Anda di halaman 1dari 3

Bahagian C (40 markah)

Arahan: Bahagian ini mengandungi empat soalan. Pilih dan jawab dua soalan sahaja.

1. Terdapat beberapa pengertian sejarah dari aspek bahasa.


a) Jelaskan pengertian sejarah berdasarkan bahasa yang berikut:
i. Bahasa Melayu
Pengertian Sejarah berdasarkan Bahasa Melayu ialah syajaratun yang bererti pokok.
ii. Bahasa Inggeris
Pengertian Sejarah berdasarkan Bahasa Melayu ialah history yang bererti cerita tentang seseorang
iii. Kamus Dewan
Pengertian Sejarah berdasarkan Kamus Dewan ialah asal usul dan peristiwa yang benar-benar berlaku.

b) Sajarawan yang berikut memberikan pandangan mereka mengikut pengertian sejarah.

Herodotus Ibn Khaldun


Apakah maksud sejarah mengikut pandangan Herodotus dan Ibn Khaldun?
Maksud Sejarah berdasarkan pandangan Herodotus ialah penceritaan tentang tindakan manusia
yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. Manakala, menurut Ibn Khaldun
Sejarah membicarakan tentang Masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang
berlaku pada sifat-sifat Masyarakat itu sendiri.

c) Terangkan pengertian sejarah berdasarkan pengetahuan anda.


Pengertian Sejarah mengikut pengetahuan saya Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap
penulisan Sejarah iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan. Selain itu, Sejarah merujuk kepada apa-apa
yang pernah berlaku. Contohnya peristiwa kemerdekaan negara. Di samping itu, Sejarah mendorong kita
lebih memahami apa yang telah berlaku pada masa ini. Pada masa yang sama, Sejarah adalah ibu kepada
semua bidang. Sejarah juga memberikan iktibar dalam kehidupan manusia dan Sejarah itu adalah masa lalu
itu sendiri. Akhir sekali, Sejarah ialah catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu.

2. Pembelajaran Sejarah telah didedahkan kepada generasi muda sejak peringat sekolah rendah.
(a) Jelaskan kepentingan mempelajari sejarah. (6 markah)
Kepentingan mempelajari Sejarah adalah kita dapat mengenal asal usul keluarga dan negara. Selain itu
kepentingan kedua adalah mengambil iktibar dari peristiwa masa lalu. Kepentingan ketiga adalah
mengukuhkan perpaduan antara kaum. Kepentingan keempat dapat membangunkan bangsa dan negara. Di
samping itu, kepentingan kelima adalah dapat mengaplikasikan kemahiran pemikiran Sejarah. Akhir sekali
dapat memupuk semangat patriotisme.

(b) Mengapakah generasi muda hari ini tidak minat untuk mempelajari sejarah? (6 markah)
Generasi muda hari ini tidak minat untuk mempelajari Sejarah kerana merasa bosan sewaktu belajar
Sejarah. Mereka juga menyatakan Sejarah perlu mengingati banyak fakta. Selain itu, Sejarah juga perlu
banyak membaca dan menghafal fakta. Pengaruh teknologi yang semakin berkembang turut menyebabkan
mereka tidak minat dengan subjek Sejarah. Murid tidak mempunyai semangat cintakan negara. Akhir sekali,
mereka juga mementingkan diri sendiri.

7
(c) Nyatakan langkah-langkah memupuk generasi muda supaya meminati mata pelajaran Sejarah? (8 markah)
Langkah-langkah untuk memupuk generasi muda supaya meminati mata Pelajaran Sejarah adalah
mengadakan kempen cintakan negara. Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke
muzium atau arkib negara. Di samping itu, ibu bapa juga boleh memupuk minat anak-anak untuk meminati
Sejarah dari mereka masih kecil dengan cara membawa mereka pergi ke tempat-tempat bersejarah seperti di
Lenggong, Perak. Akhir sekali murid boleh menyokong slogan 1 Malaysia atau menyanyikan lagu patriotik.

3. Bumi telah mengalami suhu panas bermula 8,500 tahun dahulu yang telah menyebabkan berlaku kecairan air
batu yang menandakan berakhirnya Zaman Air Batu Akhir.
(a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah suhu dunia semakin meningkat? (6 markah)
Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, suhu dunia semakin meningkat kerana wujud pembakaran
terbuka seperti pembakaran hutan. Selain itu, berlaku aktiviti penebangan pokok. Di samping itu, berlaku juga
pembakaran minyak dari kenderaan seperti kereta dan lori. Seterusnya, berlaku radiasi bumi menyebabkan
suhu dunia makin meningkat. Akhir sekali aktiviti pertanian dan penternakan yang menggunakan racun
serangga dan baja kimia yang berlebihan sehingga menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau yang banyak.

(b) Huraikan ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir. (6 markah)


Ciri-ciri zaman air batu akhir adalah Aras laut. Hal ini kerana Permukaan air laut membeku, Paras air
laut rendah, Pulau-pulau bersambung dengan tanah besar dan Memudahkan manusia serta binatang
bermigrasi. Ciri kedua adalah kehidupan manusia. Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah
yang sejuk. Mereka juga hidup secara nomad dan memburu binatang. Ciri ketiga adalah ciri fizikal bumi.
Permukaan air laut yang membeku menyebabkan sebahagian besar bumi dilitupi salji. Ciri keempat adalah
binatang. Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda dan singa tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk.
Seterusnya, ciri kelima tumbuhan. Tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar. Akhir
sekali, ciri keenam adalah suhu. Suhu dunia terlalu sejuk dan Dunia dipenuhi oleh salji terutamanya di
kawasan kutub dan benua Eropah

(c) Sebagai generasi masa kini, nyatakan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memelihara alam
sekitar? (8 markah)
Langkah-langkah yang boleh saya lakukan untuk memelihara alam sekitar adalah mengelakkan
pembakaran terbuka. Misalnya pihak berkuasa boleh memberikan hukuman yang berat kepada mereka yang
membakar hutan secara sengaja. Oleh itu, undang-undangyang ketat untuk memelihara alam sekitar perlu
dilaksanakan. Selain itu, Langkah kedua adalah mewujudkan kempen Cintai Alam Sekitar. Melalui kempen ini
pihak berwajib boleh mencipta kenderaan yang tidak menggunakan bahan bakar yang membebaskan banyak
karbon. Di samping itu, Pendidikan tentang mencintai Alam Sekitar di peringkat sekolah rendah. Contohnya
melaksanakan program kitar semula barangan terbuang.

4. Kewujudan manusia Zaman Prasejarah dapat diketahui melalui kajian arkeologi dengan menggunakan kaedah
gali cari. Zaman ini dibahagikan kepada empat zaman utama iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman
Neolitik dan Zaman Logam.
(a) Huraikan kegiatan ekonomi Zaman Prasejarah? (6 markah)
Kegiatan ekonomu Zaman Praejarah adalah aktiviti memburu binatang dan mengumpul hasil hutan.
Aktiviti ini merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh masyarakat zaman Paleolitik hingga zaman
Heobinhian. Kegiatan ekonomi pada ketika ini berbentuk sara diri sepenuhnya.

Selain itu, Masyarakat juga menjalankan kegiatan pertanian. Pertanian dijalankan oleh masyarakat
Neolitik. Aktivitit menanam padi dijalankan di pinggir sungai dan lembah yang subur. Contohnya di Hulu
Tembeling, Pahang, Ulu Kelantan. Peralatan yang digunakan untuk menuai padi ialah “Pisau Tembeling” di
Pahang. Pada ketika itu, lebihan padi menjadi barang pertukaran masyarakat pada ketika itu

Kemudian, masyarakat Zaman Prasejarah menjalankan aktiviti kegiatan perdagangan. Aktiviti ini
dijalankan oleh masyarakat zaman Logam. Mereka menjalankan perdagangan melalui sistem pertukaran barang
dan kegiatan ini dijalankan melalui laluan darat atau maritim. Antara barang dagangan yang penting ialah
loceng dan gangsa.

7
(b) Gambar di bawah menunjukkan antara peralatan yang dihasilkan dan digunakan oleh manusia Zaman
Prasejarah di negara kita.

Peralatan Zaman Paleolitik Peralatan Zaman Neolitik Peralatan Zaman Logam

Nyatakan perbezaan penemuan peralatan mengikut zaman tersebut? (6 markah)


Perbezaan penemuan peralatan mengikut zaman ialah pada Zaman Paleolitik manusia pada masa ini
membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang haiwan. Peralatan ini pula dalam bentuk sedia ada, ringkas
dan kasar pembuatannya. Seterusnya peralatan sewaktu Zaman Neolitik pula lebih halus dan kemas. Terdapat
pelbagai peralatan termasuklah alat menggali dan roda. Akhir sekali, sewaktu zaman logam Manusia telah
mampu mencipta peralatan yang diperbuat daripada logam. Pembuatan ini berlaku seiring dengan pengetahuan
manusia tentang teknologi peleburan serta pembuatan acuan. Pada Zaman Logam ini, manusia memiliki tahap
kehidupan yang lebih tinggi berbanding dengan Zaman Batu. Peralatan zaman ini terdiri daripada tembaga,
gangsa dan besi.

(c) Nyatakan kepentingan yang telah anda pelajari daripada kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah?
(8 markah)
Kepentingan yang telah saya pelajari daripada kehidupan Masyarakat Zaman Prasejarah adalah dapat
Mendidik saya bersikap tabah menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini kerana kehidupan Masyarakat Zaman
Prasejarah penuh cabaran dan kekurangan. Selain itu, kepentingan kedua adalah menjadikan saya warganegara
yang baik dan berdaya tahan. Kepentingan ketiga adalah dapat mewujudkan rasa bangga terhadap sejarah,
tradisi dan budaya negara. Kepentingan keempat pula dapat memupuk sikap rajin dan gigih. Di samping itu,
kepentingan kelima adalah dapat menjadi saya warganegara bertanggungjawab. Pada masa yang sama,
menjadikan saya lebih kreatif dalam menggunakan sumber yang ada untuk kelangsungan hidup. Akhir sekali,
dapat memupuk kerjasama dalam kumpulan bagi memudahkan urusan harian

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai