Anda di halaman 1dari 18

SEJARAH KERTAS 3 BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Tajuk Khusus: Sejauh manakah kemajuan dan pembangunan ekonomi yang dikecapi oleh negara Malaysia masa
kini berteraskan pengenalan ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah Barat. Bincangkan.

2. (i) Terangkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dari tahun 1878 sehingga berlakunya
Perang Dunia Kedua.
(ii) Terangkan perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dari abad ke-9 hingga
berlakunya Perang Dunia Kedua.

i. Getah

F1 Getah yang ditanam di negara kita berasal dari Brazil


H1a Pada tahun 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical
Garden
H1b Dari Singapura, beberapa batang anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar
H1c Di Kuala Kangsar ditanam di halaman kediaman Residen Perak/ Sir Hugh Low
H1d Dijadikan tanaman hiasan
H1e Getah dijadikan tanaman komersial oleh pihak British pada awal abad ke-20

F2 Kejatuhan harga kopi menjadi penyebab orang ramai di Tanah Melayu beralih menanam getah
H2a Hal ini disebabkan pengeluaran kopi secara berlebihan oleh negara Brazil
H2b masalah penyakit kopi disebabkan serangan serangga perosak menyebabkan peladang bertukar
menanam getah

F3 Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah


H3a menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap getah
H3b getah digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta/ motokar
H3c getah juga diperlukan untuk membuat kasut/ pakaian/ alat perubatan/ penebat elektrik

F4 Peranan H.N. Ridley


H4a beliau dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden Singapura pada tahun 1888
H4b beliau meyakinkan para peladang supaya menanam getah
H4c beliau mengadakan pameran pokok getah
H4d beliau mengagihkan benih getah secara percuma
H4e beliau memperkenalkan teknik penorehan yang tidak merosakkan pokok getah
H4f teknik itu dipanggil ibidem/ teknik torehan ikan herring

F5 Tenaga buruh yang mencukupi


H5a buruh dari India Selatan dibawa untuk bekerja di ladang getah
H5b buruh dibawa melalui sistem buruh bebas/ sistem kontrak/ sistem kangani
H5c dibayar dengan gaji yang murah
H5d dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang getah

F6 Pelaburan yang besar menjayakan tanaman getah


H6a modal yang besar dikeluarkan oleh pemodal Eropah
H6b penubuhan syarikat perwakilan di tanah Melayu
H6c contohnya Harrison an Crosfield/ Boustead Buttery Agency/ Gutrhrie/ Sime Darby H6d syarikat-
syarikat ini membuka ladang yang besar dan menguruskan eksport getah
F7 Dasar British memberi galakaan dan sokongan kepada pemodal asing
H7a menyediakan kadar sewa tanah yang rendah
H7b tarif cukai yang rendah kepada peladang getah
H7c pemberian 4 % dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905
H7d pengecualian cukai eksport selama 50 tahun

F8 Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan landasan keretapi


H8a untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran
H8b bertujuan memudahkan golongan pengusaha
F9 Pada awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
H9a ladang-ladang getah telah dibuka secara besar-besaran di Selangor/ Perak/ Negeri Sembilan/ Johor
H9b pada tahun 1920 Tanah Melayu menghasilkan 53 % daripada pengeluaran getah dunia H9c Tanah
Melayu muncul sebagai pengeluar getah terbesar di dunia
H9d penduduk tempatan mengusahakan tanaman getah secara kebun kecil
H9e orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial/ getah dalam Tanah Simpanan Melayu
H9f melalui Enakmen Tanah Padi 1917, melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi

ii. Bijih Timah

F10 Sebelum kedatangan British orang Melayu mengusahakan perlombongan bijih timah secara tradisional
H10a mereka menggunakan cara mendulang
H10b mereka menggunakan cara melampan

F11 Awal 1820-an orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja oleh pembesar Melayu
H11a misalnya di daerah Lukut, Sungai Ujong, Klang

F12 Lombong dibuka dan diusahakan oleh pembesar Melayu


H12a pekerjaan dilakukan oleh buruh tempatan
H12b contoh pembesar Melayu Long Jaafar/ Ngah Ibrahim/ Raja Jumaat/ Dato’ Kelana/ Dato’ Bandar
H12c hasil dieksport ke Jepun/ China/ India

F13 Mulai pertengahan abad ke-19 penglibatan pengusaha Cina mulai ketara
H13a pengusaha Cina didikawal dan dipantau sepenuhnya oleh pembesar Melayu tempatan H13b pengusaha
Cina mesti mendapatkan kebenaran pembesar Melayu untuk mengusahakan lombong
H13c pembesar Melayu memastikan bijih yaang telah dilombong dijual semula kepada mereka H13d harga bijih
timah ditentukan oleh pembesar Melayu
H13e terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada saudagar-saudagar Cina dari
Negeri-Negeri Selat
H13f tujuannya untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat

F14 Penglibatan pengusaha Cina secara besar-besaran


H14a lombong-lombong bijih timah dibuka di Ampang/ Kuala Lumpur/ Lembah Kinta
H14b Pengusaha Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah
H14c mereka perkenalkan kaedah pam kelikir
H14d mereka perkenalkan kaedah bomba palung
H14e sehingga akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai perlombongan bijih timah
H14f cara pengeluaran berintensifkan buruh digunakan pengusaha Cina

F15 Pada awal abad ke-20 penguasaan perlombongan bijih timah dikuasai oleh orang Eropah H15a mereka
berjaya menyediakan modal yang banyak
H15b menggunakan teknologi kapal korek
H15c kapal korek pertama kalinya digunakan di Batu Gajah, Perak
H15d digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging
H15e pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu

F16 Revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan terhadap bijih timah meningkat H16a bijih
timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan
H16b Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia

F17 Kemajuan sistem pengangkutan


H17a landasan kereta api dan jalan raya dibina bagi menghubungkan kawasan pengeluaran bijih timah dengan
pelabuhan
H17b tujuan untuk memudahkan pengeksportan bijih timah ke luar negara

F18 Kedatangan buruh asing dari China


H18a dibayar dengan upah yang murah
H18b datang dengan cara sistem tiket kredit/ sistem pengambilan kakitangan/ sistem rumah kongsi

3.Buat satu analisis yang terperinci tentang usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak British bagi
menghadapi kemerosotan harga getah dan bijih timah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
tercetus.
i. Getah
F1 Perusahaan getah bergantung kepada keadaan pasaran dunia
H1a pada tahun 1920-an dan 1930-an berlaku kemelesetan ekonomi dunia
H1b harga pasaran getah telah jatuh dengan begitu rendah
H1c harga getah meleset sehingga menjadi 20 sen sepaun
H1d terus meleset merudum sehingga 5 sen sepaun pada tahun 1932
H1e pelbagai kesan negatif berlaku ke atas ekonomi Tanah Melayu

F2 British memprkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922


H2a bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah di pasaran dunia
H2b bertujuan untuk meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia
H2c rancangan hanya disertai oleh negara-negara naungan British
H2d antaranya Tanah Melayu dan Sri Lanka
H2e rancangan ini gagal mencapai matlamatnya
H2f hal ini berlaku kerana negara-negara lain enggan menyertainya seperti Belanda yang menjajah Indonesia
H2g Belanda meningkatkan lagi pengeluaran getah
H2h jumlah eksport getah Tanah Melayu mengalami kemerosotan
H2i rancangan dikuatkuasakan antara bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928
H2j hendak mengurangkan pengeluaran getah sehingga ke paras 60% daripada jumlah pengeluaran pada tahun
1920
H2k rancangan Stevenson ditamatkan pada tahun 1928

F3 Dasar British terhadap tanah milik orang Melayu berkaitan ehwal getah
H3a orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial (getah) atas Tanah Simpanan Melayu
H3b memeperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman
padi
H3c bertujuan mengurangkan penyertaan pekebun kecil getah daripada kalangan orang Melayu H3d menaikkan
premium untuk permohonan tanah baharu untuk tujuan penanaman getah
H3e pekebun kecil diberi kuota pengeluaran getah yang rendah oleh kerajaan British

F4 Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934 – 1943


H4a bertuan mengurangkan pengeluaran getah
H4b sekali gus dapat meningkatkan kembaali harga getah
H4c disertai oleh Tanah Melayu/ Borneo Utara/ Sarawak/ Burma/ Thailand/ Indo-China/ Indonesia/ Ceylon/
India
H4d rancangan menetapkan kuota eksport getah untuk setiap negara
H4e penanaman baharu dan penanaman semula disekat
H4f menetapkan sistem kupon
H4g mengehadkan jumlah penjualan getah oleh pekebun kecil
H4h mengehadkan bilangan hari boleh menoreh pokok getah
H4i rancangan ini berjaya menstabilkan semula harga getah

iii. Bijih Timah

F5 Kemerosotan perusahaan bijih timah kerana bergantung kepada keadaan pasaran dunia
H5a apabila pengeluaran timah melebihi permintaan dunia harganya akan jatuh
H5b harganya jatuh ke peringkat paling rendah semasa Zaman Kemelesetan Dunia 1929 -1932

F6 Telah ditubuhkan International Tin Committee pada tahun1931/ Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa
ditandatangani
H6a disertai oleh negara-negara pengeluar bijih timah yang utama
H6b seperti Nigeria/ tanah Melayu/ Indonesia/ Bolivia
H6c badan ini bercadang mengehadkan pengeluaran bijih timah sedunia H6d ia dinamakan Rancangan Kawalan
Bijih Timah
H6d stok penimbal diwujudkan bagi mengehadkan eksport bijih timah
H6e rancangan gagal kerana Thailand dan Indo-China enggan menyertainya
F7 Pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa telah ditubuhkan
H7a bertujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah sedunia
H7b berjaya menstabilkan semula harga bijih timah di pasaran dunia

4. Andaikan anda seorang pemimpin masyarakat di tempat tinggal anda. Anda diberi tanggungjawab
memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin. Berdasarkan kejayaan British memajukan ekonomi di
Tanah Melayu, apakah ciri-ciri yang boleh anda ambil untuk memajukan ekonomi masyarakat yang anda pimpin
itu? Berikan alasan anda berbuat demikian.

F1 Menggunakan modal yang besar


H1 dapat memajukan perusahaan/ pertanian/ perbankan/ perlombongan dengan efektif

F2 Menggunakan teknologi moden dan terkini


H2 dapat menjadikan sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan cepat/ berkesan

F3 Menjalankan ekonomi pertanian secaraa berskala besar


H3 dapat menjimatkan kos pengeluaran dan keuntungan yang besar

F4 Menjalankan ekonomi atas tujuan untuk eksport ke kawasan lain


H4 dapat memberi pekerjaan kepada penduduk tempatan sekiranya dilakukan secara besar-besaran

F5 Menjalankan sistem pengurusan/ pentadbiran yang sistematik


H5 dapat membantu meningkatkan kecekapan sumber manusia

F6 Menarik pemodal luar ke kawasan


H6 dapat membina perusahaan/ perladangan/ perlombongan dalam skala yang besar

F7 Membawa masuk tenaga pakar


H7 dapat membantu membangunkan kawasan dengan adanya bantuan daripada cerdik pandai

F8 Membawa masuk tenaga buruh murah


H8 dapat menjalankan kerja-kerja perburuhan dengan upah yang minimum

F9 Membangunkan prasarana pengangkutan udara/ darat yang baik


H9 dapat memudahkan urusan pengangkutan barangan untuk tujuan eksport-import

F10 Membina sistem perhubungan yang baik dan terkini


H10 dapat menjadikan kawasan tersebut mudah diakses oleh teknologi maklumat

F11 Mewujudkan bandar pintar


H11 dapat menyediakan kemudahan yang sepatutnya wujud dalam sesebuah kawasan

F12 Memastikan undang-undang negara dipatuhi


H12 dapat memberi keyakinan kepada peniaga/ pelabur untuk terus berurusan di kawasan tersebut
F13 Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi
H13 dapat menjamin keelangsungan hidup penduduk di kawasan tersebut

F14 Menerima segala perubahan dengan positif


H14 dapat menerima budaya baharu dalam kehidupan dan menyesuaikannya

5. Ekonomi moden yang dibawa oleh penjajah British lebih banyak meninggalkan kesan positif terhadap
ekonomi Malaysia masa kini. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Berikan alasan anda.

Bersetuju:
F1 Membawa tanaman baru ke negara kita
H1 Getah dan kelapa sawit menjadi salah satu hasil eksport negara
F2 Ekonomi negara berdasarkan ekonomi pasaran bebas
H2 Negara mampu bersaing menjadi negara maju menjelang tahun 2020
F3 Teknologi baharu yang dibawa menjadikan Malaysia setanding dengan negara luar
H3 Keupayaan negara membangunkan lagi teknologi baharu/ misalnya kaedah penklonan baka getah banyak
susu getah
F4 Negara mampu membina prasarana pengangkutan bertaraf dunia
H4 Contohnya KLIA di Sepang, LRT, Hentian Pudu Raya, Plus Highway
F5 Kewujudan sistem perhubungan bertaraf dunia
H5 Kemajuan dalam internet/ dunia tanpa sempadan/ perbankan internet dsb/ hantar satelit/ Binariang/
Measat/ Tiungsat/ Razaksat
F6 Mampu membina pelabuhan kontena yang baik
H6 Tidak memerlukan pelabuhan Singapura untuk mengeksport bahan dagangan/ Contohnya wujud pelabuhan
Tanjung Pelepas/ Pelabuhan Kelang/ Pelabuhan Pulau Pinang/ Pelabuhan Bintulu
P7 Muncul sebagai pengeluar pelbagai dagangan pertanian
H7 Pengeluar lada hitam dan gambir antara terbesar di dunia/ pengeluar tembakar/ kenaf/ nanas
P8 Membolehkan Kuala Lumpur menjadi bandar perdagangan dan perniagaan bertaraf antarabangsa
H8 Banyak syarikat antarabangsa memindahkan ibu pejabat regional mereka ke Kuala Lumpur F9 Kebolehan
institusi perbankan/ insurans menjana ekonomi negara
H9 Institusi berkaitan memainkan peranan penting dalam membangunkan ehwal pemberian kredit/
pemindahan kredit/ bantuan modal/ dan tanggungan liabiliti
F10 Mampu mengubah sikap rakyat tempatan menerima sistem ekonomi moden
H10 Rakyat tempatan terlibat secara langsung dalam sistem ekonomi moden dengan menjadi usahawan/
peniaga/ bankers dsbnya

