Anda di halaman 1dari 2

Kesan rumah hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke navigasiPergi ke carian
""Efek rumah kaca"" dilencongkan ke sini. Untuk kugiran muzik yang diberi
nama sama, lihat Efek Rumah Kaca.
Kesan rumah hijau atau kesan rumah kaca (juga Ind.: efek rumah kaca) ialah
pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas tertentu di dalam
sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah
terbebas - laksana sebuah rumah hijau yang menyelubungi pucuk tumbuhan
yang memerlukan suhu dikekalkan - daripada sebuah jasad angkasa atau
planet. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di
dalam mana-mana ruang.

Gambaran umum
Gas yang penting
Secara anggarannya, terdapat empat komponen utama yang terlibat dalam
fenomena ini di Bumi:[1][2]

 wap air, 36–70%


 karbon dioksida, 9–26%
 metana, 4–9%
 ozon, 3–7%

Mekanisme
Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas tertentu ini meningkat
secara tidak terkawal dan melebihi tahap normal yang dikehendaki -
peningkatan mendadak ini boleh disebabkan oleh tahap pembakaran bahan
api fosil, batu arang dan bahan bakar organik lain yang melebihi kemampuan
tumbuhan-tumbuhan dan laut untuk menyerapnya. Sifat molekul-molekul ini
yang menyimpan dan memerangkap haba turut akan melambatkan proses
pembebasan haba.
Tenaga haba yang memasuki Bumi akan bertindak secara beberapa
bahagian:

 25% dipantulkan oleh awan atau partikel lain di atmosfera


 25% diserap awan
 45% diserap permukaan bumi
 10% dipantulkan kembali oleh permukaan bumi
Tenaga yang diserap dipantulkan kembali dalam bentuk sinaran
inframerah oleh awan dan permukaan bumi. Namun, sebahagian besar sinar
yang dipancarkan bumi ditahan awan dan gas CO  serta gas lain agar
2

dikembalikan ke permukaan bumi. Kesan ini diperlukan dalam situasi normal


agar suhu persekitaran antara siang dan malam di bumi tidak terlalu drastik.
Pelepasan gas yang mengakibatkan fenomena sebegini boleh berlaku baik
secara semulajadi atau hasil perbuatan manusia: secara semulajadinya, gas
rumah hijau dilepaskan hasil letusan gunung berapi yang membebaskan gas-
gas jenis sulfur dan karbon. Pembakaran hutan akibat petir juga akan
memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan
berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap
daripada kenderaan dan kilang, serta penggunaan penyembur aerosol dan
sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan CFC.

Akibat
Pada tahap global
Meningkatnya suhu permukaan bumi akan mengakibatkan
perubahan iklim yang sangat ekstrem di bumi lalu menjejaskan
persekiaran hutan dan ekosistem lainnya sehingga mengurangkan
kemampuannya menyerap karbon dioksida di atmosfera. Pemanasan
global yang meluas boleh menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi,
terutamanya aisberg, mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan
aras laut. Fenomena pemanasan juga akan mengakibatkan meningkatnya
suhu air laut sehingga mampu menenggelamkan pulau kecil di
negara kepulauan lalu membawa dampak perubahan yang sangat besar
kepada kependudukan manusia
Menurut perhitungan simulasi, kesan rumah kaca telah meningkatkan suhu
purata bumi dalam julat 1 hingga 5 °C. Sekiranya kecenderungan
peningkatan gas rumah kaca akan kekal seperti sekarang, maka
peningkatan pemanasan global antara 1.5-4.5 °C sekitar tahun 2030.
Peningkatan kepadatan gas CO  di atmosfera akan meningkatkan banyak
2

gelombang panas terpantul dari permukaan bumi lalu diserap atmosfera lalu
meningkatkan suhu permukaan bumi secara beransur.

Kaedah mengurangkan kesan rumah hijau


Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui
penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan
kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan
gas rumah hijau dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai