Anda di halaman 1dari 5

Tanaman getah merupakan tanaman utama selepas tanaman sawit yang diperkenalkan

oleh H.N Ridley pada tahun 1877 di daerah Kuala Kangsar 1. Getah merupakan salah satu aset

utama yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa sejak dari zaman kolonial British apabila

pihak British berjaya menanam getah yang pertama di Kuala Kangsar. Hal ini membuktikan

bahawa kawasan tersebut boleh dibangunkan menjadi kawasan tanaman ladang getah 2. Banyak

tanah telah diterokai oleh pihak British untuk membuka ladang getah secara besar-besaran dan

kemudian ladang ini akan diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil di daerah tersebut.

Setelah kemerosotan yang ketara dilihat pada tanaman tebu, pihak British mengambil

langkah untuk mengkomersialkan tanaman getah dengan lebih giat melihat kepada permintaan

yang tinggi di pasaran antarabangsa dan kenaikan harga getah yang melambung dari tanaman

lain. Pihak British melihat ini sebagai satu peluang keemasan untuk mengaut keuntungan melalui

tanaman getah. Oleh itu, pihak British telah memperkenalkan satu pelan pembangunan ekonomi

khusus untuk tanaman getah iaitu skim pinjaman khusus bagi peladang dan pengusaha getah

bermula tahun 19093. Kadar sewa tanah dan tariff cukai juga telah diturunkan bagi peladang

yang berhasrat untuk mengusahakan perladangan getah. Hal ini adalah untuk membantu para

pengusaha tanaman getah serta menggalakkan lagi perkembangan perladangan getah di daerah

Kuala Kangsar khususnya.

1
The World's Rubber. (1917). Upper Murray and Mitta Herald (Vic. : 1914 - 1918). Retrieved May 30, 2020, from
http://nla.gov.au/nla.news-article120982159, hlm 1
2
Jamaie Hamil (2005 ).Dinamika Pembangunan Melayu: Dari Kepimpinan UMNO. Journal of International Studies
Vol 1, Hlm 137-138.
3
Mohd Shazwan Mokhtar, Muhamad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin, 2017, Perkembangan Sistem
Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913), JEBAT: Malaysian Journal of History,
Politics& Strategic Studies, Bil 44, No.2, hlm. 11.
Perusahaan getah di Tanah Melayu yang menjadi tumpuan telah menarik minat pemodal-

pemodal asing dari eropah untuk datang melabur dalam perusahaan getah. Dasar British yang

menggalakkan kemasukkan para pemodal asing untuk melabur telah disambut baik oleh mereka

rata-rata. Pelaburan yang dilakukan oleh pemodal asing ini akan disalurkan kepada penubuhan

syarikat-syarikat perwakilan di Tanah Melayu yang ditugaskan untuk membuka lebih banyak

ladang getah yang baru di Tanah Melayu4. Antara syarikat-syarikat perwakilan yang

menguruskan eksport getah termasuklah Harissons dan Crosfield, Boustead Buttery Estate

Agency, Guthrie dan Sime Darby5. Syarikat-syarikat ini perlu mendapatkan kelulusan daripada

Rubber Exports Committee terlebih dahulu sebelum mengeskport getah ke negara tertentu

seperti Amerika Syarikat misalnya melalui Teluk Anson.

Pembukaan besar-besaran ladang getah oleh syarikat-syarikat perwakilan di pantai barat

telah menimbulkan satu permasalahan dalaman iaitu kekurangan buruh untuk berkerja di ladang

getah6. Masyarakat Melayu pada ketika itu lebih cenderung melakukan tanaman sara diri

daripada bekerja di ladang-ladang getah milik British. Oleh itu, pihak British telah mengambil

insiatif dengan membawa masuk buruh dari India untuk berkerja di ladang getah. Hal ini kerana

buruh dari India tidak memerlukan kos yang tinggi memandangkan mereka sanggup bekerja

walaupun dibayar dengan gaji yang rendah.