Tidak bersetuju:
F11 Ekonomi tradisional semakin pupus
H11 Orang Melayu meninggalkan pekerjaan tradisi menanam padi sawah/ menangkap ikan
F12 Pengeluaran padi sawah tidak dapat menampung keperluan penduduk
H12 Negara terpaksa mengimport beras dali luar negara seperti dari China/ Thailand/ Burma F13 Kewujudan
golongan tengah/ orang tengah dalam sistem ekonomi
H13 Rakyat tempatan terpaksa menjual hasil mereka dengan harga yang rendah/ ini merugikan mereka
F14 Tanah mempunyai nilai dalam ekonomi moden
H14 Banyak tanah penduduk tempatan terpaksa dijual kepada orang luar
F15 Rakyat tempatan kurang melibatkan diri dalam sistem ekonomi moden
H15 Taraf hidup penduduk tempatam rendah/ miskin menyebabkan berlakunya jurang ekonomi antara
penduduk tempatan dengan orang dagang
F16 Kerajaan hari ini terpaksa menyusun semula ekuiti negara supaya kekayaan negara dinikmati oleh semua
kaum
H16 Contohnya kerajaan melaksanakan Dasae Ekonomi Baru
F17 Pembangunan dibangunkan secara giat di kawasan luar bandar
H17 Kawasan luar bandar telah dipinggirkan semasa penjajahan Barat
F18 Penumpuan kepada ekonomi getah dan bijih timah sangat berbahaya terhadap ekonomi negara
H18 Kerajaan hari ini mempelbagaikan sumber ekonomi negara

6. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menjadikan negara Malaysia
sebuah kuasa ekonomi yang setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun?

F1 Mempunyai rakyat yang berpengetahuan/ berpendidikan tinggi


H1 dapat membangunkan ekonomi / mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi
F2 Memiliki modal yang banyak
H2 dapat menjana ekonomi / memajukan kawasan yang belum membangun
F3 Menarik FDI ke negara kita secara berterusan
H3 dapat mengekalkan modal asing supaya kilang-kilang /industri asing terus kekal di negara kita
F4 Menyediakan infrastruktur/ prasarana yang sempurna
H4 kemudahan infrastruktur yang baik dapat memudahkan segala urusan perdagangan berjalan lancar/
contohnya kemudahan jalan raya
F5 Membangunkan hab perdagangan halal
H5 sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, Malaysia boleh menjadi contoh kepada
dunia dalam penyediaan hab perdagangan halal
F6 Mempunyai sistem perbankan bermodal besar
H6 sistem perbankan tempatan perlu bergabung bagi menyaingi sistem perbankan asing yang bermodal besar
F7 Memiliki budaya kerja rajin/ ramah/ berbudi bahasa
H7 budaya kerja yang baik bersifat ketimuran dapat menghasilkan pengeluran yang optimum/ menghasilkan
keuntungan yang besar
F8 Mempunyai dasar ekonomi negara yang kukuh
H8 dasar makro ekonomi sama ada dasar fiskal dan kewangan diurus secara berhemah
F9 Mengelakkan import barangan melebihi eksport negara ke luar negara
H9 memastikan perbelanjaan dalam negara terkawal/ defisit ekonomi dielakkan
F10 Mengekalkan keamanan negara
H10 dapat memastikan setiap rakyat dapat melakukan aktiviti harian dan ekonomi
F11 Menjalin hubungan ekonomi yang baik dengan semua negara
H11 dapat membolehkan eksport ke luar negara bertambah/ mengurangkan red tape dalam urusan perdagangan
F12 Memperkasa wilayah pembangunan ekonomi
H12 ECER/ Wilayah Pembangunan Iskandar dsbnya

7. Pada pandangan anda, apakah pengajaran yang boleh diperoleh daripada tindakan British memperkenalkan
ekonomi dagangan di Tanah Melayu demi memajukan pencapaian tamadun negara bangsa Malaysia.

F1 Kita hendaklah mempelbagaikan ekonomi negara kita.


