Anda di halaman 1dari 13

1)Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan empayar Kesultanan Melayu Melaka pada

abad ke-15.

FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:

(i) Faktor semula jadi atau geografi

(ii) Faktor ekonomi

(iii) Faktor politik

Faktor Semula Jadi atau Faktor Geografi

Kegemilangan Melaka dalam aspek perdagangan dipengaruhi oleh kedudukan geografinya yang
terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai
penyambung pasaran perdagangan utama dunia pada waktu itu, iaitu di antara benua India dengan
benua China.Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin
monsun’, iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, iaitu Angin
Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya
yang bertiup pada bulan April hingga Oktober. Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu
kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit menjadi yang mesti dilalui oleh semua pedagang
untuk ke mana-mana destinasi. Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk
disinggah. Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-
kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.Kemasyhuran perdagangan Melaka juga
dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya. Sumber ini meliputi hasil hutan seperti
kayu-kayan untuk menghasilkan kayu wangi, damar dan rotan.Orang Melayu pesisir (disepanjang
sungai dan pantai Melaka) memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan,
manakala pengumpulan hasil hutan sebenarnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli persekitaran
yang telah mendiami kawasan pendalaman sejak zaman prasejarah lagi. Kelompok ini berkemahiran
mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan, akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang
bermutu ataupun yang rosak. Mereka berperanan membawa hasil-hasil hutan ke pantai, pingir
sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan
sungai.Hubungan masyarakat orang Asli dengan orang melayu dari segi pertukaran barang (sistem
barter) menunjukkan bahawa sistem perdagangan tradisional telah pun wujud di Melaka sebelum
muncul sebagai pelabuhan antarabangsa.Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana
Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian, khasnya emas.Tempat perlombongan emas
yang banyak telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu masyhur pada masa dahulu.Tradisi
menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu Melaka dan negeri –negeri yang lain juga
berkaitan dengan kemewahan pengunaan emas di istana raja-raja Melayu.Sejak abad pertama lagi
,pedagang-pedagang India telah mula keluar dan mencari Semenanjung Emas ini apabila bekalan
emas daripada Empayar Rom terhenti (ekoran tindakan Maharajanya yang mengharamkan eksport
emas apabila pengeluaran terhad akibat ketidakaman di Siberia).Penciptaan kapal-kapal layar yang
baik juga turut mendorong pedagang-pedagang India keluar mencari sumber emas tersebut.Selain
emas, bijih timah juga telah diusahakan semenjak awal Masihi lagi.Terdapat kawasan lombong bijih
timah yang banyak di Semenanjung Tanah Melayu. Misalnya catatan menyatakan ,sejak abad ke-5
Masihi lagi bijih timah telah didagangkan ke India untuk dicampurkan dengan gangsa.Timah
digunakan dalam industri pembinaan patung-patung dewa dewi mereka.Walaupun cara
melombomh ketika itu masih berifat primitive, namun kaedah tersebut tetap mendatangkan
keuntungan.Pelabuhan Melaka berfungsi sebagai pusat pengedaran hasil timah pada dekad-dekad
berikutnya.Di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.Daun nipah digunakan untuk
menganyam tikar dan atap.Nira nipah digunakan untuk membuat minuman arak, manakala kayu
bakau dijadikan kayu api.Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh
Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton,iaitu tumbuhan laut yang menjadi makanan
haiwan laut.Hal ini secara tidak langsung telah menggalakkan pertumbuhan hasil laut.Sebagai
contoh, siput, kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan kulit atau cengkerang
kowri (kowri atau cowrie ialah sejenis siput laut) pernah dijadikan mata wang yang meluas sebelum
mata wang logam diperkenalkan ketika itu.Kajian arkeologi menunjukkan cengkerang kowri telah
digunakan sejak abad ke-5 dalam perdagangan dalam rantau ini.Kedatangan pedagang Cina ke
rantau ini turut menggalakkan industri hasil laut kerana makanan (sup) dan perubatan mereka yang
banyak menggunakan akar pokok ‘bahar’ dan juga ‘teriang’.Industri hasil laut pada ketika itu
memperlihatkan peranan Orang Laut. Hal ini kerana ,hanya mereka sahaja yang mengetahui
kedudukan hasil-hasil tersebut di dasar laut dan di sokong dengan kemahiran berenang dan
menyelam.Sumbangan mereka turut menggalakkan perdagangan dan ekonomi di Melaka.

Faktor Ekonomi

Ekoran kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang


dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil seperti rempah, rotan, kayu dan damar menjadi
barang dagangan yang penting ketika itu.Hasil, Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan
perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan interpot yang maju dan berjaya.

Faktor Politik dan Pentadbiran

Hubungan rapat antara Melaka dengan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh
perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam yang kuat pada
waktu itu.Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan
penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan
tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan
mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama
yang wujud di negeri-negeri Melayu.Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang
tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata
wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan diplomatik. Di samping itu,
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi
di Melaka berjalan lancar.

2) Huraikan kepentingan kerjasama antara kaum sebelum merdeka di Tanah Melayu?

Kepentingan kerjasama antara kaum di antaranya adalah KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH
KEMERDEKAAN

Pengenalan:

• Membina sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah.

• Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir
negara mereka sendiri.

• Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan
dapat dicapai.
• Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaan negara
melalui perundingan tanpa pertumpahan darah sewajanya kita hargai.

4.1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum

1. British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin

mendapatkan kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian
masyarakat.

2. Bagi British, hal ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya

di Tanah Melayu.

3. Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul

kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama

LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN

A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

1. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada
Januari 1949.

2. CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah
Melayu.

3. Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa
kepada perpaduan kaum.

4. Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai
oleh Dato’ Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.

5. Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon)
dan Eropah.

6. CLC telah mengadakan beberapa rundingan .

7. UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah
ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui,
seperti:

Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan


Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran

Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar diwujudkan

Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan

8. Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951.

9. Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.

B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum

1. Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambang kemerdekaan, parti-parti politik di


Tanah Melayu memperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum.

2. Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkan kerjasama kaum ialah:

• UMNO 1946 – pimpinan Dato’Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman

• MIC 1946 – Pimpinan K.L. Devaser

• MCA 1949 – Pimpinan Tan Cheng Lock

• IMP 1951 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar

• PAS 1951 – Pimpinan Hj. Ahmad Fuad

• Parti Negara 1954 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar

3) Semasa di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, UMNO telah bersetuju menerima cadangan
Jawatankuasa Hubungan Antara kaum untuk melonggarkan syarat kerakyatan kepada

orang asing.

4) Dato’ Onn juga mencadangkan supaya UMNO dibuka keahliannya kepada semua kaum, tetapi
mendapat tentangan daripada ahli-ahli UMNO.

5) Dato’ Onn turut mencadangkan Sistem Ahli yang memberi peluang pentadbiran kepada penduduk
pelbagai kaum.
6) Apabila UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau telah menubuhkan Parti
Perikatan yang menggabungkan parti pelbagai kaum untuk menghadapi Pilihan Raya

Majlis Perundangan 1955.

7) UMNO pernah membentuk pakatan dengan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran
Kuala Lumpur 1952.

8) MIC memberi sokongan terhadap perjuangan Dato’Onn dan IMP yang mengasaskan kerjasama
pelbagai kaum dalam sebuah parti politik.

9) MIC akhirnya menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955.

10) MCA telah mewujudkan pakatan MCA-UMNO pada tahun 1952 dan menyertai Perikatan UMNO-
MCA 1954 dan kemudiannya Parti Perikatan 1955.

11) Independence For Malaya Party (IMP), PAS dan Parti Negara merupakan parti-parti yang
menegakkan kerjasama kaum dalam satu parti politik . Walau bagaimanapun PAS hanya menerima
keanggotaan pelbagai kaum yang beragama Islam.