4
Khairi Ariffin, Ramli Saadon, and Tuan Waheda Tuan Chik, (2019) Perladangan komersial di daerah Hilir Perak
pada era kolonial British 1900-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 46 (1), hlm
61-62.
5
Muhammad Ridzuan Amin (2009). Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, Subang Jaya,
hlm 12.
6
Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad (1990). Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala
Lumpur, Fajar Bakti. Hlm 172
Di sebalik perkembangan industri getah yang sedang membiak ini terdapat kekangan

yang perlu di hadapi. Antaranya adalah kemerosotan harga getah di pasaran dunia akibat

kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929-1932. Waktu ini disebut sebagai depresi ekonomi

apabila bursa sahan Wall Street telah jatuh dan perkara ini telah menyebabkan kehilangan jutaan

pelabur di seluruh dunia. Hasilnya, produksi di kilang berkurangan pada tempoh ini. Maka,

pemintaan terhadap getah juga mulai berkurang di pasaran dunia menyebabkan pertumbuhan

ekonomi yang sangat perlahan. Oleh itu, pihak British telah memperkenalkan Rancangan

Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa. Tujuan untuk menstabilkan harga getah

yang jatuh merundum dengan mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang telah ditetapkan.

Perjanjian tersebut telah disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India,

Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand.

Kekangan terhadap industri getah terutamanya di bahagian Kuala Kangsar tidak berakhir

di situ apabila pada tahun 1948 berlakunya pembunuhan terhadap tiga orang peladang eropah di

Sungai Siput oleh pihak komunis 7. Pihak british telah mengistiharkan zaman tersebut sebagai

zaman darurat apabila lebih kurang 22 orang peladang eropah telah dibunuh oleh komunis

dengan kejam di kawasan Perak khususnya8. Perusahaan getah pada zaman darurat mengalami

kerugian apabila kebanyakan pokok getah dirakik, mangkuk getah dipecahkan dan mesin getah

dirosakkan oleh komunis yang bersembunyi di dalam hutan belukar. Perkara ini telah

menimbulkan rasa takut dalam kalangan buruh untuk pergi bekerja9.

7
Jayakumary Marimuthu (2012). Zaman Darurat 148-1960: Kajian Keadaan Sosioekonomi di Sungai Siput (U),
Malaya in History/Malaysia in History dan Malaysia Dari Segi Sejarah, hlm 131.
8
Ibid, hlm 131.
9
Ibid, hlm 132.
KESIMPULAN

Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 telah membuka 1001 ruang kepada pihak British untuk

memperluaskan kawasan taklukannya untuk mengaut keuntungan daripada Tanah Melayu.

Ledakan harga getah di pasaran dunia telah menimbulkan minat pelabur British untuk melabur di

Tanah Melayu dan kejatuhan harga getah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi pada tahun

1929 dan kekacauan yang berlaku oleh pihak komunis di ladang-laang getah milih pihak British.

Dasar-dasar yang digunapakai oleh pihak British dalam bidang perladangan telah mendorong

kepada kemasukan buruh dari India untuk berkerja di ladang getah.


Cheah Boon Kheng dan Ali Abdul Talib Ahmad (1990). Kolonialisme di Malaysia dan Negara-
Negara Lain, Kuala Lumpur, Fajar Bakti.

Jamaie Hamil (2005).Dinamika Pembangunan Melayu: Dari Kepimpinan UMNO. Journal of


International Studies Vol 1, 133-152.

Jayakumary Marimuthu (2012). Zaman Darurat 148-1960: Kajian Keadaan Sosioekonomi di


Sungai Siput (U), Malaya in History/Malaysia in History dan Malaysia Dari Segi Sejarah.

Khairi Ariffin, and Ramli Saadon, and Tuan Waheda Tuan Chik, (2019) Perladangan komersial


di daerah Hilir Perak pada era kolonial British 1900-1957. Jebat: Malaysian Journal of
History, Politics and Strategic Studies, 46 (1). pp. 58-78. ISSN 2180-0251

Mohd Shazwan Mokhtar, Muhamad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin, 2017,
Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(1909-1913), JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics& Strategic Studies, 44(2). 1-26.

Muhammad Ridzuan Amin (2009). Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Mika Cemerlang Sdn.
Bhd, Subang Jaya.

The World's Rubber. (1917, May 10). Upper Murray and Mitta Herald (Vic. : 1914 - 1918), p. 1.
Retrieved May 30, 2020, from http://nla.gov.au/nla.news-article120982159

Anda mungkin juga menyukai