H1 Contohnya kita tidak seharusnya han ya bergantung kepada pertanian getah dan bijih timah sahaja.
F2 Kita perlu mempunyai kemudahan jalan raya yang baik dan maju.
H2 Contohnya kita mesti mempunyai jaringan jalan raya dari utara Semenanjung Malaysia hingga ke selatan
bagi mempercepatkan kemudahan pengangkutan barangan
F3 Kita mestilah mempunyai landasan kereta api yang moden
H3 Contohnya dengan adanya kereta api laju ERL antara Kuala Lumpur dengan Ipoh masa perjalanan dapat
dipercepatkan
F4 Kita mestilah mempunyai sistem perbankan yang dapat menyokong urusan perdagangan
H4 Contohnya kita dapat mempunyai pinjaman modal hanya dengan bersandarkan kertas cadangan yang
berkesan/ berdaya maju
F5 Kita mesti mempunyai bilangan tenaga buruh yang mencukupi
H5 Contohnya kita boleh mengambil buruh dari negara luar untuk menjalankan kerja-kerja kolar biru
F6 Kita mesti membangunkan kawasan bandar sebagai pusat aktiviti perdagangan/ perindustrian/ pentadbiran/
rekreasi
F6 Contohnya kita mesti membangunkan bandar pintar seperti Putrajaya untuk kelestarian manusia
F7 Kita mesti memastikan sektor pertanian tetap diberi perhatian dalam ekonomi negara
F7 Contohnya kita perlulah memastikan penanaman padi terus diusahakan supaya bekalan beras dalam negara
mencukupi
F8 Kita mestilah memastikan kemudahan untuk mengerjakan pertanian di luar bandar lengkap H8 Contohnya
menyediakan kemudahan parit/ tali air/ baja dsbnya supaya haasil pertanian meningkat
8 Apakah rumusan yang boleh anda nyatakan setelah mengkaji penguasaan ekonomi negara oleh penjajah
sehingga tahun 1957? Rumusan anda harus meliputi aspek: · Pengetahuan yang diperoleh · Iktibar
kepada diri, bangsa dan negara · Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

TAJUK 9.2 – DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan:

Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20
dan implikasinya kepada negara kita.

Soalan Isi dan Huraian Markah

1 Pengenalan
Jelaskan secara ringkas faktor-faktor kedatangan imigran atau buruh asing ke 5
Tanah Melayu.

1 Kepesatan sektor pertanian komersil


2 Kepesatan sektor perlombongan
3 Keperluan tenaga buruh di Tanah Melayu.
4 Galakan daripada pihak British
5 Buruh India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah
6 Buruh Cina dibawa untuk bekerja di lombong bijih timah
7 Faktor-faktor negara asal menjadi pendorong ke Tanah Melayu
8 Kedatangan buruh Cina dan India tidak dihalang oleh orang Melayu
9 Wujudnya hubungan tradisi antara India dan China dengan Tanah
Melayu.
10 Kemakmuran Tanah Melayu
11 Perusahaan getah/bijih timah pesat membangun
12 Peluang pekerjaan yang banyak
13 Kestabilan politik di Tanah Melayu

2 Huraikan cara-cara kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.

(i) Buruh dari Cina (15 M)

A1 Sistem Tiket Kredit 30


A2 bakal imigran dikumpul oleh Kheh –tau (ketua)
A3 Imigran (sinkheh) diawasi oelh nakhoda kapal atau agensi buruh
A4 Agensi buruh telah menerima bayaran daripada bakal majikan
A5 Golongan Sin Kheh membuat perjanjian akan menjelaskan hutang
secara bekerja dengan majikan dalam tempoh tertentu
A6 Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju
A7 Apabila tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh
A8 Pemborong buruh akan mendapatkan majikan untuk imigran.
A9 Sistem Pengambilan kakitangan
A10 Majikan menhantar wakilnya ke China untuk mendapatkan buruh.
A11 Perbelanjaan dan tambang buruh dibiayai oleh majikan
A12 Pegawai yang dihantar mengiringi buruh hingga tempat majikan.
A13 Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
A14 Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China.
A15 Pegawai ini dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
A16 Perbelanjaan dibiayai oleh pegawai sehingga sampai di rumah
kongsi
A17 Buruh akan diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi

(ii) Buruh dari India (15 M)

B1 Sistem Buruh Bebas


B2 Buruh India datang sendiri dengan biayaan masing-masing
B3 Kedatangan mereka diaturkan oleh orang/kumpulan tertentu
B4 Mereka bebas memilih tempat dan jenis pekerjaan

B5 Sistem Kontrak
B6 Tambang ke Tanah Melayu dibiayai oleh majikan
B7 Buruh bekerja dengan majikan dalam jangka masa tertentu.
B8 Antara 1 hingga 3 tahun
B9 Mereka dibayar dengan bayaran minimum
B10 Antara 4 hingga 13 sen sehari
B11 Sering berlaku pemerasan/penindasan
B12 Disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan

B13 Sistem Kangani


B14 Kangani diberi lesen untuk mendapatkan buruh di India
B15 Kangani dihantar pulang ke India untuk mencari buruh
B16 Kangani diberi wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan
buruh ke Tanah Melayu.
B17 Seseorang kangani dijadikan agensi yang membawa masuk pekerja
asing.

3 Jelaskan kesan kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.


15
1 Pembentukan masyarakat pelbagai kaum.
2 Penempatan yang berbeza
3 Orang Melayu tinggal di kampong / di luar Bandar.
4 Orang India di estet / ladang
5 Orang Cina di lombong / bandar
6 Pekerjaan yang berbeza mengikut fungsi ekonomi.
7 Orang melayu bertani / miskin.
8 Orang India menjadi buruh
9 Orang Cina menjadi peniaga / berkeja di lombong.
10 Bahasa pertuturan yang berbeza.
11 Tidak terdapat kesepaduan di kalangan penduduk.
12 Interaksi / hubungan social tidak meluas.
13 Menyulitkan proses perpaduan nasional.
14 Sistem pendidikn yang berbeza / sistem vernacular.
15 Meningkatkan / mengembangkan ekonomi.
16 Wujud perbezaan / jurang sosial.
17 Memajukan sektor perladangan / perlombongan.
18 Pertambahan penduduk.
19 Perkahwinan campur.
20 Wujud kepelbagaian kebudayaan
( Mana-mana jawapan yang munasabah)

4 Sebagai masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, bagaimanakah anda


berusaha untuk memupuk perpaduan kaum? 15

1 Sukatan pelajaran sekolah yang sama.


2 Penubuhan sekolah wawasan.
3 Sekolah satu aliran / aliran kebangsaan.
4 Pengamalan kebudayaan.
5 Amalan budaya dan agama yang berbeza dihormati
6 Menggalakkan budaya rumah terbuka / perayaan raya bersama.
7 Sukan untuk semua.
8 Program Latihan Khidmat Negara / PLKN.
9 Amalan gotong-royong dan Rukun Tetangga.
10 Melalui subjek Sejarah / Pendidikan Moral / Pendidikan Sivik dan
kewarganegaraan.
11 Perkahwinan antara kaum digalakkan.
12 Menggunakan bahasa kebangsaan semasa berkomunikasi.
13 Mengamalkan budaya yang baik.
14 Menghormati kebudayaan kaum lain.
15 Mengadakan aktiviti perkhemahan yang melibatkan pelbagai kaum.
16 Merancang aktiviti yang boleh disertai pelbagai kaum.
17 Menyertai pelbagai aktiviti anjuran sekolah.
18 Menganjur aktiviti sukan yang tidak berteraskan kaum.

( Mana-mana yang munasabah )

5 Berdasarkan tinjauan anda, jelaskan kebaikan yang diperolehi negara


Malaysia ekoran daripada wujudnya perpaduan kaum. 10

1 Memastikan keamanan negara berkekalan


2 Wujud kehidupan/suasana harmoni dalam kalangan rakyat
3 Dapat membangkitkan rasa cinta akan negara
4 Mengelak daripada penjajahan kuasa asing
5 Memastikan ekonomi negara terus berkembang
6 Dapat menarik kedatangan pelabur asing
7 Akan dihormati oleh negara luar
8 Kemajuan negara akan berterusan/berkembang pesat
9 Wujud kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum
10 Sebarang pertikaian akan dapat diatasi secara rundingan dan tolak
ansur kaum
11 Menghindarkan perbalahan atau pergaduhan kaum
12 mewujudkan kestabilan politik
13 memakmurkan ekonomi
14 menanam semangat patriotisme
15 mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh

(Mana-mana jawapan munasabah)


6 a) Jelaskan cabaran memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. (5 M) 10

A1 Sikap mementingkan diri sendiri


A2 Kurang kesedaran
A3 Kurang kerjasama
A4 Pengaruh media massa
A5 Tidak bersikap terbuka sesama kaum
A6 Semangat perkauman yang kuat
A7 Kurang semangat patriotisme
A8 Kurang komunikasi antara kaum
A9 Tidak menghormati budaya dan agama kaum lain
A10 Kurang semangat kejiranan

( mana-mana munasabah)

b) Nyatakan usaha-usaha untuk mengatasi cabaran dalam memupuk


semangat perpaduan di Malaysia. (5 M)

B1 Bersama-sama berganding bahu memajukan negara


B2 Berusaha gigih demi masa depan negara
B3 Menekankan kemajuan dari sudut dunia/akhirat
B4 Memajukan ekonomi/politik/sosial
B5 Menjadi modal insan terbilang/memiliki personaliti unggul
B6 Mendapatkan pendidikan berkualiti/berprestasi tinggi
B7 Mempunyai sikap positif untuk membangunkan bangsa
B8 Berfikiran kritis/kreatif dalam memajukan bangsa
B9 Mencipta inovasi/nilai baru/ciptaan baru
B10 Mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
B11 Sentiasa mengamalkan sahsiah/sikap/moral yang baik
B12 Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan minda
B13 Mematuhi ajaran agama
B14 Memelihara jati diri
B15 Mengamalkan budaya hidup sihat
B16 Perbezaan warna kulit/agama/bangsa diketepikan
B17 Bertoleransi dalam kalangan masyarakat
B18 Mengekalkan keamanan
B19 Bertolenrasi dalam kalangan masyarakat
B20 Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka

( Mana-mana yang munasabah )


7 Nyatakan iktibar yang boleh diperolehi daripada kesan semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

1. Mengetepikan perbezaan bangsa dan agama


2. Mengamalkan sikap berkerjasama 10
3. Bertolak ansur/tolenrasi
4. Sanggup berkorban
5. Mematuhi undang-undang
6. Menjaga keamanan
7. Kebijaksanaan dalam kepimpinan
8. Permuafakatan anatar kaum
9. Kesungguhan dalam perjuangan
10. Menepati janji
11. Amalan bersaudara
12. Memberi bantuan kepada mereka yang mememerlukan
13. Berakhlak mulia
14. Tidak mudah berputus asa

(mana-mana munasabah)

8 Rumusan

1 Kemajuan dan kemakmuran tanah Melayu telah berjaya menarik minat


imigran untuk datang ke Tanah melayu
2 Berbangga dengan negara kita yang menjadi tumpuan pendatang asing 5
3 Masyarakat tempatan lebih bergiat, berinisiatif dan bersedia
mengusahakan sendiri kekayaan negara
4 Pengetahuan yang diperolehi.
5 Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
6 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.
Soalan :
Keadaan ekonomi semasa penjajahan British telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap ekonomi negara
kita. Bincangkan.
Soalan Isi Dan Huraian Markah
1 Pengenalan 5
Jelaskan maksud ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan markah
- Ekonomi tradisional adalah ekonomi berasaskan sara diri
- Melombong
- Bercucuk tanam
- Memungut hasil hutan
- Menternak binatang
- Menangkap ikan secara kecil-kecilan
- Ekonomi dagangan adalah kegiatan pertanian atau perlombongan
yang melibatkan lebihan pengeluaran pemasaran
- Berskala besar
- Mengguna tenaga buruh yang ramai
- Modal besar
- Teknologi yang tinggi
- Pemasaran luas
2 Ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan 30
* Ekonomi Tradisional markah
- Pelbagai kegiatan ekonomi.
- Berjaja/berniaga/berdagang.
- Melombong
- Bercucuk tanam
- Memungut hasil hutan
- Menternak binatang
- Menangkap ikan
- Mengusahakan tanaman sampingan
- Ekonomi sara diri
- Skala pengeluaran kecil
- Menggunakan teknologi yang rendah
- Modal yang kecil
- Modal terhad
- Buruh terhad
- Pasaran kecil
- Lebihan hasil digunakan keluarga/kumpulan masyarakat
- Hasil lebih ditukar dengan barangan lain
- Hasil yang lebih digunakan untuk kenduri-
kendara/zakat/sedekah/hadiah/simpanan.
- Tiada pengkhususan pekerjaan
- Pembahagian kerja melibatkan perbezaan jantina dan umur
- Kraftangan/sutera/kain kapas/senjata/tembaga
- Tenunan
* Ekonomi Dagangan
- Bertujuan pemasaran/eksport
- Berskala besar
- Buruh ramai
- Modal besar
- Teknologi tinggi
- Pasaran luas
- Contoh tanaman getah/gambir/lada hitam/tebu/ubi
kayu/kopi/tembakau/kelapa sawit/ teh/ kelapa.
- Dwiekonomi
- Pecah dan perintah
- Melibatkan orang barat/india/cina/pemodal Eropah
- Melantik H.N Ridley sebagai Pengarah Botanical Garden
- Mengadakan pameran
- Mengagihkan benih getah secara percuma
- Memperkenalkan sisitem torehan secara Ibedem
- Melibatkan syarikat-syarikat perwakilan
- Memberi galakkan/sokongan kepada pemodal asing
- Industri Perlombongan
- Industri Kewangan
- Industri Pertanian
3 Usaha-usaha British memperkenalkan ekonomi dagangan 15
- Melantik H.N Ridley sebagai Pengarah Botanical Garden markah
- Mengadakan pameran
- Mengagihkan benih getah secara percuma
- Memperkenalkan sisitem torehan secara Ibedem
- Melibatkan syarikat-syarikat perwakilan
- Memberi galakkan/sokongan kepada pemodal asing
- Mengagihkan benih getah secara percuma
- Memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing
- Memberi kadar sewa tanah
- Memberi tarif cukai yang rendah
- Cukai Eksport dikeculaikan selama 50 tahun
- Memperkenalkan rancangan sekatan Stevenson
- Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
- Penyediaaan modal/insentif modal
- Teknologi kapal korek
- Meluluskan enakmen / undang-undang untuk menguasai lombong
- Menggalakkan kemasukan buruh luar
- Membawa masuk buruh luar
- Buruh Cina dalam sector perlombongan
- Buruh India dalam sector perladangan
- Mewujudkan jawatan pegawai perlindungan buruh
- Meluluskan undang-undang untuk membaiki system pengambilan
buruh
- Sistem pengambilan kakitangan/rumah kongsi menggantikan sistem
tiket kredit
- Menaja kemasukan imigran Cina /Foochow ke Sarawak
- Menguatkuasakan undang-undang Tabung Imigresen India
- Memperkenalkan penggunaan mata wang asing
- Menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan
wang kertas
- Wang kertas digunakan untuk perdagangan di Negeri Selat
- Menubuhkan institusi kewangan/bank
- Memperkenalkan system kewangan moden yang berorientasikan
keuntungan/ kadar faedah yang tinggi
- Memperkenalkan system rekod tanah