Pendidikan Alat Pperpaduan

1) Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan
generasi muda.

2) Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah Melayu akan dapat disatukan dengan
perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah Melayu.

3) Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan kaum kerana pada
masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:

i. Sekolah Agama Islam:

(a) Terdiri daripada sekolah agama, sekolah pondok dan madrasah

(b) Bahasa Melayu atau bahasa arab digunakan sebagai bahasa pengantar

(c) Mengajar terutamanya pelajaran agama

(d) Dibiayai rakyat dan orang perseorangan


(e) Bebas daripada kawalan British

(f) Menyediakan pengajaran peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah

(g) Lepasan pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir.

ii. Sekolah Vernakular:

(a) Didirikan oleh Kerajaan British

(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar

(c) Hanya di peringkat sekolah rendah

(d) terletak di luar bandar

(e) Suasana pembelajaran yang serba kekurangan

(f) Awalnya kurang mendapat sambutan kerana tiada pelajaran Quran.

(g) Lepasan pelajarnya hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI)

(h) Lepasan pelajar tiada peluang menjawat jawatan tinggi.

iii. Sekolah Vernakular Cina:

(a) Ditubuhkan sejak akhir kurun ke-19 oleh pihak persendirian dan parti-parti politik.

(b) Menggunakan bahasa Cina khususnya bahasa Mandarin sebagai pengantar.

(c) Sukatan pelajaran, guru, buku teks di bawa dari China.

(d) Tujuannya untuk mengekalkan identiti Cina di Tanah Melayu.

(e) Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina.

(g) Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.

(h) Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.

(i) Lepasan sekolah berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat Pengajian Tinggi di China.

iv. Sekolah Vernakular Tamil:

(a) Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial

(b) Menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar

(c) Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan India


(d) Guru dibawa dari India

(e) Persekitaran belajar serba kekurangan

(f) Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah.

(g) Kurang mendapat sambutan kerana lebih suka anak-anak membantu di ladang.

(h) Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.

v. Sekolah Vernakular Inggeris

(a) Ditubuhkan sejak kurun ke-19 oleh mubaligh Kristian

(b) Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.

(c) Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan
swasta.

(d) Didirikan di bandar-bandar

(e) Pelajar lepasannya berpeluang melanjutkan pelajaran Ke peringkat kolej dan universiti dalam dan
luar negara.

(f) Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat tinggi

(g) Dipandang tinggi oleh masyarakat.

4) Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga
menghalang perpaduan kaum.

5) Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta kepercayaan
masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkan

komunikasi.

6) Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis
melalui sekolah-sekolah Cina.

7) Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan, beberapa
laporan pelajaran telah diadakan.

8) Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu system pendidikan kebangsaan
supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan
kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu.

CADANGAN LAPORAN PELAJARAN

i) Laporan Barnes 1951


(a) Sekolah adalah wajib

(b) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

(c) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

(d) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon

(e) Sistem latihan perguruan yang sama

(f) Sistem peperiksaan dan sistem nazir yang sama

ii) Laporan Fenn-Wu 1951

(a) Menolak cadangan Penyata Barnes kerana mahu terus mengekalkan identiti sistem

pendidikan Vernakular Cina.

iii) Ordinan Pelajaran 1952

(a) Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu

b) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

(c) Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama

(d) Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.

iv) Laporan Razak 1956

(a) Mengadakan sistem sekolah umum dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar

di sekolah rendah dan sekolah menengah.

(b) Pendidikan rendah adalah wajib

(c) Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan , latihan perguruan, dan sistem nazir adalah

sama.

(d) Pentadbiran pendidikan adalah berpusat.

(e) Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.

1. Keempat-empat laporan pendidikan itu mempunyai satu hubungan yang jelas antara satu sama
lain.

2. . Penyata Barnes telah menjadi asas laporan-laporan pelajaran yang lain, dan telah diperakui oleh
Ordinan Pendidikan 1952.
3. Walau bagaimanapun, Laporan Fenn-Wu telah menolak menolak penggunaan bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar , dan menuntut bahasa mandarin menjadi pengantar di
sekolah Cina. Dengan itu, Laporan Fenn-Wu telah mengekalkan sekolah aliran Cina sebagai satu
sistem pendidikan yang tersendiri.

4. Keadaan ini menyebabkan matlamat memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan tidak

terlaksana.

5. Penyata Razak 1956 telah menerima Penyata Barnes tetapi demi tolak ansur politik, penyata ini
membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular sepuluh tahun selepas merdeka.

6. Sekolah vernakular akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan menggunakan bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu.

7. Dengan pelaksanaan Penyata Razak mulai tahun 1961, sistem pelajaran kebangsaan semakin
menjadi realiti.

8. Ciri-ciri perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat

melalui:

a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi melahirkan perpaduan di kalangan

rakyat

b) Mengadakan bahasa pengantar yang seragam bagi sekolah rendah, menengah dan universiti.

c) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem pentadbiran yang sama dan berpusat.

4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

1) Kerajaan British menetapkan perpaduan kaum sebagai prasyarat bagi Tanah Melayu untuk
berkerajaan sendiri.

2) Kerjasama kaum akan menjamin perpaduan rakyat dan seterusnya menjamin kepentingan
ekonomi British di Tanah Melayu tidak terjejas.

3) Justeru sejak 1951, British menekankan kerjasama kaum dalam setiap langkah ke arah
berkerajaan sendiri.

Langkah-langkah ke arah Berkerajaan Sendiri.

a) Sistem Ahli 1951


i. Sistem Ahli merupakan suatu sistem pentadbiran yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam
pentadbiran Tanah Melayu.

ii. Diperkenalkan pada Januari 1951, hasil idea Dato’ Onn bin Jaafar yang mendapat sokongan
daripada kerajaan British dan Raja-raja Melayu.

iii. Cadangan tersebut selaras dengan hasrat British untuk menjalankan satu dasar yang dikenali
sebagai ’dekolonisasi’.

iv. Kerajaan British berpendapat Sistem Ahli akan dapat mengurangkan tekanan parti Komunis
Malaya yang sedang berusaha meluaskan pengaruhnya di kalangan penduduk Tanah Melayu.

iv. Sistem Ahli dilaksanakan selama 5 tahun setengah dan tamat pada Jun 1955.

Ciri-ciri Sistem Ahli:

Satu Sistem kabinet bayangan ( seakan-akan kabinet menteri di negara merdeka tetapi tidak dipilih
secara pilihan raya ) yang mengandungi beberapa orang pegawai tadbir atau tokoh masyarakat.

Anggotanya dikenali sebagai Ahli. Misalnya, Ahli Pelajaran ( Menteri Pelajaran)

Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu:

5 penduduk Tanah Melayu

3 Melayu

1 Cina

1 India

4 pegawai British

Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruh Jaya

Tinggi British.

Ahli-ahlinya :

Dato’Onn bin Jaafar Ahli Hal-Ehwal Dalam Negeri 1951-1955

Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah dan Perlombongan 1951-1954

Tunku Yaacob Almarhum Sult.Abdul Halim Shah Ahli Pertanian dan Perhutanan 1951-1955

E.E.C. Thuraisingham Ahli Pelajaran 1951-1955

Dr. Lee Ting Keng Ahli Kesihatan 1951-1954


v. Pada tahun 1955, Wakil UMNO, Tun Dr. Ismail, Abdul Rahman dan wakil MCA, H.S.Lee telah
menganggotai Sistem Ahli.

vi. Sistem Ahli menggambarkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Tanah Melayu. Ini adalah
kerana ahli-ahli yang dilantik adalah gabungan pemimpin- pemimpin pelbagai kaum di negara ini.

vi. Sistem Ahli merupakan unsur penting dalam menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai dapat
diperjuangkan oleh semua penduduk pelbagai kaum.

