( 1 ) Perkembangan aktiviti ekonomi sebelum dan semasa pemerintahan British. a) Ekonomi tradisional.
1. Contoh ekonomi sara diri – melombong, cucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan.
2. Pengeluaran skala kecil, teknologi mudah, modal yang kecil,buruh yang terhad dan pasaran kecil.
3. Lebihan pengeluaran – untuk tujuan kenduri, zakat, sedekah, hadiah.
4. Padi pula disimpan untuk bekalan hingga musim berikutnya.
5. Tanaman lain – ubi, pisang, kelapa.
6. Ternakan – ayam, itik, lembu untuk keluarga.
7. Teknologi mudah – penanaman padi seperti tajak, cangkul, tugal,tenggala.
8. Sistem pengairan mudah – sungai dan hujan.
9. Menangkap ikan – mengail, bubu, jala.
b) Ekonomi dagangan.
1. Pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran.
2. Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar, pemasaran lebih luas.
3. Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun, India.
4. Bijih timah juga dibuat gendang gangsa, senjata, alat muzik.
5. Kaedah melombong dengan mendulang – diusahakan oleh pembesar seperti Long Jaafar, dan Ngah Ibrahim
6. Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan.
7. Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi) iaitu ekonomi tradisional dan
ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya.
8. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.
f) Perkhidmatan kesihatan.
1. Kedatangan imigran menyebabkan kesesakkan penduduk dan berlaku pelbagai penyakit berjangkit kerana temapt tinggal yang kotor
dan air yang tidak bersih.
2. Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur.
3. Pusat perubatan pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur.
4. Pusat perubatan kecil pula di Pahang dan Negeri Sembilan.
5. Hospital di Sabah – Jesselton, Sandakan, Tawau.
6. Perkhidmatan perubatan di Sarawak di Kuching dan pusat perubatan kecil di Sibu dan Sri Aman.
7. Hospital swasta – contohnya Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur memberi khidmat khasnya kepada pelombong.
8. Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur – mengkaji punca penyakit dan langkah – langkah pencegahannya.
9. Sanitary Board – lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur. Fungsi lembaga ini kemudiannya
terpecah dua dan kepada dua bahagian iaitu Sanitary Board menjaga kebersihan bandar dan Jabatan kesihatan menjaga kesihatan.