Anda di halaman 1dari 2

KESAN RUMAH HIJAU

Apakah itu kesan rumah hijau?


Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan
global.Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro
akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain
suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah
benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.Pencemaran dengan
terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah
hijau.Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke
permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi
atmosfera.Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Proses Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon
monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Secara amnya, di dalam atmosfera
sesuatu ruang tertutup, komposisi gas ini tidak akan melebihi 0.03%. Apabila komposisinya
meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu
melambatkan proses pembebasan haba.(Wikipedia.org)
Sumber:hidden-technology.org






Kesan Rumah Hijau
Menyebab berlakunya pemanasan global
Kawasan yang mengalami pencemaran yang teruk akan lebih mengalami suhu yang lebih
panas
Pemanasan global akibat kesan rumah hijau akan menganggu iklim dunia akibat suhu yang
tidak menentu.Flora dan fauna juga turut diganggu aturan atau kitaran hidupnya seperti
bunga di kawasan sejuk berbunga lebih cepat dari kebiasaan dan sebagainya
Kenaikan suhu dunia akan mencairkan ais terutamanya di Artik.Walaupun mengambil
masa,kesannya pastilah buruk kerana pencairan ais ini akan menyebabkan kenaikan paras air
laut yang mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di
seluruh dunia.Dijangka ais di Artik akan cair kesemuanya pada tahun 2099(wikipedia)
Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau
Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas antaranya
sulfur dan oksida.
Faktor manusia iaitu melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon
dioksida,karbon monoksida,nitrogen oksida,CFC,halon dan sebagainya.Gas-gas inilah yang
membentuk satu layer atau lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraunggu
matahari secara semula jadi.Lapisan ini juga akan menyebabkan gas yang lain turut
berkumpul di lapisan ini.
1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang,kereta dan sebagainya.(pencemaran udara)
2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC .
3.Penggunaan racun serangga serta baja kimia turut membebaskan gas kesan rumah hijau
4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang
pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.

Anda mungkin juga menyukai