• Sistem Ahli juga memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan
menerajui sebuah kerajaan walaupun Tanah Melayu masih dikuasai British.

b. Kelonggaran Kerakyatan Persekutuan

i. Jawatankuasa Hubungan Antara kaum telah mencadangkan agar syarat kerakyatan Persekutuan
Tanah Melayu dilonggarkan.

ii. Cadangan ini bertujuan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya
mencurah taat setia sepenuhnya kepada Tanah Melayu di samping mengelakkan golongan imigran
daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya.

iii. Cadangan ini dipersetujui UMNO, Raja-raja Melayu dan kerajaan British.

iv. Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan
peringkat negeri.

v. Di peringkat persekutuan, kerakyatan dilonggarkan dengan tiga cara, iaitu:

secara kuat kuasa undang-undang ( operation of law)

secara permohonan (application)

Secara naturalisasi ( naturalization)

KELONGGARAN SYARAT KERAKYATAN PERSEKUTUAN.

Secara Kuat Kuasa Undang-Undang

(Operation of law)

• Seorang rakyat raja di negeri Melayu

• Seorang warganegara British dan koloni-koloninya (Hong Kong, Australia, New Zealand, India dan
Burma ) yang lahir di Negeri-negeri Selat.
Secara Permohonan

• ( Application) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun,


berkelakuan baik, dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan.

• Kerakyatan ini diberi oleh Pesuruhjaya Tinggi kerana telah berjasa dengan Tanah Melayu.

Secara Naturalisasi

• (Naturalization) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang telah menetap di negeri ini
selama 10 tahun daripada 12 tahun berturut-turut.

vi. Kerakyatan di peringkat negeri yang telah dilonggarkan dikenal sebagai Kerakyatan Negeri 1951.

Tujuannya bagi melahirkan perpaduan di kalangan penduduk negeri-negeri Melayu.

vii. Kelonggaran bertujuan mengiktiraf golongan imigran sebagai rakyat raja Melayu.

vii. Syarat-Syarat Kerakyatan Negeri 1951

Syarat Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan

• Orang asli di negeri-negeri Melayu

• Seorang melayu dilahirkan di negeri Melayu

• Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapanya
dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.

• Seorang yang telah berumur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik,

mengangkat sumpah setia kepada raja, dan melepaskan kewarganegaraan asal.

ix. Perubahan syarat kerakyatan ini menyebabkan rakyat Raja Melayu bukan sahaja terdiri daripada
orang Melayu dan orang asli, bahkan juga golongan imigran. Inilah asas penting sebuah kerakyatan
kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

x. Sebagai tukar ganti kepada persetujuan orang-orang Melayu terhadap kelonggaran kerakyatan
persekutuan dan negeri itu, Kerajaan British telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri
Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA)

xi. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang-orang

Melayu di luar bandar.


xii. Dato’Onn telah dipertanggungjawabkan menjadi pengerusi RIDA yang pertama.

xiii. RIDA kemudiannya digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 1966 dan

berkekalan sehingga kini.

c) Pembentukan Parti Perikatan

i. Pembentukan parti perikatan merupakan satu usaha parti-parti politik pelbagai kaum bekerjasama
untuk mendapatkan kemerdekaan.

ii. Pemimpin UMNO, MCA, MIC berpendapat penubuhan Perikatan akan mewujudakn perpaduan
dan keharmonian pelbagai kaum.

iii. Prinsip kerjasama antara parti politik lebih diterima umum berbanding kerjasama pelbagai kaum
dalam satu parti yang pernah diperjuangkan oleh Dato’ Onn melalui IMP dan Parti Negara.

3)Mengapakah rakyat Malaysia perlu memahami dan patuh kepada Perlembagaan Malaysia?

Rakyat Malaysia perlu memahami dan patuh kepada Perlembagaan Malaysia kerana adalah untuk
mengekalkan perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

4) Jelaskan maksud dan kepentingan peruntukan hak asasi dalam Perlembagaan Malaysia?

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen


undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-
undang.

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Anda mungkin juga menyukai