.

E. SUMBER RUJUKAN

1) Buku Ilmiah :
a) Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 3 (Terbitan Dewan Bahasa Dan
Pustaka KL, 2018)

2) Internet :
A) http://eesyuen97.blogspot.com/2015/08/kesan-perlombongan-bijih-
timah.html
B) https://ms.wikipedia.org/wiki/Kasiterit
C) https://www.orangperak.com/orang-pertama-temui-bijih-timah-di-larut.html

6
G. LAMPIRAN
Sumber Internet 1
Kesan-kesan Perkembangan perlombongan Bijih Timah
Perlombongan bijih timah merupakan aktiviti utama yang diusahakan oleh pihak British di Tanah Melayu.
Tujuan pihak British mengusahkan perlombongan bijih timah adalah untuk mengaut kekayaan Tanah
Melayu kerana negara Eropah memerlukan bijih timah dengan banyak selepas terciptanya teknologi
mengetin makanan. Pada masa itu, Revolusi Perindustrian telah berlaku. Pihak British telah menggunakan
pelbagai cara untuk memajukan sektor dan sektor perlombongan bijih timah. Antaranya ialah pihak British
memperkenalkan teknologi baru, menggalakkan pemodal asing untuk melabur di Tanah Melayu dan
membawa masuk buruh-buruh dari negara China. Kemajuan dalam sektor perlombongan bijih timah telah
mendatangkan pelbagai kesan sama ada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial.

Keadaan politik yang tidak stabil di negeri-negeri ini telah memberi kesempatan kepada British untuk
campur tangan dalam menyelesaikan masalah perebutan mereka. Akhirnya, pihak British telah memaksa
sultan-sultan Melayu menandatagani perjanjian. Contohnya, perebutan kawasan pemerintah antara Dato
Bandar dan Dato Kelana yang berpunca daripada kuasa pengutipan cukai di tempat perlombongan bijih
timah. Dasar campur tangan British telah membentuk Sistem Residen dan kemudiannya Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. Selepas perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani, British terus menguasai
perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.

Kemasukan buruh Cina telah menambahkan bilangan penduduk Tanah Melayu. Di samping itu
kemasukan buruh Cina juga menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk di
negara ini. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat
baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Kewujudan masyarakat luar juga telah mencorakkan perspektif
masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi,
melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di
Malaysia terjadi secara tidak sengaja.

Konflik perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia
yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya. Mereka akan cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Ternyata,
perbezaan warna kulit dan budaya telah menyebabkan konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa
tidak puas hati antara manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal
masing-masing juga telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik dan ras telah
pun wujud sejak awal kewujudan manusia. Namun ia masih berlarutan sehingga hari ini membuktikan

7
kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan
konfrontasi.

Kemajuan pesat perusahaan bijih timah dan getah secara langsung meningkatkan pendapatan dan
kemajuan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan bijih dan getah juga
telah memperkenalkan beberapa teknologi baru seperti kapal korek yang berkeupayaan tinggi dalam
mengeluarkan bijih timah yang banyak.Perusahaan bijih timah telah mewujudkan banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu dalam bidang pengurusan, perkeranian, pengangkutan,
perkilangan dan sebagai buruh kasar di lombong.

Antara kesan utama kehadiran imigran Cina boleh dikatakan masyarakat imigran yang menguntungkan
masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem ekonomi sederhana. Hal ini
disebabkan orang Melayu mula sedar dan mula bersaing untuk sama-sama menikmati hasil bumi mereka
sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh golongan imigran seperti India dan Cina.

Namun tidak dapat dinafikan terdapat kesan negatif ke atas kedatangan imigran cina di Tanah Melayu.
Banyak Kongsi Gelap di Tanah Melayu berasal dari negara China dan dibawa ke sini oleh imigran Cina.
Kongsi gelap dihubungkan dengan ajaran konfusiusme, Buddhaisme dan Taoisme. Penubuhan kongsi
gelap ini telah menimbulkan konflik antara kumpulan yang ketara sehingga mencetuskan pergaduhan dan
menyebabkan suasana yang tidak aman dan genting di Tanah Melayu. (Mohd Isa Othman, 1999).

Selain itu, dasar pecah perintah tidak membantu masyarakat Melayu untuk menghadapi atau
menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi moden. Walaupun berkembang pesat tetapi mereka masih
meneruskan kegiatan ekonomi secara tradisional. Ekoran daripada peristiwa tersebut kerajaan telah
merangka satu dasar bersepadu iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Dalam konteks masyarakat majmuk, kesan penjajahan British ialah mewujudkan daerah-daerah
petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Orang
Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional. Kaum Cina pula
dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan. Hal ini berlaku sehingga
wujudnya satu istilah yang menggambarkan orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu ‘pekan cina’.
Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet.
Pengkelasan ini nyata sangat tidak berpatutan kerana telah memecahbelahkan masyarakat yang ada.

8
Perkembangan bijih timah telah menyebabkan wujudnya dwi-ekonomi di Tanah Melayu. Dasar British
yang memberi tumpuan ekonomi di pantai Barat telah menyebabkan kewujudan dwi-ekonomi.
Perdagangan berkembang pesat di pelabuhan utama di Tanah Melayu dan membiarkan ekonomi
dagangan dikuasai orang Eropah dan Cina. British meminggirkan ekonomi tradisional di luar bandar kerana
British mahu kekalkan orang Melayu sebagai petani. Pada masa itu, masyarakat Melayu juga masih terikat
dengan ekonomi sara diri.

Antara kesan berlakunya kemasukan imigran cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya sistem ekonomi
moden berteraskan industri buruh. Apabila British membawa masuk kaum cina untuk berkhidmat dalam
sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden. Bagi
ekonomi komersial, tanaman getah giat dijalankan. Kemasukan buruh cina diakui telah meningkatkan hasil
bumi Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak tanah dibiarkan. Kemasukan imigran Cina juga telah
menyebabkan banyak lombong bijih timah terpaksa dibuka dan Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih
timah terbesar di dunia. Hal ini berlaku kerana kos buruh dapat dijimatkan berikutan gaji yang dibayar
kepada buruh dari China adalah murah.

Perkembangan sektor perlombongan telah mewujudkan perbandaran. Perkembangan pekan kecil atau
kampung kepada sebuah bandar kerana kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat
pentadbiran, pusat perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan. Di
samping itu, sistem pengangkutan dan perhubungan telah dimajukan. Pembinaan landasan keretapi
telah mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah perhubungan Port Weld ke Taiping pada tahun 1885 dan
1889 dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina
menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telefon, perkhidmatan pos, radio dan perkhidmatan
udara juga diperkenalkan.

Ekoran daripada perkembangan ekonomi, institusi kewangan telah diperkenalkan oleh penjajah. Wang
kertas telah dikeluarkan pada tahun 1906 oleh Lembaga Pesuruh Jaya Wang. Beberapa bank Eropah
diwujudkan, antaranya ialah Mercantile Bank dan The Chartered Bank. Beberapa bank tempatan
kemudiannya diwujudkan seperti Malay National Banking Corporation Berhad, Kwong Yik Bank dan Bank
Of Malaya. Perkhidmatan insurans penting ekoran perkembangan pengangkutan laut yang menjadi
pengangkutan utama untuk membawa barangan dagangan. Syarikat insurans di Tanah Melayu hanya
bertindak sebagai wakil syarikat insurans yang berpejabat di luar negara. Insurans kebakaran menjadi
penting apabila sering berlaku kebakaran.

9
Kesan seterusnya ialah mewujudkan jurang kemiskinan yang luas antara masyarakat bandar dan
masyarakat luar bandar. Dwiekonomi telah diwujud dimana keadaan ekonomi moden dan pesat
membangun di kawasan bandar manakala ekonomi tradisional di luar bandar. Kesan yang paling serius
ialah wujud jurang ekonomi antara kaum melayu dengan bukan melayu. Pola perbezaan ekonomi mengikut
kaum dan tempat ini menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang selepas merdeka.

