Anda di halaman 1dari 1

NOTA SEJARAH F3

BAB 1: KEDATANGAN KUASA BARAT

1.2 Faktor kedatangan kuasa barat


1600 -Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) diberi hak monopoli perdagangan rempah di alam Melayu
1602 -Syarikat Hindia Timur Belanda
1664 -Syarikat Hindia Timur Perancis

Abad ke 16
i) mendapatkan barang mewah
-contoh rempah ratus/minyak wangi/perak/batu permata/ teh dari China
ii) pusat pengumpulan barang
-sebagai pusat pengumpulan pertukaran barang dgn negara China
iii) Pelabuhan persinggahan
-menunggu perubahan angin monsun (angin monsoon tumur laut/angin monsoon barat daya)
iv) Penyebaran agama Kristian

Abad ke 17&18
i) Revolusi perindustrian
-negara Barat memerlukan bahan mentah dan mencari pasaran
ii) perkembangan industri kereta
-getah asli diperlukan dalam ciptaan tayar kereta/penebat barangan elektrik
iii) kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
-negara kita sesuai utk tanaman getah/ kaya dengan hasil bumi seperti bijij timah
iv) industri mengetin
-bijih timah diperlukan bagi menjayakan industri mengetin makanan di barat
v) pembukaan terusan suez
-memendekkan perjalanan dari Barat ke Timur
vi) ciptaan kapal wap
-dapat membawa muatan yang banyak/perjalanan cepat
vii) persaingan kuasa barat
-berlaku demi menunjukkan kehebatan/keagungan dgn cara meluaskan tanah jajahan
viii) slogan beban orang putih
-menggunakan slogan tertentu utk menyebarkan pengaruh dan tamadun
-cth ‘Beban org putih’/ ‘tugas menyebarkan tamadun’

1.4 Perbezaan strategi kuasa Barat untuk menguasai negara kita.


a) Strategi Belanda
(i) Serangan fizikal
-serang penduduk di Pulau Pangkor dan Kuala Perak sebab monopoli bijih timah.
(ii) Perjanjian -1650 membuat perjanjian dengan Perak untuk dapatkan bijih timah.
(iii) Pakatan -1641, mengadakan Pakatan dengan Johor untuk mengalahkan Portugis.
b) Strategi British
(i) Manipulasi -memanipulasi kes pewarisan takhta Perak untuk menjajah Perak
(ii) Tipu Helah -British menjajah Pulau Pinang
(iii) Pakatan -membuat Pakatan Inggeris Belanda 1824 untuk dapatkan Melaka
(iv) Serangan fizikal -serang Dol Said di Naning
(v) Pajakan -pajakan dengan Sultan Brunei untuk dapatkan Sabah
(vi) Perjanjian -British dapatkan Sarawak melalui perjanjian dengan Sultan Brunei
(vii) Ugutan/desakan - British buat ugutan terhadap sultan Perak, sultan Pahang untuk
Menerima Residen British.

Nota disediakan oleh: Cikgu Rossakila Ismail

Anda mungkin juga menyukai