- Memperkenalkan Enakmen Tanah Persekutuan
- Memperkenalkan Enakmen Tanaman Padi
Kuasa Residen untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah
- Memperkenalkan kadar cukai mengikut jenis tanah
- Mengekalkan orang Melayu sebagai petani
- Dasar perlindungan kepada pemodal dan pengusaha Eropah/Sekatan
Stevenson
- Menaikkan harga getah di pasaran
4 Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai 15
tarikan pelabur asing ; markah
- Mengekalkan perpaduan kaum
- Kreatif dan inovatif
- Menambah tenaga mahir
- Menaik taraf infrastruktur
- Merperkukuh pusat kewangan persisir pantai
- Mewujudkan perdagangan bebas
- Memberikan bantuan modal
- Meluaskan pasaran / mencari pasaran baru
- Meluaskan dagangan dua hala
- Menjadikan negara hub hala
- Memperkasa wilayah pembangunan ekonomi
- Memperluaskan hubungan diplomatik
- Mengadakan pertukaran teknologi
- Mempelopori penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam
- Menjamin keamanan dan kedaulatan negara
- Memajukan pelancongan
- Perkongsian ilmu pengetahuan
( mana-mana munasabah )
5 Kejayaan Malaysia dalam ekonomi di peringkat global. 10
Perindustrian ; markah
- Pembuatan otomobil/industri berat
- Sektor perkilangan
- Menyediakan zon perdagangan bebas
- Koridor raya multimedia
- Industri elektronik
Pertanian ;
- Bioteknologi
- Pusat pengeluaran herba
- Pengeluar komoditi dunia
- Menjadikan pertanian satu industry
Perlombongan ;
- Petrokimia
- Carigali minyak
Pusat Kewangan ;
- Pusat pengeluar makanan halal dunia
- Pelopor hub halal dunia
- Pusat tumpuan ekonomi dunia
- Sistem bank yang kukuh
- Pusat kewangan Islam
Sistem pengangkutan dan perhubungan ;
- Industri perkapalan
- Pengangkutan tambang murah
- Perkhidmatan cemerlang peringkat dunia
- Perluasan penggunaan internet
- Jalur lebar
Pelancongan ;
- Memelihara bandar warisan dunia
- Menarik pelabur asing
( mana-mana munasabah )
6 Cabaran dan langkah-langkah untuk menghadapi cabaran Wawasan 10
2020 markah
* Cabaran
i) Kewangan
- Kekurangan modal
- Nilai mata wang turun naik/spekulasi
ii) Pelaburan
- Kejatuhan pasaran saham
- Pelabur berpindah ke Negara lain
- Masalah menarik pelabur asing
iii) Teknologi
- Teknologi masih rendah
- Masih bergantung kepada teknologi luar
iv ) Globalisasi
- Persaingan dengan Negara maju
- Pengiktirafan oleh Negara maju
- Salah guna laman sesawang
v) Pasaran
- Menembusi pasaran antarabangsa
- Pasaran terhad
- Tekanan/sekatan Negara maju
vi) Tenaga kerja
- Kurang mahir
- Bergantung kepada Negara luar
- Ramai tenaga mahir berkhidmat di luar Negara
- Kurang pengetahuan
vii) Gejala social
- Keruntuhan akhlak
- Dadah
- Nilai-nilai kemanusiaan pudar
* Langkah-langkah
i) Penguasaan ilmu
- menjadi hak pendidikan
- mengubah suai kurikulum untuk memenuhi keperluan semasa
- pendidikan sepanjang hayat
- melahirkan modal insane
- pendidikan maya
- pendidikan kel luar Negara
ii) Kemahiran
- penguasaan ICT
- menambah bilangan tenaga professional dalam/luar Negara
- menambah pusat pengajian tinggi yang berkaitan kemahiran
- mendapat latihan di luar Negara
iii) R& D
- menghasil produk tinggi
- memperuntukkkan dana
- mendapat hak milik/patern
- meneroka bidang baru
iv) Kewangan
- penggabungan bank
- tambatan mata wang
- memperkenalkan dinar emas
- memperluaskan perbankan Islam
v) Pasaran
- meningkatkan kualiti barangan
- mencari pasaran baru
- mengadakan promosi/pameran
- e-dagang
vi) Modal Insan
- memperkukuhkan jati diri/PLKN
- menerapkan integriti/anti rasuah
- memperkasa sekolah agama
- konsep 1 Malaysia
- merealisasikan wawasan 2020
- mendaulat Bahasa Melayu/memperkasa BI
7 Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara 10
- Berkemahiran markah
- Bersyukur
- Rajin
- Berusaha bersungguh-sungguh
- Berani
- Bijak memanfaat peluang
- Kreatif
- Inovatif
- Berdaya saing
- Jati diri yang tinggi
- Perpaduan
- Kerjasama
- Kebijaksanaan pemimpin
( mana-mana munasabah )
8 Rumusan 5
- Pengetahuan yang diperolehi markah
- Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
- Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

Anda mungkin juga menyukai