Kesimpulannya, perkembangan perusahaan bijih timah adalah asas pembentukan ekonomi yang
berbentuk komersial di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20. Perkembangan kedua-dua perusahan
ini bukan saja membantu perkembangan ekonomi bahkan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk
Tanah Melayu.
Posted by Unknown at 02:32
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Sumber Internet 2
Kasiterit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pergi ke navigasiPergi ke carian

Kasiterit atau bijih timah adalah satu galian timah oksida , SnO2. Secara umumnya ia
adalah legap, tetapi ia adalah lutcahaya dalam kristal-kristal nipis. Kekilauannya dan
antara muka kristal yang banyak menghasilkan permata yang menarik. Kasiterite
adalah bijih timah yang utama pada masa kini.

Sumber Internet 3

Orang Pertama Temui Bijih Timah Di Larut


Nama Long Jaafar, tidak asing lagi bagi para pengkaji sejarah negara dan sejarah Negeri
Perak khususnya. Beliau adalah yang mula-mula menemui bijih timah di Larut dan
mengusahakannya pada tahun 1848 dan memajukannya dengan usaha-usaha
perlombongan bijih timah.

10
Di atas usahanya itu, Negeri Perak khususnya daerah Larut semakin terkenal dengan
perlombongan bijih timah. Untuk menguatkan kedudukannya, Long Jaafar telah membina
sebuah kota di Bukit Gantang dan di dalam kota ini didirikan rumahnya.

Kota ini terletak di atas sebidang tanah seleuas lebih kurang 5 hektar. Kota Long Jaafar ini
diperbuat daripada batu-bata dan tanah yang bercampur ketul-ketul batu disusun dengan
baik dan sempurna, sesuai dengan tingginya tembok kota yang bergantung kepada
kedudukan tapaknya di lereng bukit.

Tembok kota ini tingginya lebih daripada 2 meter, di samping tembok yang rendah kira-kira
1 setengah meter. Pembinaan kota ini memakan masa hampir lima tahun.

Di dalam kota inilah terdapat bekas-bekas gudang tempat menyimpan bijih timah semasa
pemerintahan Long Jaafar. Di samping itu juga, terdapat sebuah tasik yang dibina di
hadapan kota tersebut.

Walaupun sebahagian besar tembok kota ini telah rosak dan musnah tetapi ia merupakan
salah satu kesan sejarah terpenting di Negeri Perak. Long Jaafar telah meningggal dunia
pada tahun 1857 dan dikebumikan di dalam kota ini.

Makamnya masih terdapat sehingga kini. Pentadbiran Larut kemudiannya diambil alih oleh
anak Long Jaafar, Ngah Ibrahim. Ngah Ibrahim telah mendapat watikah perlantikan
daripada Sultan Jaafar dalam tahun 1864 dan diberi gelaran Orang Kaya Menteri. Ngah
Ibrahim telah menjalankan usaha-usaha perlombongan bijih timah yang dirintis oleh
ayahandanya dahulu. Bagaimanapun Ngah Ibrahim tidak menetap di Bukit Gantang tempat
kota ayahandanya tetapi beliau telah membina sebuah kota dan kediaman lain yang lebih
besar serta kukuh di Matang dalam tahun 1857.

Apabila bercerita tentang penemuan pertama bijih timah di Larut, semuanya bermula
apabila seekor gajah bernama Si Larut milik Long Jaafar yang hilang ditemui semula.

Apabila ditemui semula, Long Jaafar berasa hairan melihat akan kaki gajahnya yang
diselaputi lumpur yang keras. Apabila pelik dan hairan dengan kejadian itu, Long Jaafar
mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut sehinggalah mengetahui hal yang
sebenar bahawa ketulan yang menyelaputi kaki gajahnya si Larut itu adalah bijih timah.

Dengan terjumpanya bijih timah dalam tahun 1848 maka berubahlah aliran sejarah negeri
itu. Long Jaafar (bapa kepada Ngah Ibrahim), wakil Sultan di daerah itu telah menguruskan
atas perbelanjaannya sendiri, usaha membuka lombong bijih di Kelian Pauh dengan
mengupah 20 orang Cina puak Chen Seng Hakka (dari daerah Kwantung).

Perusahaan melombong di tempat itu bertambah maju sehingga ramailah pelombong-


pelombong Cina bersama-sama kongsi gelap mereka dari Pulau Pinang datang untuk
bekerja di situ.

11

Anda mungkin juga menyukai