Anda di halaman 1dari 5

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

1. Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang berkait rapat dengan pemanasan
global. Pemanasan global merupakan fenomena bumi secara makro akibat pelbagai
factor terutamanya pencemaran udara sehingga suhu dunia meningkat dan
menyebabkan benua artik mengalami kesusutan ketebalan ais. Cahaya matahari
membawa sinaran ultraungu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi
tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh karbon dioksida yang melitupi
atmosfera. Akibatnya, suhu semakin panas.

Proses Kesan Rumah Hijau


Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti karbon
dioksid,karbon monoksid, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal.
Amnya, di dalam ruang atmosfera yang tertutup, komposisi gas initidak akan
melebihi 0.03%. Apabila komposisinya meningkat, molekul gas ini yang bersifat
penyimpan haba akan memerangkap lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau


a) Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai
gas, antaranya- sulfur dan oksida
b)Faktor manusia yang melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas
seperti karbon dioksida, karbon monoksid, nitrogen dioksid, CFC, halon dan
sebagainya.
Gas-gas ini membentuk satu lapisan yang menghalang pembalikan sinaran
ultraungu
matahari secara semulajadi. Lapisan ini akan turut mengumpul gas yang
lain berkumpul di situ.
- membebaskan gas merbahaya daripada kilang, kereta dsbnya (pencemaran
udara)
- menggunakan peralatan yang membebaskan CFC
- penggunaan racun serangga dan bahan kimia
- penternakan berskala besar yang membebaskan gas ammonia.

2. Penipisan Lapisan Ozon


Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis atau berlubang menyebabkan
sinaran
ultraungu sampai kepermukaan bumi dan meningkatkan suhu bumi.

Punca Penipisan Lapisan Ozon


o

Penggunaan CFC dalam pembuatan pendingin hawa dan penyembur


aerosol

Penggunaan baja organik berterusan dlm pertanian akan menghasilkan


nitrogen oksid

Pembakaran bahan api fosil (menghasilkan nitrogen oksid)

Ujian senjata nuklear

Peperangan yang menggunakan bahan letupan

Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera

Pembalakan berterusan yang meninggikan kandungan karbon dioksid


dalam udara

3. Pulau Haba
Pulau haba adalah keadaan dimana atmosfera bandar mempunyai suhu yang lebih
tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Punca Kejadian Pulau Haba


o

Bangunan konkrit dan jalanraya berturap menyerap dan memerangkap


banyak haba daripada sinaran matahari.

Asap dan haba dikeluarkan dengan banyaknya daripada kenderaan

Bangunan-bangunan tinggi di bandar menghalang pergerakan udara


dan menghadkan pengaliran keluar haba

Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan oleh kilang dan kenderaan


akan menyerap bahang matahari

Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan


permukaan buminya dipanaskan secara lansung oleh pancaran
matahari

Kekurangan pokok di di bandar menyebabkan proses perpeluhan


kurang berlaku untuk merendahkan suhu sekitarnya.

Kesan-kesan Pulau Haba


o

Keselesaan penduduk terjejas akibat dpd suhu yang panas.

Penduduk di bandar mengalami masalah sakit kepala

Pembebasan gas rumah hijau seperti CFC semakin meningkat kerana


pertambahan penggunaan pendingin hawa di bandar

4. Hujan Asid
Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap
air
dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan
apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan asid.

Punca Kejadian Hujan Asid


o

Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang

Pembakaran bahan api fosil seperti nitrogen dioksida daripada asap


kilang

Penggunaan baja pertanian yang juga menghasilkan nitrogen oksida

Kesan dari Hujan Asid


o

Penyakit kepada manusia - sakit dada dan batuk, tulang, buah


pinggang

Hidupan akuatik akan mati kesan dari air sungai/ laut yang berasid

Ikan menjadi bahaya kepada manusia dan haiwan yang bergantung


kepadanya kerana kandungan raksa yang tinggi di dalamnya

Kemusnahan hutan

Tumbuhan yang mati kerana asid akan bertindak balas dengan nutrien
dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah

Mempercepatkan hakisan bangunan seperti cat serta mengaratkan


barangan besi.

Anda mungkin juga menyukai